Anda di halaman 1dari 2

KBK 3073 MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

Tugasan Arahan Tarikh Akhir 29-032013 %

ESEI TUGASAN 1 ILMIAH Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktifimpulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Merujuk kepada pernyataan di atas, lakukan satu kajian perpustakaan dengan bersumberkan artikel-artikel dari jurnal atau bahan-bahan lain yang berkaitan sebagai rujukan untuk membincangkan: a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD)
b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). Hasilkan pelaporan penulisan anda dalam bentuk ilmiah. TUGASAN 2 Perkins (2003), mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang, memantau, dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan; a. Kepelbagai Kecerdasan mengikut Horward Gardner b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas. d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak- kanak pintar cerdas.

04-042013

PANDUAN MENULIS ESEI ILMIAH. Penulisan mestilah mematuhi format berikut: i. Format APA ii. Font: Times New Roman iii. Saiz: 12 iv. Spacing: 1.5 v. Margins: Atas 1 (inci) ATAU 2.5 cm Bawah 1" (inci) ATAU 2.5 cm Kanan 1 (inci) ATAU 2.5 cm Kiri 1.5 (inci) ATAU 3.0 cm vi. Bibliografi/ Sumber rujukan mestilah ada sekurang-kurangnya: 5 buah buku ilmiah 4 artikel dari jurnal (bercetak/ atas talian) 4 Sumber internet yang berwibawa. Dinyatakan di dalam esei dan bahagian bibliografi vii. Panjang: 20 - 23 halaman PERHATIAN & PERINGATAN!!!!!!! a. Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda. b. Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB. c. Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan akhir. d. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. e. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. f. Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan penghantaran tugasan secara on-line. g. Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa. h. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line. Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran. i. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda. j. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. k. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai