Anda di halaman 1dari 23

Sejarah Masyarakat Majmuk Di Malaysia Assalammualaikum wbk.

Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan. Dengan izin barisan moderator budiman. Terlebih dahulu saya pohon maaf kerana terlalu lewat membalas email saudari. Email terlalu banyak dan saya tidak mampu meneliti satu persatu. Maafkan saya jika saudari berkecil hati akan kelewatan saya. Diharap sisipan ini dapat dijadikan bahan bacaan dan maklumat kepada sahabat yang memerlukan, insyaallah. 1. Kesan Campur Tangan Inggeris a. Kewujudan masyarakat majmuk b. Penentangan masyarakat Melayu c. Perubahan dalam politik, dan sosio ekonomi 2. Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk? Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri 3. Kewujudan masyarakat majmuk i. Proses dan cara kedatangan a. Indenture b. Kontrak c. Kangany d. Bebas ii. Sebab-sebab penghijrahan iii. Kesan-kesan kedatangan iv. Dasar Inggeris dan pemajmukkan 4. Sebab-sebab penghijrahan i. Faktor Tarikan (Luaran) a. Kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu telah menyediakan peluang pekerjaan b. Kenggangan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh. Kerajaan British membuat persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan buruh secara terancang bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh c. Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan dan industri. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di Tanah Melayu memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai d. Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh asing. Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan imigran misalnya merlalui Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin Kheh e. Ikatan persaudaraan dan rakan yang telah berhijrah terlebih dahulu ii. Faktor Tolakan (Dalaman) a. Kejadian bencana di negara asal (Cina, India, dan Jawa). Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran b. Kekurangan rangsangan ekonomi c. Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan 5. Kesan-kesan penghijrahan/peluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu i. Pewujudan masyarakat yang majmuk a. Kemajmukkan budaya/adat b. Kemajmukkan agama c. Kemajmukkan pendidikan d. Kemajmukkan bahasa e. Kemajmukkan ras f. Kemajmukkan politik - kepelbagaian pertubuhan politik yang mewakili setiap kaum ii. Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan peladangan dan perdagangan seperti Raub pelombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan keretapi seperti jalan keretapi yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, dan akhirnya jalan keretapi yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu

iii. Berkembang parti politik berasaskan kaum Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO - Melayu, MCA - Cina, MIC - India, Pasok - Kadazan Dusun, AMCJA - gabungan pertubuhan dan keahlian yang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu yang memperjuangkan kesejahteraan kaum masing-masing iv. Kemajuan ekonomi Tanah Melayu Peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu adalah kesan dasar ekonomi Inggeris serta kemasukan buruh asing. Ini dapat dilihat daripada pendapatan negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Perak dan Selangor, serta negerinegeri Selat. Sebagai contohnya konsep Persekutuan 1896 adalah untuk membantu negeri-negeri yang kurang mampu dengan tidak menjejaskan pendapatan kuasa Inggeris Jadual A: Pendapatan Hasil dan ekspot Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Emerson, 1974) Peningkatan Hasil Eksport 1896 1927 1896 1926 RM 8,434,083 RM 105,404,458 RM 28,395,855 RM 445,600,203 v. Wujudnya polarisasi pekerjaan dan demografi vi. Timbulnya kesedaran Nasionalisme di kalangan orang Melayu vii. Berlakunya kacau bilau dan gangterisme viii. Semakin jauh kemunduran orang Melayu dari segi ekonomi ix. Kesan sosial dan ekonomi akibat kemasukan imigran Cina dan India menyukarkan proses perpaduan kaum kerana mereka telah membentuk organisasi sosial dan budaya masing-masing x. Kemasukan beramai-ramai imigran Cina dan India ialah telah membawa kepada pertambahan penduduk di Tanah Melayu xi. Kawasan bandar lebih ramai didiami oleh kaum bukan Melayu yang menjadi pusat perkembangan ekonomi moden. Pembinaan petempatan dan bandar baru seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Teluk Anson, Taiping dan lain-lain xii. Kemasukan imigran menyebabkan perkembangan getah dan bijih timah semakin pesat xiii. Menyumbangkan tenaga buruh dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi xiv. Pengenalan sistem pendidikan vernakular dengan sukatan pelajaran dan bahasa pengantar yang berbeza xv. Kesan yang terakhir ialah pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi mewujudkan pengasingan kaum Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukan untuk orang-orang Melayu, malahan penguasaan dan penghijrahan masuk bangsa asing telah menjarakkan dan menjauhkan orang Melayu daripada merasai kekayaan ekonomi negara sendiri. Hakikat ini dapat dilihat melalui jadaul berikut yang menunjukkan pemilikan ladang getah: (Emerson, 1974) Keluasaan Ladang Eropah Melayu Cina India 100 sehingga 1000 ekar 357 23 287 118 1000 dan 296 - 12 Dalam industri pelombongan bijih timah orang Melayu boleh dikatakan tidak memiliki dan tidak mengambil bahagian apa-apa pun. Lombong-lombong yang ada hampir semuanya dimiliki oleh orang Eropah dan Cina (Emerson, 1974) xvi. Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada tahun 1951 memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya sistem perkongsian kuasa dalam politik Malaysia 6. Dasar Inggeris dan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut: i. Dasar Politik Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an

juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi ii. Dasar Ekonomi Dasar ekonomi komersial - kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh Keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh iii. Dasar Sosial Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerjakerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah 7. Aspek-aspek lain Kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi 8. Kesan Positif Akibat Perkembangan Bandar Baru a. Kesan akibat perkembangan bandar baru ialah mendorong terbinanya sistem pengangkutan moden yang lebih baik b. Ia juga melahirkan kemudahan persekolahan. Contohnya sekolah terawal di Malaysia ialah Penang Free School (1825) c. Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang lebih tinggi di bandar kerana terdapatnya kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan sebagainya. Kemudahan hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandar-bandar perlombongan. Contohnya di Taiping (1878), Kuala Lumpur, Batu Gajah, Gopeng, Kuala Kangsar dan Kelang d. Kesan positif yang lain ialah keadaan perumahan di bandar lebih terancang dengan adanya kemudahan asas yang lengkap 9. Kesan Negatif Akibat Perkembangan Bandar Baru a. Bandar tradisional (asal) bumiputera yang jauh dari sistem pengangkutan serta pusat perlombongan dan

ladang getah terbengkalai. Contohnya bandar Kuala Terengganu, Kuala Selangor dan Johor Lama. Perkembangannya tidak setanding dengan bandar yang baru muncul b. Bandar lama hilang kepentingan dan tidak berkembang setelah pengeluaran bijih timah berkurangan. Contohnya Tumpat (Kelantan), Port Weld (Kuala Sepetang) dan Kuala Kangsar (Perak) c. Berlakunya imigrasi (penghijrahan) penduduk luar bandar yang menyebabkan kurang tenaga manusia di luar bandar, dan golongan ini menjadi golongan miskin di bandar d. Kesan negatif yang lain ialah mewujudkan kemakmuran/kemajuan yang tidak seimbang di antara bandar dan luar bandar. Contohnya dalam bidang pelajaran, kesihatan dan kemudahan awam yang lain e. Proses perbandaran membentuk masyarakat majmuk yang kompleks berasaskan kegiatan ekonomi dan pola tempat tinggal di Malaysia yang berbeza hingga kini. Contohnya orang Melayu di kampung, orang China di bandar dan orang India di ladang-ladang Wassalam Shamsul Kamal bin Main 08:45 PM

http://fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat144/nasihat144.html

