Anda di halaman 1dari 19

Definisi Hegemoni Pada dasarnya hegemoni berasal daripada perkataan Greek iaitu hegemon yang bermaksud chieftain (ketua

bagi sesuatu kaum atau kumpulan).1 Istilah hegemoni berasal dari bahasa Yunani, iaitu hegeishtai. Istilah tersebut bererti yang memimpin, kepemimpinan atau kekuasaan yang melebihi kekuasaan yang lain. Konsep hegemoni menjadi ikutan setelah digunakan sebagai penyebutan atas pemikiran Gramsci yang difahami sebagai idea yang mendukung kekuasaan kelompok sosial tertentu. Adapun teori hegemoni yang dicetuskan Gramsci adalah sebuah pandangan hidup dan cara berfikir yang dominan yang di dalamnya sebuah konsep tentang kenyataan disebarluaskan dalam masyarakat baik secara bergerak dalam organisasi mahupun perseorangan (ideologi) kebiasaan moral, prinsip-prinsip keagamaan dan politik serta seluruh hubungan sosial, khususnya dalam makna intelektual dan moral. Gramsci juga mendefinisikan hegemoni ialah menguasai dengan kepemimpinan moral dan intelektual. Menurut Faruk secara literal, hegemoni bererti kepemimpinan, iaitu suatu keadaan dimana suatu kelompok mendominasi kelompok lain. Istilah ini lebih sering digunakan oleh para pengkritik politik untuk menunjukan dominasi. Konsep hegemoni bererti sesuatu yang lebih kompleks. Gramsci menggunakan konsep itu untuk meneliti bentuk-bentuk politik dan ideologi tertentu dalam sesuatu masyarakat iaitu suatu kelas yang dapat membangun kepemimpinanya sebagai suatu yang berbeza dari bentuk-bentuk dominan yang bersifat memaksa. Marxisme memberikan pengertian hagemoni sebagai sebuah negara bangsa yang berkuasa dan terunggul wujud dalam sebuah sistem hubungan antarabangsa yang tidak stabil. Ketidakstabilan ini berlaku disebabkan persaingan sengit antara kuasa-kuasa besar yang lain dalam menguasai dan mentadbir sistem kepimpinan dunia. Bertitik tolak daripada ini, sebuah kuasa hagemoni yang terkuat dan terulung diperlukan untuk menyeimbangkan sistem kepimpinan antarangsa yang bersifat anarki. Kuasa hagemoni ini dperbolehkan untuk menggunakan pelbagai pendekatan dan taktik samada pengaruh

Ian McLeaan. 1996. The Concise Oxford Dictionary of Politics . Oxford: Oxford University Press. Hlm.218.

politik, tekanan ekonomi, kekuatan ketenteraan dan senjata ataupun sekurang-kurangnya memiliki kuasa veto dalam merealisasikan hasrat dan wawasannya.2 Menurut Marx, ideologi adalah ajaran yang menjelaskan suatu keadaan terutama mengenai struktur kekuasaan, bentuk dan cara pemerintahan sehingga orang menganggapnya sah dan perlu mengikutinya. Ideologi melayani kepentingan kelas berkuasa kerana memberikan kelebihan kepada kepentingan kelas atas. Kritik ideologi merupakan sumbangan terpenting teori Marx terhadap analisis struktur kekuasaan dalam masyarakat. Pemahaman mengenai ideologi akan memperjelas perbezaan antara konsep Marx dan konsep Hegemoni Gramsci. Jika di dalam Marxisme, dominasi ditentukan oleh kekuatan ekonomi. Maka dalam hegemoni Gramsci dominasi lebih ditentukan oleh intelektual atau idea-idea, fahaman dan pengetahuan. Dengan kata lain, teori hegemoni Antonio Gramsci lebih menekankan pada sosial budaya dan ideologi. Sedangkan Marxisme lebih pada wilayah kekuatan ekonomi. Gramsci menyebutkan bahawa perubahan ideologi harus diutamakan dalam pembangunan masyarakat.3 Hubungan Ideologi dan Hegemoni Gagasan tentang hegemoni pertama kali diperkenalkan pada tahun 1885 oleh Marxis Rusia dan Plekhanove iaitu pada tahun 1883-1984. Gagasan ini dikembangkan sebagai bahagian dari strategi menggulingkan rejim Tsarisme. Istilah Hegemoni menunjukan kepemimpinan yang harus dibentuk oleh sesuatu kaum dan wakil-wakil politiknya dalam suatu analisis dengan kelompok-kelompok lain. Dengan istilah lain, hegemoni dapat juga diertikan sebagai mengawal dan kepemimpinan, khususnya oleh suatu negara terhadap suatu kelompok masyarakat dalam hal kebudayaan, politik dan ekonomi.

Hegemoni di Negara-Negara Asia


2

Asmady Idris. 2000. Amerika Syarikat Satu Kuasa Hagemoni Dunia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm.12. 3 Ikramullah Mahyudin, Pengantar Komprehensif untuk Memahami Hegemoni, diterbitkan oleh Jalasutra, Yogyakarta halaman 21.

Bentuk pemerintahan hegemoni pada negara-negara asia tidak kurang hebatnya berbanding dengan barat yang mana lebih besar konsep pemerintahannya. Kebergantungan kepada negara-negara barat dilihat sebagai suatu peringkat bagi negaranegara yang ingin maju dan membangun kerana negara-negara tersebut tidak dapat menggalakkan perkembangan ekonomi mereka sendiri akibat terlalu bergantung dengan pasaran dan harga yang didominasi oleh kuasa-kuasa besar. Hegemoni di China Di asia seperti di negara China, keupayaan China untuk mencapai taraf sebagai sebuah kuasa hegemoni dunia tidak perlu dipertikaikan lagi memandangkan perubahan demi perubahan yang telah dilakukan oleh para pemimpin China dalam pelbagai aspek, termasuk ekonomi serta penstrukturan semula dalam aspek keselamatan. Kuasa hegemoni bermaksud sebuah negara bangsa yang memiliki keunggulan dari segi ekonomi dan ketenteraan yang sudah pasti melaksanakan unsur-unsur dominasi dan monopoli. Ini bermula daripada tahap pembinaan semula China oleh Mao Tze-Tung yang berfahaman komunis pada tahun 1949 dan pemerintahannya digantikan oleh Deng Xiaopeng yang telah membuat perubahan dan penstrukturan semula ke atas China supaya lebih terbuka kepada dunia luar. Dalam memastikan agar China dapat dibentuk menjadi sebuah kuasa hegemoni di arena antarabangsa, aspek ekonomi dan keselamatan dijadikan sebagai tumpuan penting. Nama yang digunakan oleh pemerintah China iaitu Chung Kuo (Pusat Dunia) membayangkan hasrat dan cita-cita yang tinggi daripada pemerintah China untuk menjadikan China sebagai pusat perkembangan budaya dan kuasa hegemoni dunia. China sebenarnya telah menganggap dirinya sebagai sebuah kuasa hegemoni dunia semenjak sebelum kedatangan pihak Barat yang menguasai China melalui peperangan dan ikatan perjanjian yang dilakukan. Tanggapan ini berasaskan kepada beberapa faktor tertentu iaitu China begitu menyanjung tinggi budayanya dan juga berdasarkan kepada

pencapaian kemajuan teknologi yang dimiliki oleh China semasa pemerintahan Dinasti Han4. China merupakan salah satu daripada lima ahli tetap dalam Majlis Keselamatan PBB dan segala tindakan yang dilaksanakan oleh China mampu untuk memberi kesan terhadap negara lain. Signifikannya, China dianggap sebagai salah sebuah negara yang berkuasa dalam Majlis Keselamatan PBB. Status Most Favored Nation (MFN) yang dimiliki oleh China dalam perdagangan antarabangsa memberikannya kelebihan dalam menjalinkan hubungan dagangan dengan negara lain. Keupayaan China untuk menjadi sebuah kuasa hegemoni dunia yang unggul adalah tidak mustahil untuk dicapai berdasarkan kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan teknologi akibat daripada dasar pintu yang lebih terbuka. Keadaan ini seterusnya akan menjadikan China sebagai pesaing kepada kuasa-kuasa besar yang telah sedia ada. Pembangunan Ekonomi China di Bawah Kuasa Komunis Dalam matlamatnya mencapai taraf sebuah negara maju, China telah berusaha untuk membentuk satu sistem ekonomi yang teratur serta mampu untuk menanggani sebarang krisis atau masalah yang timbul supaya keadaan ekonomi di negara tersebut tidak mudah tergugat, sekaligus tidak akan melenyapkan keyakinan para pelabur asing untuk terus menanam modal. Dalam usaha mengurangkan jurang di antara tahap teknologi dan keberkesanan dalam ekonomi China dengan negara-negara maju di dunia, maka Deng Xiaoping telah melaksanakan satu dasar iaitu membuka ekonomi China kepada perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Semasa pemerintahan Deng Xiaoping beliau berusaha untuk menggalakkan keadaan ekonomi China kerana menurut pandangan beliau, salah satu kelemahan China untuk terus maju ke hadapan adalah kerana dasar tutup pintu yang diamalkan. Walaupun China telah membuka pasaran ekonominya kepada negara luar, namun negara itu tetap berhati-hati untuk tidak terlalu bergantung kepada pasaran asing yang mana kebergantungan itu dianggap sebagai hubungan neo-colonial.5 Pemimpin China, Mao Tze-Tung berpendapat bahawa China perlu mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri.
4

Mohd Noor Yazid. (2000). Politik Antarabangsa Asia Pasifik. Kuala Lumpur : Utusan Publications And Distributors. Hlm. 64.

Idea dan polisi-polisi yang dijalankan oleh Deng Xiaoping ini adalah untuk membentuk semula ekonomi China selama lebih 15 tahun digelar sebagai Theory of Deng atau Dengism.6 Modenisasi yang dijalankan di China dalam aspek ekonomi ini dilaksanakan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan kekayaan material bagi masyarakat. Pembangunan ekonomi China tidak menentu pada awalnya akibat daripada Revolusi Budaya pada pertengahan tahun 1960-an. Namun, rancangan modenisasi yang dilancarkan pada tahun 1978 memperlihatkan kesungguhan China yang bercita-cita tinggi mencapai kejayaan dalam aspek ekonominya. Terdapat dua tujuan utama berlakunya perubahan ekonomi China pada tahun 1979 iaitu untuk membetulkan dua masalah asas yang berlaku iaitu penekanan yang lebih terhadap pelaburan dan juga industri berat dan keperluan dan insentif untuk menggalakkan pengeluaran. Hegemoni di Thailand Thaksin adalah Perdana Menteri Thailand pada ketika dahulu. Thailand di bawah pemerintahan Thaksin adalah berfungsi sebagai sebuah syarikat dan kendalikan oleh seorang CEO iaitu perdana menteri. Begitulah analogi Thaksin di Thailand iaitu seorang CEO. Thaksin melihat Thailand sebagai sebuah perniagaan besar yang bakal membawa keuntungan kepadanya. Bukan sesuatu yang menghairankan apabila orang-orang kuat dalam perniagaan mempunyai pertalian yang baik dengan politik. Begitu jugalah yang berlaku di Thailand. Thaksin disayangi oleh penduduk luar Bandar Thailand kerana Thaksin menggunakan strategi ekonomi dalam pelbagai industri baru ke kawasan pendalaman. Antara industri yang diperkenalkan adalah fesyen, pemprosesan, automobile, teknologi maklumat ((ICT) dan pelbagai lagi jenis perkhidmatan. Dengan membawa masuk pelbagai jenis perindustrian baru, penduduk kawasan luar Bandar menjadi baik taraf hidupnya. Strategi ini berjaya memberikan pengaruh yang tinggi terhadap Thaksin.

Brahm, Lawrence J. (1996). China As No 1: The New Superpower Takes Centre Stage. Singapore: Internaional Press Co. Pte Ltd. Hlm.60. 6 Wang, James C. F. (1995). Contemporary Chinese Politics: An Introduction (3rd ed). New Jersey: Prentice Hall, Englewood Cliffs. Hlm. 279-280.

Thaksin juga menggunakan tiga jenis polisi baru untuk membangunkan Thailand iaitu kredit langsung, polisi industri dan kawalan buruh. Bagi memajukan lagi kawasan di Thailand, kewangan liberal diperkenalkan iaitu berorientasikan ekonomi terbuka. Polisi ini tidak boleh diubah kerana perdagangan eksport berada di bawah kawalan firma transnasional. Jika polisi diubah, kos yang tinggi diperlukan. Thaksin juga mempromosikan Thailand sebagai pusat pelancongan, pelaburan dan lain-lain. Walaupun menggunakan pasaran bebas untuk memajukan Thailand, Thaksin tetap melindungi perniagaan tempatan terutamanya dalam sektor perkhidmatan. Perlindungan ini melibatkan sekatan iaitu mengharamkan pemilikan tanah oleh pelabur asing dalam sektor media, telekomunikasi dan servis lain atas nama keselamatan negara. Kebanyakan sektor perdagangan di Thailand didominasi oleh kaum kerabat Thaksin yang mempunyai hubungan darah dan rakan-rakan perniagaan. Kerajaan pada era Thaksin juga terlibat dalam menyediakan saluran kredit yang berskala besar. Semasa krisis ekonomi, semua asset bank diletakkan di bawah kawalan kerajaan. Dengan ini dapatlah dilihat secara tidak langsung semasa Thaksin memerintah Thailand, kerajaan, merupakan faktor utama dalam mengawal sumber kewangan dan mempunyai hak untuk melakukan pembukuan kredit. Bagi Thaksin, demokrasi bukanlah objektif sebenar dalam pemerintahannya tetapi tidak lebih daripada satu alat. Objektif sebenar beliau adalah memberi kehidupan yang baik, kegembiraan dan pembangunan nasioanal kepada rakyatnya. Oleh sebab itulah Thaksin tidak pernah memberi ruang kepada kelas menengah bersuara di Thailand suatu ketika dahulu dan menindas penduduk Islam di Selatan Thailand. Pergulingan beberapa perdana menteri sebelum ini bukanlah peristiwa baru dalam sejarah Thailand. Rampasan kuasa oleh tentera juga bukanlah perkara baru di Thailand. Selain perdana menteri aristrokrasi dan pihak istana, golongan tenteralah merupakan golongan yang penting di Thailand.

Hegemoni di Indonesia

Presiden Soekarno merupakan salah satu pemimpin dunia yang sangat berwibawa. Sepanjang pemerintahannya beliau berusaha untuk membangunkan negara berdasarkan corak pemerintahannya. Hal tersebut mendorongnya untuk anti terhadap imperialism yang pernah menjajah lama di Indonesia. Soekarno membahagi dunia menjadi 2 kubu. Pertama kubu Oldefo atau Old Emerging Forces, terdiri dari pemerintah-pemerintah negara industri kapitalis bersama-sama elite feudal dan kuasa-kuasa di negara-negara sedang berkembang. Selain itu, terdapat Nefo atau New Emerging Forces yang merupakan pemerintah, bangsa dan rakyat progresif negara sedang berkembang serta bersama-sama rakyat-rakyat progresif di negara industri kapitalis. Soekarno yang lebih condong ke Nefo dan dekat dengan Rusia sangat anti terhadap pemerintah Amerika Syarikat yang ingin memperluaskan kekuatan imperialismenya di dunia. Pemerintahan Soekarno sangat mencabar Amerika Syarikat. Bahkan semakin kuat dengan terjadinya Perjanjian The Green Hilton Memorial Agreement Genewa 21 November 1963. Menurut beberapa pendapat, Amerika Syarikat melalui CIA telah berusaha menghancurkan kesatuan NKRI dengan memberikan bantuan pada kelompok kecil seperti dalam perebutan Papua Barat antara Indonesia-Belanda. Akhirnya tahun 1956, CIA menaja sejumlah elit Indonesia untuk dididik di Amerika Syarikat yang kemudian dikenal sebagai Mafia Berkeley secara diam-diam, juga memanipulasi sekelompok perwira Angkatan Darat untuk dijadikan Our Local Army-Friend. Sistem Pemerintahan Indonesia (1959-1966) Demokrasi Terpimpin Demokrasi terpimpin adalah sebuah demokrasi yang sempat wujud di Indonesia yang seluruh keputusan serta pemikirannya berpusat pada pemimpinnya sahaja. Latar belakang Presiden Soekarno mencetuskan sistem demokrasi terpimpin dari segi keamanan iaitu banyaknya gerakan luar pada masa demokrasi liberal, menyebabkan ketidakstabilan di bidang keamanan. Dari segi perekonomian. Ia sering terjadinya pergantian kabinet pada masa demokrasi liberal menyebabkan program-program yang dirancang oleh kabinet tidak dapat dijalankan secara kukuh sehingga pembangunan ekonomi tergendala. Dari segi politik, pemerintah gagal dalam menyusun UUD (Undang-

