Anda di halaman 1dari 9

1.O 1.

FAHAMAN ESSENSIALISME KONSEP ESSENSIALISME

Esensialisme adalah pendidikan yang berdasarkan kepada nilai-nilai kebudayaan yang telah ada sejak awal peradaban umat manusia. Esensialisme muncul pada zaman Renaissance dengan ciri-ciri utama yang berbeza dengan progresivisme. Pendidikan essensialisme bersifat fleksible dimana ia terbuka untuk perubahan, toleran dan tidak terikat dengan dokterin tertentu. Nilai yang jelas dan tahan lama serta guru yang memiliki sifat authoriti. Essensialisme adalah gabungan falsafah umum Idealism dan Realisme. Beberapa tokoh dalam aliran ini: william C. Bagley (1874-1946), George Wilhelm Friedrich Hegel (1770 1831), Thomas Briggs, Frederick Breed dan Isac L. Kandell. Falsafah aliran ini mementingkan pembentukan peribadi dan kurikulumnya disusun dari topik yang mudah kepada yang lebih kompleks serta menekankan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan membaca. Ahli-ahli essensialisme mengkaji semula perkara-perkara yang akan dimasukkan kedalam kurikulum dan membezakan program-program sekolah kepada pelajaran yang penting dan kurang penting serta membentuk authoriti guru didalam bilik darjah.

1.2

KEPENTINGAN ESSENSIALISME DALAM PENDIDIKAN

Menurut Mok Soon Sang (2004), guru menurut fahaman essensialisme hendaklah memainkan peranan yang penting dalam proses pendidikan. Mereka berperanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengajar mereka memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa supaya mereka boleh berjaya dalam hidup. Guru juga hendaklah bersifat demokratik, kreatif, mempuyai inisiatif dalam pengajaran dan mahir menggunakan taktik ganjaran dan denda kepada pelajar (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Ahli-ahli essensialime menganggap segala inisiatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran terletak di bawah tanggungjawab guru. Guru juga hendaklah mencerminkan kebaikan sesuatu masyarakat. Oleh itu, kaedah pengajaran yang disarankan termasuklah pembacaan,, syarahan, ingatan, ulangan dan peperiksaan.

Pendidikan membolehkan setiap individu menyedari keupayaannya. Kanak-kanak akan hadir kesekolah agar dapat memahami keadaan dunia sekelilingnya dan dapat mentafsirkannya mengikut minat dan kemahuannya. Fahaman ini mementingkan pengalaman masyarakat daripada pengalaman perseorangan. Sesuatu kebudayaan yang kompleks memerlukan sistem pendidikan yang baik, oleh itu guru yang berdisiplin dan berdedikasi dalam melaksanakan amatlah dikehendaki (Mok Soon Sang, 2010). Selain itu, kurikulum essensialisme di bahagikan kepada dua bahagian kepada mata pelajaran penting seperti matematik dan sains manakala mata pelajaran yang kurang penting ialah seni, musik, Pendidikan jasmani dan vokasional. Bahan pengajaran juga disediakan dengan sempurna dan dirancang dengan sistematik (Azizi Jaafar, 2009). Kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkan mengikut pencapaian pelajar semasa peperiksaan. Semasa di sekolah rendah lagi, pendekatan secara 3M telah dijalankan. Pendidikan essensialisme ini menyarankan penerapan nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cendiakawan dan penulisan terkenal dan guru juga hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai masyarakat tradisi dan moden. Elemen-elemen yang diperlukan dalam pendidikan pula meliputi pengetahuan semasa dan masa lampau. Maka tumpuan kurikulumnya berkaitan dengan perkara yang benar-benar penting dan diperlukan. Jadi semua aktiviti ko kurikulum kurang diberi keutamaan.

1.3

IMPLIKASI ESSENSIALISME KE ATAS PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Menurut Tajul dan Noraini (1992), sumbangan kurikulum essensialisme yang dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ialah guru sebagai model, penerapan nilainilai murni dalam setiap mata pelajaran, mata pelajaran di bahagikan kepada teras dan elektif dimana menggambarkan mata pelajaran penting dan kurang penting seperti pelaksanaan KBSM dan penekanan 3M dalam pelaksanaan KBSR (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi Negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin (Azizi Jaafar, 2009). Ketiga-tiga matlamat ini merupakan kesan daripada fahaman essensialisme yang menganggap individu sebagai alat demi kepentingan pembangunan Negara daripada kepentingan individu.

