Anda di halaman 1dari 21

1.

Pengenalan Pembelajaran pada abad ke-21 ini bukanlah hanya memerlukan seseorang guru itu meluahkan semula segala isi pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Jika ini berlaku maka pelajar yang dilahirkan akan bersifat statik di mana mindanya dipenuhi dengan segala bentuk fakta tanpa dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar.

Sistem pendidikan pada masa kini memerlukan guru menjadi pembimbing kepada pelajar supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomuniksi dan berkolaborasi.

students must also learn the essential skills for success in todays world, such as critical thinking, problem solving, communication and collaboration. ( Dipetik daripada www.21stcenturyskills.org The 21st century skills movement )

Untuk mencapai hasrat ini guru seharusnya menghadapi cabaran secara positif dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran untuk penyuburan dan pemantapan diri dalam usaha mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini di dalam bilik darjah. oleh itu, guru perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Merujuk Widyatun(1999), Kreativitas adalah suatu kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang

memberkesempatan individu untuk menciptakan idea-idea asli / adaptif fungsi kegunaannya secara penuh untuk berkembang. Inovatif adalah suatu kemampuan manusia dalam mendayagunakan pikiran dan sumber daya yang ada disekelilingnya untuk menghasilkan suatu karya yang benar-benar baru yang orisinil, serta bermanfaat bagi banyak orang.
1

Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan

pengajaran dan pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran yang baik lagi berkesan tidak akan berlaku tanpa berlandaskan perancangan yang rapi. Perancangan yang rapi perlu sesuatu yang kukuh dan diakui kebenaran atau

kewajarannya. Perancangan itu merupakan sesuatu yang terbukti boleh dan benar. Sesuatu yang dimaksudkan itu dikenali sebagai teori. Justeru, kerja amali atau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang baik serta wajar perku berdasarkan teori yang terbukti keupayaan dan kejayaannya.

Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematis. Jary dan Jary (1995) pula melihat teori sebagai satu set hipotesis atau prinsip yang berkait secara logik atau berdasarkan penerangan matematik yang menerangkan hakikat empirical sesuatu fenomena.

Menurut psikologi pendidikan, pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh

persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan (Ormrod, 1995).

Pembelajaran sebagai satu proses memberikan fokus kepada apa-apa yang berlaku semasa kita belajar. Penjelasan dengan cara manusia dan
2

haiwan belajar dikenali sebagai teori pembelajaran. Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberikan cadangan cara menyelesaikan masalah. Teori pembelajaran bukannya penyelesai masalah, tetapi sebenarnya menjuruskan kita kepada pilihan-pilihan penyelesaian masalah.

Sering kali kita menolak teori sebagai sesuatu yang ideal dan tidak dapat diplaktikkan. Sebenarnya teori ialah hasil daripada kajian saintifik yang telah disah terima sebagai sesuatu prinsip atau asas yang boleh dijadikan panduan pelaksanaan. Kajian-kajian tokoh psikologi pendidikan menghasikan teori pembelajaran yang diterima pakai untuk menjelaskan pelbagai cara manusia dan haiwan belajar. Kita akan meninjau secara dasarnya teori pembelajaran behaviorisme, sosial, kognitif,

konstruktivisme dan humanism agar kita dapat memanfaatkannya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

2.0

Ciri-ciri guru yang kreatif dan inovatif Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pengajaran & pembelajaran yang berkesan dalam memainkan peranan sebagai pemangkin atau pengadang kepada keburukan hasil globalisasi dan tidak menjadi mangsa kepada globalisasi.

Melalui pengajaran & pembelajaran kreatif dan inovatif guru, murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan sikap dan nilai serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka.

