Anda di halaman 1dari 6

PRAKTIKAL 1

Tujuan: Untuk mengenalpasti haba peneutralan bagi: i. ii. iii. Asid hidroklorik dan natrium hidroksida Asid sulfurik dan natrium hidroksida. Asid nitrik dan kalium hidroksida.

Hipotesis: Haba peneutralan bagi campuran adalah berbeza

Pembolehubah: Manipulasi: Jenis asid Bergerakbalas: Haba peneutralan Dimalarkan: isipadu asid, kemolaran asid dan bes

Pengetahuan teori: Peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan bes (alkali) untuk menghasilkan garam dan air. Contohnya tindak balas antara: H2SO4(ak) + 2NaOH(ak) Na2SO4(ak) + 2H2O(ce)

Dalam tindak balas peneutralan antara asid dan alkali,hanya ion hidrogen daripada asid dan ion ho\idroksida daripada alkali berpadu untuk membentuk molekul air. H+ (ak) + OH-(ak) H2O (ce)

Semua tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik, iaitu membebaskan dan bersimbol Hhaba peneutralan bertanda negatif (-). Haba peneutralan ialah haba yang dibebaskana apabila 1 mol ion H+ bertindak balas dengan 1 mol ion OH- untuk menghasilkan 1 mol air pada keadaan piawai. H+ (ak) + OH-(ak) H2O (ce) H = negatif , unit kJ mol-1

Misalnya haba peneutralan bagi asid nitrik dengan natrium hidroksida ialah - 57.3 kJmol-1: HNO3 (ak) + NaOH (ak) NaNO3(ak) + H2O (ce) H= - 57.3 kJmol-1

Gambar rajah di bawah menunjukkan aras tenaga bagi tindak balas peneutralan bagi asid nitrik dan larutan natrium hidroksida:

HNO3 (ak) + NaOH (ak)

NaNO3(ak) + H2O (ce)

Bahan: EC 1 ialah larutan asid hidroksida 1.0 mol dm-3 EC 2 ialah larutan asid sulfurik 1.0 mol dm-3 EC 3 ialah larutan akues natrium hidroksida 1.0 mol dm-3 EC 4 ialah larutan asid nitrik 1.0 mol dm-3 EC 5 ialah larutan kalium hidroksida 1.0 mol dm-3

Radas : Pipette 25 cm3 , termometer 00-1100 C ( 0.20C), 100 cm3, silinder penyukat, cawan plastik, dan air suling.

Prosedur: 1. 25.0 cm3 EC1 dimasukkan ke dalam cawan plastik dengan menggunakan pipette. Suhu awal EC 1 dicatatkan sebagai suhu awal bagi campuran R seperti yang dicatatkan dalam jadual di bawah. 2. 60 cm3 larutan EC 3 dimasukkan ke dalam cawan plastik yang mengandungi EC 1 dengan mnggunakan silinder penyukat. 3. Larutan R dikacau secara berhati-hati dengan menggunakan termometer dan bacaan suhu yang tertinggi dicatatkan. 4. Campuran R dibuang dari cawan plastik. Kemudian, dibasuh dan dibilas menggunakan air suling. 5. Prosedur 1- 4 diulang menggunakan: i. 25.0 cm3 EC2 untuk menggantikan EC1 dilabel campuran S,dan ii. 25.0 cm3 EC4 dan 60 cm3 EC5 untuk menggantikan EC1 dan EC3 dilabel campuran R.

Keputusan: Campuran R EC1 + EC3 Suhu tertinggi, 0C 30.5 Suhu awal, 0C 28.0 Perubahan suhu, 0C T Jumlah tenaga haba yang dibebaskan, q=mc t Haba peneutralan, kJ mol-1. Pengiraan: 2.5 889.10 26.5 9.5 3378.58 26.5 3.0 1066.92 36.0 29.5 Campuran S EC2 + EC3 Campuran T EC4 + EC5

35.56

135.14

42.68

Perbincangan: Dalam ekperiment ini, nilai haba peneutralan antara asid hirdoklorik (asid kuat) dengan larutan natrium hidroksida (alkali kuat) ialah 35.56 kJ mol-1, manakala nilai haba peneutralan antara asid sulfurik (asid kuat) dengan larutan natrium hidroksida (alkali kuat) ialah 135.14 kJ mol-1, dan nilai haba peneutralan bagi larutan asid nitrik dengan larutan kalium hidroksida ialah 42.68 kJ mol-1. Sebenarnya, nilai teori haba peneutralan bagi tindak balas antara asid kuat dengan alkali kuat ialah -57.3 kJ mol-1. HCl(ak) + NaOH(ak) H2SO4(ak) + 2NaOH(ak) HNO3(ak) + KOH(ak) NaCl(ak) + H2O(ce) Na2SO4(ak) + H2O(ce) KNO3(ak) + H2O(ce) H=-57.3 kJ mol-1. H=-57.3 kJ mol-1. H=-57.3 kJ mol-1.

Kebiasaanya, haba peneutralan yang diperolehi dalam ekperiment adalah kurang daripada nilai teori kerana sebahagian haba hilang ke persekitaraan dan diserap oleh cawan plastik. Kedua-dua punca kehilangan haba telah diabaikan dalam pengiraan. Beberapa langkah berjaga-jaga harus diambil semasa menjalankan ekperiment ini iaitu: Suhu awal larutam natrium hidroksida, asid hirdoklorik, asid sulfurik, kalium hidroksida dan asid nitrik diambil selepas termometer telah dibiarkan dalam larutan itu selama beberapa minit untuk memastikan larutan ini mencapai suhu sekata. Asid hidroklorik, asid sulfurik dan asid nitrik harus dicampurkan kepada larutan natrium dioksida dengan secepat mungkin supaya tindak balas dapat diselesaikan dalam masa yang isngkat. Campuran hendaklah dikacau dengan perlahan-lahan dan berterusan supaya suhu larutan sekata. Bacaan termometer harus diperhatikan sepanjang masa supaya suhu tertinggi yang dicapai oleh campuran tindak balas dapat direkodkan, Selain itu, cawan yang sesuai digunakan adalah dari jenis styrofoam, kerana ia menebatkan haba lebih baik dari cawan plastik. Semasa ekperiment juga, kipas elok ditutup kerana mengelakkan pengaliran haba keluar dari cawan. Selain itu, ekperimen lebih jitu jika dilakukan dengan ulangan tiga kali bagi memperolehi bacaan yang lebih tepat.

Kesimpulan: Haba peneutralan bagi campuran asid dan alkali adalah berbeza antara satu sama lain. Soalan: 1. Tuliskan persaman ion bagi tindakbalas yang berlaku pada campuran R, S dan T. R

2. Bandingkan nilai haba peneutralan yang diperolehi bagi: a. Campuran R dan S

b. Campuran R dan T

c. Campuran S dan T

Terangkan apa yang menyebabkan perbezaan dan persamaan dua nilai yang diperolehi. 3. Haba peneutralan diantara asid kuat dan bes kuat ialah -57.3 kJ mol-1. Cadangkan dua cara untuk memperbaiki prosedur di atas supaya nilai yang diperolehi -57.3 kJ mol-1.

4. Adakah haba peneutralan diantara asid kuat dan asid lemah lebih atau kurang dari -57.3 kJ mol-1. Jelaskan.