Anda di halaman 1dari 22

2012

PROGRAM TANDAS BERSIH TANDAS BERSIH WARGA SEJAHTERA SK SERI MACHAP

SK SERI MACHAP, KAMPUNG SERI MACHAP, 86200 SIMPANG RENGGAM JOHOR.

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN SEKAPUR SIRIH PENGENALAN RASIONAL, MATLAMAT, OBJEKTIF SENARAI JAWATANKUASA PELAN LOKASI TANDAS SEKOLAH JADUAL PEMBERSIHAN USHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN TANDAS BERSIH GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN KESIMPULAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 23

PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, folio tandas bersih dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan buku ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada En Mazlan bin Othman, Guru Besar SK Seri Machap, kerana bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa membuat kerja kursus ini. Pn Hajah Rahimah Binti Abdul Aziz juga yang banyak memberikan tunjuk ajar, Tenaga, Masa dan wang ringgit dalam menjayakan program tandas bersih ini Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi tenaga dan waktu dalam usaha untuk membersih dan menceriakan tandas sekolah. Saya juga terhutang budi kepada kaki tangan sokongan yang banyak terlibat dalam kerja pembersihan dan mengecat tandas tanpa mengira masa dan waktu. Sekian, terima kasih.

Sekapur sirih Assalamualaikum, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Selawat dan Salam Kepada Junjungan Nabi Muhammad Rasul Pilihan. Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita menjayakan Program Tandas Bersih sekolah dengan jayanya. Terima kasih saya ucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa, kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah memberi kerjasama dalam merancang untuk menjayakan Program Tandas bersih bagi meningkatkan kecemerlangan SK Seri Machap.

Sekian, Terima Kasih.

............................................ EN MAZLAN BIN OTHMAN GURU BESAR SK SERI MACHAP

PENGENALAN Apabila kita menyebut tentang isu tandas, ramai yang mengambil mudah serta menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat tandas memang adalah tempat yang kotor oleh itu patutlah ianya berada dalam keadaan yang kotor. Jika sekalipun tandas itu berada dalam keadaan yang bersih, golongan ini tidak berfikir dua kali untuk mengotorkannya atau menggunakannya dengan cara yang salah sehingga merosakkannya. Demikianlah kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosak atau paip air dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya. Sebenarnya isu kebersihan tandas merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua ambil berat. Bayangkan jika kita tiba-tiba mendapat call of nature di sekolah yang tandasnya rosak dan kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas yang bersih. Mungkin ketika itu isu ini bukan suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita terdengar pelawat atau tetamu kita merungut tentang tandas kita yang menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej sekolah. Pada ketika itu, kita akan dapat rasakan betapa perkara ini bukan satu isu yang remeh. Dengan Program Tandas bersih yang dianjurkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia diharapkan dapat meningkatkan kebersihan dan keceriaan tandas sekolah sekaligus dapat meningkatkan mutu dan imej setiap sekolah yang terlibat.

RASIONAL Program Tandas Bersih ini adalah untuk memastikan semua warga SK Seri Machap dapat menggunakan tandas yang selamat, bersih, cantik dan segar. Dengan itu warga SK Seri Machap akan terhindar dari segala bahaya, penyakit dan bau yang kurang menyenangkan selepas menggunakan tandas.

MATLAMAT Menjadikan Tandas SK Seri Machap Bersih, Segar dan Selamat Digunakan oleh Warga SK Seri Machap.

OBJEKTIF Membolehkan warga SK Seri Machap sentiasa peka dengan kebersihan, keceriaan, kesegaran dan keselamatan tandas.

JADUAL PEMBERSIHAN BIL 1 NAMA AJK QADA HAJAT MAWAR AJK BERTUGAS EN MAZLAN B OTHMAN EN JAAFAR B KASMAN PN NORAZREEN BAHARI PN ASMAH (PEKERJA) EN MAZLAN B AHMAD EN AMINUDDIN SAYUTI EN FAZLI B AMAN CIK SITI MASHITAH EN MAT ZIN (PEKERJA) PN MAZNAH BT ABDULLAH PN ZABEDAH ABU BAKAR EM MOHD FADHLI OTHMAN PN SAMSIAH PN HJH RAHIMAH ABDUL AZIZ PN HJH SITI ASIAH KASAN PN SITI HAIDA BASAR PN SAADIAH (PEKERJA) HARI ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

AJK QADA HAJAT MELATI

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

AJK QADA HAJAT CEMPAKA

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

AJK QADA HAJAT MELUR

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

USAHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN TANDAS BERSIH a. Membentuk jawatankuasa kerja dalam mesyuarat AJK. b. Memeriksa dan menganalisa segala kerosakan yang perlu dibaikpulih dan tandas yang perlu diselenggara. c. Merangka pelan penyelenggaraan dan anggaran kos yang diperlukan. d. Menyediakan sebutharga untuk kos pekerja bagi tujuan penyelenggaraan. e. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan. f. Menyediakan sistem pemarkahan bagi penilaian setiap minggu oleh guru bertugas mingguan. g. Menghargai pelajar dan Guru Tingkatan dalam setiap perhimpunan bulanan bagi kelas Terbersih Bulanan. h. Denda akan dikenakan terhadap murid dan guru tingkatan yang diumumkan sebagai tandas terkotor pada setiap perhimpunan bulanan.

TANDAS MURID TAHAP DUA

TANDAS MURID TAHAP SATU LELAKI

MURID TAHAP 1 PEREMPUAN

TANDAS GURU PEREMPUAN

TANDAS GURU LELAKI

KESIMPULAN Tandas atau lebih lembut jika dikatakan kamar qada hajat, adalah destinasi kita yang pertama dalam memulakan hari-hari kita. Setiap kali selepas bagun tidur lagi tandas menjadi destinasi pertama dan ia juga menjadi tempat terakhir sebelum kita beradu di bilik tidur. Jelaslah disini bahawa jika tandas kita tidak bersih ia akan mencerminkan individu itu orang yang bersifat pembersih atau tidak.

Demi memupuk setiap warga sekolah ini semangat cintakan kebersihan dan dapat menghargai tandas, maka Unit Penyelenggaraan Tandas merangka program tandas bersih. Diharap dengan melaksanakan program ini akan dapat melahirkan warga sekolah yang cintakan kebersihan.