1.4

ALIRAN FALSAFAH YANG MEMPENGARUHI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN

VOKASIONAL Aliran Essentialisme menekankan pembelajaran secara berperingkat iaitu dari yang mudah kepada yang lebih sukar. Menurut Essensialis, pendidikan sekolah harus bersifat praktik dan memberi anak-anak pengajaran yang logik yang mempersiapkan mereka untuk hidup. (http://anannur.wordpress.com/2010/07/08/filsafat-pendidikan-essensialisme/ dimana praktikal diutamakan. Setiap pembelajaran melibatkan amali. ). Ini jelas menunjukkan bahawa aliran ini memang mempengaruhi pendidikan teknikal dan vokasional

FAHAMAN PERENIALISME 2.0 PENGENALAN

Perenialisme merupakan suatu aliran dalam pendidikan yang lahir pada abad kedua puluh. Perenialisme berasal dari perkataan perennial yang bermaksud abadi atau kekal. Perenialisme merupakan falsafah tradisional dan konservatif yang banyak dipengaruhi oleh fahaman Idealisme Plato (427-437 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Fahaman ini dipelopori oleh St Thomas Aquinas, R.M Hutchins (1899-1977) dan Mortimer J. Alder (1902-2001) dari Amerika Syarikat dan Jacques Maritain (1882-1973) dari Perancis. Walaubagaimanapun, fahaman ini terbahagi kepada fahaman Perenialisme Sekular dan Perenialisme Agama. Perenialisme lahir sebagai suatu reaksi terhadap pendidikan progresif. Perenialisme menentang pandangan progresivisme yang menekankan perubahan dan sesuatu yang baru. Mengikut ahli-ahli fahaman ini, pengaruh materialisme dan fahaman sains telah menyebabkan nilai moral dan dan rasional manusia semakin merosot. Bagi menyelamatkan tamadun manusia dari lenyap, ahli-ahli fahaman ini menyarankan agar pendidikan mengutamakan perkembangan potensi rasional setiap individu supaya mereka dapat menemui prinsip-prinsip mutlak seterusnya memahami dunia yang sebenar.

2.1

PARENIALISME SEKULAR

Didukungi oleh Hutchins dan Adler. Ahli fahaman ini berpendapat pendidikan haruslah fokus kepada ilmu pengetahuan daripada pemikir terdahulu seperti bidang kesenian supaya manusia dapat mendisiplinkan diri mereka. Ahli fahaman ini berpendapat bahawa manusia adalah rasional, guru merupakan seorang yang pakar di mata para pelajar, manakala isi kandungan kurikulum adalah tetap dan tidak berubah.

2.2

PERENIALISME AGAMA (RELIGIOUS PERENIALISME)

Perenialisme agama telah diasaskan oleh St. Thomas Aquinas melalui bukunya bertajuk De Magistro (The Teacher). Aquinas telah menggabungkan falsafah Idealisme dengan doktrin gereja sehingga disebut doktrin Thomisme. Dalam konteks pendidikan, Thomas menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha dalam memandu atau menuntun kesedaran dalam diri

individu. Oleh itu, guru berperanan dalam membangkitkan potensi yang ada dalam diri individu atau seorang kanak-kanak.

2.3 2.3.1

PRINSIP-PRINSIP FALSAFAH PERENIALISME Manusia adalah sama, maka pendidikan haruslah sama bagi setiap manusia

Prinsip ini menerangkan bahawa tujuan pendidikan adalah sama bagi setiap zaman. Kadang kala terdapat perbezaan pendapat antara manusia. Namun setelah mereka bersetuju dengan pendapat tersebut, ia menjadi satu pengetahuan. Fahaman ini berpendapat bahawa guru harus member latih tubi bagi menguatkan daya ingatan murid-murid mereka. 2.3.2 Pendidikan haruslah memberi tumpuan kepada pembentukan rasionaliti

Pendidikan awal terhadap kanak-kanak dapat membantu pembentukan rasionaliti mereka kearah positif. Sememangnya manusiabertanggungjawab atas segala perbuatan mereka. Mengikut fahaman ini, kanak-kanak tidak dibenarkan membuat keputusan sendiri, guru perlulah membimbing mereka supaya mereka dapat membuat keputusan yang baik. 2.3.3 Tugas pendidikan menyelaras manusia kepada kebenaran

Fahaman Perenialisme berpendapat bahawa, kurikulum tidak perlu dibentuk mengikut peredaran zaman semata-mata. Kebenaran dalam konteks fahaman Perenialisme ialah mempelajari sejarah. 2.3.4 Pengajaran 3M

Pelajaran asas dalam kurikulum yang disyorkan oleh fahaman Perenialisme ialah pelajaran bahasa, matematik, sejarah sains am dan falsafah. Guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan murid-muridnya menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis. Selain itu, sekolah juga bertanggungjawab melatih muris supaya menjadi manusia serba boleh.

2.3.5

Memperkenalkan murid-murid dengan karya penulis-penulis terdahulu

Mengikut falsafah Perenialisme, murid-murid harus membaca dan memahami karya-karya para cendekiawan terdahulu. Hal ini kerana karya-karya tersebut mengandungi kearifan dan pendidikan lengkap yang dapat membantu mengukuhkan kefahaman pembacanya.

2.4

SEKOLAH MENURUT FAHAMAN PERENIALISME

Menurut ahli-ahli falsafah Perenialisme, sekolah merupakan tempat atau agensi yang membekal ilmu pengetahuan. Mereka menegaskan bahawa sekolah bukan tempat untuk melatih murid-murid kea rah bidang pekerjaan. Tetapi tujuan utama sekolah ialah membekalkan ilmu kepada murid-murid supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa sekolah juga bukan tempat memperbaiki masyarakat, terutamanya dari segi moral dan norma-norma kehidupan mereka.

