Anda di halaman 1dari 21

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

  • 1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pendidikan, anjuran Persatuan Guru-Guru, Bandar Seri Begawan pada Tahun 1981 telah mengaskan bahawa seseorang guru itu mempunyai dua tugas yang penting. Tugasnya yang pertama ialah sebagai seorang ahli profesion perguruan bagi memberikan pendidikan formal kepada murid-murid di bangku sekolah, tetapi sebagai seorang ahli masyarakat dia mempunyai tugas yang kedua iaitu tugas kemasyarakatan. Hal ini menunjukkan betapa besar dan beratnya peranan seorang guru yang hukan sahaja menjalankan tugas di sekolah malah seorang guru harus menunaikan tanggungjawab guru dalam kehidupan bermasyarakatnya. Pernyataan ini jelas mengingatkan para guru bahawa tugas membinmbing dan mendidik pelajar bukannya terhenti di sekolah tetapi berterusan sehingga di luar waktu sekolah. Selaras dengan kehendak dan matlamat yang ingin dicapai oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seorang guru harus menjalankan beberapa peranan penting. Hal ini disebabkan oleh pentingnya peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan nagara.

  • 2.0 PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN HASRAT FPK DAN FPG

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101) 2013 1.0 PENDAHULUAN Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pendidikan,

1

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

2.1 Sentiasa Menambah Ilmu Pengetahuan

Sebagai pemangkin ke arah tarndformasi pendidikan, guru dilihat sebagai wadah penting bagi melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif, analitikal dan progresif. Perubahan demi perubahan terus dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melakukan trandformadi pendidikan agar taraf pendidikan negara dapat berdiri setanding dengan pendidikan negara maju. Namun, tanpa sokongan jitu daripada golongan guru, segala usaha ini akan terbantut dan menjadi sia-sia.

Guru sebagai agen perubahan haruslah berkomited menegakkan aspirasi negara. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru yang mahu melahirkan guru yang menjunjung aspirasi negara. Oleh itu, untuk mencapai cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, seorang guru itu sendidri harus berusaha untuk terus menambah ilmu pengetahuan diri. Timbalan Perdana Menteri ketika

berucap dalam perutusan hari guru 2010 telah berkata, “guru perlu sentiasa meningkatkan

ilmu dan kemahiran sebagai seorang guru untuk membolehkan ia memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi pada setiap masa”. Ucapan ini menggambarkan betapa pentingnya seorang guru sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan diri bagi membolehkan ia menjadi seorang guru yang komited dengan aspirasi negara seterusnya dapat melahirkan generasi baru yang berilmu pengetahuan.

Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam dunia global masa kini menuntut seorang guru agar sentiasa mengikuti perubahan. Sebagai guru, menguasai pengetahuan dan kemahiran terkini menjadi suatu kemestian. Pelajar-pelajar masa kini bukan lagi seperti para pelajar sewaktu zaman penjajah. Pelajar masa kini mempunyai pengetahuan yang luas disebabkan perkembangan dunia teknologi dan komunikasi pada masa kini yang memudahkan mereka mendapatkan maklumat dengan hanya sekadar menekan butang kekunci pada hujung jari. Para guru harus peka tentang perkara ini, jika mereka masih lagi di takuk yang lama, mereka akan gagal untuk berada si barisan hadapan bagi memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif. Justeru, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran; mereka menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day,1999).

2

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan pengetahuan dan kenolehan seseorang guru. Pelbagai program serta kursus telah dijalankan agar seorang guru dapat menguasai kemahiran terbaru bagi membolehkan mereka meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Antara program yang telah diperkenalkan oleh pihak kementerian ialah Program Pensiswazahan Guru, Program Kursus Dalam Cuti, Program Guru Lestari serta pelbagai bengkel serta seminar yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru. Malah, kerajaan juga menyediakan pelbagai bantuan dan biasiswa kepada para guru yang ingin melanjutkan pengajian. Ini kerana, kerajaan peka dan sedar bahawa jika mahukan generasi masa hadapan yang berilmu pengetahuan, agen perubahan itu sendiri harus menjadi seorang yang berili pengetahuan. Justeru itu, kerajaan serta pihak kementerian telah berusaha dengan bersungguh bagi mencapai keseluruhan guru di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan tahap ijazah. Namun, kunci utamanya ialah para guru itu sendiri. Jika mereka tidak peka dengan tugas dan peranan mereka segala usaha ini hanya sia-sia dan tidak berbaloi.

KPM berhasrat bukan sahaja melahirkan guru yang berkualiti, tetapi juga memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Petikan ucapan yang dibuat oleh YB Dato‟ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein ini tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Hanya guru yang berpengetahuan luas akan menjadi guru yang kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Jika guru gagal meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mengikut perkembangan zamannya, tidak mungkin seorang guru itu akan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatannya. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.

Ucapan Y.A.B Perdana Menteri di Parlimen pada 23 April 2011 telah memberi penekanan iaitu RMK-10 telah menyediakan asas pembangunan sumber tenaga manusia untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta mempertingkatkan produktiviti dan daya saing. Antara tenaga kerja yang turut tidak terkecuali malah merupakan antara yang terpenting adalah golongan pendidik. Asas pembangunan tenaga manusia yang dimaksudkan ialah pendidikan sepanjang hayat. Guru bukan sahaja harus perlu mengaplikasikan pendidikan sepanjang hayat dalam kehidupan mereka malah menjadi suri tauladan agar pendidikan sepanjang hayat menjadi suatu budaya baharu dalam masyarakat kita.

