Anda di halaman 1dari 13

KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SAINS PENDIDIKAN RENDAH SCE 3109 MENENTUKAN NILAI PEMBAKARAN BAGI KEROSIN, LILIN DAN LPG LAPORAN PRAKTIKAL 3
NAMA NO. K/P : MOHAMAD ARIF BIN MD NOR : 910725-03-5589

UNIT AMBILAN SUBJEK PENSYARAH


TUJUAN :

: 5 PISMP SAINS : JANUARI 2011 : TENAGA DALAM KIMIA : TN. HJ. MAZLAN BIN MOHD NOOR

Untuk menentukan nilai bahan api bagi kerosin, lilin dan LPG.

TEORI :

Pembakaran merupakan tindak balas redoks antara 1 bahan dengan oksigen untuk menghasilkan tenaga haba. Semasa pembakaran, unsur ditukarkan kepada oksidanya, misalnya karbon terbakar untuk membentuk gas karbon dioksida, manakala hidrogen terbakar untuk membentuk air. Hasil tindak balas pembakaran ialah haba pembakaran.

Haba pembakaran ialah tenaga haba yang terbebas apabila 1 mol bahan apidibakar dengan lengkapnya dalam gas oksigen yang berlebihan. Apabila sesuatu bahan api terbakar dalam tenaga haba dibebaskan. Oleh itu, pembakaran sebarang bahan api merupakan tindak balas eksotermik. Kuantiti tenaga haba yangdibebaskan oleh pembakaran bahan api yang berbeza adalah berlainan dan dapatdibandingkan dengan mengukur haba

pembakarannya. Bahan api pula ialah bahan kimia yang mudah terbakar dalam udara untukmembebaskan tenaga haba. Ia juga merupakan sumber tenaga yang penting dalam kehidupan manusia. Misalnya, bahan api digunakan untuk

menggerakkan kenderaan, menjana kuasa elektrik serta memasak. Setiap bahan api berbeza dari segi nilai bahan apinya. Nilai bahan api ialah suatu ukuran kandungan tenaga dalam sesuatu bahan api. Nilai ini dapat ditentukan secara eksperimen di mana di dalam eksperimen ini, nilai bahan api bagi kerosin, bahan lilin dan Laboratory gas(LPG) ditentukan. Nilai bahan api atau nilai haba adalah jumlah haba yang diukur di dalam kJ yang boleh didapati apabila 1g bahan api dibakar. Unit bagi nilai bahan api ialah kJ g-1. Bahan api yang berlainan mempunyai nilai bahan api yang berbeza. Semasa penentuan haba pembakaran, oksigen yang berlebihan mestilah dibekalkan supaya pembakaran boleh berlaku dengan lengkap. Jika oksigen ataupun udara tidak dibekalkan dengan lengkap maka haba yang dibebaskan akan kurang daripada haba pembakaran.

BAHAN-BAHAN : Kerosin, LPG (Gas makmal) dan Wax (Lilin)

ALAT RADAS : Tin kuprum, tungku kaki tiga, termometer (0-100) oC, silinder penyukat (100 cm3), pemetik api, penimbang elektronik, segitiga tanah liat, penghadang angin dan blok kayu

Susunan Alat Radas PROSEDUR :

1. 200cm3 air disukat dengan menggunakan sebuah silinder penyukat dan dituang ke dalam bekas kuprum. 2. Bekas kuprum tersebut diletakkan di atas tungku kaki tiga. 3. Suhu air di dalam bekas kuprum disukat dengan menggunakan termometer. 4. Sebuah penghadang angin dipasang disekeliling radas untuk menghalang angin disekeliling. 5. Sebuah pelita diisi dengan kerosin lalu ditimbang menggunakan penimbang elektronik. 6. Letakkan pelita dibawah tin kuprum seperti rajah dibawah. Sumbu pelita dinyalakan untuk memanaskan air di dalam bekas kuprum. 7. Air dikacau perlahan-lahan menggunakan termometer sepanjang pembakaran supaya pemanasan berlaku secara seragam.

8. Apabila suhu naik mencecah 30 , padamkan pelita. Suhu tertinggi yang dicapai

oleh air direkodkan. 9. Timbang dan rekodkan jisim lampu beserta kandungannya dengan cepat. 10. Langkah 1 9 diulang dengan menggunakan wax(lilin). 11. Langkah 1 9 diulang dengan menggunakan LPG.

