Anda di halaman 1dari 15

SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH) AMBILAN KHAS MAC 2011

SEMESTER 5 / MEI 2012

HBMT1203 VSMP

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS (SMP)

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : : :

SIMON JACKROW 700823125523001 700823125523 0148530888 Sjyan07@yahoo.com.my EN. MOHAMAD ADIFF BIN MOHAMAD ALI OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SANDAKAN

ISI KANDUNGAN PERKARA 1.0 Pengenalan 2.0 Teori Pembelajaran Kognitif 2.1 Teori pembelajaran kognitif Piaget 2.2 Teori pembelajaran kognitif Bruner MUKA SURAT 1 2 3 4

3.0 Implikasi Teori Kognitif Piaget Dan Bruner Dalam Pembelajaran Matematik Prasekolah 4.0 Pengenalan Pranombor Prasekolah 4.1 Pranombor 4.1.1 Pengelasan 4.1.2 Perbandingan 4.1.3 Seriasi 4.1.4 Padanan satu dengan satu 4.1.5 Pola 4.1.6 Keabadian 4.2 Nombor 4.3 Pengukuhan 4.4 Konsep masa 4.5 Konsep ruang 5.0 Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Prasekolah 5.1 Aktiviti dalam bilik darjah 5.2 Aktiviti berkumpulan 5.3 Aktiviti perseorangan 6.0 Tinjauan Perpustakaan 6.0 Kesimpulan Bibliografi

6 6 6 7 7 7 8 8 8 9 9 9 9 9 10 10 11 12

1.0 Pengenalan Pendidikan prasekolah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai persediaan melangkah ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan prasekolah di Malaysia adalah bertujuan untuk menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar sebelum memasuki peringkat pendidikan formal. Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah akan membolehkan kanak-kanak yang berumur 5 tahu ke atas memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi, sosial dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Program ini juga merupakan asas kepada pembangunan dan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Awal Matematik peringkat prasekolah membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak. Pengalaman ini termasuklah konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan. Dalam pembelajaran awal matematik, kanak-kanak berfikir secara konkrit. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan matematik melalui manipulasi objektif konkrit. Kanak-kanak juga mesti bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun. Menurut Ahmad Ismail (2009), penguasaan konsep matematik tidak datang daripada buku kerja atau tugasan atas kertas dan pen. Kanak-kanak membina pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life. Kanak-kanak perlu dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian yang konkrit bagi membantu membina keyakinan pelajar dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka apabila dewasa kelak.

Bagi menerangkan proses pembelajaran dalam pendidikan awal matematik di peringkat prasekolah, pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli psikologi sejak zaman Socrates dan Plato lagi. Perkembangan teori kognitif kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pelbagai pengetahuan tersebut untuk memahami dunia sekitar mereka. Perkembangan kognitif menekan proses pembentukan konsep, penaakulan dan penyelesaian masalah ketika menimba ilmu dengan menggunakan pelbagai rangsangan dan media. Perkembangan kognitif merangkumi proses pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar menggunakan pelbagai bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka.

2.0 Teori Pembelajaran Kognitif Pendekatan kognitif menekankan pada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Dengan perkataan lain, proses ini lebih memberi fokus kepada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima akan diproses melalui beberapa peringkat. Peringkat tersebut adalah pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat yang sedia ada dalam ingatan. Setelah itu, penyatuan maklumat yang terjadi akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa manusia bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif, sebaliknya otak manusia akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingati oleh pelajar. Dalam pembelajaran matematik, menurut Mohd Daud Hamzah (1996) menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Terdapat beberapa aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam memperoleh kensep-konsep awal matematik, iaitu seperti aktiviti padanan, penjenisan, reguan dan susunan aturan. Terdapat juga beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran tentang cara-cara kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh diajar pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Teori yang dikemukakan oleh Piaget dan Bruner merupakan antara teori yang memainkan peranan besar dalam perkembangan pengajaran dan
4

pembelajaran kanak-kanak prasekolah termasuklah pengenalan pranombor dalam mata pelajaran matematik. 2.1 Teori pembelajaran kognitif Piaget Jaen Piaget berasal dari Neuchatel, Switzerland. Beliau dilahirkan pada 9 Ogos 1896 dan merupakan anak sulung kepada Arthur Piaget dan ibunya, Rebecca Jackson. Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat ijazah Doktor Falsafah (Biologi) pada usia 25 tahun. Seterusnya, beliau menumpukan perhatiannya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Melalui kajian dan pemerhatian Piaget, beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanakkanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-operasi (2-7 tahun), Peringkat operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama dan konkrit atau abstrak. Peringkat Motor deria Umur 0-2 tahun Ciri-ciri Boleh meniru dan mengingati benda-benda Mengetahui yang sesuatu objek itu masih wujud walaupun ia disembunyikan Bersifat egosentrik (tumpuan hanya pada diri sendiri sahaja). Mula menggunakan bahasa secara sedikit demi sedikit Boleh mula berfikir menggunakan bentukbentuk simbol Boleh menyelesaikan masalah-masalah yang konkrit Boleh memahami konsep pemuliharaan Boleh membuat pengkelasan/ pengkategorian Boleh menyelesaikan masalah yang abstrak Menjadi lebih bersaintifik dalam cara pemikiran Merasa bimbang tentang isu-isu sosial di persekitarannya

