Anda di halaman 1dari 4

Makna Denotasi adalah ialah makna asli atau makna sebenarnya yang dimiliki oleh Sesuatu kata manakala

makna konotasi ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa baik dan positif ( Nik Safiah Karim, 2004) Denotasi adalah referensi pada sesuatu yang extralingual menurut makna yang bersangkutan . Sebaliknya konotasi kata adalah erti yang muncul pada penutur akibat penilaian efektif dan emosional. Sebagai contohnya kata penjara adalah

kemampuan kata tersebut bereferensi pada sebuah tembok batu yang tinggi untuk menempatkan penjenayah, sedangkan konotasi tersebut adalah negatif untuk hampir semua penutur kerana alasan yan jelas iaitu penghuni penjara itu tidak lagi dapat hidup dengan bebas seperti orang lain dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan atau dalam kata lain terpenjara merujuk kepada seseorang yang hidupnya kelihatan seperti orang lain namun hakikatnya tidak bebas akibat kongkongan daripada pihak lain yang sentiasa mengawal pergerakannya. Analisis ekstensional adalah makna pragmatis,. Sebagai contohnya kata senjata merujuk kepada sejenis alat yang digunakan untuk menyerang atau mempertahankan diri. Dalam analisis intensional pula, kata senjatasecara intensional mengandungi unsur semantis alat pertahanan dan sebagainya.Makna ekstensional dan intensional mempunyai hubungan semantis seperti semakin besar jumlah unsur intensional semakin jumlah objek yang dirujuk dan sebaliknya. Sebagai contohnya, secara intensional jumlah unsur semantik kata senjata adalah kecil ,contohnya sebagai alat untuk mempertahan dan menyerang , tetapi secara ekstensional yang dirujuk adalah senjata yang bermacam-macam seperti pisau , parang, pedang , pistol, senapang dan meriam. Sebaliknya kata pisau secara intensional mengandungi unsur-unsur semantik yang agak banyak seperti senjata iaitu untuk memotong, menghiris, mencincang, dan mengupas, berhulu, ringan dan rupa sifat yang lain . Walau bagaimanapun, secara ekstensional hanya satu jenis senjata yang dirujuk iaitu pisau. Analisis komponensional pula merujuk kepada konsep perbezaan. Sebagai contoh, dalam istilah- istilah kekerabatan iaitu rumah berhubungan dengan kata seperti ruang tamu, dapur, bumbung, perabot , bilik tidur, bilik air, dan sebagainya. Istilah-sitilah merupakan sistem-sistem yang berbeza mengikut bahasa masing-masing. Dalam ilmu linguistik ada manfaatnya membezakan antara makna ( leksikal ) dan pemakaiannya. Contohnya penggunaan kata mimbar haruslah bergantung pada asosiasi penuturnya. Terdapadat sesetengah pengguna bahasa menganggap mimbar sebagai perabot kekerabatan

yang digunakan oleh khatib ketika membaca khutbah di masjid. Namun , sesetengah pengguna bahasa beranggapan mimbar adalah sebagai mimbar. Menurut kamus linguistik (1997,207), sinonim merupakan dua kata atau lebih yang

mempunyai makna yang sama atau hampir sama dalam sesuatu bahasa. Sebagai contoh sejuk bersinonim dengan kata dingin. Jika dilihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:69) antonim adalah kata yang berlawanan dengan kata lain misalnya cantik lawannya hodoh. Homonim adalah hubungan antara dua kata yang sama bentuknya tetapi makna yang berbeza seperti kata bisa ialah mampu dan bisa juga membawa makna racun.Menurut Abdullah Hassan( 2005:234), perkataan hiponim adalah perkataan yang maknanya mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu tatatingkat. Misalnya almari adalah hiponim terhadap perabot. Fonologi Leksikal Di dalam makna leksikal, wujud satu hubungan di antara leksikal dan fonologi. J.W.M Verhaar ( 1996:13) berpendapat leksikologi berhubungan dengan fonologi. Menurut John T.Jensen (1995:16) fonologi leksikal ialah penyebutan kata dan dapat ditentukan dengan perbezaan penyebutan vokal pertama dalam varian seperti sane (seyn) dengan sanity (saeniti), kerana perubahan vokal ini ada kaitan dengan pengimbuhan akhiran ity Corak nada atau intonansi sesuatu kata itu dilafazkan disebut sebagai bidang fonologi leksikal. Setiap nada atau intonansi yang diujarkan dapat membezakan makna leksikal setiap kata. Menurut J.W.M Verhaar (1996:91), bahasa tertentu dapat membezakan kata-kata atau unsur leksikal, menurut bahasa nada. Kata Kerja Leksikal Kata kerja leksikal merupakan kata kerja yang mendukung makna leksikal iaitu makna yang mempunyai rujukan nahu ( Asmah Haji Omar;1986-95). Menurut beliau kata kerja leksikal biasanya disebut juga sebagai kata kerja utama. Kata kerja leksikal ini boleh dibahagikan kepada jenis kata kerja iaitu kata kerja perbuatan dan kata kerja bukan perbuatan. Kata kerja bukan perbuatan juga disebut sebagai kata kerja keadaan Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2009-68) kata kerja perbuatan ialah kata kerja yang jelas menunjukkan perbuatan, aksi atau tindakan fizikal. Kata kerja perbuatan dicirikan dengan adanya gerak perbuatan , sama ada perbuatan itu dilakukan dengan sengaja atau tidak

