Anda di halaman 1dari 18

Kesan program realiti terhadap masyarakat(mingguan wasilah bil 15-21 jun08)

1 comment Posted by meor on Jun 20, 2008 in Media


Program Realiti AF(Akademi Fantasia)telahpun menutup tirai musim keenamnya baru-baru ini.Dan keputusan pemenangnya berpihak kepada pelajar kelahiran Sabah iaitu Stacy untuk menggondol tempat pertama dan merangkul berbagai hadiah tajaan dari penaja.Pendekata, cerahlah masa depan . Secara keseluruhannya saya bersetuju dengan kritikan para pengkritik terutamanya saudara Adlin,mungkin kritikannya pedas dan kasar,tapi ianya tetap bernas dan bersifat provokatif.Cuma secara peribadi.AC Mizal,pengacara AF pada malam itu dan juga malam-malam sebelumnya tak perlulah melalut sangat,terutama saya lihat pada malam final tersebut.Soalan-soalan yang diajukan pada pelajar kadang saya rasa tidak sesuai dan tidak bijak.Kita sedia maklum mereka akan mempersembahkan nyanyian dan sebenarnya tak perlulah ditemuramah dengan soalan-soalan seperti jual popia,kritikan yang tak bolehdilupakan,sabun Breeze dan berbagai lagi..Soalan-soalan begini sebenarnya mengganggu konsentrasi para pelajar secara psikologinya.Dan kita pun sedia maklum para pelajar AF ni hanyalah budak-budak yang separuh matang,pintu dunia seni dan hiburan baru saja terbuka untuk mereka,apalah yang mereka faham tentang seni dan hiburan melainkan menyanyi sebaik mungkin walau kualiti nyanyian masih masih boleh dipertingkatkan. Apapun, bagi saya program-program realiti sebegini kalau dihentikan lebih berfaedah,sebab ianya tidak bersifat mendidik masyarakat melainkan hiburan kosong yang hanya menjanjikan fantasi dan menggalakkan orang melayu berangan dan dan terus berangan.

Kerajaan perlu lebih peka,berperanan dan memantau program-program realiti sebegini sebenarnya,sebab kesan dari segi sosialnya pada masyarakat kita boleh lihat dalam jangkamasa panjang dimana budaya kebaratan dan kepura-puraan tersemat secara perlahan dalam minda masyarakat hari ini.

Asasnya hiburan itu adalah muzik dan filem,jika ianya bersifat mendidik dan membuat kita berfikir halallah hukumnya,tapi jika melalai dan melekakan atau membengapkan pemikiran maka haramlah hukumnya.Dan saya tidak nampak apa faedah yang masyarakat akan dapat

dari program cedokan dari Barat ini sebenarnya.Kenyataannya tanpa kita sedari minda kita dimanupilasi oleh pihak Media Cetak mahu pun Elektronik,dan ini sebenarnya yang telah dan sedang berlaku sejak tahun 50an lagi.Masyarakat kita suka dibuai dengan mimpi indah fantasi dari berpijak dibumi nyata.Umpama kalau di India,dengan jumlah populasi penduduknya yang ramai,dan majoritinya sangat miskin,dan masyarakatnya memang mahukan hiburan semata, mereka mahu lari dari dunia nyata.Hero digambarkan seperti Dewa.Everything must be perfect,setiap cerita kena ada happy ending,kalau ending sedih,panggung wayang akan dibakar. Itu amalan Negara yang mengamalkan sistem Kapitalis,yang kaya terus kaya,yang miskin makin papa.Realitinya dimana-mana negara membangun pun mengamalkan sistem itu,termasuk di Negara kita.

Wartawan hiburan perlulah berilmu dan lebih berperanan dalam menjalankan tugas mereka.Mereka perlu faham muzik mahu pun filem bukan sekadar hiburan kosong.Sebagaimana yang kita tahu dunia Artis adalah dunia hiburan yang penuh dengan nilai seni yang kepura-puraan.Artis digambarkan sebagai subjek yang hebat dan sempurna oleh pihak Media walau kenyataannya tidaklah seperti yang digambarkan..bak kata orang Perak..Bio pape ase begaye(biar papa asal bergaya)..mungkin hanya segelintir para Artis yang berjaya dalam hidup mereka,namun bilangannya boleh dikira dengan jari.

Kalau dulu waktu di zaman jalan Ampas,pelakon-pelakon Filem yang dibayar gaji bulan tidak digalakkan menunjukkan muka atau bertemu masyarakat,maknanya perlu ada jurang antara Artis dan masyarakat.Masih relevenkah pandangan yang sebegitu di abad ke-21 ini?Yang pasti Artis-artis atau pelakon diwaktu itu menjadi mangsa manupilasi yang nyata dari golongan Tokeh-tokeh wayang dan Para pengusaha Filem waktu itu.R.Azmi(Allahyarham)penyanyi tersohor langgam 50an,meninggal dunia dalam keadaan papa kedana dan miskin.Siapa yang buat untung?Tentulah Syarikat Rakaman. Tambahan pula diwaktu itu Tiada Akta hak cipta dan bayaran royalti untuk Artis.Artis Cuma dapat Glamour dan puji-pujian kosong yang tak tau kemana hala tuju nya pun.

Apa yang kita lihat hari ini,para wartawan lebih suka menceritakan tentang gossip dan skandal para Artis dan ini yang telah disemat dan dididik kedalam pemikiran masyarakat kita hari ini.Dan mereka tahu masyarakat sangat sukakan cerita yang sebegitu,dalam masa yang

sama pihak Media Hiburan khususnya gagal dalam peranannya mendidik masyarakat,melainkan bersekongkol membuat fitnah dan dosa dalam cerita-cerita yang tidak matang.

Dan faktor ini tidaklah dapat kita nafikan sebenarnya,sebab kebanyakan para wartawan yang terlibat dalam bidang hiburan ini bukanlah punya kefahaman yang baik tentang muzik mahu pun filem.Mereka bukannya faham bahkan mungkin tidak punya minat pun untuk belajar tentang cabang-cabang muzik dan filem.Apa yang mereka faham adalah muzik itu cabangnya hanya Pop,lirik mesti ada unsur-unsur cinta dan putus asa,kalau Rock pun mesti jiwang dan cintan ,kalau filem pula plot atau jalan ceritanya sama dan stereotype dan misi yang lebih penting adalah untuk mencungkil apa cerita dalam kelambu para Artis yang kadang mengaib bahkan menjatuhkan maruah para Artis itu sendiri.Peranan Wartawan dalam menaik dan menjatuhkan para Artis sangat hebat sebenarnya,tanpa mereka sedari apa yang ditulis itu bakal memberi impak yang baik atau buruk pada nilai seseorang Artis disisi masyarakat.Dan jika ianya sesuatu yang mengaibkan walau apa tujuan sekalipun ,bukankah itu satu dosa besar disisi ugama kita?Sedang kita tidak dapat menghalalkan dosa jika memang benar ianya satu dosa.

Kebanyakan cerita-cerita tentang Artis yang kita baca dimajalah-majalah Hiburan hari ini bagi saya membodohkan pemikiran anak muda dan masyarakat amnya,menggalakkan kita taksub dengan dunia Glamour para Artis,menonjolkan imej seksi keterlaluan dan mengagungkan nilai kebendaan.

Dan saya bersetuju dengan kenyataan Mufti Perlis yang tidak membenarkan penyanyi Faizal Tahir(Artis yang lahir dari program Realiti) untuk membuat persembahan dinegeri itu,atas kesilapan dan keterlanjurannya membuka baju dalam satu persembahan yang disiar dikaca TV sedikit masa lalu.

Muzik mahupun Filem perlulah bersifat lebih mendidik,kerana ianya satu cabang ibadah juga antara sesama kita asal nawaitu kita betul.Hiburan itu satu keperluan ,cuma perlu diseimbangkan dengan waktu dan situasi,kerana realitinya,hidup ini bukanlah sekadar hiburan semata.END