Toleransi asas pembinaan


Oleh Abdul Monir Yaacob Sesebuah negara tidak hanya ditegakkan atas asas perundangan semata-mata. Terdapat beberapa ramuan atau prinsip-prinsip yang perlu diikuti dalam mempertahan dan memelihara kelangsungan bangsa. Di antara prinsip yang mesti dipegang dan diterima oleh masyarakat - terutama masyarakat berbilang kaum dan agama adalah mempunyai sikap toleransi. Apakah asas yang perlu kita pakai dalam menonjolkan prinsip ini? Sebagai seorang muslim neraca dan asas yang digunakan sudah pasti Islam. Islam telah mengetengahkan keperluan sifat toleransi. Dalam bahasa Arab ia bermaksud tasamuh. Dalam Kamus Dwibahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada memberi erti kesabaran; tasamuh. Toleransi sebagai satu sikap pegangan kehidupan dalam masyarakat memberi erti tidak idealisme, tidak fanatik, tidak selfish - mementingkan diri sendiri; mempunyai sikap keterbukaan, realistik, muafakat, tolak ansur, sabar dan menghormati hak orang lain. Orang yang mengamalkan sikap toleransi berupaya menanggung sesuatu tekanan atau berupaya menerima kesusahan dan kritikan, boleh berkorban untuk orang lain dan bersikap terbuka dan lapang dada. Ciri-ciri tersebut adalah penting dihayati dalam masyarakat majmuk supaya keharmonian dapat dicapai. Keharmonian tidak dapat dicapai sepenuhnya tanpa sikap toleransi dan dengan buruk sangka. Bagi melahirkan keharmonian yang berterusan memerlukan ``kejinakan hati'' antara lapisan masyarakat. Perlu ada keserasian dalam kehidupan dengan menghindar ``buruk sangka dan kesangsian''. Dalam sebuah rumah tangga memerlukan kejujuran, keikhlasan dan amanah. Mewujudkan suasana kasih sayang dan kemesraan.

Sikap dan tindakan yang tidak mendatangkan mudarat dan berbahaya kepada orang lain boleh membawa kepada suasana yang harmoni dalam masyarakat. Jika warna-warni itu sesuai dan elok kombinasinya atau muzik itu antara irama dan lagu selaras maka akan lahirlah keharmonian pada warna dan lagu. Apabila masyarakat hidup ramah mesra, bertolong bantu, belas kasihan, bertegur sapa, prihatin terhadap jiran, nasihat menasihati serta menjaga kepentingan dan hak orang lain sudah pasti masyarakat itu akan hidup dalam suasana harmoni. Mari kita mengambil contoh daripada ajaran Islam dan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam al-Quran telah memberi beberapa panduan di antaranya dalam kebebasan beragama seperti dalam surah al-Kafirun, ayat 6 bermaksud: ``Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.'' Jelas bahawa sungguhpun agama bagi Nabi Muhammad adalah Islam, namun suasana yang ada tidak pula menyebabkan Baginda tidak boleh toleransi dengan kenyataan bahawa agama selain Islam juga berkembang di tanah Arab. Keadaan lebih ketara apabila Baginda mengajak bersama penduduk Madinah daripada kalangan orang Islam dan bukan Islam mengikat perjanjian untuk membentuk sebuah negeri di Madinah. Oleh sifat bertolak ansur antara puak maka termeterailah Sahifah Madinah. Sahifah Madinah ini juga telah menunjukkan sikap toleransi Baginda Rasulullah dengan penduduk bukan Islam bagi membentuk identiti masyarakat Madinah sebagai satu umat. Baginda Rasulullah telah mengetuai pihak Islam dalam mengadakan ``Perdamaian Hudaibiyah''. Orang Musyrik Mekah tidak mengiktiraf kerasulan Muhammad. Justeru perkataan Muhammad Rasulullah hendaklah ditulis dengan Muhammad bin Abdullah dan Baginda bersetuju. ``Perjanjian ini telah disambut dingin oleh para sahabat kerana kelihatan memihak kepada golongan Musyrikin. Bagaimanapun Baginda Rasulullah menerimanya dengan hati terbuka dan Baginda juga tolerate dengan sahabat yang tidak bersetuju dengannya. Adakalanya sikap toleransi pemimpin dengan pihak tertentu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pengikutnya. Negara kita juga mengalami keadaan yang sama pada suatu ketika dahulu. Bagaimanapun kita perlu mengambil ingatan pada satu ayat yang mengatakan: Semoga kamu tidak menyukai sesuatu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu. Memberi erti kita perlu optimistik dalam sesuatu tindakan dan keputusan yang telah dibuat. Dari aspek sosial Baginda pernah mengirim bantuan kepada penduduk Mekah walhal mereka adalah golongan kafir pada ketika mereka menghadapi tahun kemarau untuk diagihkan kepada fakir miskin di kalangan mereka. Islam telah memberi kelonggaran kepada golongan bukan Islam mengamalkan apa jua perkara yang diharuskan oleh agama mereka sekalipun ia dilarang oleh agama Islam. Sebagai contoh membenarkan lelaki Majusi berkahwin dengan salah seorang keluarganya