Pra-operasi

2-7 tahun

Operasi konkrit

7-11 atau 12 tahun

Operasi formal

11 atau 12 tahun ke atas

Empat Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget


5

2.2 Teori pembelajaran kognitif Bruner Seymour Jerome Bruner atau lebih dikenali sebagai J. Bruner dilahirkan di New Tork pada 1 Oktober 1915. Beliau merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Beliau merupakan seorang yang istimewa kerana telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Sebagai seorang tokoh kognitif yang berjaya, beliau telah menerima banyak pencapaian atas penghasilan penulisan dalam bidang falsafah pendidikan, teori-teori pembelajaran dan proses pengajaran. Dalam aspek pembelajaran, Bruner berpendapat bahawa pembentukan konsep merupakan proses yang terjadi lebih semua daripada konsep pada kanak-kanak yang berusia antara 0-14 tahun, sementara konsep tingkat berlaku pada usia 15 tahun. Konsep boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, konsep konjuntif. Konsep ini merujuk kepada konsep yang mempunyai beberapa bahagian yang tergabung dan tidak boleh dipisahkan ataupun dikurangkan. Apabila salah satu bahagian diketepikan, konsep tersebut menjadi kurang lengkap. Kedua, konsep disjuntif. Konsep ini merujuk kepada bahagian-bahagian yang tergabung di dalam konsep ini boleh digunakan dalam satu situasi ataupun situasi yang lain. Ketiga, konsep hubungan. Konsep ini pula merujuk kepada hubungan khas antara satu sama lain yang wujud di antara bahagian-bahagian tersebut. kebanyakan hubungan ini biasanya terdiri daripada bahagian-bahagian yang mengandungi masa dan ruang. Selain itu, Bruner berpendapat bahawa fungsi konsep utama adalah menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea dengan bertujuan memudahkan pengurusan agar lebih ringkas, mudah difahami, mempelajari serta mengingati. Menurut beliau lagi, bahasa merupakan medium yang penting dalam perkembangan kognitif manusia. Beliau mempercayai manusia mula menggunakan tindakan sebagai usaha memahami alam sekitar dan apabila tindakan tidak mencukupi akan bertukar kepada penggunaan gambar atau perwakilan simbol yang secara tidak langsung menunjukkan peranan bahasa itu sendiri.

3.0 Implikasi Teori Kognitif Piaget Dan Bruner Dalam Pembelajaran Matematik Prasekolah Teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga merupakan satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran ini sangat menitikberatkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini secara tidak langsung memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid adalah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Pembelajaran kognitif lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia ada bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan, mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pengetahuan sedia ada seperti melalui kemahiran 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid adalah membantu kanak-kanak mengingat semula. Oleh sebab pembelajaran kognitif menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga dewasa, Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif dan berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap ataupun tingkat umur mereka. Di samping itu, teori kognitif juga bergantung pada cara kanak-kanak tersebut memperoleh pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperoleh pengetahuan mereka melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanakkanak tersebut melalui zaman persekolahan, mereka akan membantu muris-muris semula tentang perkara yang telah dipelajari terutamanya pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah. Seterusnya, implikasi pembelajaran kognitif juga adalah melalui isi-isi pelajaran yang hendaklah disusun mengikut perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Piaget dalam
7

teori perkembangannya, terdapat empat tahap perkembangan kognitif, iaitu sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Oleh yang demikian, isi pelajaran yang disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Dalam hal ini guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut perkembangan kanak-kanak.

4.0 Pengenalan Pranombor Prasekolah Konsep awal matematik di peringkat prasekolah terbahagi kepada 5 peringkat, iaitu pranombor, nombor, pengukuhan, konsep masa dan konsep ruang. 4.1 Pranombor Pranombor terbahagi kepada beberapa pecahan, iaitu pengelasan, perbandingan, seriasi, padanan satu dengan satu, pola dan keabadian. 4.1.1 Pengelasan Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciriciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan: (a) Satu ciri (contoh: warna, bentuk atau saiz) (b) Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz) (c) Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz) (d) Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu) Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak dan fungsi. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza. Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap, iaitu: (a) Memilih dan membanding
8

(b) Mengumpul (c) Memilih semula (d) Mengasingkan kumpulan (e) Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep

4.1.2 Perbandingan Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs & Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan muris-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi. Contoh perbandingan: membandingkan adalah seperti; (a) Ukuran- panjang: pendek, tinggi: rendah, tebal: nipis (b) Saiz- besar: kecil (c) Berat- berat: ringan (d) Bilangan atau kuantiti- banyak: sedikit (e) Jenis objek

4.1.3 Seriasi Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan. Contoh seriasin adalah seperti; (a) Menyusun mengikut pola urutan: kecil- besar, nipis- tebal, rendah- tinggi, pendek- panjang, sempit- luas (b) Menyusun objek mengikut ciri

4.1.4 Padanan satu dengan satu Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, objek dengan nombor dan
9

nombor dengan nombor. Membina bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu. Contoh padanan satu dengan satu adalah seperti; (a) Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut. (b) Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu (c) Memadan bilangan yang sama (d) Memadan bilangan objek dengan simbol nombor

4.1.5 Pola Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid, iaitu: (a) Meniru pola (b) Menyambung pola (c) Melengkapkan pola (d) Membina pola sendiri

4.1.6 Keabadian Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isi padu dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan muris-muris memahami ketekalan jisim dan isi padu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza. 4.2 Nombor Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan, iaitu sifat kuantiti benda tersebut, manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor.

4.3 Pengukuhan
10

Pengukuran adalah satu proses di mana satu nombor diberikan kepada ciri-siri seperti panjang, berat, kapasiti, luas, isi padu, suhu dan masa sesuatu objek atau peristiwa. Kebolehan mengukur terbentuk daripada pengalaman, pengelasan, perbandingan dan turutan. Proses aktiviti pengukuhan biasanya perlu melibatkan kanak-kanak merekodkan ukuran, membandingkan ukuran dan menceritakan ukuran yang dilakukan. 4.4 Konsep masa Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas, sebelum dan di antara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama, kedua dan ketiga. Masa boleh diukur dengan dua cara, iaitu tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku) dan waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku). 4.5 Konsep ruang Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang, atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam.

5.0 Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Prasekolah Tugas seorang guru prasekolah agak padat menyebabkan perancangan aktiviti yang berkesan amat penting pada seorang guru. Guru hendaklah mempelbagaikan aktiviti pengajaran supaya dapat menarik perhatian kanak-kanak prasekolah. 5.1 Aktiviti dalam bilik darjah Aktiviti di dalam bilik darjah melibatkan semua pelajar dalam aktiviti yang sama. Kebiasaannya, aktiviti berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh guru melalui penerangan, arahan, penceritaan, pertanyaan dan menjawab soalan pada akhir sesi pembelajaran.

5.2 Aktiviti berkumpulan


11

Aktiviti berkumpulan sangat penting kerana melalui aktiviti kanak-kanak belajar berkongsi dan menanti giliran untuk mengambil bahagian. Apabila bermain dalam aktiviti berkumpulan, guru hendaklah memastikan setiap kumpulan melibatkan keduadua jantina dan juga bangsa yang berlainan. Kumpulan hendaklah dalam kuantiti yang kecil agar semua kanak-kanak dapat melibatkan diri atau mengambil bahagian. Guru boleh memilih aktiviti yang sama atau berlainan. Objektif utama aktiviti berkumpulan adalah untuk membentuk kanak-kanak supaya dapat bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. 5.3 Aktiviti perseorangan Guru juga hendaklah mengadakan aktiviti perseorangan. Ada ketikanya aktiviti perseorangan sesuai kepada kanak-kanak kerana aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berdikari dan membenarkan guru memberi arahan secara perseorangan kepada kanak-kanak. Pelaksanaan aktiviti ini dapat dilihat dalam rancangan pengajaran di bawah. Perancangan ini juga persesuaian dengan teori kognitif Piaget dan Bruner dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak. Pelan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ini berlangsung selama setengah jam. Aktiviti ini adalah bagi kanak-kanak berusia 5 tahun seramai 15 orang. Perancangan aktiviti ini melibatkan permainan konsep nombor. Langkah/ masa Set induksi (5 minit) Langkah 1 (10 minit) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru memperkenalkan bongkah dan konsep nombor dengan menerangkan sambil menujukkan bongkah. Guru memberikan pengalaman deria sentuh kanak-kanak kepada konsep nombor dan kuantiti. Guru menggunakan bongkah yang pelbagai bentuk. Kanak-kanak memegang 2 bongkah, satu di tangan kiri dan satu di tangan kanan sambil berkata satu bongkah setiap kali menunjukkan bongkah pada tangan mereka. Kemudian, sambil menunjukkan kedua-dua bongkah mereka berkata dua bongkah. Cara yang sama juga dilakukan pada nombor yang seterusnya. Lama-kelamaan, kanak-kanak boleh mengatur bongkah-bongkah itu mengikut ciri-ciri yang lain.

