Anda di halaman 1dari 2

Kepada: Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Bukit Combee, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

Melalui: Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Hulu Kinta, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Melalui dan salinan: Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Hulu Kinta, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

(u.p Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus) Saudara/Saudari, MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN PENANDA ARAS DAN MENJALINKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK BERSAMA JPP IPG KAMPUS PULAU PINANG Perkara di atas dengan segalanya hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh Sesi 2012/2013 bercadang ingin mengadakan lawatan penanda aras ke IPG Kampus Pulau Pinang pada ketetapan berikut:-

Tarikh Hari Bilangan Ahli

: 15 Julai 2012 : Ahad : 27 orang (23 ahli JPP/2 orang pemandu/2 orang pensyarah)

3.

Antara objektif jalinan silaturahim ini diadakan adalah :-

i.

ii. iii.

Dapat berkongsi maklumat dan isu-isu yang berlaku antara kampus serta bertukar pandangan dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran JPP. Dapat mewujudkan kerjasama yang lebih ideal dalam menangani masalah kebajikan pelajar guru. Bersama-sama meningkatkan jalinan silaturahim yang lebih erat dengan setiap perwakilan pelajar institut pendidikan guru.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap agar pihak tuan/puan dapat menerima kunjungan kami. Semoga jalinan ini dapat meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran jawatankuasa perwakilan pelajar di kampus masing-masing. Diharap agar usaha ini memebri manfaat kepada semua pihak. Segala kerjasama didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

_____________________ (ABD KADIR BIN BASIRAN)