EKSPERIMEN

GAMBAR RAJAH

1) Eksperimen

menentukan

nilai

bahan api bagi kerosin

2) Eksperimen

menentukan

nilai

bahan api bagi lilin

3) Eksperimen

menentukan

nilai

bahan api bagi LPG

HASIL EKSPERIMEN:

Bahan api

Kerosin

Wax (Lilin)

LPG

Isi padu air didalam bekas/ cm3

200

200

200

Suhu awal air/ oC

26.0

26.0

26.0

Suhu akhir air/ oC

57.0

57.0

57.0

Kenaikan suhu air/oC

30.0

30.0

30.0

Jisim awal pelita + bahan api/g

53.34

24.43

400.00

Jisim akhir pelita + bahan api/g

51.28

22.55

380.00

Jisim bahan api yang terbakar/g

2.06

1.88

20.00

SOALAN :

1. Nyatakan enam faktor yang mempengaruhi pemilihan bahan api yang digunakan dalam industri. Antara faktor yang mempengaruhi pemilihan bahan api yang digunakan dalam industri ialah bahan api yang murah. Bahan api yang murah akan menjimatkan kos operasi sesebuah syarikat industri. Selain itu, faktor bahan api yang mudah didapati juga mempengaruhi penggunaanya dalam industri. Faktor lain pula ialah mempunyai nilai bahan api yang tinggi. Nilai bahan api yang tinggi akan menghasilkan pembakaran bahan api yang efisen dan menjimatkan. Di samping itu, bahan api yang hendak digunakan mestilah mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar. Bahan api juga mudah dan selamat disimpan atau diangkut. Ini dapat mengurangkan kos dan mengelakkan bahaya. Bahan api juga

mestilah dari jenis yang sesuai untuk industri atau aktiviti yang dikehendaki. Sebagai contoh, untuk kenderaan bermotor seperti motosikal dan kereta, penggunaan petrol adalah sesuai jika dibandingkan dengan penggunaan minyak diesel. 2. Jika anda diberi lilin, kerosin dan LPG, yang mana satukah akan anda pilih untuk digunakan sewaktu perkhemahan bagi memasak makanan yang anda? Jelaskan. Pada pandangan saya, saya akan memilih lilin untuk digunakan sewaktu perkhemahan bagi memasak makanan. Ini adalah kerana nilai bahan api lilin adalah yang paling tinggi iaitu -35.7424 kJ mol-1 . Selain itu, lilin juga senang dibawa kerana ianya boleh didapati dalam saiz yang kecil. Lilin juga mudah dinyalakan dan dimatikan serta tidak mengeluarkan banyak jelaga berbanding kerosin dan LPG. Tambahan pula, nyalaan api bagi lilin adalah sederhana dan tidak terlalu besar. Maka faktor kebakaran ataupun kemalangan yang melibatkan bahan api ini adalah kecil. 3. Jika LPG hanya mengandungi butana dan propana, tuliskan persamaan bagi pembakaran dua hidrokarbon ini.

C3H8 + 5O2

3CO2 + 4H2O ... Propana

2C4H10 + 13O2

8CO2 + 10H2O Butana

4. Terangkan mengapa nilai bahan api yang diperolehi adalah kurang daripada nilai teori.

Nilai bahan api yang diperolehi adalah kurang daripada teori kerana eksperimen ini tidak dijalankan pada keadaan piawai. Selain itu, haba yang hilang ke persekitaran juga menyebabkan nilai bahan api yang diperolehi tidak sama dengan nilai teori. Penghadang angin yang digunakan hanya mampu

menghalang sedikit sahaja pembebasan haba ke persekitaran dan yang selebihnya hilang ke persekitaran. Jarak antara nyalaan bahan api dengan tin yang agak jauh menyebabkan pemindahan haba yang sedikit ke tin kuprum. Jadi suhu air didalam tin kuprum lambat meningkat dan ini menyebabkan lebih banyak bahan api diperlukan untk menaikkan suhu air di dalam tin tersebut. Pemanasan air yang tidak sekata mungkin berlaku kerana sepanjang masa eksperimen dijalankan, air di dalam tin kuprum tidak dikacau dengan sekata. Hal ini mempengaruhi nilai haba pembakaran ketiga-tiga bahan yang digunakan dalam eksperimen ini.

PERBINCANGAN :

PENGIRAAN NILAI BAHAN API BAGI KEROSIN

Jisim molekul relatif kerosin = C11H24 =11(12)+24(1)=156

Bil mol kerosin digunakan

= 0.0132 mol

-1

PENGIRAAN NILAI BAHAN API BAGI LILIN

Jisim molekul relatif lilin

= C20H42 = 20(12) + 42(1) =282

Bil mol lilin digunakan

= 0.0066 mol

-1

PENGIRAAN NILAI BAHAN API BAGI LPG

Jisim molekul relatif LPG

= C3H8 = 3(12)+8(1) =44

Bil mol lilin digunakan

= 0.4545 mol

-1

1) Nilai bahan api bagi LPG adalah yang paling rendah iaitu -5.5234 kJ mol -1 manakala nilai bahan api bagi lilin adalah yang paling tinggi iaitu -35.7424 kJ mol-1. Nilai bahan api bagi kerosin adalah sederhana iaitu -19.545 kJ mol -1. 2) Dalam ekperimen yang dijalankan terdiri daripada tiga hidrokarbon yang berbeza dari segi bilangan karbon dalam molekulnya. Bagi kerosin jumlah karbon dalam molekulnya antara 11-16. Manakala bagi LPG pula bilangan karbon dalam molekulnya antara 1-4. Bagi lilin karbon dalam molekulnya adalah antara 20-30. Dapat diperhatikan ketiga-tiga bahan in wujud dalam tiga bentuk fizikal iaitu LPG dalam bentuk gas, Kerosin dalam bentuk cecair dan lilin dalam bentuk pepejal. 3) Semasa melaksanakan eksperimen ini, oksigen yang berlebihan mestilah dibekalkan supaya pembakaran boleh berlaku dengan lengkap. Jika oksigen ataupun udara tidak dibekalkan dengan lengkap maka haba yang dibebaskan akan kurang daripada haba pembakaran.

4) Langkah berjaga-jaga perlu diambil perhatian ketika menjalankan ekperimen ini antaranya: meletakkan pengadang asbestos di sekeliling pembakaran kerana dapat mengelakkan gangguan arus angin. Selain itu, bongkah kayu diletakkan di bawah pelita bagi meninggikan dan mendekatkan dengan bekas kuprum. Kasa dawai juga perlu dielakkan letak kerana kasa dawai akan menyerap haba yang dibekalkan oleh bahan api. Air dalam bekas kuprum juga perlu dikacau supaya haba tersebar dengan sekata. 5) Bekas kuprum digunakan kerana bekas kuprum adalah pengalir atau konduktor haba yang baik. Ini dapat mengelakkan ralat semasa eksperimen dijalankan. Bekas kuprum ini juga boleh dikenali sebagai kalorimeter kuprum. Dimana ia dibina dari konduktor haba yang baik supaya haba yang diserap daripada pembakaran hidrokarbon dapat dipindahkan dengan cepat kepada air. Dengan itu kadar kehilangan haba ke persekitaraan dapat dikurangkan.

KESIMPULAN: Setiap hidrokarbon akan mempunyai nilai bahan api dan haba pembakaran yang berbeza, yang bergantung kepada bilangan karbon per molekul. Nilai bahan api bagi LPG adalah yang paling rendah iaitu -5.5234 kJ mol-1 manakala nilai bahan api bagi lilin adalah yang paling tinggi iaitu -35.7424 kJ mol-1. Nilai bahan api bagi kerosin adalah sederhana iaitu -19.545 kJ mol-1.

RUJUKAN:

Yeap Tok Kheng (2008), Longman Essential Chemistry Form 5, Pearson Malaysia Sdn. Bhd; Selangor

Lim You Sie; Yip Kim Hong (2009), Longman Pre-U Text STPM Chemistry, Pearson Malaysia Sdn. Bhd

http://www.scribd.com/doc/83879631/PRAKTIKAL-3

Anda mungkin juga menyukai