PERANAN MEDIA, PENGARUH DAN KESAN PERANAN MEDIA DAN KESAN PADA POLITK EKONOMI DAN INDIVIDU

Perkembangan yang pesat dalam teknologi media dan arus globalisasi telah mempengaruhi sistem media dan peranannya. Dunia sekarang bukan lagi dikenalpasti dengan sandaran ideologi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya,ini adalah kerana proses penglobalan dunia telah mewujudkan media global yang bukan menjurus kepada penyebaran maklumat tetapi cuba mencorak dan mempengaruhi pendapat awam. Kini penjajahan boleh dilakukan secara elektronik dengan mendominasikan peranan media.Media sebenarnya banyak mempengaruhi dan memanipulasikan kehidupan kita sehari harian tanpa di sedari kerana media yang sering kita lihat sebenarnya adalah satu medium yang cuba menghilangkan kebolehan menilai dan kehendak naluri kita sendiri.Hal ini terbukti yang kebanyakkan barangan keperluan peribadi atau apa-apa saja yang ada di dalam rumah kita sebenarnya adalah barangan yang telah di iklankan di radio,televisyen,internet dan lainlain.Bagaimana hal ini terjadi WHY ?...Hal ini adalah disebabkan oleh pengaruh media dan di tambah lagi dengan sifat semula jadi manusia yang sentiasa ingin tahu dan mencuba benda baru sedikit sebanyak menerima maklumat dan akhirnya memilih barangan yang di iklankan. Bukan itu sahaja sebahagian pengaruh media mampu mengubah sifat individu itu sendiri,hal ini dapat di buktikan di USA bila mana media US kebanyakannya memaparkan aksi ganas dan keras tanpa ada sekatan dan lebih 8000 jam program televisyen iaitu mewakili 60% progran televisyen mengandungi unsur ganas seperti bunuh,gengsterisme,seram dan sebagainya mnyebabkan kebanyakan kanak-kanak dan remaja tak mampu membezakan antara realiti dan karekter maya sehingga berlakunya pembunuhan beramai-ramai oleh dua orang remaja di sekolah pada tahun 1999 di columbine,colarado US di mana 12 orang remaja dan seorang guru maut terkena tembakan peluru sesat. Seorang tokoh pemikir perancis Jean Baudrillard dan pakar media perancis yakin bahawa media merupakan penyebab utama gangguan fikiran realiti manusia dan menimbulkan pelbagai persoalan? Di Malaysia juga tidak terkecuali menerima tempiasnya.Negara kita taklah seteruk di US tapi pengaruh media di Malaysia hanya tertumpu kepada media hiburan dan politik , ekonomi dan sosial. Kawalan media melalui undang-undang sedikit sebanyak mampu menapis unsur-unsur ganas ,seram dan unsur seks keterlaluan. Namun tahukah anda bahawa kawalan undang-undang ini telah di monopoli oleh kerajaan atas dasar menjaga sensitiviti kaum dan menjaga keamanan negara sehingga timbul persoalan adakah media negara kita bebas sebagaimana negara maju yang lain?. Jika di tinjau negara kita adalah sebuah negara demokrasi dan atas dasar demokrasi setiap individu bebas menyuarakan pendapat,namun sekatan undang-undang yang ke atas majalah dan akbar yang BERSIFAT POLITIK dikatakan menghasut dan boleh menggugat keharmonian kaum telah di haramkan seperti akhbar suara keadilan dan harakah pada tahun 1999 dan 2008. Pengaruh media dalam politik dapat di lihat dan di kesan selepas pilihan raya ke-12 apabila trend pengundian rakyat Malaysia menurun dan sokongan terhadap kerajaan pemerintah merosot adalah di sebabkan oleh peranan media seperti internet yang dikatakan terlalu bebas dan mengandungi unsur hasutan dan boleh memecahkan keharmoniaan kaum,buktinya pemilik halaman malaysiaan today(raja petra) kini adalah buruan polis kerana dikatakan menghasut. Media juga dikatakan mempunyai kuasa mengubah ekonomi negara,dalam komunikasi global ini,periklanan menjadi nadi kepada usaha

mendominasi negara utama terhadap negara subordinate. Menurut compotetif media reporting(CMR) pada tahun 1990-an,10 pengiklan utama yang berpangkalan di US telah membelanjakan sejumlah US Dolar 11 bilion(RM 41.1 bilion) hanya untuk mengiklan barangan mereka. Hal ini jelas,yang manusia sanggup membelanjakan jutaan rinngit hanya untuk mengiklankan barangan mereka. sekarang dapat kita menyimpulkan bahawa media cukup mempengaruhi kehidupan manusia dari segi individu,politik dan ekonomi...namun tidak semua manusia itu menerima kesan yang sama kerana ada sesetengan individu itu mampu menapis dan menilai sesuatu maklumat sebelum diterimanya...

BERITA HARIAN
KANGAR: Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya hari ini. Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranya menggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam. Bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang semalam turut membangkitkan perkara itu kerana bimbang ia mungkin mempengaruhi akidah umat Islam.

"Ia bukan hanya untuk filem-filem atau drama tempatan tetapi juga yang diimport," katanya. Juanda percaya lambakan filem dan drama seumpama itu adalah kerana ia mendapat sambutan masyarakat sedangkan kesan jangka panjang kepada penonton adalah buruk. Beliau turut mencadangan supaya satu kajian mengenai impak penonton terhadap filem-filem seumpama itu. Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis juga membangkitkan isu eksploitasi terhadap wanita melalui iklan produk tertentu sehingga mempamerkan aurat mereka secara tidak terkawal. "Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dieksploitasi untuk melariskan barangan," katanya. Beliau berkata wanita Islam yang terpilih sebagai model barangan tertentu sepatutnya menutup aurat manakala yang bukan Islam perlu berpakaian sopan. Sementara itu, Juanda melahirkan rasa kecewa dengan iklan penjualan kismis yang kononnya telah dibawa tawaf di Kaabah untuk meningkatkan khasiatnya begitu juga iklan mengenai air zam zam yang kononnya telah dibawa ke tempat solat hajat semata-mata untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi berbanding biasa.

