Anda di halaman 1dari 26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJANG, SARAWAK

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG KOHORT 1 AMBILAN JUN 2011

DISEDIAKAN OLEH: Luk Teck Ling

KERTAS KERJA KUMPULAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) UNTUK PELAJAR PPG (KOHORT 1) AMBILAN JUN 2011

1.

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG yang seragam bagi semua program latihan perguruan praperkhidmatan di maktab perguruan Malaysia (sekarang Institut Pendidikan Guru) mula diperkenalkan. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan `role model kepada masyarakat, maka guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti program yang dirancang daam BIG, pelajar dapat mengenal diri (`real self) dan mampu mengalikasikan segala pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program BIG merupakan Kursus WAJ 3114 yang melibatkan semua pelajar PPG (KOHORT 1) Ambilan Jun 2011 dan mewajibkan mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti program secara penuh.

Program BIG diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan tahap profesionalisme yang tinggi dan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus pendidikan.

2.

MATLAMAT PROGRAM BINA INSAN GURU

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu usaha pencetus yang berhasrat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

3.

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU

Melalui program BIG ini, pelajar diharapkan dapat mencapai objektif berikut:

i.

Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama;

ii.

Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan;

iii. iv.

Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental; Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat;

v.

Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan; dan

vi.

Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

4.

TARIKH

Tarikh : Hari :

2 Februari 2013 Sabtu

5.

TEMPAT

Tempat :

SJKC TUNG HUA, BINTANGOR

OBJEKTIF/ RASIONAL PERKHEMAHAN.

Objektif, rasional dan matlamat utama dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan ini ialah:

i. Memantapkan jati diri rakyat Malaysia khususnya belia-belia melalui pengalaman (Experiential Learning) dan pengembaraan ke arah

menyumbangkan kepada pembangunan negara yang mempunyai warganegara yang lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

ii.Membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui latihan pengalaman dan pengembaraan untuk meningkatkan serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan.

iii. Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada para belia sebagai penyumbang kepada masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam masyrakat yang dinamik. Nilai-nilai yang hendak dipupuk melalui aktiviti perkhemahan ialah:

> Kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan. > Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi. > Disiplin, sifat bertanggungjawab, dan tekad untuk berjaya. > Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan yang meningkatkan keupayaan untuk bekerja secara berpasukan. > Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal. > Sikap penyayang bertimbang rasa sesama manusia.

TUJUAN PERKHEMAHAN SECARA UMUM

Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.

Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan diantaranya ialah:

i. Berkhemah sebagai cara pendidikan.

- Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.

- Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta tanpa dipertanggungjwabkan bantuan daripada menguruskan kesemua kegiatan

hariannya

sesiapa pun

contohnya, memasak,

membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.

- Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa. Sesetengah- sesetengah mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan, dan sebagainya. Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.

ii. Berkhemah sebagai cara ibadat.

- Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita didepan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagaibagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian keatas spesimen-spesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah S.W.T yang menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan ibadat terhadap Allah S.W.T.

.iii. Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial.

- Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.

- Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.

- Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan.

iv. Berkhemah Untuk Rekreasi.

- Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk

mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.

v. Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi dan Mencari Ketenangan.

- Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya. - Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semulajadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan dimana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambah-tambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak terhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya.

- Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi.

vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan.

- Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia II. Bermula dari beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipur dan kawasan-kawasan perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku dan brocer panduan tentang perkhemahan diterbitkan.

- Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti

memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersamasama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan membaiki semula hubungan yang telah lama tegang.

vii. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.

- Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individu menjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan mereka.

- Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan

juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainnya.

Aktiviti Program:
Masa
0800-0830

Perkara
Membuat persediaan di SJKC Tung Hua.

Catatan
Pelajar PPG

0830-0900

Memberi taklimat kepada murid-murid SJKC Tung Hua.

Pelajar PPG Murid Tung Hua Penceramah jemputan SJKC

0900-0930

Mendengar ceramah moral daripada Puan Embai

0930-1010

Sesi Latihan Dalam Kumpulan bersama murid SJKC Tung Hua.

Pelajar PPG Murid Tung Hua SJKC

1010-1030

Rehat

Menyediakan dan makanan

minuman

1030-1200

Memasak

Pelajar PPG Murid Tung Hua SJKC

1200-1300

Makan & Rehat

Makanan

disediakan

kepada pensyarah dan jurulatih. 1300-1400 Jenis-jenis ikatan Pelajar PPG Murid Tung Kiew 1400-1500 Kawat Kaki Pelajar PPG Murid Tung Hua 1500-1530 Rehat Menyediakan minuman SJKC SJKC

1530-1730

Perkhemahan

Pelajar PPG Murid Tung Hua SJKC

1730-1800

Majlis Penutupan

LAMPIRAN A:

