Anda di halaman 1dari 8

PENGGUNAAN KIT SPAN BERWARNA DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN OPERASI TAMBAH LINGKUNGAN 1 HINGGA 10 MURID PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN

PADANG MIDIN Oleh: Mohd Riduan Bin Abdul Ghani & Rosliza Binti Abd Aziz Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Tunjang Sains Teknologi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) turut menekankan pendidikan awal matematik yang melibatkan proses operasi tambah lingkungan 1-10. Objektif kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan Kit Span Berwarna sebagai salah satu alat bantu mengajar (ABM) yang berkesan dalam membantu guru meningkatkan kefahaman murid dalam menyelesaikan operasi tambah lingkungan 1-10 murid prasekolah Anggerik. Seramai lima orang murid Prasekolah Anggerik di Sekolah Kebangsaan Padang Midin yang berada di tahap sederhana (40%-60% ) dalam ujian dan pemerhatian awal yang dibuat telah dipilih sebagai responden. Kaedah pengumpulan data adalah melalui ujian pra dan pasca, pemerhatian serta temubual. Peratusan ujian selepas penggunaan kit oleh murid dapat membantu mereka meningkatkan purata markah ujian dari 53% kepada 88% yang diperoleh. Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh guru prasekolah khususnya dalam topik pendidikan awal matematik. Kata kunci: Kit, Kefahaman, Operasi Tambah PENGENALAN Masalah operasi tambah dalam lingkungan 1-10 merupakan satu masalah yang kerap berlaku di kalangan murid prasekolah di peringkat awal Matematik. Antara salah satu punca perkara ini berlaku kerana murid-murid prasekolah ini gagal untuk menguasai konsep operasi tambah dalam lingkungan 110. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ini ialah melalui penggunaan alat manipulatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan pada dasarnya merupakan satu kajian individu yang berbentuk refleksi diri untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi di sekolah atau mencari cara untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan prestasi murid. Berdasarkan teori kajian tindakan, pengkaji perlu menangani masalah tersebut dan membuat perubahan yang membawa kepada kebaikan sama ada kepada pengkaji, murid, sekolah dan pihak-pihak lain.Alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan.Hal ini kerana murid-murid akan memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudah serta kekal melalui pembelajaran yang bermakna (Abu Hassan Kassim, 2003). Kajian Stigler et al. (1986), Hayashi (2000) dan Kawano (2000) menunjukkan bahawa penggunaan abakus di peringkat kanak-kanak akan memberi pengalaman secara konkrit untuk membantu mereka menyelesaikan masalah matematik dan memperkukuhkan konsep nombor. Kaedah kerja praktik menggunakan abakus merupakan kaedah yang sesuai digunakan untuk mendorong murid melibatkan diri secara aktif dan seronok dalam pembelajaran berkonsep aritmetik, terutamanya kanakkanak kecil.Menurut Rizan Ba dalam Pentas Dunia yang bertajuk Pengajaran Guru Harus Kreatif, 1994 catatan K.J Yeo (1996), menyatakan bahawa penggunaan alat bantu mengajar bukan sahaja boleh merangsang minda pelajar untuk mengetahui secara mendalam tentang sesuatu isi pelajaran, tetapi juga memberikan peluang untuk murid mencuba menggunakan alat-alat itu sendiri sebagai salah satu kemahiran dan pengalaman baru dalam hidup mereka.Sebuah kajian oleh Witzel, Mercer & Miller (2003) juga menyokong tentang keberkesanan pendekatan bahan manipulatif untuk mengembangkan kemahiran asas matematik murid-murid.
11 12