sengaja. Sebagai contoh kata kerja perbuatan cucuk, tebang, tolak, dan sebagainya. Selain itu, kata kerja perbuatan dapat digunakan dalam ayat perintah . Sebagai contohnya kata mengambil dapat dijadikan ayat perintah. Ambil! Kata kerja leksikal ini dapat berfungsi sebagai di dalam ayat. Contohnya: 1.Mak Cik Saleha makan tengah hari bersama anak-anaknya. 2.Marlia minum segelas air sirap. Kata kerja keadaan pula ialah kata kerja yang tidak menampakkan secara jelas akan sesuatu perbuatan itu dilakukakan. Menurut Asmah Haji Omar (19993-85) keadaan tidak menunjukkan adanya gerak perbuatan. Sebagai contoh tumbang dan terbit yang tidak menunjukkan perbuatan itu dilakukan . dalam kata kerja keadaan juga, subjek bagi kata kerja bukanlah pelaku. Dalam hal ini, kita dapat mengatakan bahawa subjek ayat tersebut, iaitu pokok dan matahari melakukan perbuatan tersebut . Contoh ayat : a. Pokok itu tumbang. b. Matahari sudah terbit. Dalam ayat di atas , tumbang dan terbit ialah kata kerja keadaan yang menyatakan bahawa adanya perubahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain, iaitu kata kerja ini menerangkan sesuatu peristiwa atau menghuraikan sesuatu subjek ayat . Misalnya daripada pokok itu tegak kepada tumbang disebabkan berlaku sesuatu ke atasnya dan daripada matahari yang tenggelam (malam) apabila berlaku proses peredaran bumi kepada terbit (siang). Makna Gramatikal Makna gramatikal atau dikenali juga sebagai struktur ialah makna baru yang wujud akibat daripada terjadinya proses gramatikal iaitu proses pengimbuhan, pengulangan, dan

pemajmukan yang akan melahirkan makna-makna yang gramatis. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2007:10), proses pengimbuhan merupakan salah satu cara mengembangkan kata dasar . Hal ini bermakna bahawa pelbagai imbuhan dapat diimbuhkan pada satu kata dasar, misalnya, kata dalam, kita dapat memberikan pelbagai imbuhan pada kata tersebut seperti di dalam, dalaman, pendalaman, pedalaman, mendalamkan, kedalaman. Dengan adanya pelbagai bentuk imbuhan pada kata dasar dalam , makna kata juga menjadi pelbagai.

Menurutnya lagi, imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat jenis iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Bentuk imbuhan ini terdiri daripada imbuhan asli bahasa Melayu ataupun bentuk imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing seperti Sanskrit, ArabParsi dan Yunan-Latin-Inggeris.Oleh sebab itu penggunaan imbuhan asing telah sebati dalam penggunaan sehari-hari. Kebanyakan masyarakat masa kini tidak lagi mengetahui antara imbuhan asli daripada imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu. Antara imbuhan asli dalam bahasa Melayu ialah an, -i, pe-, men-, -kan dan sebagainya. Imbuhan pinjaman pula seperti maha-, -wati, -man, pro-, pra-, tata-, anti-, dan sebagainya. Jenis- Jenis Imbuhan 1. Awalan Awalan ialah imbuhan

Anda mungkin juga menyukai