Undang Dasar) baru untuk menggantikan UUDS 1950 (Undang-Undang Dasar Sosial Republik Indonesia). Cara Soekarno melawan Amerika Dinamik politik Indonesia di era perang dingin kurun waktu 1953-1963 pernah ditandai dengan bentuk diplomasi cantik dan elegan, disertai dengan kebijakan para pemimpin yang tidak mahu tunduk pada Amerika. Meski saat itu negeri Indonesia baru merdeka dalam hitungan belasan tahun, semangat nasionalisme dan kecerdikan para pemimpinnya menjadikan negara Indonesia disegani oleh Amerika, Soviet Union dan negara-negara sekutu. Di tengah perhubungan perang dingin antara Amerika dan Soviet Union, Indonesia yang baru merdeka dalam belasan tahun, Soekarno membuat kunjungan ke Washington berhasratl mendinginkan keadaan. Di sisi lain, melalui semangat nasionalisme yang tinggi dan kecerdikan diplomasinya, pemerintah Indonesia, Soekarno jberhasil mempermainkan Amerika dan Soviet Onion dalam kes pembebasan barat dari penjajahan Belanda. Dengan menggunakan Soviet Onion, Soekarno menerapkan kebijakan luar negeri dengan metode gertak, iaitu menakut-nakutkan Amerika bahawa militer Soviet Onion akan membantu Indonesia dan akan memporak-perandakan Belanda, negara sekutu abadi Amerika di tanah penjajahan Papua. Papua kemudian bebas dari penjajahan dengan tanpa terlibat korban dan peperangan. Sebuah permainan diplomasi cantik diperagakan oleh pemimpin Indonesia, dengan semangat nasionalisme yang tinggi dan sikap pemerintahan yang berdikari. Landasan kepemimpinan Soekarno dibangun atas dasar nasionalisme, Islam dan Marxisme. Nasionalisme yang tumbuh dalam dirinya telah menanamkan rasa persatuan dan cinta pada tanah air sekaligus menjadikan dirinya sebagai presiden pertama Indonesia, sementara ideologi Marxisme yang dikembangkannya membuat dirinya memiliki hubungan dekat dengan Soviet Union dan menanamkan jiwa anti hegemoni dan imperialisme Barat. Bersama pemerintahan Soekarno, kebijakan luar negara Indonesia sangat disegani asing. Salah satu kebijakan luar negera yang indah dan luar biasa dalam
8

membentuk politik Indonesia di era pemerintahan Soekarno adalah peristiwa pembebasan tanah Papua dari penjajahan Belanda. Pada masa itu, Soekarno memanfaatkan Soviet Union yang saat itu sedang dingin dengan Amerika, pada saat bersamaan situasi negara Belanda menjadi bahagian dari sekutu bersama Amerika dan Eropah. Soekarno melalui kekuatan diplomasinya memujuk Soviet Union untuk membantu secara militer mengusir Belanda dari tanah Papua dan keberhasilan diplomasi Soekarno ini disampaikan ke pihak Amerika. Amerika pada saat itu tidak sampai hati melihat sekutunya kalah oleh militer Soviet Union, lalu memerintahkan Belanda untuk mundur dari pendudukannya di tanah Irian. Keberhasilan Soekarno mengalahkan Amerika tidak hanya dalam kes pembebasan tanah Irian, pemerintahan di masa Soekarno juga berhasil menangkap penyusupan CIA di Maluku pada tahun 1958 yang menyamar sebagai pilot, dan kemudian diadili secara tertutup. Padahal Amerika saat itu mendanai pemberontakan pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia dan perjuangan Semesta di Maluku. Pencapaian negara Indonesia di era Soekarno ini seakan menunujukkan bahawa negara Indonesia pernah menjadi negara yang memiliki kekuatan diplomasi yang cantik, dengan jiwa nasionalisme yang tinggi dan tidak pernah mahu tunduk dan dibentuk oleh negara kuasa kuat iaitu Amerika. Salah satu bukti nyata lain adalah dinamik politik Indonesia pada tahun 1948 ditandai dengan perjanjian politik bebas aktif dan keluar dari keanggotaan PBB pada tahun 1965. Ini menunjukkan bahawa kepemimpinan Indonesia beberapa puluh tahun yang lalu pernah memiliki semangat nasionalisme yang tinggi dan dengan gagah berani menentang hegemoni pihak asing.7 Soekarno telah membawa konsep demokrasi terpimpinnya menilai demokrasi barat yang bersifat liberal tidak dapat menciptakan kestabilan politik. Menurut Soekarno, penerapan sistem demokrasi barat menyebabkan tidak terbentuknya pemerintahan kuat yang diperlukan untuk membangunkan Indonesia. Pandangan Soekarno terhadap sistem liberal ini pada akhirnya terpengaruh terhadap kehidupan parti politik di Indonesia. Parti politik dianggap sebagai sebuah penyakit yang lebih parah daripada perasaan kesukuan dan kedaerahan. Penyakit inilah yang menyebabkan tidak adanya satu kesatuan dalam membangun Indonesia. Parti-parti yang ada pada waktu itu sebanyak 40 parti dan ditekan
7

http://forum.viva.co.id/tokoh-dunia/278332-cara-soekarno-melawan-amerika.html

oleh Soekarno untuk dibubarkan. Namun demikian, demokrasi terpimpin masih meninggalkan kesan beberapa parti untuk berkembang. Hal ini dilakukan dengan pertimbangan Soekarno akan keseimbangan kekuatan yang stabil dengan kalangan militer. Beberapa parti dapat dimanfaatkan oleh Soekarno untuk dijadikan sebagai penyeimbang. Parti politik dalam pergerakannya tidak boleh berpaling tadah dengan konsep Soekarno. Penetapan Presiden adalah senjata Soekarno yang paling kuat untuk melumpuhkan apa sahaja yang dinilainya menghalangi jalan revolusi yang hendak dibawakannya. Demokrasi terpimpin yang dianggapnya mengandungi nilai-nilai asli Indonesia dan lebih baik dibandingkan dengan sistem ala barat, ternyata dalam pelaksanaannya lebih mengarah kepada praktik pemerintahan yang autoriti. Dalam penggambaran parti politik pada aspek politik nasional, maka ada satu parti yang pergerakan serta peranannya begitu dominan iaitu Partai Komunis Indonesia (PKI). Pada masa itu kekuasaan memang berpusat pada tiga kekuatan iaitu, Soekarno, TNI-Angkatan Darat dan PKI. Oleh kerana itu untuk mendapatkan gambaran mengenai kehidupan parti politik pada masa demokrasi terpimpin, pergerakan PKI pada masa ini tidak dapat dilepaskan. Hubungan antara PKI dan Soekarno sendiri pada masa demokrasi terpimpin dapat dikatakan merupakan hubungan timbal balik. PKI memanfaatkan populariti Soekarno untuk mendapatkan media massa. Parti politik pada masa Demokrasi Terpimpin mengalami pembubaran secara paksa. Pembubaran tersebut pada umumnya dilakukan dengan cara menjatuhkan penerapan presiden yang dikeluarkan pada tanggal 31 Desember 1959. Peraturan tersebut menyangkut syarat parti sebagai menerima dan membela Konstitusi 1945 dan Pancasil iaitu menggunakan cara-cara damai dan demokrasi untuk mewujudkan cita-cita politiknya. Menerima bantuan luar negera hanya keizinan pemerintah. Presiden berhak menyelidiki pentadbiran dan kewangan parti dan presiden berhak membubarkan parti yang programnya diarahkan untuk menyokong politik pemerintah. Demikianlah kehidupan parti-parti politik di masa demokrasi terpimpin. Parti-parti tersebut hampir tidak dapat memainkan peranannya dalam pentas politik nasional pada
10

masa itu. Hal ini berkemungkinan antara lain peranan Soekarno yang amat dominan dalam menjalankan pemerintahannya dengan ciri utamanya yang sangat berkeutamaan pada waktu itu di era demokrasi terpimpin. Hegemoni di Singapura Lee Kuan Yew merupakan legenda Singapura yang layak digelar Bapa Pengasas Singapura. Beliau telah memimpin negara tersebut selama lima dekad iaitu dalam tiga zaman iaitu semasa Singapura masih di bawah jajahan British (1959 1963), era Malaysia (1963 1965) dan era Singapura berdiri sebagai sebuah negara yang berdaulat (1965 1990). Tempoh 52 tahun berkecimpung dalam persada pemerintahan Singapura telah mendedahkan Kuan Yew kepada pelbagai pengalaman yang bercampur baur antara pahit dan manis. Bagi memastikan Singapura bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman dari dalam dan luar negara, Lee Kuan Yew telah memperkenalkan program khidmat negara yang mewajibkan belia berusia 18 tahun mengikuti program latihan ketenteraan. Sumbangan Lee Kuan Yew terhadap ekonomi Singapura cukup besar iaitu kejayaannya membangunkan sektor industri perkilangan dan perkhidmatan yang cukup gah di rantau Asia Tenggara. Pada asalnya, keperluan mewujudkan kawasan perindustrian di Singapura adalah sebagai persediaan negara berkenaan untuk menghadapi pengunduran pasukan tentera British dari negara itu bermula 1971. Pengunduran tersebut sepatutnya berlaku sejak tahun 1968 namun tertunda selama tiga tahun ekoran permintaan Lee Kuan Yew kepada kerajaan British yang telah menimbangkan kesan pengunduran tersebut terhadap keluaran dalam negara kasar dan peluang pekerjaan rakyat singapura ekoran pengunduran berkenaan. Pelbagai inisiatif yang diperkenalkan dari akhir 1960-an hingga 1970-an telah berjaya menarik pelaburan asing ke Singapura sekali gus meningkatkan hasil pendapatannya. Bukti keberkesanan inisiatif tersebut ialah perwujudan kawasan perindustrian di Woodlands dan Jurong yang menempatkan kilang syarikat bertaraf tinggi. Peluang pekerjaan yang wujud hasil pembukaan kilang-kilang berkenaan bukan