3

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

Disebabkan itu, guru harus menjadi agen yang bertanggungjawab menyebarkan budaya pendidikan sepanjang hayat bukan sahaja untuk diterapkan dalam diri para pelajarnya malah dalam komuniti dan masyarakat. Bagi memenuhi tuntutan itu, pendidik perlu terus belajar perkara-perkara yang baru dan seterusnya mencuba menyebarkan ilmu kepada golongan yang berbagai dalam komuniti setempat untuk memantapkan lagi keterampilan guru dan membina keyakinan dalam diri mereka. Pembelajaran sepanjang hayat adalah satu perkara yang patut dititkberatkan dalam kalangan guru agar mereka sentiasa menambah ilmu pengetahuan (Suseela Malakolunthu, 2005).

Oleh itu, tidak dapat disangkal serta dinafikan lagi betapa pentingnya seorang guru agar sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Ianya menjadi peranan serta tugas penting kepada seorang guru yang bertanggungjawab mendidik para pelajar dan genarasi muda dalam tempoh zaman globalisasi yang sukar ini. Para pendidik masa kini harus mengambalikan integriti demi mendapatkan semula kepercayaan dan penghormatan daripada masyarakat dan ibu bapa. Guru harus bertindak menjadi insan berilmu yang dinamik dan progresif. Hal ini sebabkan hanya dengan ilmu, martabat seseorang itu akan terangkat. Para pendidik seharusnya melihat pendidikan bukan sesuatu yang mempunyai penghujung sebaliknya suatu usaha berterusan bagi melahirkan individu minda kelas pertama. Mereka juga haruslah sentiasa menambah kepakaran dan ilmu dalam bidang masing-masing sehingga ke tahap tertinggi. Hanya dengan cara inilah, negara kita akan dapat melahirkan generasi berilmu pengetahuan seperti yang dikehendaki oleh FPG dan FPK.

2.2 Kreatif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Peranan penting seterusnya yang perlu dijalankan oleh seorang guru ialah kreatif dan pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang kreatif dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi seorang guru yang disukai. Seterusnya, pemahaman pelajar-pelajar akan bertambah baik. Melalui kaeadah dan teknik pembelajaran yang kreatif dan inovatif seorang guru akan berjaya memperkembangkan potensi individu selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat sesetengah indivdu dilahirkan dengan bakat dan potensi. Dengan itu, guru harus berfungsi sebagai mentor untuk mengilap potensi pelajar demikian. Bakat dan potensi boleh terjelma melalui interaksi sosial dan alam sekeliling. Implikasi perkembangan potensi individu akan menjadikan pendidikan sebagai medium menzahirkan bakat mereka.

4

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

Sebuah rencana dalam akhbar Utusan Malaysia yang dikeluarkan pada 10 Disember 2012 telah menulis mengenai kreativiti dan inovasi dalam pendidikan. Rencana ini menekankan kepentingan seorang guru menerapkan elemen kreativiti dan inovasi secara tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti kuiz, forum, syarahan, bahas, membuat projek, kerja berkumpulan dan tugasan luar bilik darjah sangat digalakkan. Aktiviti tersebut akan menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat rujukan, menyediakan nota dalam menghasilkan tugasan tersebut. Ini akan menggalakkan percambahan idea dan dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi di kalangan murid.

Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa depan terutama dalam memasuki era 2020. Bagi menanganinya tidak menghairankan mengapa kerajaan berbelanja besar dalam Bajet 2013 untuk pendidikan. Di samping itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan aktiviti latihan guru yang berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skills.

Kreativiti akan lebih terserlah jika seorang guru memaksimumkan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Guru harus mempelbagaikan aktiviti yang menggalakkan pelajar- pelajar menggunakan ICT selaras dengan elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Guru yang mehukan seorang guru berkembang maju dan berpandangan saintifik. Guru haruslah memunyai kemahiran professional dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembalajaran untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti dalam kelas yang kreatif dan menarik juga menunjukkan bahawa guru tersebut berpengetahuan dalam bidangnya. Menurut Pengarah Pelajran Malaysia, Datuk Abd. Ghafar Mahmud, guru-guru disarankan supaya mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkoni dan kreatif seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu.

Matlamat wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysiayang kreatif dan inovatif. Storm & Storm (2002) menyatakan kepentingan kreativiti dalam masyarakat telah lama disedari. Para pemimpin, ahli perniagaan,saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi meyatakan kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di dalam sebuah negara. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berhasrat menjadi negara maju menjelang tahun 2020, keperluan kepada kreativiti rakyatnya adalah lebih mendesak.

5

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dalam satu ucapan ketika majlis makan malam anjuran Akademi Sains Malaysia telah mencabar komuniti para saintis di Malaysia agar dapat melahirkan seorang pemenang hadiah nobel di kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2020(Sachi, 2004). Beliau juga berpendapat bahawa generasi pewaris yang hidup dalam abad ke-21 perlu berfikiran kreatif dan kritis di samping bersifat kaya maklumat serta maju dalam bidang sains dan teknologi. Justeru itu, usaha untuk melahirkan genarasi kreatif seharusnya bermula di sekolah dengan diteraju oleh guru yang perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam aktiviti yang dijalankan.

Daya imaginasi yang tinggi juga menjadi asas utama untuk menjadi pendidik yang kreatif (Mohamad Shatar, Jasni, Azali: 2008). Untuk menjadi seorang guru yang kreatif dan berinovasi, seseorang guru haruslah mempunyai daya imaginasi dalam aktiviti yang dirancang. Sebagai warga pendidik, seorang guru harus bijak menyesuaikan pelbagai aktiviti dengan tajuk yang ingin diajarkan. Guru seharusnya mencuba pendekatan yang baharu dan menarik dalam menyampaikan ilmu. Situasi demikian akan menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran tanpa menjemukan pelajar semasa mengikuti kuliah dan amali yang disampaikan.

Dalam menyampaikan pengajaran seorang guru harus mempunyai ketegasan namun perlu dicampur dengan unsur humor dan kecindan untuk menambah minat pelajar dan mewujudkan suasana yang ceria. Guru juga perlu berusaha supaya mempelbagaikan teknik dan kaedah agar tidak terikat dengan hanya satu kaedah pengajaran sahaja untuk mengelakkan kebosanan dalam kalangan pelajar. Oleh itu seorang guru mesti berani mencuba pelbagai teknik pengajaran dan berkongsi pengalaman serta idea dengan warga pendidik yang lain tentang kaedah pengajaran. Selain itu seorang pendidik juga haruslah banyak membaca serta sentiasa mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang kaedah pengajarannya.

Kebanyakan guru pada masa kini hanya menumpukan kepada objektif pembelajaran tanpa berusaha untuk membina kreativiti para pelajar melalui aktiviti yang dipelbagaikan. Hakikat ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh Idris (2002) yang telah menganalisa wacana pedagogi beberapa buah sekolah di Malaysia melalui rakaman audio sepuluh aktiviti pembelajaran yang berlaku di bilik-bilik darjah dan beliau telah menyimpulkan bahawa guru bukan sahaja mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik darjah bahkan guru juga banyak mengemukakan soalan soalan-soalan tertutup yang dilihat gagal membuka percambahan idea dan pendapat para pelajar. Perkara ini bukan sahaja akan membosankan aktiviti pembalajaran malah akan menyekat kreativiti dan inovasi para pelajar.

6

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

Kajian-kajian menunjukkan bahawa agak sukar untuk memupuk kreativiti kiranya guru sahaja yang mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk memupuk kreativiti dalam bilik darjah interaksi guru dengan pelajar mestilah dua hala. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pembelajaran tetapi pelajar juga harus memainkan peranan yang aktif di samping memberikan maklum balas. Selain dari itu, soalan-soalan tertutup adalah soalan yang memerlukan pelajar memberikan satu jawapan yang betul dan tepat dan biasanya bila menjawab soalan-soalan tertutup pelajar banyak menggunakan pemikiran konvergen iaitu pemikiran yang logik, sistematik, berstruktur dan tidak menggunakan daya imaginasi. Oleh kerana itu soalan-soalan tertutup tidak membantu dalam meningkatkan daya kreativiti pelajar.

2.3 Menerapkan Nilai Keagamaan dan Kerohanian

Falsafah Pendidikan Guru telah menekan bahawa guru sebagai pembangun individu dan pengekal disiplin masyarakat. Pembangunan individu yang yang dimaksudkan bukan sekadar pembangunan dan kecermerlangan jasmani semata-mata sebaliknya aspek pembangunan rohani ataupun spritual menjadi agenda utama. Justeru ini, guru berperanan sebagai egen yang menerapkan nilai keagamaa dan kerohanian dalam diri para pelajar bagi membangun individu patuh dan percaya kepada Tuhan. Dengan mengakui wujudnya Tuhan, seseorang itu akan turut mengakui Tuhan sebagai pencipta alam dan manusia. Seterusnya, individu ataupun pelajar akan berusaha mengamalkan ajaran agama yang dianuti lantas menyedari bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap dirinya sendiri dan perbuatannya.

Dalam konteks agama Islam, guru dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tarbiyah. Islam menekankan dalam ajarannya bahawa seluruh masa yang digunakan oleh seorang guru dalam mendidik para pelajanya dikira sebagai ibadah. Setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang ke rumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa. Islam turut menegaskan bahawa seseorang guru yang menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.

Firman Allah s.w.t maksudnya : “serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebajaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”. (Surah al-Nahl ayat 125)

7

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

Islam melihat tugas guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Seseorang guru bukan sekadar perlu menyampaikan ilmu akidah dan keimanan malah perlu meyampaikan ilmu pengetahuan Islam meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah. Peranan dan tugas ini tidak dikecilkan skop tugasannya hanya kepada guru agama semata-mata. Malah, setiap guru harus menerapkan nilai-nilai ini dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar pelajar-pelajar sedar bahawa segala urusan harian mereka tidak dapat dipisahkan dengan agama. Hanya dengan kesedaran inilah kita akan melahirkan generasi yang mampu mencapai kesejahteraan diri selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam mengharungi cabarab globalisasi masa kini, nilai agama dan kerohanian dilihat sebagai benteng utama yang mampu menyelamatkan generasi muda daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak sihat seperti seks bebas, rasuah, penipuan dan segala keruntuhan moral yang lain.perkara inilah yang telah ditegaskan oleh Imam al- Ghazali dalam kitabnya ihya‟ Ulum ad-Diin yang menjelas bahawa seorang guru harus mengambil berat terhadap didikan agama kanak-kanak dengan mengajarkan al-Quran hadis-hadis Nabi seta sejarah para sahabat. Jika kita mahukan generasi hari ini hebat seperti kegemilangan golongan muda pada zaman Rasulullah s.a.w, kita mestilah mengajarkan sejarah para sahabat yang bukan sahaja hebat dalam bidang yang diceburi malah hebat dalam pembentukan agama dan moralnya. Guru harus memandang serius perkara ini kerana kita tidak mahu melahirkan generasi yang cemerlang dan hebat dalam akademik tetapi lemah dan gagal dalam pembentukan agama dan kerohanian. Ini kerana, agama dan kerohanian yang tinggilah yang akan menjadikan seseorang itu insan yang berjaya dalam hidupnya.

Begitu juga dalam konteks agama-agama yang lain. Setiap agama yang wujud di dunia ini sentiasa menggalakkan semua pengganutnya untuk melakukan perkara-perkara yang baik dengan ikhlas dan jujur. Dengan tersemainya nilai-nilai mulia yang diperoleh daripada didikan agama yang baik ini, tidak mustahil negara akan dapat membanteras segalan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Malah, berbekalkan kekuatan rohani yang tinggi dalam diri setiap individu yang dilahirkan melalui sistem pendidikan negara, kita pasti akan dapat menghapuskan segala penyelewangan dalam kerjaya seperti rasuah, pecah amanah, penyelewengan wang dan sebagainya. Perkara-perkara seperti inilah yang sebenarnya merencatkan pembangunan negara seterusnya membantutkan usaha kita untuk berdiri sebagai negara maju mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun 2020.

8

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan masyarakat yang beriman, berilmu bertaqwa dan berketerampilan yang dapat menyumbang kepada pembangunan agama, masyarakat dan negara. Justeru itu, untuk menerapkan nilai keagamaan dan kerohanian dalam diri para pelajar, warga pendidik itu sendiri tanpa mengira guru agama mahupun guru akademik perlu mempunyai syaksiah keagamaan. Untuk itu, seorang guru itu harus menambah pengetahuan agama dan kerohanian dalam diri mereka. Sebagai warga pendidik, para guru hendaklah bijak mencari peluang menambah ilmu agama ke arah kecemerlangan akademik pelajar menurut perspektif Islam atau nilai-nilai agama yang berkaitan dari segi kebaikan dan keberkatan menuntut ilmu.

Guru-guru pada hari ini harus berubah dari “guru mudarris” yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja kepada “guru murabbi” yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, menunjukkan jalan yang benar serta mentarbiah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu dan beramal soleh. Jika setiap guru sedar akan tugas dan peranan mereka yang satu ini, pasti segala aspirasi negara akan berjaya dilaksanakan dengan mudah. Segala hasrat yang terkandung dalam FPK dan FPG akan secara sendirinya tercapai. Ini kerana, pembentukkan agama dan morallah yang akan membantu dan menyumbang kepada pembentukan aspek-aspek yang lain iaitu intelek, jasmani, emosi dan sosial.

Peranan dan tugas guru yang satu ini akan medah dilaksanakan jika seorang guru itu bertanggungjawab terhadap tugas mereka. Orang yang cemerlang ialah apabila diberikan tugas, maka dia melakukan dengan penuh kesungguhan dan kebertanggungjawaban (Mohd Shatar, Jasni dan Azali : 2008). Golongan pendidik ini adalah dari kalangan mereka yang benar-benar faham akan tugas sebagai seorang guru serta mempunyai kesedaran sosial yang tinggi bahawa pembentukan agama dan moral generasi masa kini berada pada tahap kritikal. Seorang warga pendidik perlu mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa mereka mempunyai tugas yang maha berat untuk memperbetulkan semula kecelaruan fitrah yang melanda generasi muda dalam zaman globalisasi ini.

2.4 Menjadi Pembimbing, Fasilatitor dan Motivator

Sebagai pembimbing, pendidik umpama ibu dan bapa kepada pelajar (Mohd Shatar, Jasni dan Azali :2008). Pendidik yang cemerlang bukan hanya berperanan sebagai penyampai

9

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

ilmu tetapi juga sebagai pembimbing kepada para peljar. Tugas seorang guru bukan hanya tertumpu kepada membacakan nota kuliah kemudian memberikan tugasan sahaja. Mereka juga bertanggungjawab mengambil berat tentang kefahaman mereka serta membimbing mereka memahami isi tersurat mahupun tersirat tentang pelajaran yang diajar.

Guru yang menyedari tugas dan peranan mereka sebagai pembimbing akan akan sentiasa bersama pelajar supaya kehadiran mereka dirasai dan dihayati oleh pelajar. Guru harus berusaha sedaya mungkin agar tidak hanya menjadi kaset kuliah yang hanya mengeluarkan suara tanpa menghiraukan para pelajar di hadapan mereka. Pendidik yang berperanan sebagai pembimbing yang baik akan memastikan pelajar memahami kandungan kuliah dan amali dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pendidik perlu meransang, meyakinkan, dan memberikan sepenuh tumpuan kepada keperluan pelajar yang sedang berhadapan dengan ilmu. Para pelajar mempunyai tahap kefahaman yang berbeza. Seseorang guru tidak boleh mengatakan bahawa objektif tercapai jika dua taupun tiga orang pelajar dapat memahami isi pelajaran. Tetapi, seorang guru harus memastikan setiap pelajar mencapai tahap kefahaman yang dikehendaki dengan cara terus membimbing mereka dengan sabar dan ikhlas.

Setiap guru perlu sentiasa membimbing pelajar dalam menjalankan tugas sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah. Semasa mengajar guru perlulah sentiasa memerhatikan pelajar sama ada mereka melibatkan diri secara aktif atau tidak. Semasa mengajar guru bukan sahaja memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut perancangan tetapi juga memastikan pelajar-pelajar memberikan tumpuan dan terlibat sepenuhnya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu menjadi tanggungjawab guru memberikan perhatian ke atas aspek ini. Kadang kala pelajar-pelajar mengambil kesempatan atas kealpaan guru terutamanya semasa aktiviti kumpulan. Pelajar yang kurang berminat dengan tugasan yang diberi oleh guru tidak akan melibatkan diri secara aktif.