SENARAI NAMA PELAJAR PPG KUMPULAN INI (BIG) BIL 1 2 3 4 5 6 7 NAMA LUK TECK LING KOH ING TAI YII TIEW SENG WONG SUK ENG WONG YAM FONG CATHRINE BONG SAY MOI SIRA NO.KAD PENGENALAN 750320135354 820818135897 680825135631 700928135322 710322135044 750221135754 720309136084

LAMPIRAN B: PROGRAM BINA INSAN GURU PPG KOHORT 1 AMBILAN JUN 2011 Senarai Jawatankuasa Kerja : Ketua Fasilitator Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari Jurugambar/jurukamera : : : : : : : : Koh Ing Tai Wong Yam Fong Luk Teck Ling Wong Suk Eng Cathrine Bong Say Moi Sira Yii Tiew Seng

Ahli Jawatankuasa : Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral Pengerusi Jawatankuasa Peralatan Pengerusi Jawatankuasa Makanan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Pengerusi Hadiah / Cenderahati /Buku Program : Sira : Yii Tiew Seng : Wong Suk Eng : Koh Ing Tai : Wong Yam Fong, : Cathrine Bong Say Moi,Luk Teck Ling Pengerusi Kebersihan (Tapak & Dewan) : Yii Tiew Seng

Pengerusi Pengangkutan

: Koh Ing Tai

SENARAI TUGAS JAWATAN KUASA PELAKSANA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER SATU UNTUK KUMPULAN PPG (AMBILAN JUN 2011)

Makanan - Memilih dan menentukan menu makanan untuk program BIG selama 1 hari - Membuat anggaran kos yang diperlukan - Kos makanan dibiayai oleh peserta-peserta BIG Peralatan - Menyenaraikan keperluan peralatan yang akan digunakan sepanjang aktiviti Kebajikan & Keselamatan - Menyediakan peti pertolongan cemas - Memberi taklimat keselamatan kepada semua peserta Hadiah & Cenderahati - Menyediakan hadiah untuk peserta (murid) - Menyediakan cenderahati untuk pihak penganjur dan penceramah moral - membuat anggaran kos perbelanjaan keseluruhan Kebersihan (Tapak & Dewan)

- Memastikan kebersihan tapak kursus dan dewan pada setiap masa - Memastikan penjagaan khemah dalam keadaan baik sejak mula hingga akhir program

Kerohanian - Menjemput dan melantik penyampai ceramah moral - Menyelaraskan program kerohanian Buku Program - Mencari dan menyediakan maklumat untuk buku program - Merekabentuk buku program - Menyediakan buku program untuk semua peserta dan pensyarah yang terlibat

MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN AJK BINA INSAN PPG KOHORT 1 (AMBILAN JUN 2011) Tarikh : 5 Januari 2013 (Sabtu) Masa : 0900-1030 Tempat : Bilik Guru (SJKC Tung Hua) Kehadiran: Semua Guru SJKC Tung Hua Luk Teck Ling(Pelajar PPG) Koh Ing Tai(Pelajar PPG) Yii Tiew Seng (Pelajar PPG) Wong Suk Eng (Pelajar PPG) Wong Yam Fong (Pelajar PPG) Sira Cathrine Bong Say Moi (Pelajar PPG) Agenda: 1. Perutusan Pengerusi 2. Pemilihan AJK BIG 3. Ucapan Aluan Pengerusi 4. Hal-hal Lain. 5. Penutup

BIL

BUTIRAN PERBINCANGAN

1. Perutusan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam Mesyuarat Penubuhan AJK

BIG. Dalam intisari ucapan alu-aluannya pengerusi, seterusnya menyentuh perkara-perkara berikut: 1.1.1 Beliau menerangkan tentang tujuan mesyuarat ini iaitu bagi penubuhan AJK BIG. Makluman 1.1.2 Beliau memohon kerjasama semua guru. Makluman 2. Pemilihan AJK BIG Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari 3. Jurugambar/jurukamera

: : : : : : :

Koh Ing Tai Wong Yam Fong Luk Teck Ling Wong Suk Eng Cathrine Bong Say Moi Sira ak Mudindan Yii Tiew Seng

Ahli Jawatankuasa : Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral Pengerusi Jawatankuasa Peralatan Pengerusi Jawatankuasa Makanan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti : Sira : Yii Tiew Seng : Wong Suk Eng : Koh Ing Tai

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan : Wong Yam Fong, Pengerusi Hadiah / Cenderahati : Cathrine Bong Say Moi Luk Teck Ling

Pengerusi Kebersihan (Tapak & Dewan)

: Yii Tiew Seng

4. Ucapan Aluan Pengerusi:

4.1 Koh Ing Tai mengucapkan terima kasih terhadap kepercayaan ramai kerana memilih beliau sebagai pengerusi. 4.2 Beliau berjanji akan memberi komitmen yang baik dan mengharapkan kerjasama daripada semua pihak. 4.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru dari SJKC Tung Hua kerana sudi membantu. 5. Hal-hal Lain: 5.1 Koh Ing Tai menjelaskan serba sedikit mengenai program BIG dan tugas masing-masing. 6. Penutup: 6.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