11 12

Pelajar PISMP Prasekolah Semester 8 Pensyarah penyelia

Muka Surat

300

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu Sepanjang tempoh tiga minggu pengkaji memasuki dan mengajar kelas Prasekolah Anggerik, pengkaji mendapati murid kelas ini tidak dapat menyelesaikan operasi tambah atau menyiapkan tugasan yang diberikan dalam lembaran kerja bagi subjek awal matematik. Pengkaji mendapati ada beberapa perkara yang menyebabkan masalah ini berlaku dan pengkaji telah menganalisisnya. Antara punca masalah ini berlaku adalah guru tidak menggunakan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai untuk pengjarannya. Semasa mengajar pengkaji hanya menyuruh murid mengira jumlah gambar yang terdapat pada kad gambar bagi menyelesaikan operasi tambah lingkungan 1-10. Mungkin kaedah yang digunakan tidak sesuai dimana murid tidak memahami melihat secara jelas bagaimana proses penambahan itu berlaku dari segi konsepnya. Oleh yang demikian, pengkaji sepatutnya memberi kefahaman terlebih dahulu bagaimana proses penambahan itu boleh terjadi. Contohnya, menyelesaikan masalah operasi tambah menggunakan objek konkrit atau dikenali dengan bahan maujud. Fokus Kajian Pengkaji telah mengesan beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini timbul antaranya ialah arahan guru yang kurang jelas, sikap murid yang bermasalah tingkah laku dan strategi pembelajaran yang tidak berkesan. Namun begitu, pengkaji memfokuskan kajian ini kepada masalah menyelesaikan operasi tambah lingkungan 1-10 disebabkan oleh penggunaan alat bantu mengajar yang tidak sesuai. Alat Bantu Mengajar (ABM) yang tidak sesuai menjadi punca utama berlakunya masalah ini. Hal ini kerana ABM yang digunakan oleh murid prasekolah anggerik semasa proses pengajaran dan pembelajaran operasi tambah lingkungan 1-10 hanya mengira jumlah gambar yang diberikan sama ada di papan putih atau dalam lembaran kerja yang diberikan. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat memahami dengan jelas bagaimana proses penambahan itu berlaku dan seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan operasi tambah lingkungan 1-10 yang diberikan. Hal ini kerana ABM yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bersifat abstrak dan tidak jelas. Oleh itu, ABM yang berbentuk bahan maujud dan bersifat konkrit akan membantu murid memahami proses operasi tambah lingkungan 1-10 dengan lebih berkesan. METODOLOGI Kajian ini telah dijalankan di prasekolah Anggerik, Sekolah Kebangsaan Padang Midin. Terdapat 20 orang murid prasekolah Anggerik di Sekolah Kebangsaan Padang midin dan hanya enam orang murid sahaja diambil sebagai responden untuk kajian ini. Enam responden ini dipilih adalah berdasarkan pemerhatian dan ujian pra yang telah dibuat sebelum ini. Kebanyakan daripada mereka tidak dapat menjawab soalan operasi tambah dalam lingkungan 1-10 dengan betul dalam lembaran kerja yang diberikan.Dalam kajian tindakan ini,pengkaji memungut data dengan menggunakan beberapa instrumen iaitu ujian pra dan pasca, pemerhatian, temu bual, pemerhatian dan juga rekod anekdot.Bagi kajian ini, pengkaji telah menggunakan model kajian yang telah disarankan oleh Kemmis & McTaggart (1983). Berdasarkan model kajian ini, terdapat empat langkah utama yang digunakan. Langkah pertama ialah mereflek (Reflec), kedua adalah merancang (Plan), ketiga ialah bertindak (Action) dan langkah yang terakhir adalah memerhati (Observe). Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan Berpandukan Model Kemmis & Mc Taggart (1988)

Muka Surat

301

DAPATAN KAJIAN Bagi menjawab persoalan (i) pengkaji telah menggunakan ujian pra dan pasca bagi melihat perbezaan dari segi markah sebelum dan juga selepas penggunaan Kit Span Berwarna (KSB) dalam menyelesaikan soalan operasi tambah lingkungan 1-10. i. Adakah terdapat perbezaan murid prasekolah anggerik dalam menyelesaikan operasi tambah lingkungan 1-10 sebelum dan selepas menggunakan KSB?

Jadual 1: Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Pasca _________________________________________________________________________________ SAMPEL UJIAN PRA UJIAN PASCA PERBEZAAN MARKAH _________________________________________________________________________________ A 40 80 40 B 50 80 30 C 50 90 40 D 60 90 30 E 60 90 30 F 60 100 40 MIN MARKAH 53.33 88.33 35 120 100 80 60 40 20 0 A B C D E F Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 3: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca (%)

Peningkatan Markah (%)


50 40 30 20 10 0 A B C D E F Peningkatan Markah (%)

Rajah 4: Peningkatan Markah Responden Rumusan yang boleh dibuat berdasarkan ujian pra dan pasca yang telah dijalankan ialah peningkatan min markah dari ujian pra kepada ujian pasca. Jumlah peningkatan yang terhasil ialah 43.33%.

Muka Surat

302

Peningkatan ini menunjukkan penggunaan KSB dalam meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid dalan operasi tambah dalam lingkungan 1-10 memberi kesan kepada responden yang dipilih. Bagi menjawab persoalan (ii) pengkaji telah menggunakan instrumen temu bual, pemerhatian dan juga rekod anekdot untuk melihat sejauhmana penggunaan KSB dapat meningkatkan kefahaman murid dalam menyelesaikan soalan operasi tambah lingkungan 1-10. ii. Adakah KSB dapat membantu meningkatkan kefahaman murid prasekolah anggerik dalam menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 1-10.

Sesi temu bual telah dijalankan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan KSB dalam meningkatkan kefahaman murid dalam menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 1-10. Temu bual ini telah dijalankan sebelum dan juga setelah selesai sesi pengajaran, latihan dan ujian berbantukan penggunaan KSB. Berdasarkan daripada transkrip temu bual, beberapa tema boleh dikenalpasti berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh responden. Tema yang berkaitan telah diringkaskan dalam jadual berikut: Jadual 2 Kod Temubual Item Tema Kod Kekerapan _________________________________________________________________________________ 2 Berminat untuk menggunakan Kit Span Berwarna Sk 6 3 Kit Span Berwarna bantu menjawab soalan Bn 6 4 Faham konsep tambah Fh 6 5 Boleh menjawab soalan tambah tanpa guna Kit Bl 6 Span Berwarna Panduan: Sk Suka Bn Bantu Fh Faham Bl Boleh Berdasarkan sesi temubual yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa keenam-enam responden berminat untuk menggunakan Kit Span Berwarna semasa belajar tajuk operasi tambah dalam lingkungan 1-10. Antara contoh dialog antara pengkaji dan responden ialah: Pengkaji: Adakah awak suka menggunakan alat ini? R3: Suka, sebab senang nak guna...ada dua warna senang nampak...(12-14) R4: Aah..suka..Saya suka sebab tak payah bilang dah..jawapan terus ada kat bawah..(15-18) Pemerhatian juga telah dibuat ke atas setiap responden bagi mengenalpasti keberkesanan penggunaan Kit Span Berwarna dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 1-10. Ianya telah dibuat secara berkala iaitu sebelum dan juga selepas penggunaan KSB diperkenalkan. Pemerhatian ini telah dibuat ke atas setiap responden semasa dan selepas responden menjalankan ujian pra dan ujian pasca, tingkah laku setiap responden dan juga semasa responden menjalankan ujian secara lisan yang telah direkodkan oleh pengkaji. Hasil pemerhatian yang telah dibuat telah dicatatkan dalam Jadual Standard Prestasi mengikut konstruk yang telah ditentukan. Jadual 4: Tahap penguasaan kesemua responden bagi konstruk ST 12 iaitu Kemahiran menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 1-10. Pemerhatian BM SM TM 1 6 2 5 1 3 6 Jadual di atas menunjukkan pemerhatian yang telah dibuat oleh pengkaji terhadap kesemua responden bagi kemahiran responden dalam menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 1-10. Pemerhatian

Muka Surat

303

pertama telah dibuat selepas ujian pra dijalankan dimana kesemua responden belum menguasai kemahiran tersebut atau lebih jelas lagi responden boleh menggabungkan dua himpunan objek tetapi belum boleh menyelesaikan masalah operasi tambah. Perkara ini dapat dilihat melalui sesi temubual yang dijalankan oleh pengkaji dimana responden belum memahami apakah yang dimaksudkan dengan operasi tambah dalam lingkungan 1-10. Pengkaji R1 R2 :Adakah awak faham macam mana nak tambah dua nombor? (15-16). :Menggeleng-gelengkan kepala....(15-16). :Entah... (17).