2.5

GURU MENURUT FAHAMAN PERENIALISME

Peranan guru dilihat sangat besar dalam fahaman Perenialisme. Ahli-ahli falsafah ini melihat guru sebagai seorang yang berkuasa dalam bidangnya. Mereka yakin bahawa pengetahuan seseorang guru itu tidak boleh dipersoalkan. Guru merupakan individu yang membantu muridmurid berfikir secara rasional. Sebagai seorang yang pakar dalam bidangnya, seorang guru hendaklah mahir dalam memimpin sesuatu perbincangan. Ahli-ahli fahaman Perenialisme menganggap pendidikan seharusnya disampaikan kepada murid-murid yang pandai sahaja. Manakala kemahiran vokasional harus disampaikan kepada murid-murid yang kurang bijak.

2.6

IMPLIKASI FALSAFAH PERENIALISME DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Menurut Mok Soon Sang (2010) sama seperti falsafah essensialisme, falsafah parenialisme juga mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerjapekerja mahir untuk pembangunan ekonomi negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin. Matlamat ini dikira sebagai lebih mengutamakan negara daripada individu itu sendiri dan ia menunjukkan sistem pendidikan di Malaysia suatu ketika dulu bersifat tradisional. Pemilihan beberpa prinsip falsafah parennialisme ke dalam sistem pendidikan di Malaysia juga telah diterima. Aliran parennialisme mementingkan nilai (Azizi Jaafar, 2009). Dengan menanam nilainilai kepada pelajar,mereka dapat menyeimbangkan antara pembangunan manusia sebagai insan dengan kemajuan sains dan teknologi. Falsafah pendidikan kebangsaan juga membuat penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar agar mereka menjadi masyarakat yang berakhlak mulia. Aliran parennialisme turut mengutamakan kerasionalan dalam membentuk sistem pendidikan untuk memperbaiki status manusia. Keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara amat bergantung kepada masyarakat dan rakyat yang hidup di dalamnya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini, masyarakat harus memperbaiki status dan kualitinya dan dengan cara ini mereka akan dapat berfungsi dengan baik dan bukan sekadar mengejar kebendaan sahaja. Selain itu, kerasionalan membantu memperbaiki individu menjadi seorang yang mencapai tahap kerasionalan yang tinggi. Di samping itu, parenialisme yang rasional akan membantu melahirkan rakyat yang berkualiti. Menurut Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986) disamping mengejar pembangunan kemajuan sains dan teknologi, industri seharusnya mengekalkan nilai kemanusiaan yang murni. Jadi, wawasan falsafah pendidikan untuk melahirkan rakyat yang berakhlak, bermoral, beretika dan berestetika amat bertepatan dengan sebahagian pemikiran parenialisme.

2.7

KONKLUSI

Perenialisme merupakan falsafah klasik. Perenialisme menekankan pada nilai-nilai keabadian yang seterusnya kea rah kesempurnaan hidup. Nilai-nilai yang diketengahkan dalam falsafah ini bersifat abadi dan universal. Namun ia dapat diterapkan dalam konteks kehidupan seharian, sosial, politik, budaya dan pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, falsafah Perenialisme sangat diperlukan bagi tujuan menjaga nilai-nilai yang seharusnya ada dalam diri individu dalam keadaan dunia pada hari ini yang penuh dengan kekejaman dan masalah moral yang semakin meluas. Oleh itu, falsafah Perenialisme dianggap sebagai satu kaedah konservasi atau pemeliharaan ke atas nilai-nilai dalam diri individu. Nilai-nilai dalam falsafah Perenialisme boleh dijadikan sebagai satu alternative sebagai pertimbangan dalam membina atau menggubal prinsip-prinsip sesebuah system pendidikan. Hal ini, kerana falsafah Perenialisme memandang pendidikan sebagai jalan kembali atau proses mengembalikan keadaan manusia dari kekacauan dan kecelaruan moral. Walaupun terdapat kritikan dan kekurangan dalam falsafah Perenialisme, ia tetap menjadi sebahagian daripada asas dalam pembentukkan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

RUJUKAN Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi ketiga. Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Anan Nur ( 2010), Filsafat Pendidikan Essensialisme , diambil pada 20 mac, 2012,

http://anannur.wordpress.com/2010/07/08/filsafat- pendidikan-essensialisme Azizi Jaafar (2009). Aliran-Aliran Falsafah Pendidikan, diambil pada 20 Mac, 2012, from http://abuakhyar1.blogspot.com/ Dr. Tajul Ariffin bin Noordin dan Dr. Aini bte Dan (1992). Pendidikan Dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2004). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: percetakan Seasons Sdn. Bhd Mok Soon Sang (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor: Multimedia Marketing Sdn Bhd. Mohammad Zaid Mustafa (2007). Falsafah Pendidikan. Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Johor. Abdul Fatah Hassan (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai