Anda di halaman 1dari 9

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling GBSR/B&K

ETIKA KAUNSELING Bahagian A : Am 1. Setiap ahli hendaklah melibatkan diri dalam perkembangan profesional kaunseling dengan usaha yang berterusan untuk mempertingkatkan amalan, profesional diharap perkhidmatan dan penyelidikan dalan bidang ini. Perkembangan profesionalisma diharap akan berterusan sepanjang kerjaya ahli dan ini hendaklah digambarkan dengan setiap perkembangan falsafah yang menjelaskan mengapa dan bagaimana ahli berfungsi dalam hubungan membantu. Para ahli dikehendaki mengumpulkan data tentang keberkesanan diri dan menggunakan keputusan tersebut sebagai panduan dalam menjalankan profesion kaunseling. 2. Setiap ahli bertanggungjawab kepada setiap klien (individu) dan institusi yang diberi perkhidmatan untuk menentukan tahap tingkahlaku profesional ahli adalah tinggi. 3. Semua ahli dikehendaki mangamalkan tingkah laku yang sesuai dengan agama dan adat yang merupakan asas etika ini. Sekiranya terdapat tingkah laku ahli yang boleh menimbulkan keraguan, rakan-rakan profesional yang lain mestilah mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan tersebut. Tindakan ini sebaik-baiknya, dilakukan dengan menggunakan saluran PERKAMA. 4. Ahli-ahli tidak dibenarkan sama ada mendakwa atau mengakui kelayakan profesional yang melebihi dari apa yang diperolehinya dan ahli-ahli yang lain bertanggungjawab membetulkan pernyalahtafsiran kelayakan yang dibuat oleh orang lain. 5. Dalam hal memberi perkhidmatan profesional, 'ahli dikehendaki menerima hanya tanggungjawab atau tugas yang ia sendiri mempunyai kelayakan profesional. 6. Apabila ahli-ahli memberi maklumat kepada orang ramai atau rakan-rakan, mereka hendaklah bertanggungjawab mempastikan bahawa kandungan maklumat itu adalah benar, tepat dan objektif. Identiti klien hendaklah dirahsiakan. Bahagian B: Perhubungan Kaunseling Bahagian ini merujuk kepada amalan, peraturan dan cara hubungan kaunseling individu dan kelompok yang sesuai mengikut agama dan adat. 1. Dalam hubungan kaunseling, ahli harus sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin, menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang memenuhi kehendak peribadi ahli dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien, ahli harus sedar dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar adat dan agama, dan harus menjaga hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini. 2. Dalam hubungan kaunseling, ahli harus sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin, menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang memenuhi kehendak peribadi ahli dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien, ahli harus sedar dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar adat dan agama, dan harus menjaga hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini.

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling GBSR/B&K

3. Ahli mestilah menyedari keperluan dan hak klien untuk memilih tajuk perundingan. Sekiranya pemilihan tidak dapat dibuat, ahli mestilah menolong klien dalam memilih tajuk perundingan berkenaan. 4. Perhubungan kaunseling dan segala maklumat yang didapati, mestilah dianggap rahsia, sesuai dengan tanggungjawab ahli sebagai seorang profesional. Rekod perhubungan kaunseling termasuklah nota temu duga, data ujian, surat menyurat, rakaman-rakaman kaset dan video dan lain-lain dokumen. Maklumat ini tidak boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rekod agensi atau institusi dimana ahli bekerja, dinyatakan oleh undang-undang negara. 5. Menggunakan data yang diambil dari perhubungan kaunseling bagi kegunaan latihan dan kajian, hendaklah terbatas kepada kandungan yang boleh menyembunyi identiti klien. Ahli hendaklah sentiasa menjaga kerahsiaan identiti klien dengan sebagai-baikmungkin. 6. Sebelum memulakan sebarang perhubungan kaunseling, ahli hendaklah memberitahu klien ] akan matlamad, prosedur kerja dan limitasi yang ada serta apa yang diharapkan akan berlaku semasa proses kaunseling dijalankan. Semua cara yang dicuba bagi menolong klien hendaklah dinyatakan dengan terang kepada klien serta langkahlangkah keselamatan yang cermat hendaklah diambil oleh ahli. TAMBAHAN Bahagian ini merujuk kepada amalan, peraturan dan cara hubungan kaunseling individu dan kelompok yang sesuai mengikut agama dan adat. 1. Dalam hubungan kaunseling, ahli harus sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin, menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang memenuhi kehendak-kehendak peribadi ahli dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien. Ahli harus sedar dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar adat dan agama, dan harus menjaga hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini. 2. Tanggungjawab utama ahli ialah menghormati integriti dan memelihara kebajikan klien sama ada yang dibantu secara individu atau kelompok 3. Ahli mestilah menyedari keperluan dan hak klien untuk memilih tajuk perundingan. Sekiranya pemilihan tidak dapat dibuat, ahli mestilah menolong klien dalam memilih tajuk perundingan berkenaan. 4. Perhubungan kaunseling serta maklumat yang didapati, mestilah dianggap rahsia, sesuai dengan tanggungjawab ahli sebagai seorang professional. Rekod perhubungan kaunseling termasuklah nota temuduga, data ujian, surat menyurat, rakaman-rakaman keset dan video dan lain-lain dokumen, hendaklah dianggap sebagai maklumat professional yang digunakan dalam proses kaunseling. Maklumat ini tidak boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rekod agensi atau institusi di mana ahli bekerja, melainkan dinyatakan oleh undang-undang negara. 5. Menggunakan data yang diambil dari perhubungan kaunseling bagi kegunaan latihan dan kajian, hendaklah terbatas kepada kandungan yang boleh menyembunyikan identiti klien.