Diaolog di atas menunjukkan bahawa kesemua responden belum dapat menjelaskan tentang proses operasi tambah dalam lingkungan 1-10. Hal ini menjelaskan lagi bahawa responden belum dapat memahami konsep operasi tambah dalam lingkungan 1-10 yang telah dijawab semasa ujian pra. Manakala pemerhatian kedua pula telah dibuat selepas pengkaji telah memperkenalkan penggunaan Kit Span Berwarna. Pada pemerhatian kedua dapat dilihat dimana tahap penguasaan responden terhadap kemahiran operasi tambah telah meningkat daripada belum menguasai kepada 5 orang sedang menguasai dan seorang lagi telah pun menguasai. Kod bagi sedang menguasai (SM) merupakan tahap penguasaan responden diperingkat boleh menyelesaikan operasi tambah menggunakan objek konkrit dan menyatakan ayat matematik secara lisan dan bertulis dengan bimbingan.Pemerhatian ketiga pula telah dibuat selepas ujian pasca dijalankan. Berdasarkan pemerhatian pengkaji yang telah dicatat dalam Jadual Standard Prestasi, kesemua responden telah dapat menguasai Konstruk ST 12 iaitu Kemahiran menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 1-10 selepas ujian pasca dijalankan. Hal ini menunjukkan responden sudah berada di tahap Telah Menguasai (TM) iaitu boleh menyelesaikan masalah operasi tambah menggunakan objek konkrit dan menyatakan ayat matematik secara lisan dan bertulis tanpa bimbingan guru.Pemerhatian ini dapat dilihat melalui hasil kerja responden semasa menyelesaikan soalan dalam lembaran kerja yang diberikan. Antara contoh hasil kerja responden yang telah diperhatikan adalah seperti di bawah: Rajah 5: Hasil kerja responden A sebelum dan selepas penggunaan Kit.

Muka Surat

Rekod anekdot juga telah digunakan bagi melihat sejauh mana keberkesanan Kit Span Berwarna yang digunakan dapat meningkatkan tahap kefahaman murid prasekolah anggerik dalam menyelesaikan operasi tambah lingkungan 1-10. Rekod anekdot ini telah digunakan oleh pengkaji untuk melihat tingkah laku dan reaksi setiap responden sepanjang kajian ini dijalankan iaitu sebelum, semasa dan juga selepas penggunaan kit diperkenalkan.

