Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Bagi tugasan melaksanakan amali Sains, saya menjalankan eksperimen secara koperatif dalam kumpulan .

Amali 3 bertajuk haba pembakaran, yang mengkehendaki saya menentukan haba pembakaran yang melibatkan bahan api seperti kerosin, lilin dan juga LPG (laboratory gas).

Saya

dapati

bahawa

kemahiran

mengaplikasi

pengetahuan

dijalankan

sepenuhnya apabila saya dikehendaki untuk mengira nilai haba bagi setiap tindak balas yang telah diuji. Semasa menjalankan amali, terdapat beberapa kekuatan yang saya peroleh misalnya, saya dapat mengetahui dengan tentang tindakbalas pembakaran yang merupakan tindakbalas eksotermik iaitu membebaskan haba ke sekeliling. Disamping itu, saya dapat mengetahui dengan lebih mengenai jenis bahan api yang turut memberikan kesan terhadap haba yang dibebaskan dalam tindak balas tersebut . Selain itu, semasa menjalankan eksperimen saya mampu mengendalikan peralatan dengan cara yang sepatutnya, seperti semasa menimbang jisim bahan api sebelum dan selepas eksperimen dengan menggunakan penimbang elektronik. Tiada masalah yang besar berlaku, namun terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan kami masih tidak dapat memperoleh nilai haba sepertimana teori kerana beberapa langkah berjaga-jaga tidak dikawal dengan baik. Bagi mengatasi masalah seperti ini berlaku, saya harus lebih bersedia dengan pengetahuan berkenaan langkah berjaga-jaga yang boleh mempengaruhi keputusan ujikaji.

Kesimpulannya, sepanjang menjalankan amali ini, pelbagai kelemahan dan kekuatan yang saya peroleh selain pengetahuan yang boleh saya gunakan pada masa akan datang.