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling GBSR/B&K

Ahli hendaklah sentiasa menjaga kerahsiaan identiti klien dengan sebaik-baik mungkin. 6. Sebelum memulakan sebarang perhubungan kaunseling, ahli hendaklah memberitahu klien akan matlamat, prosedur kerja dan limitasi yang ada serta apa yang diharapkan akan berlaku semasa proses kaunseling dijalankan. Semua cara yang dicuba bagi menolong klien hendaklah dinyatakan dengan terang kepada klien serta langkah-langkah keselamatan yang cermat hendaklah diambil oleh ahli. 7. Apabila keadaan klien, mengikut pertimbangan ahli, menunjukkan dengan terang bahawa diri klien atau orang lain dalam keadaan bahaya, ahli hendaklah menggunakan kebijaksanaannya mengambil tindakan sendiri dengan adil, atau memaklumkan kepada pihak yang berkuasa. Perundingan dengan professional yang lain bolehlah dibuat jika difikirkan perlu. 8. Sekiranya seseorang individu telah membentuk perhubungan kaunseling dengan seorang professional yang lain, ahli tidak boleh mengadakan hubungan kaunseling dengannya tanpa memberitahu professional tadi atau memastikan bahawa perhubungan yang pertama telah ditamatkan. 9. Ahli-ahli boleh memilih untuk berunding dengan professional lain sebagai pakar perunding yang berkelayakan mengenai seseorang klien. Dalam usaha memilih pakar perunding ini, ahli hendaklah tidak menimbulkan apa-apa konflik atau mempengaruhi pakar perunding untuk menolong klien. 10. Jika ahli merasa tidak mampu untuk memberikan pertolongan yang professional kepada klien, ia haruslah jangan memulakan hubungan kaunseling atau menamatkannya secepat mungkin. Dalam keadaan tadi, ahli mestilah mencadangkan pilihan-pilihan lain yang sesuai. (Ahli haruslah mengetahui sumber-sumber rujukan supaya pilihan yang memuaskan boleh dibuat). Sekiranya terdapat keadaan di mana klien enggan menerima rujukan yang dicadangkan, ahli tidaklah bertanggungjawab untuk meneruskan hubungan itu. 11. Dalam keadaan di mana ahli mempunyai pertalian tertentu dengan mereka yang meminta perkhidmatan, seperti hubungan yang melibatkan pentadbiran dan berunsurkan penilaian, ia tidak boleh menjadi kaunselor malah ahli hendaklah merujukkan kepada professional lain, kecuali jika tidak ada pilihan lain yang boleh dibuat. 12. Hubungan tertentu seperti saudara mara , kawan baik atau hubungan emosi/selks dengan klien akan menjejaskan pertimbangan ahli secara profesioanl dan objektif. Keadaan ini mestilah dijauhi atau hubungan kaunseling itu hendaklah diputuskan dan klien dirujuk kepada professional lain yang layak. 13. Ahli hendaklah cuba memerhatikan sesuatu perhubungan kaunseling sekiranya jelas kepada ahli bahawa klien tidak mendapat apa-apa manfaat daripada perhubungan tersebut. 14. Dalam suasana hubungan kaunseling kelompok, ahli hendaklah bertanggungjawab mengambil langkah-langkah yang berjaga-jaga bagi melindungi individu daripada sebarang

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling GBSR/B&K

ganguan fizikal dan atau psikologi hasil daripada interaksi dalam kelompok. 15. Dalam menjalankan kaunseling kelompok, ahli atau kaunselor hendaklah membentuk norma-norma kerahsiaan mengenai apa yang telah dilahirkan oleh peserta-peserta dalam kelompok. 16. Ahli digalakkan menapis dan menimbang terlebih dahulu peserta-peserta kelompok terutama jika penekanan kelompok dibuat ke atas kefahaman diri yang boleh membawa kepada pendedahan kendiri. Ahli perlu sedar tentang perkembangan dan penglihatan peserta kelompok sepanjang hayat kelompok. 17. Jika sekiranya ahli terlibat dalam pengendalian kaunseling kelompok jangka pendek atau program latihan seperti kelompok maraton dan lain-lain, ahli bolehlah menentukan adanya bantuan professional semasa dan selepas kelompok itu diadakan. 18. Jika sekiranya ahli berada dalam suasan kerja yang mengkhendaki pengubahsuaian kenyataan di atas, ahli-ahli hendaklah bertanggungjawab untuk berunding dengan professional lain bila perlu untuk mempertimbangkan pilihan yang lebih sempurna. Bahagian C : Khidmat Persendirian 1. Ahli hendaklah menolong memperkembangkan profesional kaunseling dengan menggalakkan wujudnya perkhidmatan kaunseling dalam sektor awam dan sektor swasta. 2. Dalam khidmat persendirian, sekiranya ahli mengiklankan perkhidmatan, ia hendaklah mengiklankan perkhidmatannya itu dengan betul kepada orang ramai, dengan memberitahu mereka mengenai bentuk perkhidmatannya, kemahirannya, latihan atau kelulusannya dalam bidang kaunseling serta teknik-teknik yang akan digunakannya dalam bentuk yang profesional. Ahli-ahli yang mempunyai perasan sebagai pemimpin dalam organisasi tidak dibenar menggunakan nama organisasi itu dalam iklan-iklan mereka. Ahli-ahli bolehlah menyenaraikan butiran seperti berikut: - 2a. Ijazah kelulusan berkaitan yang tertinggi. - 2b. Jenis dan peringkat sijil/lesen. - 2c. Jenis atau bentuk perkhidmatan. Maklumat-maklumat ini hendaklah benar, tepat dan tidak mengelirukan. 3. Ahli-ahli bolehlah bergabung atau berkongsi bersyarikat dengan ahli yang sama atau mana-mana ahli yang lain dengan syarat masing-masing hendaklah jelas akan kemahiran bidang mereka. 4. Ahli-ahli dengan sendirinya bertanggungjawab untuk menarik diri daripada hubungan kaunseling sekiranya terdapat apa-apa pekerjaan yang disertainya bertentangan dengan peraturan etika ini. 5. Ahli-ahli mestilah patuh kepada undang-undang yang terdapat di sektor swasta atau persendirian di tempat perkhidmatan ini diadakan.