304

Jadual 5: Catatan dalam rekod anekdot responden A sebelum penggunaan Kit. Catatan Ulasan Selepas sesi pengajaran bersama guru kelas, Responden A hilang minat terhadap tugasan responden A disuruh menyiapkan tugasan yang diberikan selepas tidak dapat menjawab operasi tambah dalam lembaran kerja yang soalan dalam lembaran kerja yang diberikan. diberikan. Responden A dilihat cuba menjawab menyiapkan tugasan pada mulanya. Selepas Responden A dilihat cuba menyiapkan beberapa minit kemudian, responden dilihat tugasannya pada peringkat awal tapi mula menggaru-garukan kepalanya. Selepas itu, menunjukkan tingkah laku negatif apabila tidak responden dilihat mula mengganggu rakan dapat menyiapkan tugasan tersebut. disebelahnya dan mengajak rakan disebelahnya berbual. . Jadual 6: Catatan dalam rekod anekdot responden F semasa penggunaan Kit. Catatan Ulasan Pengkaji sedang menjalankan ujian pasca ke Responden F berasa seronok semasa atas semua responden. Semasa ujian dijalankan menggunakan Kit Span Berwarna. ke atas responden F, responden dilihat menjawab soalan sambil tersenyum. Responden F Penggunaan Kit Span Berwarna telah membantu memberitahu rakan disebelahnya Senangnya responden F untuk memahami dan guna alat ni, lagipun mudah nak faham. menyelesaikan soalan operasi tambah dalam lingkungan 1-10. Jadual 7: Catatan dalam rekod anekdot responden E selepas penggunaan Kit. Catatan Ulasan Semasa waktu rehat, responden E dilihat Responden E dilihat telah dapat mengaplikasikan bermain-main bersama murid-murid yang lain di apa yang telah dipelajari dalam operasi tambah dalam kelas prasekolah Anggerik. Responden E dalam lingkungan 1-10. mengajak beberapa orang rakannya bermain guli. Responden membahagikan guli kepada rakan- Responden E telah menunjukkan bagaimana rakanya. Awak ambil 3 guli kecil ni, 2 lagi guli proses penambahan berlaku melalui kelakuannya besar, 1...2..3..4..5, semuanya awak dapat 5. semasa membahagikan guli kepada rakannya. Rakannya mengambil guli yang diberikan oleh . responden. Berdasarkan catatan yang telah dibuat dalam jadual di atas, pengkaji telah mendapati bahawa Responden E telah mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam operasi tambah dalam lingkungan 1-10. Ini menunjukkan responden telah dapat memahami operasi tambah dalam lingkungan 1-10 dengan baik. Oleh itu, berdasarkan beberapa catatan anekdot yang telah buat di atas dapat disimpulkan bahawa penggunaan Kit Span Berwarna telah menarik minat responden Ini menunjukkan penggunaan Kit ini telah dapat membantu pengkaji mewujudkan satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan. PERBINCANGAN DAN CADANGAN Dalam proses pangajaran dan pembelajaran, guru perlu memberi kefahaman yang jelas kepada murid dan memfokuskan mereka kepada konsep sesuatu topik atau tajuk bagi membina asas yang kukuh dalam subjek yang diajar. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan kepada murid apabila menghadapi masalah atau menjawab soalan pada aras yang lebih tinggi. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah dapat meningkatkan tahap kefahaman responden dalam menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 1-10 dengan menggunakan Kit Span Berwarna yang mana merupakan objektif utama kajian ini dilaksanakan. Kajian yang dijalankan ini telah menyokong kajian yang telah dilakukan oleh Stigler et al. (1986), Hayashi (2000) dan Kawano (2000) iaitu dalam meningkatkan dan memperkukuhkan konsep nombor diperingkat kanak-kanak penggunaan abakus telah diberikan bagi memberikan pengalaman yang konkrit seterusnya meningkatkan tahap kefahaman mereka dalam tajuk tersebut.