________________ _______________ ( Luk Teck Ling ) ( Koh Ing Tai ) Setiausaha Pengerusi PPG Kohort 1 (Ambilan Jun 2011) PPG Kohort 1 (Ambilan Jun 2011) MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN AJK BINA INSAN PPG KOHORT 1 (AMBILAN JUN 2011) Tarikh : 19 Januari 2013 (Sabtu) Masa : 0900-1030 Tempat : Bilik Guru (SJKC Tung Hua) Kehadiran: Semua Guru SJKC Tung Hua Luk Teck Ling(Pelajar PPG) Koh Ing Tai(Pelajar PPG) Yii Tiew Seng (Pelajar PPG) Wong Suk Eng (Pelajar PPG) Wong Yam Fong (Pelajar PPG) Sira Cathrine Bong Say Moi (Pelajar PPG)

Agenda: 1. Perutusan Pengerusi 2. Pemilihan Aktiviti Untuk Program BIG 3. Pemilihan Tarikh BIG

BIL

BUTIRAN PERBINCANGAN

1. Perutusan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam Mesyuarat Perjumpaann AJK BIG. Dalam intisari ucapan alu-aluannya pengerusi, seterusnya menyentuh perkara-perkara berikut: 1.1.1 Beliau menerangkan tentang tujuan mesyuarat ini iaitu merancangkan aktiviti BIG. Makluman 1.1.2 Menetapkan tarikh BIG Makluman 2. Pemilihan Aktiviti Untuk Program BIG: 2.1 Koh Ing Tai meminta kerjasama semua AJK untuk memberi cadangan tentang aktiviti yang sesuai dijalankan bagi melaksanakan BIG ini. Permintaan Pengerusi 2.2 Terdapat beberapa aktiviti yang dicadangkan dan kata sepakat telah diambil oleh semua AJK iaitu untuk menjalankan memasak, ikatan gajet, kawat kaki dan perkhemahan. Makluman 3. Pemilihan Tarikh BIG: 3.1 Setelah perbincangan dijalankan, satu tarikh telah dicadangkan untuk menjalankan aktiviti ini, iaitu 2 Februari 2013. 3.2 Tarikh ini akan dimaklumkan kepada pentaksir kami. Makluman 4. Penutup: 4.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1030 pagi.

Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

________________ ( Luk Teck Ling ) Setiausaha PPG Kohort 1 (Ambilan Jun 2011)

_______________ (Koh Ing Tai ) Pengerusi PPG Kohort 1 (Ambilan Jun 2011)

MAKLUMAT ENROLMEN PELAJAR PROGRAM PGSR (BCPR) AMBILAN NOVEMBER 2009

PPD Jantina Padawan Kuching Betong Sibu Sarikei Kapit Miri L 0 0 0 0 1 0 0

Cina P 2 2 2 10 2 2 2

Bilangan (orang)

2 2 2 10 3 2 2

Samarahan Bintulu Mukah Meradong JUMLAH

0 0 0 0 1

2 1 1 1 27

2 1 1 1 28

13. ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Bil.

Perkara

Harga Per Unit

Perbelanjaan

Catatan

1 2

Pengangkutan Penginapan

RM100.00 x 1 buah -

RM100.00 Dirikan khemah .00

Makanan

RM17.00 x 28 orang x 1 hari

RM

4 5 6 7

Tags Nama Perubatan Buku Program Pelbagai

RM72.00 -

RM72.00 RM40.00

Jumlah Keseluruhan

RM

.00

14. CADANGAN KUTIPAN BAYARAN DARIPADA PESERTA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 8/2010

Kos keseluruhan makanan dan pengangkutan yang dibiayai oleh peserta-peserta BIG dibahagi dengan 30 orang peserta:

Jumlah yang perlu dipungut daripada setiap peserta RM 60 00

15. SENARAI NAMA PESERTA DAN KUMPULAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 8/2010

15. RINGKASAN PERBELANJAAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PPG KOHORT 1 AMBILAN JUN

16. PENUTUP

Program Bina Insan Guru PPG KOHORT 1 (Ambilan Jun) diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim dan menerapkan daya ketahanan yang tinggi kepada setiap peserta bagi menempuh cabaran dunia pendidikan yang akan datang. Setiap maklumat yang disediakan ini masih merupakan cadangan dan menjadi rangsangan idea awal untuk perbincangan dalam mesyuarat nanti. Sebarang cadangan untuk penambahbaikan kertas kerja ini amatlah dialu-alukan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(LUK TECK LING) Setiausaha, Jawatan Kuasa Pelaksana, Program BIG 2012,

(KOH ING TAI) Pengerusi, Jawatan Kuasa Pelaksana, Program BIG /2012,

Program PPG (KOHORT 1) Ambilan November 2010.

Program PPG (KOHORT 1) Ambilan November 2010.