11

sahaja dinikmati oleh penduduk Singapura malahan menarik minat rakyat Malaysia di seberang Tambak dan warga Indonesia. Sebagai seorang yang mengagumi kepercayaan Confucius, banyak pendekatan yang diambil Lee Kuan Yew bersifat tegas sebagai satu cara mendisiplinkan rakyat Singapura yang berbilang bangsa dan mendiami negara pulau yang kecil saiznya. Contohnya, sesiapa yang ingin memijakkan kaki ke sana perlu berwaspada dengan peraturan yang melarang penggunaan gula-gula getah. Peraturan ini bertujuan untuk memelihara kebersihan dan keindahan Singapura. Walau bagaimanapun, dasar penguasaan kerajaan Singapura terhadap media massa yang diamalkan sejak era pemerintahan Lee Kuan Yew menimbulkan polemik di kalangan rakyat republik tersebut. Umum mengetahui apabila terdapat individu atau tokoh politik daripada parti pembangkang yang menyelar atau mengeluarkan kenyataan berbau kecaman terhadap Lee Kuan Yew, nescaya akan menerima padah dikenakan tindakan saman malu yang nilainya jutaan Dolar Singapura. Terdapat dalam kalangan musuh politik Lee Kuan Yew yang menerima tindakan sedemikian diisytiharkan muflis dan tidak layak bertanding pilihan raya seperti yang dihadapi oleh Dr Chee Soon Juan pemimpin Parti Demokratik Singapura (SDP).8 Meritokrasi merupakan perkara yang sinonim dengan Lee Kuan Yew. Acap kali beliau menyuarakan pandangannya yang optimis bahawa hanya mereka yang cemerlang dan cekap sahaja layak untuk diketengahkan sebagai pemimpin. Dalam sistem yang diamalkan oleh PAP, Lee Kuan Yew telah menggariskan calon pilihan raya yang akan mewakili parti berkenaan dalam pilihan raya umum disyaratkan penerima ijazah kelas pertama. Pada masa yang sama beliau juga komited dengan pelaksanaan mekanisme pembayaran gaji anggota kabinet, ahli parlimen, dan penjawat awam Singapura yang kadarnya menghampiri nilai yang diperoleh oleh pekerja sektor swasta. Matlamat dasar tersebut adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara sektor awam dan swasta serta bagi mengelakkan gejala rasuah berleluasa dalam sistem pemerintahan negara. Hegemoni di Malaysia
8

Muhammad Nizam Ab. Ghani. Ogos 2012. Artikel: Dewan Masyarakat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia

12

Semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad memegang tampuk kuasa pada julai 1981, beliau telah membuat kenyataan berguna mengenai pendekatan dalam inisiatif politik peringkat awal. Beliau telah merasionalkan perkhidmatan awam, memperkemas pekerjaan sektor awam dan melantik orang tertentu dalam pengisian jawatan. Aspek yang membayangkan proses ini adalah usaha Mahathir bagi mengawal kuasa istimewa raja-raja Melayu dan ini mebawa kepada Konfrontasi berperlembagaan pertama pada 1983. Dalam usaha meluluskan Rang undang-undang perlembagaan (pindaan), Mahathir mahu kuasa perkenan diraja dimansuhkan sepenuhnya daripada yang di-Pertuan Agong. Biarpun dari segi amalannya, tiada Agong yang menolak namun pindaan yang dicadangkan itu (Perkara 66) bermakna bahawa kuasa ini boleh dari segi teorinya menyebabkan pemansuhan pemerintahan beraja oleh akta parlimen selepas 15 hari. Ini mencemaskan raja-raja Melayu yang menolak persetujuan terhadap pindaan itu sendiri. Namun Mahathir menggunakan media BN bagi menggambarkan pertelingkahan itu sebagai cabaran moden terhadap keistimewaan feudal. Sikap tolak ansur berikutnya memberi Mahathir hak bagi memeriksa perkenan diraja dengan Agong mengekalkan kuasa nominal pada waktu darurat. Dalam cabaran yang selanjutnya, berikutan serangan Sultan Johor ke atas jurulatih pasukan hoki pada 1992, Mahathir mendakwa kesahan kekebalan raja dalam konteks ini daripada pertuduhan adalah peninggalan colonial iaitu Prinsip Feudal yang tidak selaras dengan pembangunan moden. Dengan dibantu oleh liputan akhbar yang menyeluruh, Mahathir berusaha lagi bagi menghimpunkan sokongan untuk pembaharuan populis dengan mengemukakan tema liberal nasionalisme moden dan kehendak berdaulat Dewan Rakyat. Dari segi realitinya, pertelagahan 1983 itu melambangkan strategi bagi mengalihkan lebih banyak kuasa kepada kerajaan pusat. Satu lagi cirri penting biarpun kurang jelas, berkait dengan konflik diraja itu adalah usaha memperoleh kuasa pemeliharaan terhadap agama Islam yang secara tradisinya merupakan kuasa sultan melalui Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam. Sebaliknya kerajaan meneruskan usahanya melalui perundangan persekutuan dan memberinya hak mutlak bagi mentafsir perintah, rukun dan undang-undang syariah Islam. Dengan disokong oleh Pindaan kepada Akta Persatuan (1981), ini memberinya kuasa menyeluruh bagi
13

