Anda di halaman 1dari 10

Semasa melakukan pengembaraan atau mendaki, berkemungkinan anda akan melalui lereng - lereng yang curam dan terpaksa

melintasi sungai yang berarus deras atau mengalami kecemasan. Kepada mereka yang berpengalaman, perkara yang disebutkan mungkin tidak menimbulkan masalah. Bagi seorang ketua kepada sekumpulan yang kurang pengalaman maka langkah - langkah keselamatan serta pengendalian tali menjadi satu perkara yang sangat penting. Di antara keadaan yang mungkin memerlukan pengendalian tali ialah : 1. Salah seorang mendapat kecederaan dan memerlukan tali sebagai bantuan keselamatan. 2. Melalui atau merentasi sungai yang berarus deras yang memerlukan tali sebagai kaedah keselamatan semasa menyeberang. 3. Melalui tempat tinggi yang licin atau ketika hujan. 4. Membantu seseorang dengan menggunakan tali untuk sampai kepadanya. 5. Tali sebagai tanda mendaki atau menurun. PENGENDALIAN TALI Sebagai seorang ketua kumpulan anda perlulah mengetahui bagaimana melakukan pengendalian tali. Sebagai seorang ketua ianya bertanggungjawab untuk cuba menjauhi semua lereng - lereng yang curam dan sungai yang berarus deras. Memilih perjalanan dan mengetahui keupayaan kumpulan adalah diantara perkara yang penting. Sekiranya keadaan memaksa maka penggunaan tali adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai ketua untuk : Memulakan dari tempat yang selamat ketempat yang selamat. Memilih orang kedua ( sekiranya ada ) untuk memperkemaskan ikatan kepada ahli ahli yang berikutnya.

Menjauhi dari batu - batu yang mudah jatuh, kawasan bertam, sungai yang berarus deras dan paya bakau. Memastikan jarak di antara dirinya dengan kumpulan hanya 30 - 40 kaki. Membahagikan masa yang cukup kerana pengendalian tali akan mengambil masa yang lama dan boleh : i. ii. Melambatkan perjalanan dan seterusnya berkemungkinan terpaksa bermalam ditempat tersebut. Meresahkan kumpulan.

BELAY ( MENURUN ATAU MENAIKI ) Belay dilakukan adalah bertujuan untuk memberi bantuan perlindungan kepada pendaki daripada terjatuh terus ketika menggunakan tali. Caranya ialah dengan seorang belayer ( orang yang melakukan belay ) dilindungi oleh ikatan tali kepada jangkar ( anchor point ) dan seorang lagi ( pendaki ) melakukan penurunan atau mendaki. Dengan ini jika ianya terjatuh maka dapatlah diselamatkan oleh orang yang menurunkannya atau menaikkannya. Belayer adalah bertanggungjawab menahan tali sekuat - kuat yang boleh dan biarkan tali yang melakukannya yang lain. Sebagai seorang belayer adalah penting bagi anda memerhatikan perkara - perkara ini : 1. Menpunyai kedudukan yang cukup untuk melakukan belay yang baik 2. Kedudukan mestilah sebaik - baiknya selari dengan jangkar dan pendaki. Jika tidak selari pendaki akan terhayun ke tepi ( kekiri atau kekanan ) 3. Boleh melihat atau dilihat oleh kumpulan 4. Melakukan belaying melebihi paras pinggang 5. Jauhkan tali daripada benda - benda yang berserakkan ( batu - batu kecil dan ranting - ranting patah ) 6. Pastikan tali tidak melalui celah batu - batu tajam 7. Seelok - eloknya memakai sarung tangan bagi melindungi dari melecur. STANCE Stance ialah tempat duduk orang yang melakukan belay. Sebagai belayer, pilihlah satu kedudukan yang terbaik sebagai tempat duduk untuk melakukan belay. Kawasan sekitar stance perlulah bersih dari batu - batu kecil atau batu - batu longgar dan ranting - ranting.

JANGKAR ( ANCHOR ) Untuk tujuan melakukan belay didalam pengendalian tali, pemilihan paksi jangkar (anchor point) adalah amat penting. Pemilihannya mestilah diteliti dengan betul agar yang dipilih itu benar - benar kukuh dan tahan. 1. Perhatikan samada ada keretakan di bawah batu atau disekeliling tapak paksi jangkar 2. Bagi memastikan samada ianya tahan atau tidak ialah dengan cara menggoncang atau menendang ianya 3. Jika pangkal pokok, pilih yang tidak mudah tercabut atau yang kukuh akarnya Terdapat 2 jenis jangkar yang boleh dipilih : i. ii. Spike Anchor Thread Anchor

SIMPULAN ( IKATAN ) ( KNOTS ) 1. Overhand knot Digunakan untuk mengikat hujung tali selepas bowline atau lain - lain simpulan yang diikat.