Beliau menyifatkan iklan seumpama itu bertujuan menipu pengguna di samping melakukan eksploitasi agama dalam perniagaan. - BERNAMA

Dr Asri: Pantang larang semarakkan filem hantu

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, fenomena filem hantu bukan sahaja disebabkan kecenderungan penonton tetapi juga kerana ruang berkarya yang sempit. Katanya, pantang larang berasaskan aliran pemikiran yang sempit menyebabkan banyak karya yang baik bertemakan perkara lain akhirnya gagal mendapat kelulusan. "Banyak karya yang baik tetapi tidak boleh mendapat kelulusan di media kita disebabkan 'pantang larang' pihak penapisan yang bukan atas asas moral atau agama, tetapi (berdasarkan) aliran pemikiran yang sempit," kata Dr Asri (kanan). Pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, karya berkaitan isu agama dan politik kadang kala dinilai dengan cara yang begitu sempit. "Umpamanya 'satira politik' mungkin sukar diluluskan jika ia mengkritik parti pemerintah. Satira politik (sebaliknya) boleh mendapat tempat sepatutnya. "Ia boleh membangunkan kesedaran tentang kenegaraan. Satira politik merangkumi (kritikan pada) pembangkang dan kerajaan," katanya lagi. Polemik Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri mengakui, lambakan filem hantu memang fonomena yang buruk, merosakkan minda dan kadang kala akidah umat Islam. Isu kesan negatif filem hantu dan seram muncul semula selepas kontroversi Hantu Bonceng karya Ahmad Idham yang didakwa Pemuda PAS sebagai menghina Islam dan mempermainkah kalimah syahadah. Selepas polemik itu dianggap selesai, media semalam melaporkan penggiat dan pengarah filem tema itu menafikan karya mereka menjadi punca suburnya kepercayaan tahyul dan

3:11PM Okt 4 2011

merosakkan akidah. Sehari sebelum itu, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) dilaporkan berkata, lambakan cerita hantu menggalakkan kepercayaan karut dan tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah melalui pendekatan saintifik. Bekas perdana menteri berkata, cerita mitos pula banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu. Senada dengan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem jenis itu. 'Keburukan lebih banyak' Sementara itu, seorang editor buku-buku agama Zahiruddin Zabidi (bawah) berkata, walaupun bukan semua filem hantu membawa keburukan, hakikatnya "keburukan itu lebih banyak daripada kebaikan" dan wajar diatasi segera. "Tidak cukupkah lagi bukti yang ada di sekeliling kita mengenai kesan segala tahyul mahyul cerita hantu ini?" katanya yang menyokong penuh kenyataan Dr Mahathir. Menurut graduan pengajian usuludin itu lagi, menjadi keutamaan kepada pendakwah pelbagai NGO dan agensi kerajaan menyatakan sokongan padu kepada teguran Dr Mahathir. "Semoga dengan teguran bernas daripada tokoh berpengaruh tanah air ini, para karyawan akan sedar dan tidak hanya terus memikirkan keuntungan wang ringgit sahaja sehingga sanggup melihat anak bangsa terus punah dengan hasutan-hasutan dan pemikiran tahyul dalam filem-filem mereka," kata Zahiruddin. Dalam masa yang sama, tambahnya, masyarakat tetap mengharapkan pekerja seni terus berkreatif dan menghasilkan filem yang membawa nilai positif kepada agama, bangsa dan negara. Bagaimanapun, kumpulan ini memerlukan panduan dan petunjuk seperti tergambar dalam pertemuan Pemuda PAS dengan produksiHantu Bonceng sebelum ini, kata Zahiruddin lagi.

Program Hiburan Televisyen Bawa Impak Buruk?

Ada pihak yang berpendapat bahawa rancangan hiburan yang disiarkan melalui televisyen menyebabkan masyarakat lupa tentang budaya seni tradisional. Beri pendapat anda. Televisyen sering dianggap sebagai satu ciptaan moden yang banyak membawa kebaikan kepada manusia pada zaman moden ini. Namun, penyiaran pelbagai rancangan berbentuk hiburan telah menyebabkan ada pihak beranggapan bahawa masyarakat mula meminggirkan budaya seni tradisional pula. Keadaan ini diperkuatkan menerusi kenyatan demi kenyataan pihak media massa yang melihat program hiburan sebegini menghancurkan kebudayaan tempatan seperti tarian dan permainan tradisional. Sesungguhnya, penyiaran rancangan hiburan menerusi televisyen membawa masyarakat melupakan kebudayaan tradisional mereka. Kalau kita kaji secara mendalam kebanyakan rancangan hiburan yang disiarkan itu memaparkan cara berpakaian yang langsung tidak berunsur tradisional. Ada artis terutama dari Barat yang memakai pakaian yang mencolok mata kerana pada mata mereka pakaian sebegini mampu meninggikan lagi populariti seseorang artis itu. Generasi muda yang menonton rancangan hiburan sebegini sudah pasti akan tertarik lalu menganggap cara berpakaian artis itu sahaja yang betul lalu cuba memakainya dalam kehidupan seharian mereka tanpa memikirkan kesan sampingannya. Jelaslah, program hiburan yang disiarkan itu menyebabkan masyarakat kita melupakan cara berpakaian yang seiringan dengan kebudayaan tempatan. Begitu juga penggunaan bahasa dalam rancangan hiburan yang disiarkan menerusi televisyen telah menyebabkan kebudayaan tradisional kita terjejas. Akibat aspek masa dan cuba menjadikan rancangan hiburan itu lebih menarik, penggunaan bahasa yang rojak dan tidak tepat digunakan secara meluas sehingga menjadikan masyarakat sukar hendak membezakan penggunaan bahasa yang betul. Keadaan ini menyebabkan ada