2.1

Guru sebagai pengurus Guru yang kreatif dan inovatif perlu mahir dalam pengurusan bilik darjah. Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai penggurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menggunakan idea baru untuk menggurus bilik darjah supaya melahirkan suasana yang menarik perhatian pelajar. Guru harus sentiasa mencari cara baru untuk mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

2.2

Guru sebagai inovator

Ingin menjadi guru yang kreatif dan inovatif, guru perlulah

menjadikan diri sebagai seorang inovator. Inovator ialah seseorang yang membawa pembaruan. Sebagai seorang inovator, guru haruslah sentiasa memperkenalkan idea, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar yang baru untuk aktiviti dalam bilik darjah. Inovator seperti ini adalah penting bagi guru meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru harus sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, khasnya dalam bidang pendidikan dari semasa ke semasa. Untuk memperolehi ilmu pengetahuan pendidikan ini, guru harus sentiasa membaca buku ilmu pendidikan, mengkuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan, serta menghadiri seminar atau konvesyen pendidikan di dalam atau di luar negeri. Dengan cara ini, barulah guru memperoleh idea, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar yang baru untuk dicuba dan diamalkan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui daya kreativiti guru, perubahsuaian strategi dan teknik mengajar akan dapat dilakukan untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan membawa kesan pembelajaran yang maksimum.

2.3

Guru perlu pandai dalam penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) Teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh

mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisien dan kreatif. Penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga menjadikan organisasi pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif. Oleh itu, sebagai seorang perlu mahir menggunakan ICT dalam pengajaran
5

dan

pembelajaran.

Ini

bermaksud

menggunakan

ICT

secara

terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaan ICT, guru-guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang

mencabar minda kepada murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran .

3.0

Sejauhmanakah teori-teori pembelajaran dapat membantu guru dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti Teori pembelajaran menjelaskan bahawa betapa pentingnya para pendidik berusaha mengesan rangsagan-rangsagan yang dapat memberi ganjaran kapada pelajar. Pelbagai jenis pendekatan harus digunakan oleh guru sebab setiap pelajar adalah unik dari segi minat, kebolehan, keupayaan, cara menerima dan respon kepada sesuatu rangsangan dan sebagainya.

3.1

Pengurusan bilik darjah dengan suasana yang harmoni dan kondusif Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan ciri-ciri seorang guru, iklim bilik darjah dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilik darjah lebih efisyen dan dapat diurus dengan berkesan guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar tetapi juga perlu berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat dan positif untuk menggalakkan pembelajaran.

Dalam teori pelaziman klasik menyatakan pembelajaran perkaitan melibatkan rangsangan neutral berkait dengan rangsangan semula jadi dan menghasilakan gerak balas yang serupa. Guru perlu menyediakan suasana bilik darjah yang mesra murid dengan amalan peraturan bilik darjah yang adil dan positif agar pelajar berasa selesa serta tidak bersikap negatif. Suasana yang baik ini akan memberi

gerak balas terlazim dalam pelajaran mereka. Murid-murid akan suka pergi kesekolah dan rajin belajar kerana mereka berasa selesa semasa berada dalam suasana seperti ini. Jika guru tidak dapat menyediakan suasana yang baik dalam kelas, kesan ini akan menyebabkan pelajar takut pergi ke sekolah dan tidak dapat memberi perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Memandangkan emosi kanak-kanak dapat dibentuk melalui proses pelaziman, maka guru hendaklah memastikan emosi positif dapat bina dalam diri pelajar. Suasana bilik darjah yang mesra, berperaturan, layanan adil dan seumpamanya dapat membentuk emosi yang positif. Dapatlah dirumuskan bahawa persekitaran psikososial bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi emosi pelajar.

3.2

Guru perlu sentiasa memberi pujian dan ganjaran kepada pelajar Daripada teori Behavioris, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui pujian dan ganjaran. Semakin kerap

rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian ( rangsangan ) setiap kali murid mendapat hasil yang baik ( gerakbalas ), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.

Guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada perasaan rasa berjaya. Sekiranya pelajar dapat
8

menguasai pembelajaran atau mendapat pujian, pelajar akan berasa puas hati dengan gembira. Situasi ini akan membuatkan pelajar akan berusaha dengan lebih gigih untuk terus berjaya. Sebaliknya, jika pelajar tidak dapat menguasai pembelajaran, dikritik, dimarahi atau dikecam, pelajar akan berasa kecewa dan hilang minat untuk belajar.