mengharamkan organisasi yang menghasut dan berusaha mencabar kerajaan, hak Bumiputera atau doktrin Islam perundangan yang digunakan bagi mengharamkan AlArqam pada Ogos 1994. Namun walaupun perkara ini menunjukkan aspek paksaan UMNO, Mahathir juga berazam menggalakkannya melalui pembaharuan idea social. Pertimbangan yang paling penting di sini adalah kebangkitan semula Islam global yang berakar umbi di Malaysia sejak awal 1980-an. Dalam usahanya bagi mempergunakan peralihan itu untuk projek berkenaan sepanjang 1980-an, Mahathir menubuhkan Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 1992. Dalam usahanya menggalakkan penilaian semula terhadap Islam, Mahathir berusaha menyeimbangkan antara pencapaian kerohanian dengan pembangunan material. Lebih khusus lagi, kenyataan sedemikian kini digunakan sebagai tindak balas terhadap intelektual PAS dalam usaha beliau bagi mengekalkan orang Melayu dalam politik UMNO. Mengekalkan Parti Campuran: Politik Cina dan Perikatan Parti yang lebih luas Karisma Mahathir yang menarik, pertimbangan politik dan pengawalan secara bijaksana ke atas struktur ganjaran digabungkan dengan seruan untuk bekerja bersama-sama bagi mewujudkan pembangunan, membantu mengekalkan MCA, MIC dan sekutu Barisan Lain yang masih muda dalam blok politik. Bagi kaum Cina khususnya, kerjasama MCA dan gerakan (cabang MCA) merupakan janji dalam bentuk ganjaran material. Sebenarnya, tidak dinyatakan di sini bahawa peranan ini akan meningkatkan prospek ke arah pertumbuhan dan penambahan perniagaan kaum Cina. Memainkan Peranan di Area Antarabangsa: Politik dan Diplomasi Walaupun usaha Mahathir bagi membina persetujuan politik dilaksanakan berdasarkan pembaharuan domestik, kekhuatiran terhadap kemelesetan ekonomi dan perpecahan parti, namun usaha ini juga difokuskan secara global pada awal 1990-an. Di sini Mahathir mencipta persona yang berprestij di peringkat antarabangsa. Aspek utama di sini adalah peranannya sebagai Ketua Eksekutif Persyarikatan Malaysia dengan mengetuai delegasi perniagaan ke seluruh dunia bagi mendapatkan modal dan tapak baru pelaburan penembusan Proton ke dalam pasaran kereta Barat memberikan keyakinan baru.
14

Kejayaan Mahathir dalam usaha ini adalah keupayaannya bagi menjelaskan pergantungan negara pada pasaran luar. Dengan demikian, cabaran pembangunan Wawasan memberikan populis untuk pertumbuhan walaupun pada masa yang sama melindungi asasnya yang rapuh. Aspek kedua melibatkan peranannya sebagai wakil bagi negara-negara selatan, menawarkan wacana nasionalisme ekonomi pasca Bandung gaya Malaysia untuk diikuti. Dibentuk di sekitar tema perpaduan politik dengan negara miskin dan membangun, ia mewujudkan ikatan antara Malaysia dengan Afrika Selatan dengan Mandela sebelum krisis, mengesahkan sendiri kebaikan strategi pembangunan sosiekonomi. Bahkan etika ekonomi Malaysia menghadapi kemelesetan kritikal pada pertengahan 1998, keputusan Mahathir bagi menguatkuasakan kawalan modal dapat dianggap sebagai alternatif kepada usaha ortodoks Barat yang dilakukan terhadap negaranegara tersebut. Mahathir juga terus menerus memandang ke Timur untuk mencari sokongan politik yang lain. Yang paling penting di sini adalah usahanya bagi mewujudkan Kaukus Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi menyokong kerjasama ekonomi asia pasifik (APEC). Ini termasuklah usaha gigihnya terutama sekali semasa sidang kemuncak APEC di Jakarta pada November 1994 bagi melengahkan pergerakan kea rah rejim perdagangan yang lebih terbuka dengan Amerika Syarikat dan negara Pasifik lain menjelang 2020. Di samping menegaskan slogan 2020, kekhuatiran yang dinyatakannya di sini adalah bahawa sebarang aturan perdagangan yang sedemikian membolehkan Amerika Syarikat mendapat kelebihan di rantau ini dan ini menjejaskan jadual pembangunan Malaysia9. Melihat pada tampok pemerintahan sekarang iaitu Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib, pada tahun 2009. Konsep 1 Malaysia bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep 1 Malaysia bukan dasar baharu yang terpisah daripada dasar-dasar kerajaan sebelum ini, sebaliknya ialah pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada untuk memperkukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan,pencapaian kemajuan, dan pencapaian pembangunan yang lebih tinggi.
9

John Hilley. 2008. Malaysia: Mahathirisme, Hegemoni dan Pembangkang BAru. Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Hlm.113