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling GBSR/B&K

6. Adalah menyalahi peraturan etika sekiranya ahli menggunakan persatuan yang dianggotainya untuk mendapatkan klien bagi perkhidmatan persendirian. Bahagian D : Perkhidmatan Personalia 1. Ahli hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kebolehan profesionalnya. 2. Ahli bolehlah menjalinkan hubungan yang baik dalam bidang pekerjaan dengan penyelia dan kakitangannya serta memberikan kefahaman mengenai kaunseling khususnya mengenai kerahsiaan, perbezaan antara bahan awam atau persendirian, tanggungan kerja dan akauntibiliti. 3. Ahli hendaklah memberitahu kakitangannya tentang matlamat dan rancangannya 4. Ahli hendaklah mencuba untuk memberi perkhidmatan yang terbaik bagi menentukan hak dan kebajikan orang yang menerima perkhidmatannya terpelihara. 5. Ahli hendaklah memberitahu majikan keadaan-keadaan di mana berkembangan berlakunya konflik yang boleh merosakkan atau perkara yang akan menyekat keberkesanan perkhidmatannya. 6. Ahli hendaklah bertanggungjawab dalam perkembangan latihan semasa dalam perkhidmatan untuk diri dan kakitangannya. 7. Sekiranya ahli terlibat dalam perlantikan mana-mana kakitangan, ahli hendaklah memilih orang yang berkelayakan serta memberi tanggungjawab yang sesuai dengan kemahiran dan kebolehan mereka 8. Ahli digalakkan untuk membuat penilaian dan kajian serta mengalakkan ahli lain berbuat demikian. Bahagian E : Penyelidikan dan Penerbitan 1. Dalam merancang sesuatu aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan manusia, ahli (selepas ini disebut juga sebagai 'penyelidik) mestilah sedar dan peka terhadap prinsip etika kemanusiaan. Ahli juga hendaklah memastikan pernyataan masalah, keadah, rancangan dan pelaksanaan penyelidikan bersesuaian sepenuhnya dengan etika tersebut. 2. Tanggungjawab untuk menentukan penyelidikan sesuai dengan etika tertakluk kepada ketua penyelidik. Penyelidik-penyelidik lain yang memberi kerjasama juga turut dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang mereka ambil. 3. Dalam membuat kajian ke atas manusia sebagai subjek, penyelidik berkewajipan menjaga kesejahteraan serta kebajikan sepanjang percubaan dibuat dan penyelidik mestilah membuat psikologi, fizikal atau kemasyarakatan bagi mereka yang dikaji. 4. Mereka yang dijadikan bahan kajian atau subjek hendaklah diberitahu akan tujuan kajian, kecuali dengan tidak memberi penerangan atau memberi maklumat yang salah adalah merupakan kaedah untuk melihat kesan yang dikehendaki dalam penyelidikan itu. Walaubagaimanapun apabila kajian tamat, pengkaji bertanggungjawab memberitahu atau

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling GBSR/B&K

membetulkan semula maklumat yang salah yang telah disampaikan kepada subjek. 5. Penyertaan subjek dalam penyelidikan mestilah dilakukan secara sukarela. Penyertaan yang dipaksa hanya sesuai jika tidak mendatangkan kesan buruk ke atas mereka yang dikaji, dan hanya boleh dilakukan jika penyertaan begini didapati perlu dalam penyelidikan. 6. Seorang penyelidik hendaklah berusaha melaporkan hasil kajiannya dan sebarang kemungkinan kesilapan hendaklah diminimumkan. 7. Bila melaporkan penemuan penyelidikan, hendaklah disebut semua angkubah/faktor dan keadaan yang diketahui oleh pengkaji yang mungkin telah mempengaruhi hasil kajian atau interpretasi data. Bahagian F : Perundingan Perundingan adalah merujuk kepada perhubungan yang sukarela di antara pembantupembantu yang mahir atau profesional dan orang-orang perseorangan, kumpulan atau pertubuhan sosial yang memerlukan bantuan. Kaunselor atau perunding akan memberi pertolongan atau perkhidmatan kepada klien dalam menerang dan menyelesaikan kerjakerja yang berkaitan dengan masalah atau masalah yang mungkin didapati oleh klien. 1. Ahli yang bertindak sebagai perunding atau kaunselor mestilah mempunyai kesedaran sendiri yang tinggi terhadap nilai, pengetahuan, kemahiran dan batasan diri serta mahu melibatkan diri dalam usaha menolong untuk mengubah bentuk hubungan antara manusia dan organisasi. 2. Mestilah ada persefahaman dan persetujuan di antara ahli yang bertindak sebagai perunding dengan klien terhadap pengetahuan matlamat serta jangkaan dan cara penilaian yang dibuat. 3. Ahli mestilah faham atau pasti yang ia atau pertubuhan yang diwakilinya mempunyai kemampuan, keperluan dan sumber dalam memberi pertolongan yang diperlakukan pada masa kini yang hadapan. 4. Perhubungan perundingan mestilah yang membolehkan klien mengubahsuai dalan usaha memupuk ke arah perkembangan sendiri. Ahli mestilah memahami peranannya dalam membantu klien membuat keputusan supaya jangan timbul pergantungan klien pada masa hadapan kepada perunding. 5. Ahli tidak dibenar mengambil bayaran persendirian bila berunding dengan orang-orang yang berhak kepada perkhidmatan ini kerana hubungan mereka dengan majikan atau institusi di mana ahli bekerja. 6. Ahli tidak dibenar mengambil bayaran persendirian bila berunding dengan orang-orang yang berhak kepada perkhidmatan ini kerana hubungan mereka dengan majikan atau institusi di mana ahli bekerja. Bahagian G : Latihan

