Anda di halaman 1dari 4

Nor Azaliah binti Dahari 680207-08-5702

Refleksi Bersyukur pada Tuhan dengan keizinanNya saya telah berjaya menyiapkan tugasan bagi matapelajaran MTE 3107 iaitu perancangan dan pengajaran Matematik iaitu membuat peta minda bagi satu tajuk matematik yang dipilih serta mengubal satu rancangan pelajaran harian yang mencabar pemikiran murid ataupun yang mengalakkan murid berfikir. Bagi saya tajuk yang dipilih amat menarik dan mencabar sekali kerana pada hakikat sebenarnya sepanjang tempoh 20 tahun mengajar saya hanya menekankan murid mesti menguasai kemahiran matematik sahaja tanpa mengira samada murid bosan atau tidak. Hasil dari kajian tentang rancangan pelajaran harian yang boleh mencabar pemikiran murid ini, saya tersedar semula perkara ini juga amat penting untuk pencapaian yang lebih baik dan semaksimum mungkin. Murid mesti digalakkan sentiasa berfikir agar pemikiran mereka sentiasa aktif dan berkembang. Tugasan kedua yang berkaitan dengan menyatakan tajuk-tajuk yang terlibat bagi sesuatu topik yang dipilih bukanlah satu tugasan yang sukar kerana ianya sudah menjadi suatu kebiasaan bagi saya sebagai guru matematik. Namun begitu didapati adalah agak sukar untuk mencari bahan serta sumber rujukan contoh-contoh pengajaran yang melibatkan pemikiran kreatif murid. Namun masalah ini dapat juga diatasi hasil perbincangan dengan rakan sekumpulan. Beberapa kesukaran yang lain terpaksa juga saya tempuhi terutama dengan pengurusan masa. Kesuntukan masa ini menjadi satu cabaran yang paling ketara dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Saya terpaksa membahagikan masa dengan semaksimum yang mungkin di antara menyiapkan tugasan yang diberi dan dalam masa yang sama dibebani dengan tugas di awal persekolahan yang sememangnya banyak.Kedudukan geografi antara ahli-ahli kumpulan yang agak berjauhan juga menyukarkan kami untuk mengadakan perbincangan dengan lebih kerap dan berkesan.Kami hanya membuat perbincangan melalui panggilan telefon dan email.

Nor Azaliah binti Dahari 680207-08-5702

Semasa menyiapkan tugasan ini saya juga mendapati secara tidak langsung MTE3107 PLANNING AND TEACHING MATHEMATICS merupakan satu mata pelajaran yang amat menarik dan amat mencabar sekali. Secara tidak langsung ianya dapat memperkayakan lagi pengetahuan sedia ada dan meningkatkan lagi kemahiran di dalam bilik darjah,khasnya untuk mata pelajaran Matematik.Penerangan,kuliah dan perbincangan yang jelas yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat ternyata amat membantu dalam kefahaman dan kelancaran menyiapkan tugasan ini.Sebagai penambahbaikan adalah dicadangkan agar masa yang lebih lama diperuntukkan dalam menyiapkan satu-satu tugasan.

Nor Azaliah binti Dahari 680207-08-5702

Refleksi Bersyukur pada Tuhan dengan keizinanNya saya telah berjaya menyiapkan tugasan bagi matapelajaran WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN iaitu membuat kajian tentang konsep,isu dan cabaran integrasi dalam aplikasi dan pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran., secara berkumpulan. Bagi saya tajuk yang dipilih amat menarik dan mencabar sekali kerana pada hakikat sebenarnya sepanjang tempoh 20 tahun mengajar saya banyak mengajar matematik dan jarang dapat mengajar mata pelajaran yang melibatkan kesenian. Didapati juga mata pelajaran yang melibatkan kesenian juga semakin dipinggirkan, di sekolah terutama yang melibatkan kelas-kelas peperiksaaan awam. Didapati juga ada guru-guru tidak mahu mengajar mata pelajran berkaitan dengan alasan tidak tahu bagaimana mahu mengajarnya ataupun dengan alasan tidak ada pengalaman. Hasil dari kajian yang dibuat saya dan rakan-rakan mendapati integrasi dalam pendidikan seni amat luas dan menarik sekali.Ianya juga amat penting kepada murid kerana kesenian dapat mengimbangi pemikiran dan emosi murid.Perkara ini harus disedari oleh semua pihak.Dalam kajian yang dibuat juga melalui konsep integrasi kami mendapati kesenian itu merangkumi banyak perkara dan ianya sentiasa berada di sekeliling kehidupan seseorang itu. Oleh itu kepekaan tentang kesenian harus disemai mulai dari zaman kanak-kanak ;lagi. Namun begitu dalam pencarian makna konsep integrasi dalam kesenian. Ini kebanyakan sumber rujukan lebih menekan konsep integrasi dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Sumber rujukan integrasi dalam Pendidikan Seni amat terhad.Namun begitu berkat usaha kerjasama rakan-rakan sekumpulan permasalahan ini akhirnya Berjaya juga diatasi. Beberapa kesukaran yang lain terpaksa juga saya tempuhi terutama dengan pengurusan masa. Kesuntukan masa ini menjadi satu cabaran yang paling ketara dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Saya terpaksa membahagikan masa dengan semaksimum yang mungkin di antara menyiapkan tugasan yang diberi dan dalam masa

Nor Azaliah binti Dahari 680207-08-5702

yang sama dibebani dengan tugas di awal persekolahan yang sememangnya banyak.Kedudukan geografi antara ahli-ahli kumpulan yang agak berjauhan juga menyukarkan kami untuk mengadakan perbincangan dengan lebih kerap dan berkesan.Kami hanya membuat perbincangan melalui panggilan telefon dan email. Semasa menyiapkan tugasan ini saya juga mendapati secara tidak langsung WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN ini merupakan satu mata pelajaran yang amat menarik dan amat mencabar sekali. Secara tidak langsung ianya dapat memperkayakan lagi pengetahuan sedia ada dan meningkatkan lagi kemahiran di dalam bilik darjah,khasnya untuk mata pelajaran Matematik. Ini adalah kerana seni boleh diserapkan dalam mata pelajaran matematik bagi mengelakkan kebosanan dan fobia murid terhadap mata pelajaran Matematik, bahkan juga bagi mata pelajaran yang lain. Penerangan,kuliah dan perbincangan berserta demontrasi yang jelas dan amat menarik yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat ternyata amat membantu dalam kefahaman dan kelancaran menyiapkan tugasan ini. Sebagai penambahbaikan adalah dicadangkan agar masa yang lebih lama diperuntukkan dalam menyiapkan satu-satu tugasan.