15

Perpaduan yang digambarkan oleh 1Malaysia amat berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain dengan identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan identiti nasional yang sama. Sebaliknya, 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, dengan sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam sebuah negara. Prinsip yang menjadi asas kepada 1 Malaysia ialah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada manamana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Media massa adalah antara alat sosiologi politik yang paling efisyen dalam mengkonstruksi pemikiran dan sosial lebih-lebih lagi apabila kerajaan berupaya memiliki dan mengawal media massa secara keseluruhan. Media massa di Malaysia telah menjadi satu alat yang cukup sinonim dengan pemerintah. Segala agenda, dasar dan kebaikan yang dilakukan oleh pihak pemerintah akan digunakan sebaik mungkin oleh media massa bagi menggambarkan betapa pihak kerajaan begitu dominan dan mempunyai hubungan langsung dengan golongan bawahan. Sebaran dan manipulasi isu secara langsung dan berterusan ini adalah untuk mengkonstruksi pemikiran golongan bawahan agar patuh dan taat kepada elit pemerintahan. Contohnya pada pilihan raya di Malaysia, media massa memainkan peranan yang cukup penting bagi mendapatkan sokongan rakyat kepada pemerintah. Segala bentuk berita dan sebaran akan ditapis supaya tidak meggambarkan kelemahan Barisan Nasioanl yang boleh menggugat kedudukan elit pemerintah.

Government Transformation Programme (GTP)

16

(GTP) Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan pada 27 Julai 2009 oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib. Ianya adalah arah tuju kerajaan dalam untuk menangani permintaan rakyat (dengan pantas). Dato Seri Najib telah menyalurkan ideanya dan melaksanakan bantuan kepada rakyat juga sebagai Inisiatif Kerajaan seperti PR1MA iaitu projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA). Ia disasarkan terutamanya kepada golongan berpendapatan pertengahan yang tidak mampu memiliki rumah yang mahal, tetapi pada masa yang sama, mereka tidak layak untuk memohon skim perumahan kos rendah. BR1M ialah bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ialah Pemberian RM500 (sekali bayar) kepada yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000. Permohonan melalui borang yang diedarkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan dan cawangancawangannya, kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), dan agensiagensi kerajaan negeri. Selain itu terdapat BB1M ialah Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) iaitu baucar buku RM200 khas untuk pelajar institusi pengajian awam dan swasta termasuk Tingkatan 6, Pusat Matrikulasi dan institusi pengajian tinggi 1AZAM ialah akhiri Zaman Miskin (1AZAM) ialah usaha mewujudkan peluang ekonomi yang meningkatkan keupayaan produktiviti isi rumah berpendapatan rendah supaya mereka dapat membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan dan mampu memperoleh pendapatan dengan usaha sendiri. KAR1SMA ialah Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) iaitu bantuan kewangan untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU. KR1M ialah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Ia Menyediakan barangan pengguna asas dengan harga 40% lebih murah dan menyalurkan produk 1Malaysia kepada kedai runcit FELDA serta memperluas produk 1Malaysia kepada kedai serbaneka dan stesen minyak. KIR1M juga boleh jadi Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia. Klinik 1Malaysia ialah kos rawatan serendah RM1 kepada rakyat Malaysia. Kos rawatan percuma kepada warga emas dan juga ada Bantuan Kewangan Kembali ke Sekolah RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah. Yuran sekolah kerajaan dimansuhkan (bermula tahun 2012). Penutup

17

Kesimpulannya,

hegemoni

adalah

sebagai

sebuah

situasi

proses

yang

memperlihatkan kelas dominan tidak hanya mengatur namun juga mengarah masyarakat melalui kepimpinan moral dan intelektual. Hegemoni terjadi pada suatu masyarakat yang terdapat tingkat yang tinggi dengan ukuran sosial yang besar. Kelas di bawah dengan aktif mendukung dan menerima nilai-nilai, idea, tujuan, dan makna budaya yang mengikat dan menyatukan mereka pada struktur kekuasaan yang ada. Apabila berlaku hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni diterima sebagai sesuatu yang wajar sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi tetap patuh dan taat terhadap kepimpinan kelompok berkuasa. Berdasarkan dari pemahaman pengertian hegemoni di atas, dapat disimpulkan bahawa di dalam hegemoni, hal yang memiliki peranan besar dalam perubahan sosial adalah ideologi. Ideologi yang lahir dari kesedaran seseorang atau sekelompok orang akan menggerakan orang tersebut melakukan suatu perubahan.

Rujukan

18

1. Muhammad Nizam Ab. Ghani. Ogos 2012. Artikel: Dewan Masyarakat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. 2. http://forum.viva.co.id/tokoh-dunia/278332-cara-soekarno-melawan-amerika.html 3. Brahm, Lawrence J. (1996). China As No 1: The New Superpower Takes Centre Stage. Singapore: Internaional Press Co. Pte Ltd. 4. Wang, James C. F. (1995). Contemporary Chinese Politics: An Introduction (3rd ed). New Jersey: Prentice Hall, Englewood Cliffs. 5. Asmady Idris. 2000. Amerika Syarikat Satu Kuasa Hagemoni Dunia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 6. Ikramullah Mahyudin, Pengantar Komprehensif untuk Memahami Hegemoni, diterbitkan oleh Jalasutra, Yogyakarta. 7. Ian McLeaan. 1996. The Concise Oxford Dictionary of Politics . Oxford: Oxford University Press. 8. Mohd Noor Yazid. (2000). Politik Antarabangsa Asia Pasifik. Kuala Lumpur : Utusan Publications And Distributors. 9. John Hilley. 2008. Malaysia: Mahathirisme, Hegemoni dan Pembangkang Baru. Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

19