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling GBSR/B&K

Bahagian ini adalah untuk ahli yang bertanggungajawab dalam bidang latihan. Ahli yang berfungsi sebagai pelatih mempunyai tanggungjawab yang lebih serta unik dari yang lain. Antara tanggungjawabnya adalah seperti berikut: 1. Ahli haruslah menerangkan kepada pelajar kehendak program, perkembangankemahiran asas dan peluang pekerjaan sebelum pelajar menceburkan diri dalam program itu 2. Ahli yang bertanggungjawab dalam rancangan latihan mesti membentuk rancangan yang bersepadu antara kajian akademik dan amali. 3. Ahli mestilah membentuk rancangan yang dapat memperkembangkan kemahiran, pengetahuan, kefahaman diri pelajar, dan jika boleh nyatakan tahap kebolehan mereka mengikut peringkat sama ada para-profesional atau profesional. 4. Ahli mestilah mengadakan satu program yang melibatkan latihan penyelidikan yang bersesuaian dengan peringkat atau peranan mereka. Sebagai tambahan, kakitangan ini mestilah mempelajari bagaimana menilai sendiri keberkesanan program. Latihan siswazah lebih-lebih lagi di peringat kedoktoran mestilah melibatkan latihan persediaan untuk penyelidikan yang akan dibuat oleh peserta-peserta program. 5. Ahli melalui penilaian dan pentafsiran yang berterusan ke atas pelajar, mestilah menyedari akan batasan pelajar itu yang mengkin akan menghalang prestasinya di masa hadapan. Ahli atau pengajar bukan sahaja cuba menolong pelajar itu mendapatkan bantuan pemulihan tetapi menapis juga individu-individu yang dikenalpasti oleh ahli pengajar, tidak berkemampuan kerana kesihatan mental yang kronik mestilah dikeluarkan dari program latihan. Bahagian H : Pengukuran dan Penilaian Tujuan utama penilaian dalam bidang pendidikan dan psikologi ialah untuk mendapatkan langkah-langkah yang objektif serta boleh difahami dalam bentuk perbandingan yang mutlak. Kenyataan berikut merangkumi seluruh interpretasi bagi data ujian dan bukan ujian. Data ujian hanyalah merupakan salah satu cara bagi mendapatkan maklumat dalam membimbing ahli memilih sesuatu keputusan dalam proses bimbingan/kaunseling. 1. Ahli mestilah menerangkan dengan khusus maklumat mengenai ujian, sebelum dan selepas ujian dibuat supaya keputusan ujian itu dapat diterima dalam perspektif yang betul jika dikaitkan dengan faktor-faktor sosio-ekonomi, bangsa dan budaya dalam pencapaian ujian itu. 2. Dalam memilih ujian untuk digunakan dalam satu-satu situasi bagi seseorang klien, ahli harus menimbang dengan teliti mengenai kesahan dan kebolehpercayaan serta kesesuaian atau ketepatan ujian itu. 3. Ujian yang berlainan memerlukan tahap kelayakan pengendalian yang berbeza dan interpretasi yang berlainan. Ahli mestilah menyedari had-had kebolehan sendiri dan menjalankan hanya tugas-tugas yang ia layak sahaja. 4. Tujuan ujian dan kegunaan keputusan hendaklah diberitahu kepada calon-calon

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling GBSR/B&K

sebelum ujian diberi. 5. Bila membuat kenyataan kepada orang awam mengenai ujian dan pengujian, ahli mestilah memberi keterangan yang tepat dan mengelak dari membuat dakwaan yang tidak benar atau tanggapan yang salah. 6. Ujian-ujian mestilah dijalankan dalam keadaan-keadaan yang sama seperti norma. Bila ujian tidak dijalankan dalam keadaan-keadaan yang lazim atau bila berlakunya sesuatu tingkahlaku, perkara itu mestilah dicatatkan. Keputusan-kepurusan ujian berkenaan hendaklah diisytiharkan sebagai tidak sah atau yang boleh meragukan.