pihak yang menganggap bahasa dalam televisyen itu lebih betul berbanding dengan tatabahasa yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di negara ini. Maka, kekeliruan sebegini menjadikan bahasa kebangsaan kita akan diperlekehkan penggunaannya oleh pihak-pihak tertentu sehinga menjejaskan imej kebudayaan tradisional negara kita pada jangka masa panjang pula. Tambahan pula, program berbentuk hiburan itu turut memaparkan pemaparan kesopanan yang bertentangan dengan kebudayaan tradisional kita. Sudah banyak kali kita mendengar komentar masyarakat yang mengaitkan dengan kehilangan adat sopan generasi muda akibat terlalu terpengaruh dengan budaya yang mereka tonton di televisyen itu. Budaya memarahi ibu bapa, bergaduh dengan guru dan mengeluarkan bahasa kesat sudah dianggap biasa kerana masyarakat sering melihat adegan sebegini di televisyen. Jelaslah, masyarakat kita semakin melupakan adat sopan ketimuran yang suatu masa dahulu amat kita banggakan sudah hilang lantaran terlalu banyak menonton adegan yang kurang sesuai di televisyen pula. Namun, penyiaran program hiburan di televisyen berupaya untuk menghalang pemikiran yang positif dalam diri seseorang itu. Pandangan yang melihat kebudayaan negara itu sendiri sebagai satu kebudayaan yang lemah dan tidak sesuai dengan peredaran zaman dipengaruhi menerusi sikap melihat program hiburan yang keterlaluan itu. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan menimbulkan satu perasaan yang menolak kewujudan kebudayaan tempatan dalam jiwa seseorang tersebut. Jelaslah, program hiburan di televisyen menyebabkan pemikiran seseorang akan berubah lalu memandang rendah kebudayaan tradisional mereka sendiri. Pada masa yang sama, tindakan menyalahkan televisyen seratus peratus bukanlah satu tindakan yang bijak kerana berlakunya sesuatu perkara itu sudah pasti banyak berkaitan dengan faktor yang lain juga. Pinggiran kebudayaan tradisional kita turut disebabkan sikap generasi muda kita yang tidak begitu memandang tinggi kebudayaan tempatan sehingga sanggup meniru kebudayaan lain pula. Kita menganggap kebudayaan negara lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Barat itu lebih moden dan praktikal lalu segera menirunya tanpa merujuk dahulu aspek menghargai kebudayaan sendiri. Maka, kegagalan menghargai negara, bangsa dan kebudayaan sendiri turut menyebabkan kebudayaan tradisional itu semakin lama semakin hilang ditelan zaman. Kesimpulannya, rancangan hiburan yang disiarkan menerusi televisyen itu memang menyebabkan kebudayaan tradisional kita mengalami kemerosotan daripada segi imejnya. Semua pihak terutama pihak berkuasa hendaklah lebih peka untuk membuat peraturan yang mengehadkan penayangan rancangan berbentuk hiburan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kebudayaan tradisional kita itu. Kegagalan berbuat demikian dengan segera akan menyebabkan kebudayaan kita terhakis sedikit demi sedikit lalu hilang akhirnya. Bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih membuktikan semua yang berlaku itu berada dalam ketentuan diri kita sendiri.

KARANGAN STPM- CONTOH PENULISAN MEMORANDUM

PANDUAN RINGKAS PENULISAN KARANGAN STPM PENDAHULUAN Sesebuah karangan di peringkat STPM ini seharusnya mengandungi tiga bahagian, iaitu:IU = Idea Utama (Pendahuluan) IS = Isi Sokongan K = Kesimpulan IU merupakan perkara yang penting yang memperkatakan secara umum tentang tajuk. IS pula jangan terlalu banyak; lima atau enam IS sudah cukup. Hal ini kerana., karangan pada peringkat ini bukan mementingkan kuantiti IS tetapi mengutamakan kualitinya. K juga harus ditulis dengan baik, bukan sekadar tiga atau empat baris.

2 PERENGGAN KARANGAN Ketiga-tiga bahagian di atas hendak disampaikan dalam perenggan secara tepat, menarik dan berkesan. Jika pelajar memutuskan untuk menulis enam IS, bererti karangan pelajar seharusnya mengandungi lapan perenggan, iaitu satu perenggan untuk IU, enam perenggan untuk IS, dan satu perenggan untuk K.