3.3

Ulang dan tegaskan langkah yang penting untuk mengukuhkan pengetahuan Menurut teori pembelajaran sosial, murid-murid belajar melalui pemerhatian dan peniruan. Pelajar akan melihat dan meniru tingkah laku orang lain. Contohnya, guru Pendidikan Jasmani menunjukkan cara mengelecek bola, manakala pelajar mengikut langkah

mengelecek bola tersebut. Oleh demikian, guru akan sebagai model yang dipandang tinggi, cekap, baik selaras dengan matlamat modeling untuk dijadikan teladan di kalangan pelajar. Semasa guru mengajar, guru pelu mengukuhkan tingkah laku yang hendak dijadikan tiruan. Contohnya, guru memuji pelajar yang bertulis kemas, paparkan hasilan tulisan dan sebagainya.

Untuk mengukuhkan pengetahuan pelajar, guru mestilah perlu mengulang pengetahuan tersebut be rkali-kali supaya pelajar dapat mempermerhatian dengan teliti dan meniru dengan betul. Contohnya, guru berulang-ulang mengajar murid kemahiran menghantar dan menyambut bola tampar, akhirnya murid akan menghantar dan menyambut bola dengan cara yang betul. Sebabnya murid-murid sudah memperolehi kemahiran tersebut melalui permerhatian dan peniruan daripada guru.

3.4

Penggunaan

alat

bantu

mengajar

(ABM)

dalam

proses

pengajaran dan pembelajaran Alat bantu mengajar (ABM) adalah faktor terpenting dalam kejayaan program pembelajaran, menimbulkan

menentukan

rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran lebih baik dan menarik. ABM bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ), bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Penggunaan ABM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya.

Isi-isi dan aktiviti pelajaran diselaraskan mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, contohnya bermula dengan konsep konkrit kapada abstrak atau berpandukan pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru. Murid-murid di peringkat awal persekolahan, contohnya di kelas tadika atau prasekolah perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objek-objek yang besar pada peringkat permulaannya. Ini bagi memastikan murid-murid dapat melihat dan menyentuh bahan-bahan tersebut bagi menyenangkan mereka memahami pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru selaras dengan perkembangan kognitif mereka yang terhad.

ABM memainkan peranan penting dalam proses P&P. ABM


10

menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep. ABM sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar untuk membantu guru menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. ABM dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak, boleh membantu pemahaman dan perkembangan

perbendaharaan kata pelajar. ABM dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat

menambahkan lagi bacaan murid-murid.

3.5

Pemberian

ujian

dan

latihan

yang

berterusan

untuk

mengukuhkan pengetahuan pelajar Guru perlu memberikan ujian dan latihan yang cukup dan berterusan untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Hubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi lemah jika ia tidak digunakan. Ujian dan latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak digunakan atau dibuat lagi.

Untuk menjamin kelangsungan pembelajaran, latihan dalam pelbagai bentuk, pengulang, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap. Sebagai contohnya, guru boleh memberikan latihan yang berbagai bentuk selepas tamat sesi pengajaran sesuatu mata pelajaran. Kaedah ini dapat memberikan peluang kepada murid-murid meningati ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru dengan kukuh. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk

mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena


11

proses penghapusan iaitu menggunakan rangsangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai

contohnya, jika sebelum ini guru memberikan pujian, pada suatu hari guru boleh memberikan ganjaran sebagai peneguhan.

Ujian yang diberikan oleh guru akan bermotivasikan pelajar. Peneguhan berkala nisbah dan selang masa berubah digalakan. Pelajar akan bermotivasi pada masa-masa tertentu sahaja jika guru mengamalkan peneguhan berkala nisbah atau jeda masa tetap. Motivasi akan menurun selapas pelajar mendapat peneguhan. Sebaliknya, jika guru mempraktikkan peneguhan berkala nisbah atau jeda masa berubah, pelajar akan sentiasa bermotivasi dan

memberikan perhatian kepada aktiviti pemblajaran kerana pelajar tidak dapat menjangkakan bila mereka akan diuji.

12

4.0

Rumusan Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap
13

perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk

menjelaskan pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Oleh demikian, seorang guru yang baik mestilah mempunyai ciri yang kreatif dan inovatif. Pemikiran yang kreatif pastilah akan memperkesankan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, teori-teori yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh juga harus diaplikasikan dalam kelas supaya penyampaian guru dapat diterima baik oleh pelajar.