BIL 1.

ISTILAH Akta Kaunselor

DEFINISI Satu Akta yang memperuntukkan pendaftaran dan amalan kaunselor dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling. Suatu usaha yang dibuat bagi memastikan supaya berlaku sesuatu perubahan yang radikal terhadap kepercayaan atau tingkah laku dengan menggunakan tekanan secara fizikal, psikologikal atau sosial. Proses perhubungan untuk memberi bantuan secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional yang bertujuan menghasilkan perubahan, perkembangan, dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlandaskan etika kaunseling. Profesion terlatih dalam bidang kaunseling ataupun bidangbidang berkaitan seperti kerjaya, perkahwinan, seksual, pendidikan, pengurusan dll dan mampu bertindak sebagai pembimbing dengan memberi maklumat dan cadangan untuk membantu klien mengenalpasti kebolehan diri serta melakukan perubahan dan membuat keputusan dan menentukan matlamat. Kaunselor yang didaftarkan di bawah seksyen 26 dan 27 di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia dan dibenarkan mengikut undang-undang menjalankan aktiviti kaunseling. Adalah satu keadaan emosi yang tidak selesa yang diakibatkan oleh tekanan (stress) atau konflik dan dikategorikan sebagai takut dan berhati-hati. Situasi dalam diri individu atau mana-mana kumpulan yang menggambarkan fenomena luar biasa ataupun yang sukar difahami oleh individu lain. Selalunya dikaitkan dengan gangguan mental.

2.

"Brain Washing"

3.

Kaunseling

4.

Kaunselor

5.

Kaunselor Berdaftar

6.

Kebimbingan

7.

Kecelaruan

8.

Klien (Perspektif Individu yang berurusan dengan kaunselor ataupun Kaunseling) psikologis untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan mahupun rawatan.

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling GBSR/B&K

9.

Konflik

Istilah yang merujuk kepada situasi di mana keperluan, matlamat atau tindakan yang tidak boleh bersaing antara satu sama lain. Perbadanan yang berkuasa dan dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan menilai pemberian perkhidmatan, latihan kaunselor, tatatertib kaunselor dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling seperti yang termaktub dalam Akta Kaunselor 1998. Istilah yang merujuk kepada desakan dari hati dan naluri yang menggerakkan seseorang untuk membuat sesuatu tindakan yang merangkumi segala jenis desakan, ransangan, keperluan, kehendak, kemahuan dan kuasakuasa lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Salah satu cabang psikologi yang lebih mengutamakan penggunaan teori dan kajian-kajian psikologi untuk mendiagnosis dan merawat masalah-masalah yang berkaitan emosi, mental atau tingkahlaku bilazim. Keadaan tegang yang menyebabkan sistem tubuh badan dalam keadaan yang tidak stabil serta perasaan risau yang keterlaluan terhadap sesuatu perkara. Suatu bentuk psikoterapi yang diasaskan oleh Carl Rogers yang dibuat berdasarkan penerimaan klien tanpa bersyarat. Klien biasanya tidak didiagnosis bagi sebarang tujuan rawatan sebaliknya lebih menumpukan kepada sumber psikik klien agar dia dapat menyelesaikan masalahnya. Satu bentuk psikoterapi yang dibuat berdasarkan andaian behaviorisme untuk mengubah tingkahlaku lama yang tidak diingini kepada suatu bentuk tingkahlaku baru. Bentuk ujian yang telah dipiawaikan (ujian, inventory dan skala) yang digunakan untuk mengukur kecerdasan, kebolehan mental secara umum dan spesifik, kebolehan dalaman, nilai, minat, personaliti, motivasi dan bidangbidang psikologikal yang lain yang telah dibangunkan dan mempunyai keesahan, kebolehpercayaan dan kepiawaian. Ujian psikologi berbentuk kualitatif dan menggunakan teknik statistikal yang ditadbir dengan bantuan ahli yang mahir dalam ujian psikologikal untuk menentukan tahap kecerdasan, minat dan mana-mana ujian mental.

10.

Lembaga Kaunselor

11.

Motivasi

12.

Psikologi Klinikal

13.

Tekanan (Stress)

14.

Teori Pemusatan Klien

15.

Terapi Tingkahlaku

16.

Ujian Psikologi

17.

Ujian Psikometrik

Anda mungkin juga menyukai