Langkah 2 (25 minit)

Bagi mengembangkan kebolehan membilang secara berturutan dan mengikut kedudukan seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Kanak-kanak mengambil beberapa ketul bongkah. Setiap orang
12

membilang bongkah satu demi satu. Kanak-kanak lain memerhati dengan teliti. - Beberapa ketul bongkah diatur dalam satu baris dan kanak-kanak membilang. - Satu susunan yang tinggi seperti menara disusun menggunakan bongkah. Kanak-kanak membilang ketul-ketul bongkah yang digunakan bagi membuat binaan itu. - Bongkah-bongkah disusun berbaris seperti kereta api. Kanakkanak diminta menunjukkan kedudukan bongkah pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Aktiviti ini dijalankan selepas kanak-kanak biasa dengan konsep nombor. Pada peringkat permulaan pengenalan nombor untuk kanak-kanak tidak melebihi angka 5, kemudian angka 10. Penutup (5 minit) Guru memberi rasa keseronokan belajar matematik dengan menyanyi sebuah lagu yang mempunyai sebutan nombor sambil menggunakan jari-jemari bersama kanak-kanak. Kanak-kanak dapat membilang dengan menggunakan jari sambil menyanyi.

6.0 Tinjauan Perpustakaan Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik mampu memberi pemahaman matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Sebagai contoh, pembelajaran berkaitan nombor biasanya terjadi melalui pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman (Rosazizi & Nani, 2004). Menurut Nani & Rohani (2004) pula dalam Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah, urutan perkembangan pembelajaran matematik melalui tiga tahap, iaitu tahap konkrit, gambar dan simbolik. Hal ini selaras dengan teori perkembangan kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat, iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Namun begitu, kebanyakan guru prasekolah lebih cenderung mengajar kanak-kanak terus ke tahap ketiga, iaitu simbolik tanpa memberi pengalaman di kedua-dua tahap yang sebelumnya. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat pengalaman perkembangan matematik yang kukuh. Kanak-kanak haruslah diberikan asas dan pengalaman pranombor yang baik sebagai satu persediaan yang kukuh bagi pembelajaran matematik di peringkat yang lebih tinggi. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PKK, 2001), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberi penekanan kepada bermain sambil pelajar dalam proses pengajaran dan
13

pembelajaran

kanak-kanak

prasekolah.

Pendekatan

bermain

sambil

belajar

dapat

meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. KPM menekankan supaya pendekatan ini mempunyai ciri-ciri seperti aktiviti yang menggembirakan, penerokaan san interaksi dengan persekitaran, permainan bebas dan terancang, kelonggaran masa, percubaan idea sendiri dan peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. Selaras dengan itu, pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan ke dalam sistem pembelajaran adalah pendekatan permainan.

7.0 Kesimpulan Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam masyarakat yang menuju ke arah sebuah negara maju berteraskan Sains dan Teknologi. Pelajar-pelajar perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap konsep-konsep matematik asas yang akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran pada peringkat yang seterusnya. Bagi menjamin masa depan negara, pihak tertentu perlu mengkaji semula dan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam mengajar kanak-kanak asas pemikiran tentang matematik dari peringkat awal persekolahan. Pembelajaran matematik bukan sahaja diperluas di sekolah, malah telah bermula sejak di prasekolah lagi kerana pembelajaran yang berkesan dari usia kanak-kanak lagi akan membentuk asas pembelajaran yang kukuh. Seterusnya, dapat membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi.

14

Rujukan

Ab. Fatah Hasan. (1994). Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Mara. Al Hurwitz & Day, M. (1995). Children and Their Art. Harcout Brace Collage Pub. Texas. Artheim, R. (1989). Thought On Art Education. Santa Monica: Getty Center. Chapman, L. H. (1998). Approaches to Art in Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich Inc. Efland, A. (1997). Planning Art Education in Middle/ Secondary Schools. Ohio: USA. Elliot, W & David, V. E. (1996). Reading in Art Education. London: Ginn- Blaisdell Publ. Co. Feldman, E. (1990). Becoming Human through Art. New Jersey: Prentice Hall. Jane, B. K. (2000). Becoming an Art Teacher. USA: Towson University Wadsworth Thomson Learning, USA. Lowenfwld, V & Brittain. (1957). Creative and Mental Growth (8th edition). New York: Mac Millan. Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2010). Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Prentice, R. (1995). Teaching Art and Design. London & NY: Continuum. Rohani Abdullah, Nani Menim & Mohd Sharani Ahmad. (2003). Panduan kurikulum prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan pelbagai: aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Shahizan Hassan & Ahmad Shahabudin Che Noh. (2005). Panduan merancang aktiviti prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

15