Perenggan 1 (IU) - 80 perkataan Perenggan 2 (IS1) - 90 perkataan Perenggan 3 (IS2) - 90 perkataan Perenggan 4 (IS3) - 90 perkataan Perenggan 5 (IS4) - 90 perkataan Perenggan 6 (IS5) - 90 perkataan Perenggan 7 (IS6) - 90 perkataan Perenggan 8 (K) - 80 perkataan 3 PANJANG KARANGAN Panjang karangan yang perlu ditulis oleh pelajar adalah antara 650 hingga 700 patah perkataan. Oleh itu pelajar janganlah menulis lebih daripada 700 patah perkataan kerana lebihan itu tidak lagi diambil kira. Sebagai contoh, jika pelajar menulis 800 patah perkataan, bererti bahagian K akan berada pada 100 patah perkataan yang terakhir, yang tidak lagi diambil kira (tidak dibaca dan diperiksa). Dengan demikian, karangan berkenaan dianggap tiada K dan sudah tentulah keberkesanannya turut terjejas.

4 SOALAN KARANGAN Terdapat banyak soalan karangan yang berkehendakkan dua aspek IS, misalnya faktor dan langkah mengatasi, sebab dan akibat. kebaikan dan keburukan dan lain-lain. Untuk menjawab soalan seumpama ini, pelajar hendaklah mengemukakan IS secara seimbang dan dicadangkan tiga IS bagi setiap bahagian. Jika mengemukakan lima IS dicadangkan tiga IS bahagian pertama dan dua IS bahagian kedua.

5 BAHAN SOKONGAN Bagi menghasilkan karangan yang bermutu, bahan-bahan sokongan, seperti contoh, bukti, pendapat, perangkaan/data, dan lain-lain yang relevan dengan perkara yang ditulis, haruslah dimasukkan. Perkara ini penting untuk menguatkan lagi idea yang diutarakan dan sekali gus dapat meyakinkan pembaca.

6 BAHASA DAN PENYAMPAIAN Walau sebaik manapun idea yang ingin disampaikan tetapi keberkesanannya belum terjamin jika pelajar gagal menguasai aspek bahasa dengan baik. Perkara ini merupakan suatu kenyataan kerana bahasa merupakan wahana untuk menyampaikan buah fikiran seseorang. Oleh itu, pelajar seharusnya menguasai benar-benar pelbagai struktur ayat, tatabahasa, ejaan, aspek mekanis (tanda baca) dan aspek-aspek yang lain untuk menghasilkan karangan yang benar-benar menggambarkan kematangan.

KESIMPULAN Tiada jalan mudah untuk memperoleh sesuatu yang cemerlang, melainkan dengan berusaha. Dalam hal ini, pelajar hendaklah tidak jemu-jemu berusaha membaca, merujuk, menyalin karangan terbaik dan membuat latihan karangan serta berbincang dengan rakan ataupun guru agar pelajar kurang menghadapi masalah apabila menduduki peperiksaan STPM yang akan menjelang. Ikhtiar terakhir ialah memohon doa ke hadrat Ilahi, agar segala usaha kita diberkati-Nya. Insya-Allah.

Soalan (Laporan) Selaku pegawai di Kementerian Dalam Negeri, anda telah menjalankan satu kajian tentang kejadian jenayah yang melibatkan remaja di negara ini. Berdasarkan hasil kajian tersebut, anda dikehendaki menyediakan satu laporan tentang punca penglibatan remaja dalam kancah jenayah. Dalam laporan itu, kemukakan juga cadangan anda untuk mengatasi penglibatan remaja dalam jenayah. Sediakan laporan anda itu.

Pendahuluan Contoh Punca Jenayah Remaja dan Langkah-langkah untuk Mengatasinya 1. Pendahuluan Berita tentang jenayah sering diperkatakan oleh pelbagai pihak. Gejala yang dahulunya berlaku di bandar-bandar besar, kini mulai menular ke kawasan luar bandar. Kegiatan jenayah bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi juga golongan remaja. Oleh sebab itu, kini, kes peras ugut, ragut, pergaduhan, pencabulan, bahkan pembunuhan turut dikaitkan dengan remaja. Peningkatan kes jenayah dalam kalangan remaja berpunca daripada berbagai-bagai faktor. Baru-baru ini, saya sebagai pegawai di Kementerian Dalam Negeri diminta untuk menyediakan laporan tentang punca penglibatan remaja dalam jenayah dan cadangan untuk mengatasinya.