2. Overhand loop Diikat di dalam kembar 2 tali yang memberikan satu gelang digunakan untuk melakukan penurunan ( belay )

3. Figure of - 8 - loop Simpulan yang paling baik dan selamat untuk ikatan pinggang semasa menurun atau naik ( belaying )

4. Single bowline Simpulan yang biasa untuk ikatan. Digunakan sebagai ikatan pinggang dengan hujungnya dimatikan dengan simpulan overhand knot.

5. Double fisherman knot Simpulan yang terbaik untuk menyambung 2 hujung tali

PENGAWALAN DI KAWASAN CURAM Teknik - teknik yang diperkenalkan adalah bukan bertujuan untuk melatih anda menjadi ' rock climber '. Tujuannya ialah untuk memperkenalkan teknik - teknik yang asas kepada anda sebagai persediaan untuk memimpin kumpulan yang baru dan tiada berpengalaman. Melalui perbincangan dan latihan di bawah tajuk di atas akan dapat membantu anda dalam segi kemahiran, pengawalan kumpulan melalui curam - curam dan mengenalpasti tanda - tanda bahaya pada laluan. Peralatan A. Tali Apabila kita membincangkan tentang pengawalan di kawasan curam, maka peralatan yang penting sekali menjelma ialah tali. Terdapat berbagai jenis tali yang boleh dipergunakan dan bolehlah dibahagikan kepada jenis - jenis berikut :

i.

Nylon

Umumnya ringan dan tidak mendap air tetapi ianya tidak mempunyai keupayaan keanjalan ( memberi ) dan tali jenis ini mempunyai ciri " Low Melting Point " iaitu ia mudah panas dan putus jika berlaku pergeseran. Ciri ini sudah tentu membahaya sekiranya anda membawa kumpulan melalui curam - curam. Tali jenis ini tidak baik untuk kegunaan mendaki tetapi baik untuk tujuan menyeberangi sungai. ii. Hawser Laid

Hawser Laid ini juga dikenali sebagai tali belati ataupun manila. Umumnya di negara kita pasaran tali jenis ini terhad kepad diameter yang besar. Perkara ini menjadi agak sukar kepada anda sebagai pemimpin untuk membawa gulungan tali tersebut sewaktu melalui kawasan - kawasan curam. Tali ini juga mendap air. Selalunya tali ini akan menjadi berat apabila terkena air dan perkara ini menyusahkan lagi perjalanan anda. Tali jenis ini juga kasar dan sekiranya anda menggunakan Fig. 8 ke atas tali tersebut yang terkena pasir, maka akan berlaku geseran yang akan merosakkan Fig. 8 itu. iii. Kermantle

Merupakan tali yang menjadi " breakthro " kepada pendaki - pendaki. Dalam bahasa Jerman "Ker" bermaksud luaran dan "mantle" bermaksud jalaran fiber - fiber nylon. Satu ciri yang penting yang ada pada tali ini ialah ia mempunyai ' Energy Absorption Capacity ' iaitu keupayaan tali tersebut memberi keanjalan sekiranya berlaku bebanan ( jatuh ). Ciri ini akan menyelamat belayer dari menghadapi bebanan dan jerutan. Kermantle juga mempunyai ketahanan geseran ( abbrasion resistence ). Ianya juga mempunyai ciri - ciri seperti ' water resistence '. Ini membantu dari segi kemudahan anda untuk membawanya. Ukuran standard bagi sesuatu tlai mendaki ialah di antara 45 m hingga 50 m dengan diameternya iaitu 9 mm atau 11 mm.

Tali - tali ini perlu mencapai tahap yang diletakkan oleh Union International des Associations d'Alpinisme ( U.I.A.A. ). Kekuatan minimanya ialah 2000 kg.

Penjagaan Tali

Elakkan daripada digunakan sebagai ampaian, minyak dan asid, pasir, habuk dan dipijak. Selalu periksa tali sebelum membuat sesuatu aktiviti.

B. KARABINER Karabiner adalah alat yang penting dalam pengawalan kawasan curam dengan menggunakan tali. Karabiner adalah di dalam bahasa Jerman manakala orang Perancis memanggilnya ' mosquiton ' dan di Amerika dikenali sebagai ' snap link '. Umumnya ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu screwgate dan jenis biasa ( standard ). Di bawah kedua dua jenis ini terdapat banyak bentuk - bentuk. Contohnya ' twist lock ' ( clog ), oval dan offset.