Bukan itu sahaja guru juga perlu berperanan sebagai fasilator atau pemudah cara iaitu sebagai individu yang menggerakkan pelajar-pelajarnya dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan di dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Oleh itu, para pendidik harus mewujudkan hubungan secara kolaboratif dengan para pelajar. Selain itu juga para pendidik juga perlu membantu mengekalkan suasana pembelajaran yang terbuka di mana semua pelajar tidak takut dan merasa bebas untuk memberikan pendapat dan pandangan. Dengan cara demikian, para pelajar akan merasakan diri mereka dihargai serta dapat membantu mereka untuk lebih bersemangat mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru. Justeru, secara tidak langsung ia akan membantu menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih berkesan.

10

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

Untuk menjadi seorang pemudah cara ataupun fasilator yang baik, para guru perlu berusaha untuk melengkapkan diri dengan beberapa ciri. Antara ciri seorang fasilitor yang baik ialah sensittif terhadap perasaan individu dan berkeupayaan mendengar dengan baik. Maksudnya seorang guru itu perlu bijak dalam membaca perasaan dan kefahaman pelajar dengan cara menjadi pendengar yang baik dan memberikan tindak balas terhadap perkara yang didengar. Guru yang mempunyai sikap ini akan mudah didekati oleh pelajar serta akan dapat menjalankan sesi kolaborasi dengan lebih berkesan. Mohd Shatar, Jasni dan Azali (2008) telah menegaskan bahawa pendidik perlu menghormati dan berudaha memahami pelajar walaupun statusnya lebih tinggi. Namun begitu pendidik hari ini merasakan jika mereka mengamalkan ciri-ciri fasilitator yang baik ini, para pelajar akan hilang rasa hormat terhadap mereka.

Menghormati pelajar bukanlah bermaksud para pendidik perlu menundukkan kepala atau memberikan tabik hormat kepada pelajar. Sebaliknya menghormati pelajar bermaksud bahawa pendidik memahami kelakuan dan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar, tidak lokek dangan senyuman dan membuatkan dirinya mudah untuk didekati pelajar. Pepatah

melayu juga ada menyebut bahawa „ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya‟.

Dengan menghormati pelajar, secara tidak langsung sahsiah dan pencapaian diri pelajar akan menjadi lebih cemerlang. Ini kerana, pendidik sebegini akan menjadikan dirinya sebagai pusat pertanyaan yang sentiasa membantu pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Ciri-ciri inilah yang menjadikan seseorang guru itu sebagai pemudah cara yang baik.

Antara ciri lain pendidik yang berperanan sebagai fasilitator ialah peka dan mampu berkomunikasi dengan baik. Pendidik yang mempunyai ciri fasilitator yang baik perlulah peka terhadap perubahan yang berlaku sama ada di luar ataupun dalam persekitaran pelajar. Dengan menyedari betapa besarnya peranan mereka sebagai pemudah cara, seseorang pendidik akan berusaha untuk lebih peka dan terbuka demi pembentukan para pelajar yang mempunyai ciri insan kamil. Andrea (1996) menyatakan bahawa kegagalan institusi dalam melahirkan graduan yang berkebolehan mempunyai hubung kait antara kepekaan pendidik dengan isu-isu yang berlaku dalam kehidupan harian. Untuk menjadi seorang guru yang peka seorang pendidik perlu menghormati isu-isu yang diketengahkan oleh pelajar kerana para pelajar merupakan klien dalam pendidikan. Sebagai klien, para pelajar berhak untuk menyatakan apa yang mereka rasa dan perlukan. Sebagai pemudah cara pula, para pendidik harus membimbing para pelajar untuk melakukan perkara yang betul dan menyelia dengan penuh kepekaan bagi membimbing pelajar membuat penentuan apa yang baik dan tidak baik untuk pelajarnya.

11

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

Seorang tokoh pendidik cemerlang pernah mengatakan bahawa “langkah pertama

kecemerlangan pendidikan bermula dengan komunikasi berkesan”. Ciri ini juga perlu dimiliki oleh seorang guru yang berperanan sebagai pemudah cara kepada pelajarnya. Untuk menjadi pendidik yang mempunyai komukasi yang berkesan, seorang guru harus menggunakan bahasa yang jelas dan berkesan dalam menyampaikan isi pembelajaran. Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang mudah dan jelas difahami, para murid akan lebih yakin dengan apa yang disampaikan oleh guru. Seorang pemudah cara yang mempunyai ciri komunikasi yang baik perlu berusaha untuk bercakap perkara yang positif sahaja serta murah dengan penghargaan dan pengiktirafan. Berbekalkan ciri-ciri fasilitator yang baik, akhirnya tujuan akhir kepada peranan ini akan dapat dicapai. Bryan Coombs (1995) bentuk pengajaran yang paling tidak berkesab adalah apabila guru bercakap dihadapan dan para pelajar hanya menjadi pendengar yang pasif. Sekiranya peranan guru sebagai pemudah cara ini tercapai, pelajar akan dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Proses pembelajaran akan menjadi dua hala dan secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kefahaman para pelajar kerana mereka akan dapat bertanya, memberi pendapat serta berinteraksi sewaktu guru meyampaikan isi pelajaran.