Muka Surat

305

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Kit Span Berwarna dalam meningkatkan kefahaman responden dalam operasi tambah lingkungan 1-10. Tujuan kit ini digunakan bertujuan memberi pengalaman langsung serta bermakna kepada responden dan supaya responden jelas dengan konsep operasi tambah yang dipelajar. Berdasarkan analisis data yang dibuat, ternyata penggunaan kit ini telah memberi kesan yang positif kepada semua responden. Hal ini disokong oleh Nicole (2001) iaitu pada peringkat enaktif kanak-kanak seharusnya mempunyai pengalaman konkrit untuk memahami sesuatu konsep seperti memegang, meneroka bahan dan mengubahsuai bahan. Jadi kajian ini juga telah menyokong kajian yang dilakukan oleh Abu Hassan Kassim (2003) yang menyatakan murid-murid akan memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudah serta kekal melalui pembelajaran yang bermakna.Setiap guru perlu kaya dengan idea yang kreatif untuk mengajar murid-murid mereka. Idea yang kreatif ini perlu diterjemahkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pencapaian murid. Sebagai contoh, guru boleh menghasilkan satu alat manipulatif yang kreatif untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat ini akan memberi kesan kepada murid-murid. Hal ini disokong oleh Witzel, Mercer & Miller (2003) dalam kajiannya yang menyokong keberkesanan pendekatan bahan manipulatif untuk mengembangkan kemahiran asas matematik murid-murid. Kajian berkaitan dengan penggunaan alat manipulatif sebagai alat bantu mengajar (ABM) dalam membantu murid memahami konsep serta kemahiran Matematik hendaklah diteruskan supaya penambahbaikkan dapat dilakukan untuk memberi manfaat kepada pendidikan awal kanak-kanak khususnya dan kepada bidang pendidikan di negara kita amnya. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan ini, terdapat beberapa cadangan yang ingin dikemukakan untuk memastikan penggunaan Kit Span Berwarna ini dapat digunakan untuk kajian akan datang. Pertama sekali, kajian ini boleh dilaksanakan di prasekolah yang lain supaya manfaat yang diperoleh menerusi penggunaan alat manipulatif Kit Span Berwarna ini dapat memberi faedah kepada murid-murid lain. Hal ini kerana di setiap prasekolah sudah pasti terdapat ramai murid yang lemah dan mengalami kesukaran dalam memahami konsep operasi tambah dengan baik. Oleh itu, dengan penggunaan Kit ini di prasekolah dapat membantu murid-muri prasekolah yang lemah dalam operasi tambah.Cadangan yang kedua adalah penggunaan Kit Span Berwarna ini boleh diaplikasikan dengan tajuk Matematik yang lain. Sebagai contohnya, Kit ini digunakan dalam tajuk operasi tolak dalam lingkungan 10. Pada kajian yang seterusnya, pengkaji boleh menggunakan idea Kit Span Berwarna ini untuk melihat keberkesanannya dalam tajuk operasi tolak pula. Cadangan yang ketiga adalah kajian yang seterusnya dijanlakan dengan melibatkan bilangan murid yang lebih besar supaya terdapat kumpulan rawatan juga kumpulan kawalan. Ini bermakna pengkaji menjalankan kajian berdasarkan reka bentuk kajian eksperimen. Kelas rawatan dibekalkan dengan penggunaan Kit Span Berwarna manakala kelas kawalan pula belajar tanpa menggunakan bahan manipulatif. Oleh itu, keputusan yang diperoleh berdasarkan pencapaian kedua-dua kelas ini selepas satu tempoh masa dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kesan penggunaan kit dalam sesi pengajaran sama ada ia dapat membantu mencapai objektif yang telah ditetapkan atau tidak. SENARAI RUJUKAN Abu Bakar Nordin (1989), Peningkatan Pencapaian Dalam Penjanaan Bakat, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Atan long (1984). Psikologi Pendidikan Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.(2008). Buku Manual KajianTindakan Edisi Ketiga. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Farrah Wahilda (2006). Perisian Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) Untuk Pelajar Pra-Sekolah Di Bawah Tajuk Mengenal Haiwan. Kertas Projek Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu.

Muka Surat

306

Kamus Dewan. 2005. Edisi. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Md. Jamal Arifin (1992). Modul Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah. Disertasi sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sulan Idris, Tanjong Malim, Perak. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010). Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Di Prasekolah.Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Nor Izwan (2009). Amalan Pedagogi Pengajaran Perkembangan Bahasa Di Kalangan Guru-Guru Permulaan Pra-Sekolah. Sarawak: Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarawak. Dimuat turun pada 20 Mac 2011 daripada http://www.scribd.com / doc /3 5 141054/Teori-Kognitif-dan-Konstraktivism Mohd Saifullah (2009). Kajian Tindakan. Dimuat turun pada 20 Mac 2011 daripada http://www.google.com.my/search?hl=en&rlz=1C1MANE_enMY422MY423&q=kajian+ +operasi+tambah&aq=f&aqi=&aql=&oq= Mok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sendirian Berhad. tindakan

Muka Surat

307