Soalan (Memorandum) Kini, stesen televisyen cenderung mengadakan rancangan hiburan yang bersifat realiti untuk menarik minat penonton. Rancangan sedemikian menimbulkan kesan negatif kepada penonton, terutamanya golongan remaja. Sebagai pengerusi sebuah persatuan kebudayaan dan kesenian yang berpengaruh, anda diminta menghantar satu memorandum kepada Menteri Tenaga, Air, dan Komunikasi. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang kesan negatif yang timbul daripada rancangan tersebut dan mengemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu. Tulis memorandum tersebut selengkapnya. (STPM 2006) Format memorandum agak asing bagi pelajar kerana format ini tidak dikemukakan dalam peperiksaan SPM. Walaupun format ini ada sedikit persamaannya dengan format laporan, namun pendekatan persembahannya, berbeza. Sila baca contoh yang berikut dengan teliti.

Memorandum Kepada : YB Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Daripada : Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Pekan Memorandum tentang Rancangan Hiburan Bersifat Realiti yang Disiarkan melalui Televisyen 1. Pendahuluan

Dunia hiburan semakin berkembang di negara ini. Kini, rancangan hiburan yang bersifat realiti, misalnya Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor, dan lain-lain telah diperkenalkan oleh televisyen tempatan. Rancangan Akademi Fantasia khususnya, bukan sahaja diminati oleh anak muda tetapi juga oleh orang dewasa. Meskipun rancangan tersebut mendatangkan kepuasan kepada mereka, namun kesan negatifnya akan mejejaskan masa depan orang ramai, khususnya golongan remaja. Menyedari hal itu, Persatuan Seni Warisan Daerah Pekan menghantar memorandum ini untuk mengemukakan kesan negatif rancangan tersebut dan juga usul untuk menangani kesan yang dimaksudkan.

2. Pernyataan Masalah 2.1 Pembaziran Masa Kewujudan rancangan hiburan yang bersifat realiti mengakibatkan banyak masa seseorang terbuang, lebih-lebih lagi bagi rancangan yang tempoh siarannya panjang. Situasi ini menjejaskan kelancaran aktiviti harian mereka yang berkenaan. Bagi sesetengah pelajar pula, mereka sanggup menangguhkan tugasan yang diberikan oleh guru semata-mata untuk berada di hadapan televisyen bagi mengikuti perkembangan rancangan hiburan yang bersifat realiti kegemaran mereka. Segelintir mereka, sanggup ponteng kelas tuisyen bagi tujuan tersebut. Sekiranya amalan ini berterusan, prestasi mereka dalam akademik akan terjejas, sekali gus menggagalkan usaha kita untuk mendidik generasi muda agar menghargai masa.

2.2 Pembaziran Wang Penentuan pemenang melalui undian secara khidmat pesanan ringkas (sms) pula, misalnya dalam rancangan Akademi Fantasia ternyata membazirkan wang orang ramai. ... (jelaskan isi kedua)...

2.2 Pengaruh Negatif Selain itu, cara berpakaian, pergaulan ataupun perlakuan artis yang kadangkala bertentangan dengan nilai ketimuran, ternyata mempengaruhi tingkah laku golongan remaja. ... (jelaskan isi ketiga)...

3. Usul 3.1 Mengehadkan Rancangan Bagi menangani kesan negatif rancangan hiburan yang bersifat realiti, bilangan rancangan tersebut hendaklah dikurangkan. Selain itu, tempoh siarannya juga perlulah dipendekkan. Hal ini demikian kerana ...(jelaskan isi keempat)...

3.2 Menghentikan Undian Sms Sistem undian yang terbukti membazirkan wang orang ramai hendaklah dihentikan. Pihak yang berkenaan hendaklah mencari alternatif lain, misalnya dengan menggunakan borang undian bagi tujuan tersebut. ...(jelaskan isi kelima)...

3.3 Menyediakan Garis Panduan Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menetapkan garis panduan, khususnya tentang perkara yang berkaitan dengan akhlak dan moral artis. ...(jelaskan isi keenam)...

4. Penutup Rancangan hiburan yang bersifat realiti banyak mendatangkan kesan negatif kepada orang ramai, terutama golongan remaja. Pembaziran masa dan wang bukan sekadar merugikan mereka, tetapi turut menjejaskan usaha untuk melahirkan remaja yang bijak merancang. Persatuan ini tidak menuntut agar rancangan yang sedemikian dihentikan tetapi mengemukakan beberapa usul yang difikirkan wajar dilaksanakan untuk kebaikan semua. Sekiranya usul di atas dilaksanakan, persatuan ini yakin bahawa kesan negatif yang dimaksudkan itu akan berkurangan. Semoga matlamat negara untuk melahirkan remaja yang berwawasan akan menjadi kenyataan.

tt ......................................... Abdul Rahim bin Abdullah Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Pekan.

30 Mei 2009

Hiburan Yang Susah Untuk Remaja Abaikan

Memang tidak dapat dinafikansetiap orang inginkan hiburan atau sebarang bentuk hiburan yang dapat mengurangkan kebosanan seseorang apabila banyak masa terluang tanpa sebarang aktiviti atau program yang bermanfaat.