Guru sebagai motivator pula berperanan sebagi penggerak keperluan yang ada pada setiap pelajar untuk belajar dan terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajran

dalam bilik darjah. Sebuah pepatah Inggeris ada menyebutkan bahawa “you can lead a horse to water, but you can‟t make him drink”. Guru sebagai fasilitator berperanan untuk

menggerakkan pelajar melaksanakan aktiviti namun untuk menjadikan pelajar aktif dan bersungguh-sungguh dalam pelajran, guru harus pula berperanan sebagai motivator.

Untuk memotivasikan pelajar, seorang warga pendidik itu sendiri perlu mempunyai motivasi yang tinggi. Pendidik yang bermotivasi secara tidak langsung akan menyebabkan para pelajar turut termotivasi untuk belajar. Pendidik yang bermotivasi terus menuju ke arah kecemerlangan tanpa menghiraukan rintangan. Sebagai motivator, para guru perlu bijak untuk merangsang dan meningkatkan usaha pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Guru juga harus berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang penuh keilmuan dan semangat yang berterusan untuk maju ke hadapan.

2.5 Guru Sebagai Suri Tauladan Untuk Dicontohi

Peranan dan tanggungjawab guru yang satu ini tidak dapat disangkal lagi, malah sudah sebati dengan kehidupan masyarakat kita. Sehinggakan kita mampu mencipta pepatah „guru kencing berdiri, murid kencing berlari‟. Ini kerana guru dilihat sebagai model bergerak yang harus ditaulani dan dicontohi. Guru dilihat sebagai agen yang bertanggungjawab

12

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

menyemaikan nilai murni dalam diri para pelajar. Malah, sekiranya pelajar mengahadapi permasalahan akhlak dan keruntuhan moral, insan pertama yang akan dipersalahkan ialah guru. Jika masyarakat kita pada hari runtuh kemanusiaan dan tipis kemuliaannya, semua pihak tidak akan teragak-agak menuding jari ke arah guru. Justeru itu, sebagai seorang guru, tugas dan peranan yang satu ini dilihat paling berat dan paling mencabar untuk dilaksanakan.

Menurut Wan Modhd Zahid (1988) telah mendefinisikan nilai murni sebagai tanggapan kepada perkara perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Antara elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru ialah seorang guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi contoh kepada murid-muridnya. Guru juga haruslah pandai menghargai anak-anak murid dan meraikan fitrah mereka yang mempunyai beraneka ragam.

FPG amat menekankan bahawa seorang guru mesti berperawakan mulia kerana hanya dengan guru yang berakhlak mulialah hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia akan dapat dicapai. Dengan wujud atau lahirnya rakyat yang berakhlak mulia, kita akan semakin hampir melangkah ke arah negara maju yang majmuk tapi dapat hidup dengan aman kerana rakyat saling menghormati dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip moral sebagai prinsip diri.

Mohd Shatar, Jasni dan Azali (2008) telah mengatakan bahawa pendidik perlulah bijak dalam pemikiran, kata-kata, tindakan dan penampilan. Hal ini kerana, setiap perlakuan, perbuatan mahupun gerak-geri guru sentiasa diperhatikan. Malah, pelajar bukan sekadar melihat tetapi turut menilai serta meniru perbuatan, percakapan, gaya dan tindakan seorang guru. Jika guru melakukan perkara yang salah, pelajar turut akan terdorong melakukan hal yang sama dengan alasan guru mereka boleh melakukannya.

Justeru para guru perlu sedar dan peka bahawa mereka sentiasa diperhatikan. Mereka ibarat model yang bergerakyang berperanan sebagai agen yang menyemai nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Namun harus diingatkan bahawa peranan ini tidak terhenti hanya di sekolah sebaliknya terus berjalan walaupun guru tersebut berada di luar kawasan sekolah. Dalam erti kata yang lain, seluruh kehidupan guru itu harus diterapkan dengan nilai-nilai mulia kerana mereka diperhatikan di sekolah dan di luar sekolah.

Aspek yang paling penting bagi seorang guru yang berperanan sebagai tauladan kepada pelajar ialah penampilan yang menarik. Penampilan yang menarik akan menjadikan seseorang guru itu mudah didekati kerana pelajar tertarik kepadanya. Dengan itu, secara sendirinya, mereka akan mencontohi penampilan guru tersebut malah lama-kelamaan murid

13

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

akan turut terpengaruh dengan gaya berjalan, gaya percakapan dan semua aspek tentang guru tersebut.

Pendidik yang tidak mementingkan penampilan seperti memakai pakaian yang berkedut dan lusuh akan memberikan gambaran bahawa pendidik tersebut malas. Secara tidak langsung, guru tersebut akan menjadi contoh yang negatif kepada pelajar. Malah, guru tersebut juga akan sukar untuk menerapkan segala nilai-nilai murni dalam pembelajarannya kerana penampilannya telah merosakkan imej beliau.

Sebagai model tauladan yang baik, pendidik itu sendiri harus membudayakan nilai- nilai murni dalam diri mereka. Antara nilai-nilai yang harus disemai dalam diri para pelajar ialah guru harus sentiasa menjaga kebersihan diri dan memiliki sahsiah yang positif dan optimis. Guru harus cuba membiasakan diri dengan nilai-nilai murni bermula dengan perkara-perkara yang mudah seprti murah dengan senyuman.

Sebagai insan yang dicontohi dan ditauladani juga, seorang guru harus berfikiran terbuka dalam dalam menerima kritikan serta berusaha memperbaiki kelemahan diri. Para pendidik tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan, namun mereka haruslah berusaha memperbaiki diri untuk sentiasa menjadi lebih baik kerana mereka adalah contoh tauladan bukan sekadar dalam kalangan pelajar malah dalam kalangan masyarakat.

