Anda di halaman 1dari 6

INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN CHINA Pada mulanya, tamadun melayu dan tamadun china mempunyai pertalian

pada zamam prapenjajah barat. Pertalian ini telah wujud sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 SM) lagi. Pada masa itu, I-Tsing (Yi Jing) telah menterjemahkan buku agama Buddha bahasa Sanskrit ke dalam bahasa cina dan menulis dua buah buku tentang Tamadun Melayu Sri Vijaya. Berlaku perhubungan diantara Laksamana Muhammad Cheng Ho (Zheng He) di antara negeri Melaka dengan China. Perhubungan diantara kedua-dua Negara ini dikaitkan dengan persahabatan, pendamaian & perniagaan). Interaksi antara tamadun melayu dan tamadun china wujud sejak pemerintahan kerajaan Funan pada abad ketiga Masihi. Interaksi kedua-dua tamadun ini telah mencapai kemuncaknya semasa zama Dinasti Tang dan Dinasti Ming dengan pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laur dari Guangzhou dengan India, Parsi, dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa). Hasil kedua-dua interaksi ini telah membawa beberapa perubahan dan asimilasi budaya dalam keduadua tamadun ini. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku dalan keadaan yang aman dan tenteram tanpa sebarang kesulitan melalui perhubungan diplomatik, migrasi dan perdagangan diantara pedagang-pedangan daripada kedua-dua tamadun. Pada Zaman Kesultanan Melaka (1400-1511) berlaku klimak interaksi bagi tamadun ini di mana Melaka dan China saling mengutuskan wakil mereka untuk menjalinkan perhubungan dan interaksi bagi mengeratkan lagi ukhwah diantara keduadua tamadun ini. Interaksi ini diperkemaskan lagi dengan perkahwinan diantara Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Lipo yang merupakan Puteri Cina. Melalui kedua-dua interaksi ini telah memberi beberapa kesan yang positif terhadap kemajuan tamadun tersebut dengan memperkenalkan sutera, tembikar, porselin dan pelbagai makanan iaitu tauhu, kicap, taugeh dan seumpamanya. Selain itu, juga interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina diperkenalkan bekas dan perkakas darus dan rumah dan beberapa teknologi seperti

perlombongan, pertukangan, logam dan kertas. Di samping itu, Tamadun China telah memperkenalkan satu perusahaan baru di Kepulauan Melayu iaitu perusahaan sutera yang dijadikan sebagai sumber kewangan dan ekonomi di Kepulauan Melayu. Interaksi kedua-dua tamadun ini juga telah memperkenalkan sistem pembinaan dan pertanian yang lebih baik, disertakan dengan nilai kerja dan estetika yang cemerlang untuk mencapai tahap kualiti yang mantap.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DAN CHINA Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku pada awal abad ke-3 masihi dan telah adanya utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei. Sehubungan itu, orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke Negara China dengan melalui jalan sutera yang merupakan jalan darat yang merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Manakala pula, melalui jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 masihi merentasi laut Arab ke Benua Kecil India dan Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara China. Pada abad ke-5 terdapat catatan yang menunjukkan kapal-kapal China telah sampai ke Teluk Parsi. Masih ramai lagi pedagang Arab telah menetap di daerah tenggara China pada abad ke-7 masihi seperti Kwang Cho, Chang Chow dan Chuan Cow. Hubungan diplomatik antara kedua-dua tamadun ini telah mencapai

kemuncaknya dengan terdirinya masjid-masjid di kawasan utama iaitu Guangzhou. Selepas berlakunya kemuncak, muncullah beberapa tokoh Muslim tempatan iaitu Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi dan Ma Dexin. Penglibatan kesemua tokoh-tokoh ini telah mempengaruhi hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas mereka. Pada tahun 1642, buku yang dikarang oleh penulis China Muslim iaitu Zhengjiao Zhengquan. Kebanyakan penulis-penulis China banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran Konfusianisme dengan memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan. Masih lagi terdapat persamaan elemen ajaran Konfusianisme dengan ajaran Islam. Ketika zaman Dinasti Tang (618-907), Li Xun telah menyusun buku yang berkaitan dengan Materia Medica.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN EROPAH Interaksi antara tamadun Islam dan Eropah bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily. Terdapat pendapat tokoh tamadun yang menyatakan Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah dan dianggap jambatan kemasukan tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah. Proses interaksi tamadun ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan. Melalui proses interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan. Berlaku peperangan yang dikenali sebagai Perang Salib dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi konflik. Terdapat beberapa faktor berlakunya perang Salib ini iaitu berlaku penindasan oleh pemerintah Kristian kepada penganut Islam. Selain itu, berlaku ketidakseimbangan ekonomi dalam aktiviti ekonomi. Oleh itu, peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk berperang dengan orang-orang Islam. Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interaksi positif yang berlaku. Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orangorang Eropah dengan tamadun Greek (Yunani) menjadi lebih rapat. Hal ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan oleh cendekiawan Islam. Proses interaksi

antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya,diikuti konflik apabila tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun (antara abad ke-12 masihi hingga 14 masihi). Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman gelap (abad ke4 hingga ke-14 masihi). Pada ketika itu, orang Islam telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7. Kemuncak perkembangan tamadun Islam berlaku pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi. Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian terpenting kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi pemikiran orang-orang Eropah. Orang-orang Islam

Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam bidang seni muzik. Pada abad ke-12,karya-karya mereka telah diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi peluang kepada masyarakat Eropah mempelajari seni ini

REFLEKSI Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya memberi saya peluang untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaikknya dan mencapai tahap yang diinginkan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kawan saya memberi sepenuh komitmen dalam menyiapkan tugasan ini dengan sebaikknya. Saya berasa amat gembira apabila mendapat tugasan ini mengenai interaksi antara tamadun yang boleh dikira satu tajuk yang amat bagus untuk diperkembangkan dan dihuraikan untuk mendapatkan pelbagai ilmu yang terbaik bagi setiap interaksi. Sebelum mendapatkan tugasan ini, saya berasa amat gelisah kerana setiap buku yang dijumpai kurang menghuraikan mengenai interaksi antara pelabagai tamadun. Pembacaan pada semua bahan rujukan telah membuahkan hasil yang begitu lumayan apabila saya dapat memperincikan setiap interaksi tamadun dengan begitu jelas dan padat bersesuaian dengan kehendak soalan. Bantuan daripada pensyarah amat berguna bagi meneruskan tugasan ini. Pensyarah pembimbing memberi teguran dan membuat penambahbaikan keatas tugasan yang diberikan untuk menjadikan tugasan yang saya buat ini lebih mantap yang bercirikan konsep yang dikehendaki. Melalui tugasan ini, pemikirang saya menjadi lebih meluas dengan menganalisis setiap interaksi yang berlaku serta kesan interaksi terhadap Negara Malaysia. Jadi, saya dapat mantapkan pemikiran dan hati saya untuk menjadi lebih kuat dan cemerlang menghadapi sebarang kesulitan dan cabaran yang akan berlaku sepanjang interaksi ini berlaku. Saya juga dapat menganalisis perkara-perkara yang telah pun berlaku pada masa silam yang boleh dijadikan satu titik permulaan bagi mencapai kemajuan Negara selaras dengan kehendak Negara Malaysia untuk mencapai Negara maju pada tahun 2020. Akhirulkalam. Saya berasa amat berbangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Saya mengharapkan tugasan yang diberikan ini memberi impak yang positif kepada diri saya khususnya dan orang lain secara amnya.

PENGENALAN