Zaman yang serba moden dan maju dengan dunia globalisasi yang penuh dengan maklumat tanpa sempadan yang ditakrifkan oleh cendekiawan barat amatlah jelas terpancar kegeniusan dan kebijaksanaan mereka untuk melebarkan pengaruh negatif dalam kalangan remaja.

Jika dapat kita perhatikan bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi wabak negatif sebegini terbawa-bawa sehingga keperingkat pengajian tinggi. Penggunaan teknologi atau internet sukar untuk dikawal jika seseorang individu itu sendiri kurang kesedaran agama.

Sebagaimana

Allah

S.W.T.

berfirman:sesungguhnya

solat

itu

mencegah

manusia dari perkara keji dan kemungkaran-

Kita boleh kaitkan ayat al-muhkamanwattanzim di atas, walaupun solat itu sudah menjadi darah daging kita tetapi setakat mana solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perkara mungkar yang sangat halus tanpa kita sedari.

Di sini amatlah sukar untuk kita perhalusi masalah yang semakin menular di kalangan pelajar mahupun peringkat mahasiswa dan mahasiswi. Juga virus sekecil ini juga adalah dosa-dosa kecil yang tidak mampu kita elakkan walaupun perkara biasa bagi kita.

Sememangnya kenyataan ini tepat kerana apa, melalui teknologi yang serba canggih ini yang menyebabkan kita rasa dunia ini sangat kecil dengan hujung jari sahaja, kita dapat pelbagai maklumat tentang dunia dengan meluas serta tanpa sempadan.

Itu mungkin berlaku dalam kalangan pengguna yang tahu erti memanfaatkan penggunaan teknologi tetapi segolongan yang inginkan hiburan tanpa batasan (hedonisme) seperti menonton filem yang berunsur drastik , romantik atau filem komedi yang mana telah berjaya disuntik ubat pelali terhadap remaja yang menjadi sasaran golongan Orientalis.

Tidak mustahil virus ini boleh merebak di kalangan pelajar dirasat mahupun medic bahkan, kanak-kanak yang berusia setahun jagung boleh terpengaruh dengan unsur-unsur yang dibawa dalam sesebuah filem itu. Tambahan pula, jika ingin berkomunikasi dengan mudah dan cepat dengan seseorang tanpa bersuamuka iaitu melalui facebook, twitter, blogger, webcam dan sebagainya.

Masalah sebegini yang merungsingkan pemikir-pemikir dan aktivis-aktivis Islam yang ingin mengembalikan umat kepada syariat islam yang semakin hari semakin terkebelakang dengan maksiat yang berleluasa seperti pembuangan bayi, seksual sesama jantina dan sebagainya.

Jadi terbukti, masalah sekecil itulah yang menyebabkan rosak generasi harapan dan pewaris nabi Muhammad s.a.w. untuk menegakkan islam yang dituntut oleh agama.

Tidak salah jikalau penggunaan teknologi ini, kita manfaatkan dengan mengkaji strategi-strategi orang Barat yang ingin menghapuskan umat Islam sejak azali lagi seperti firman Allah S.W.T.

Dan mereka berkata, Jadilah kamu (penganut) Yahudi dan Nasrani, nescaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah , (Tidak!) Tetapi (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus dan dia tidak termasuk golongan orang yang mempersekutukan Tuhan.-al-Baqarah;135.

Inisiatif lain seperti menggunakan blog, twitter atau facebook untuk kita berkongsi menyebarkan dakwah atau kata-kata berunsurkan pembawakan kearah mengenali hakikat hidup sebagai seorang khalifah di muka bumi yang dicipta oleh Allah Taala khusus untuk hambaNya.

Kita juga boleh menyumbangkan bantuan wang walaupun bantuan tenaga tidak mampu kita sumbangkan kepada Negara saudara seislam kita seperti di Negara Iraq, Pakistan serta dengan hujung jari juga kita dapat tahu perkembangan Negara-negara Islam yang menjadi serangan oleh pihak Israel yang kejam.

Sebenarnya, banyak lagi perkara penting yang perlu kita kaji dan selidik yang mana ianya lebih penting dari menonton video dan berfacebook perkara yang sia-sia.

Sedarlah saudara-saudaraku, sesungguhnya kita masih dalam dilemma serta masih tidur di bawah selimut yang tebal bermimpikan perkara yang mustahil kita capai tanpa kesedaran kita untuk mengislahkan diri dan orang di sekeliling kita yang masih terlena disantapkan dengan tayangan fanatik yang penuh dengan kepalsuan dan tidak menyedari racun yang dipanah oleh golongan Barat yang ingin melihat umat Islam berpecah belah dan jatuh mundur berlawanan dengan apa yang dituntut oleh syariat yang sebenar.