Jika ingin disenaraikan kesemua nilai-nilai murni yang dapat diterapkan oleh guru ketika proses pembelajaran adalah terlalu banyak. Ia bermula dari sekecil-kecil perkara seperti memberi salam, senyuman, menolong rakan seningga kepada perkara yang besar seperti tanggungjawab, amanah dan patriotisme. Namun, terpulanglah kepada seorang guru itu sendiri untuk menyesuaikan nilai-nilai murni dangan aspek pelajaran mahupun isi kandungan yang ingin disampaikan.

Namun, janganlah pula seorang guru itu bersikap hipokrit dengan tidak melakukan apa yang dikatakan. Jika guru menyuruh pelajar pelajar menepati masa tetapi guru itu sendiri yang datang lewat ke kelas, proses penyerapan nilai ini tetap tidak akan berlaku. Guru perlu benar-benar melaksanakan apa yang dikata. Kajian psikologi menunjukkan bahawa pelajar lebih gemar meniru apa yang dilakukan guru berbanding apa yang dikatakan oleh guru.

Di samping itu, untuk menjadi role model yang baik juga, seorang guru harus bijak mendekati pelajar malah mudah untuk didekati pelajar. Seorang guru harus bijak dalam menyampaikan nasihat agar perlakuannya menjadi ikutan. Seorang guru juga harus bijak

14

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

menyemaikan nilai agar nasihat-nasihat mereka digunapakai. Hanya dengan cara inilah, seorang guru dapat menjalankan tugas mereka sebagai role model dengan berkesan.

Dalam syarahan maal hirjah tahun 2008 dengan tema “guru berkualiti menjana insan cemerlang” telah menyatakan bahawa kualiti guru yang keempat ialah berakhlak mulia. Guru sebagai ibu dan bapa disekolah merupakan contoh teladan bagi murid. Justeru itu guru perlu terlebih dahulu berakhlak mulia sebelum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia.

Nabi S.A.W daripada riwayat Abu Ya'la :

Ertinya: Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan boleh mempengaruhi manusia dengan hartamu,maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan berbudi perkerti.

Jelaslah pada kita, bahawa akhlak mulia mampu merubah manusia sedangkan akhlak buruk yang dipamerkan oleh guru hanya mendatangkan kejelekan. Lihat sahajalah bagaimana media massa memaparkan beberapa siri keganasan guru terhadap murid. Sikap panas baran dan melampau bukan akhlak yang mulia. Guru-guru terbabit bukan sahaja gagal mendidik, bahkan dicerca kerana tidak menunjukkan contoh yang baik.

15

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

3.0 REFLEKSI

Pertama dan selamanya, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat kudrat yang Maha Mulia, Allah Rabbul Izzati. Dengan nikmat dan kesempatan waktu, tenaga, dan kekuatan yang telah dikurniakan dapatlah kiranya saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Seterusnya ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat pensyarah pembimbing yang tidak kenal erti penat dan lelah memberikan bantuan dan tunjuk ajar sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga saya ingin menitipkan penghargaan buat rakan-rakan guru pelatih yang telah berpenat lelah membantu dan tidak kekok berkongsi idea dan pandangan mereka bagi sama-sama menjayakan tugasan ini.

Kerja kursus ini telah banyak membantu saya mempelajari pelbagai perkara baru bagi mempersiapkan diri untuk mengahadapi tugas dan kehidupan sebagai seorang guru.melalui tugasan yang telah diberikan, banyak pengetahuan baharu yang berjaya saya perolehi. Bagi saya pengetahuan-pengetahuan seperti ini amat penting untuk saya miliki agar menjadi seorang guru yang baik suatu hari nanti.

Kerjaya sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Tugasan ini telah mengajar saya bahawa seorang guru itu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang maha besar dalam mendidik generasi pelapis negara. Segala beban dan tanggungjawab bagi melaksanakan aspirasi negara terletak di atas bahu seorang insan yang bergelar guru. Guru bukan sahaja bertanggungjawab terhadap perkembangan akademik semata-mata malah turut bertanggungjawab ke atas pencapaian batiniah ataupun rohani seorang pelajar agar insan kamil seperti yang kita ingini dapat dilahirkan.

Tugasan pertama yang diberikan dalam kerja kursus ini adalah bagi menyiapkan portfolio berkaitan bidang masing-masing. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah masih baharu. Justeru itu, pengumpulan portdolio berkaitan KSSR dilihat sangat relaven untuk dijadika tugasan kerja kursus ini. Dengan mengumpul segala dokumen yang berkaitan, ianya bukan sahaja akan memudahkan para guru pelatih ketika menghadapi praktikum kelak, malah turut membantu para guru apabila ditempatkan disekolah kelak.

Pengumpulan bahan-bahan berkaitan KSSR ini akan dapat membantu para guru pelatih mendalami tentang kokurikulum baharu ini. Ini kerana, para guru pelatih merupakan golongan yang menjadi harapan para guru di sekolah untuk mkenerangkan kepada mereka tentang perlaksanaan kurikulum baharu ini. Mereka beranggapan, guru pelatih telah diberikan pendedahan yang secukupnya tentang perkara ini ketika berada di institusi latihan. Justeru itu, menjadi tanggungjawab para guru pelatih yang bakal melaksanakan kurikulum ini

16

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

menguasai sepenuhnya segala aspek berkaitan KSSR. Bukan itu sahaja, dengan adanya portfolio ini juga, ianya akan membantu saya untuk mendalami dan mengakaji sukatan dan segala perkara baharu berkaitan dengan KSSR. Dengan itu, saya akan dapat mengetahui dengan jelas apa yang ingin dicapai dalam kurikulum baharu ini.