Pengeluaran karabiner ini juga perlu capai tahap yang dikenakan oleh U.I.A.A. misalnya kekuatan minima bagi sebuah karabiner ialah 1800 kg. Jenama - jenama yang terkenal dalam pengeluaran alat ini ialah seperti Clog, CAMP, DMM dan Edel-Weiss.

C. FIGURE OF 8 F8 juga dikenali sebagai desscender iaitu alat yang digunakan untuk membantu seseorang menurun dengan tali di kawasan curam. Ianya juga digunakan sebagai 'breaking device ' kepada penurun tersebut.

D. HARNESS Harness adalah alatan yang dicipta khas yang membantu seseorang itu membuat pengawalan ( belaying ) atau digunakan untuk menurun dan naik di kawasan curam. Ianya digunakan sebagai perantaraan di antara badan dan tali. Harness yang baik ialah harness yang mampu menyerapkan bebanan sekiranya berlaku kejatuhan. Sistem harness ini juga mempunyai lapikan ( padding ) yang kemas di bahagian pinggang dan peha. Full

harness with chess harness + sit harness. Di antara jenis - jenis harness yang dikeluarkan ialah dari syarikat - syarikat seperti Troll, CAMP dan Elde-Weiss.

E. STITCH PLATE Fungsi " Stitch Plate " ialah sebagai " sistem brek ". Ianya sebagai gantian kepada pengawalan ( Belaying ) secara klasik. Bebanan jatuh diagih kepada sistem ini dan belayer akan lebih selesa sekiranya ingin melakukan kerja - kerja menyelamat balik.

F. SLING Sling adalah alat yang perlu dibawa oleh setiap pendaki. Kegunaannya yang pelbagai amat membantu ketika kecemasan. Ukuran ' standard ' bagi seutas sling ialah 240 cm x 25 mm. Sling boleh direka ganti sebagai Full Harness dengan cara:Full Harness = Dulfer Seat + Parisen Baudrier Sling juga selalu digunakan sebagai perantaraan " thread anchor ".

G. HELMET Aktiviti - aktiviti yang melibatkan pengawalan di kawasan curam yang berbatu amat penting untuk digunakan helmet.

H. ALATAN - ALATAN SAMPINGAN Alatan yang diperkenalkan di atas adalah peralatan asas yang boleh digunakan dalam pengawalan - pengawalan di kawasan curam.

PENGAWALAN 1. KEADAAN

Umumnya pengawalan - pengawalan dengan menggunakan peralatan - peralatan di atas berkisar kepada tiga keadaan iaitu : i. Curam Ketika Mendaki / Naik

Apabila satu kumpulan bertemu dengan keadaan curam yang terpaksa didaki. Jurulatih akan mula bertindak dengan mendaki dan membuat persiapan rapi di kemuncak, sebelum membuat sebarang usaha menaikkan ahli - ahli yang lain. Kaedah naik ini dinamakan 'Belaying ' atau ' Rope - up '. ii. Curam Ketika Menurun

Untuk mengelakkan dari kesusahan menurun di kawasan curam, kaedah ' Abseiling ' selalu digunakan. Perkataan ' Abseil ' berasal dari perkataan German, iaitu menurun. " Rappel " merupakan perkataan Perancis bagi maksud yang sama. Kaedah abseiling ini pertama kali diperkenalkan oleh seorang pendaki Inggeris, Albert Hummery. Kaedah ini kemudiannya diubahsuai oleh Dulfer dan Piaz. Abseiling merupakan aktiviti yang memerlukan pengawalan dan pemerhatian yang rapi oleh jurulatih. Kemalangan - kemalangan yang berlaku selalunya disebabkan oleh kelalaian kepada persiapan awal. Untuk melakukan aktiviti ini, seseorang jurulatih perlu mencari 2 ciri yang penting. Stance ' Stance ' adalah kawasan dimana seorang belayer menggendalikan tali. Kawasan sekitar stance perlu bersih daripada ranting - ranting patah dan batu - batu longgar. Belayer juga perlu berada dalam keadaan kemas dan saling pandang dengan ' Abseilor '. Anchor ( Pasak ) Umumnya terdapat 2 ciri Anchor yang boleh dibuat pilihan. i. ii. Spike Anchor Thread Anchor

Adalah penting bagi seseorang jurulatih apabila memilih Anchor ( Pasak ). Periksa anchor tersebut dengan cara menendang dan mengoyangkannya. Sekiranya keadaannya was - was, jangan sekali menggunakannya. Nyawa anda terletak pada kekuatan anchor tersebut. iii. Curam Di Lereng - lerang Bukit

Apabila anda membawa kumpulan melalui lereng - lerang curam, penggunaan tali adalah penting. Gambar di bawah menunjukkan keadaan - keadaan di mana perlu penggunaan tali.

3. IKATAN ( KNOTS )