14

5.0

Refleksi

Tugasan kerja kursus ini telah saya terima pada 30 Julai 2012. Semasa menerima kerja kursus ini, saya berasa ragu kerana tidak faham apakah yang inggin disampaikan dalam tugasan projek. Keadaan ini bukanlah berlaku di diri saya, tetapi kawan-kawan saya juga menghadapi masalah yang sama. Nasib baiknya kami mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah kami, Pn. Shamsinar Binti Haji Hashim. Beliau telah berbincang dengan kami tentang tajuk tugasan ini dan membimbing kami tentang cara dan fomat menghasilkan kerja kursus ini.

Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini pelbagai rintangan dan kesulitan telah saya harungi terutama masalah kesuntukkan masa. Pada masa yang sama saya dikehendaki juga menghantar kerja kursus mata pelajaran yang lain. Ini yang menyebabkan saya kekurangan masa untuk menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan. Oleh itu, saya terpaksa menggunakan masa yang terhad ini dengan baik supaya saya dapat menyiapkan kerja kursus saya dalam masa yang singkat. Cara saya untuk menyelesaikan masalah ini ialah mengaturkan masa saya dengan baik, contohnya mengurangkan masa dalam perkara yang tidak penting seperti tidur.

Dalam kerja kursus ini, kami perlu mengumpul banyak maklumat tentang guru yang kreatif dan inovatif serta teori-teori pembelajaran. Bahan-bahan rujukan yang kami dapat mesti perlu dari pelbagai sumber seperti buku, internet,jurnal dan sebagainya. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya dan kawan-kawan saya bekerjasama untuk mencari sumber-sumber ini. Selepas itu, kami juga berbincang tentang kehendak tugasan antara satu sama lain. Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka.

15

Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru semasa membuat kerja kursus ini. Tugasan ini telah meningkatkan kefahaman saya tentang guru yang kreatif dan inovatif serta pengajaran dan pembelajaran yang berkuailiti dengan kritis dan bermakna. Sebabnya saya telah mencari banyak buku rujukan tentang topik-topik berkenaan. Selepas itu, saya telah membuat tafsiran terperinci tentang tajuk-tajuk ini.

Selain itu, saya juga berbincang dengan rakan-rakan saya tentang kehendak tugasan ini. Melalui perbincangan kami, kami telah mengeluarkan idea kami tentang menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif. Melalui perbincangan, kami lebih memahami tentang ciri-ciri guru yang kreatif dan inovatif serta pengajaran dan pembelajaran yang berkuailiti.

Selepas

perbicangan,

saya

telah

membuat

analisis

tentang

perbincangan kami. Melalui analisis ini, akan meningkatkan perfahaman saya tentang ciri-ciri seorang guru yang kreatif dan inovatif. Kefahaman tentang guru yang kreatif dan inovatif, barulah saya dapat menjelaskan tentang aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Selain

itu,

penjelasan

pensyarah

tentang

tugasan

ini

juga

meningkatkan kefahaman saya tentang guru yang kreatif dan inovatif serta pengajaran dan pembelajaran yang berkuailiti dengan kritis dan bermakna. Contoh-contoh yang dikemukakan oleh pensyarah kepada kami telah memberikan peluang kepada saya untuk memahami merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar. Guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkuailiti.

16

Untuk menghasilkan kerja kursus saya dengan lebih baik, saya teleh melayari internet untuk mendapat maklumat yang lebih teliti dan tepat. Melalui pandangan orang lain, saya boleh meningkatkan kefahaman saya tentang guru yang kreatif dan inovatif serta pengajaran dan pembelajaran yang berkuailiti dengan kritis dan bermakna. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, kita haruslah sentiasa menghasilkan pembelajaran yang dapat memberi rangsangan dan minat terhadap pelajar.

Akhir kata, saya telah mempelajari banyak perkara dan menimba ilmu pengetahuan saya. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, dan rakan-rakan saya yang telah membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Sekian terima kasih.