Tugasan kedua yang diberikan berkaitan peranan dan tugas sebagai seorang guru dilihat sebagai satu perkara yang sangat memberikan kesan kepada guru pelatih terutamanya saya sendiri. Tugasan ini telah memberikan kesedaran kepada saya bahawa seorang guru bukan sekadar perlu melaksanakan tanggungjawab profesionalnya malah turut mempunyai tugas kemasyarakatan seperti yang telah ditekankan dalam Seminar Guru-Guru tahun 1981. Melalui tugasan ini, saya banyak belajar mengenai tugasan dan peranan sebenar yang harus dimainkan oleh seorang guru agar mecapai matlamat dan objektif seperti yang dikehendaki oleh FPG dan FPK.

Tugasan ini telah memberikan semangat baru kepada saya untuk melaksanakan perubahan serta menjadi seorang guru yang baik apabila saya ditempatkan kelak. Malah, saya turut sedar bahawa kegagalan seorang guru menjalankan peranannya dengan baik seperti yang digariskan oleh FPG dan FPK akan membawa kepada kajatuhan serta kegagalan sistem pendidikan kita pada masa akan datang. Melalui tugasan inilah saya mulai sedar betapa pentingnya peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan mamajukan bidang pendidikan negara.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa dalam menyiapkan kerja kursus ini saya menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan bahan dan kekangan masa. Setelah terlibat dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, jadual saya semakin padat menyebabkan saya menghadapi sedikit kekangan untuk menumpukan sepenuh perhatian saya terhadap tugasan ini. Namun saya sedar bahawa sebagai seorang pelajar, saya harus bijak untuk membahagikan masa. Numun dengan bantuan rakan-rakan serta usaha keras dapat jugalah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Di samping itu juga, selain ilmu baharu yang saya dapati melalui hasil tugasan ini saya juga mempelajari tentang banyak perkara seperti kerjasama, samangat berpasukan, tolong-menolong dan nilai kerajinan. Saya dapati nilai-nilai ini amat penting dalam diri seorang guru yang baik. Saya bukan sahaja akan mengaplikasikan nilai ini sewaktu di sekolah malah akan dapat pula mengajarkan nilai-nilai ini kepada anak didik saya agar mereka tidak menjadi insan yang mementingkan diri dalam melaksanakan sesuatu gerak kerja. Saya sangat percaya bahawa faktor utama yang membentuk sebuah pengurusan kokurikulum yang berjaya dan mantap adalah nilai-nilai murni yang telah saya sebutkan tadi.

17

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf diatas segala kekurangan serta kelemahan yang terdapat dalam penulisan saya. Saya masih berusaha untuk meningkatkan mutu kerja saya serta berharap semoga penulisan saya akan lebih baik pada masa akan datang. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya malaksanakan kerja kursus ini. Semoga segala kerja kita semua menjadi amal ibadah dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

SYAHMI AFIF SYAHIR BIN ABDUL RANI

(930222-08-6067)

18

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

4.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan (1996) , Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Tesis. Universiti Terbuka Malaysia Cawangan Kelantan (OUM).

Abdul Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distrubators Sdn. Bhd.

Abdullah Sani Yahaya ( 2003 ). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Atan Long, (1984), Pendidik dan Pendidikan, Serdang, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hassan Langgulung (1989). The Ummatic Paradigm of Psychology. Kertas Kerja International Seminar on Islamic Philosopy and Science, USM, Pulau Pinang.

Kamaruddin Hj. Husin. (1994). Asas Pendidikan III : Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.

Mohd Shatar et.al, (2008), 19 Tips Pendidik Cemerlang, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distrubators Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid et.al, (2010), Guru dan Cabaran Semasa, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd

Omardin Ashaari, (2001), Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah, Utusan Publications & Distrubators Sdn. Bhd.

Syed

Ismail

Syed

Mustafa,

Ahmad

Subki

Miskon

(2011).

Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Pengantar

Pendidikan,

Taba. H. (1962). Curriculum Development-Theory & Practise. New York : Harcourt, and World.

19

Brace

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

T. Subahan Mohd Merah dan Zahara Aziz (2007). Kurikulum dan Pedagogi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abu Basher, (2010) Tugas dan Tanggungjawab Seorang Guru,

Diakses pada 1 Mac 2013.

(2011), Tugas dan Tanggungjawab Guru, http://bkree66.blogspot.com/u, Diakses pada 1 Mac 2013.

Admin, (2010), Tugas dan Peranan Guru Cemerlang, http://mgcpgu02.blogspot.com/, Diakses pada 4 Mac 2013.

Shelva, (2011), Tugas Peranan dan Tanggungjawab Guru,

Diakses pada 4 Mac 2013.

(2011), Tugas dan Fungsi Guru, http://www.sarjanaku.com/2011/03/tugas-dan-fungsi guru.html, Diakses pada 10 Mac 2013.

Deeya, (2010), Tanggungjawab dan Peranan Guru, http://www.scribd.com/doc/8527541/tanggungjawab-dan-peranan-guru, Diakses pada 10 Mac 2013.

Azwari Che Mat Nor (2010), Peranan dan Tanggungjawab Guru Penyelaras Bestari, http://pkgltrg.blogspot.com/2012/01/peranan-dan-tanggungjawab-guru.html, Diakses pada 11 Mac 2013.

20

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

LAMPIRAN

21