17

6.0

Rujukan

Walter Dick,Robert A.Reiser. (1994), Merancang Pengajaran Yang Efektif. Malaysia: University Sains Malaysia. Juriah Long. (1998), Inovasi Dalam Perkaedahan Pengajaran

Pengajaran Bahasa,Sains Social Dan Teknologi Maklumat. Malaysia: University Kebangsaan Malaysia Abdul Rahim Mohd Saad. (1996), Mereka Bentuk Teks Pengajaran Secara Efisien dan Efektif. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ainon Mohd., Abdullah Hassan. (2005), Kuasa Berfikir Kreatif Teknik Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd Mok Soon Sang. (1993), Asas Pendidikan 1 Sekolah Dan Bilik Darjah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Juriah Long. (2010), Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

http://gurukreatif.wordpress.com/2009/03/31/5-cara-menjadi-guru-yang-kre atif/ http://zanariah2.tripod.com/cgi-bin/Tugasan2A.htm http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0203&pub=DuniaPen didikan&sec=Kaunseling&pg=ka_01.htm

18

7.0

Lampiran

Guru kreatif dan inovatif

GURU

PERMULAAN

Oleh

DR.

ISMAIL

ZAIN

(drismailzain@yahoo.com)

Manakala inovatif pula membawa pengertian kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik.

Kedua-dua sifat tersebut yang meletakkan seseorang guru itu ke satu tahap yang tinggi dan disanjung oleh pelajar. Ia juga menjadi aspirasi profesion perguruan. Pembelajaran pada abad ke-21 ini bukanlah hanya memerlukan seseorang guru itu meluahkan semula segala isi pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Jika ini berlaku maka pelajar yang dilahirkan akan bersifat statik di mana mindanya dipenuhi dengan segala bentuk fakta tanpa dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar.

Sistem pendidikan pada masa kini memerlukan guru menjadi pembimbing kepada pelajar supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomuniksi dan berkolaborasi.

students must also learn the essential skills for success in todays world, such as critical thinking, problem solving, communication and collaboration.(The 21st century skills movement)

Dipetik daripada www.21stcenturyskills.org


19

Untuk mencapai hasrat ini guru seharusnya menghadapi cabaran secara positif dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran untuk penyuburan dan pemantapan diri dalam usaha mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini di dalam bilik darjah.

Antara strategi yang boleh digunakan ke arah melahirkan guru yang kreatif dan inovatif ketika melalui proses P&P dalam bilik darjah ialah seperti berikut:

Daya imaginasi

Daya imaginasi memainkan peranan yang penting dalam proses mencerna minda pelajar. Apabila seseorang guru memulakan

pengajarannya seharusnya dimulakan dengan soalan yang umum atau apa yang disebut sebagai essential questions (Project-based-learning, Intel Teach Program, ver. 10, 2007).

Soalan ini mampu merentas subjek dan kurikulum. Ia bertujuan untuk membuka minda pelajar dan berfikir di luar kotak (think outside the box) di mana pelajar boleh memberi pandangan atau pendapat seluas mungkin tanpa dihadkan.

Seterusnya guru akan membimbing ke soalan yang berkaitan dengan unit pembelajaran (unit questions) dan diikuti soalan yang menjurus kepada isi pelajaran (content questions).

Di sini pelajar dilatih untuk berfikir secara global dan akhirnya dapat mengaitkan dengan isu yang hendak diperbincangkan dalam isi pembelajaran seperti mana yang dihasratkan dalam hasilan
20

pembelajaran.

Pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran

Media memainkan peranan yang penting dalam proses menjana minda pelajar. Media ini berbentuk visual (video), audio, teks atau grafik. Ia boleh digunakan mengikut klasifikasi masing-masing atau digabung dalam bahan perisian dalam bentuk persembahan multimedia.

Dalam hal ini guru harus mempunyai ilmu dalam bidang teknologi maklumat di mana ia memerlukan kemahiran mengaplikasikan media ini melalui perkakasan dan perisian komputer.

Melalui media pengajaran pelajar boleh dibawa mengembara atau menerokai tempat yang mungkin mustahil dilawati oleh pelajar-pelajar seperti di planet atau di dasar lautan di mana tedapat seribu satu macam misteri di dalamnya.

Pengaplikasian media ini harus juga digandingkan dengan strategi pedagogi yang sesuai agar hasilan pembelajaran dapat dicapai di akhir pelajaran.

Proses pembelajaran ibarat menghidang makanan jaulan. Hidangan itu tetap mengenyangkan tetapi apa yang penting hidangan itu terlebih dahulu perlulah menyelerakan di mana ia banyak bergantung kepada kreativiti dalam ramuan masakan, penyusunan dan promosinya. Oleh itu pastikan proses pembelajaran guru itu menyelerakan pelajar-pelajar!

21