dan orang Yahudi berkahwin dengan anak saudaranya, membenarkan orang Nasrani memakan khinzir dan minum arak. Orang Islam diarahkan supaya membiarkan mereka dengan urusan agama mereka. Contoh-contoh ini telah memperlihatkan sikap Baginda Rasulullah yang begitu tinggi tasamuhnya dalam urusan keagamaan. Sifat toleransi juga boleh dihubung kait dengan sifat kesabaran dan murah hati, menghormati seseorang dan keterbukaan. Dalam sejarah Islam mencatatkan bahawa pemerintah telah memberi keizinan kebebasan beragama dan membenarkan pengikut agama selain Islam mendirikan biara atau gereja. Apabila pemerintahan Islam membuka kawasan dan terdapat rakyat bukan Islam maka diadakan perjanjian. Dalam satu perjanjian terdapat isu tanah yang dikekalkan hak milik orang bukan Islam dan mereka hanya dikehendaki membayar kharaj kepada pemerintah. Dalam sejarah pembukaan Mekah tawaran keselamatan diberikan kepada penduduk Mekah walaupun mereka sebelum itu adalah musuh Islam. Perbezaan agama tidak menjadi penghalang kepada dasar kebaikan sosial rakyat. Mereka yang berhak diberikan bantuan secara adil dan saksama. Dalam sebuah hadis ada diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberi sedekah kepada penghuni rumah orang Yahudi secara berterusan. Keterbukaan terhadap pihak yang berlainan fahaman agama dan keturunan dalam pentadbiran negara telah terbukti dalam pemerintahan Islam. Al-Mawardi menyatakan tentang keharusan melantik orang bukan Islam - dhimmi di dalam pentadbiran negara sebagai Menteri dan para sarjana Islam lain berpendapat mereka juga boleh dilantik dalam pengurusan cukai, pendaftaran negara, pegawai pentadbir jabatan kerajaan, pembinaan masjid. Semuanya ini dapat dilihat dalam catatan sejarah pemerintahan Islam - era Bani Umaiyah, Abbasiyah, pemerintahan Islam di Sepanyol dan kerajaan Uthmaniyah di Turki. Mereka dengan sikap begitu toleransi telah mengambil ramai orang bukan Islam bekerja di dalam pelbagai jawatan kerajaan. Bahkan melantik mereka sebagai duta ke luar negara. Jelaslah bahawa toleransi adalah satu manifestasi yang lahir dari kehidupan masyarakat yang bertamadun tinggi dan perlu dijadikan panduan dalam pemerintahan dan masyarakat majmuk. - Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp? y=2003&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
HUJAH 1 MASYARAKAT MAJMUK Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang tinggal dalam satu kawasan dan berjiran hidup dengan harmoni dan masing-masing bebas menjalankan aktivitiaktiviti harian mereka tanpa sebarang gangguan. Hujah ini dapat dikukuhkan lagi apabila pada

musim perayaan mereka saling kunjung-mengunjung antara satu sama lain. Apabila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina misalnya, rakan-rakan yang berbangsa Melayu dan India juga turut mengunjungi rumah rakan dan jiran yang berbangsa Cina untuk bersama merayakannya. Perasaan hormat-menghormati antara kaum seperti ini tidak dapat dirasai di Indonesia di mana kaum Cina tidak merasa selamat terutama ketika menjalankan perniagannya kerana khuatir ancaman penduduk tempatan (bumiputera). Kita sebagai warganegara Malaysia seharusnya bersyukur kerana dikurniakan keharmonian antara kaum maka benarlah jika dikatakan bahawa bandar di Malaysia menonjolkan imej yang baik kepada negara dari aspek perhubungan antara kaum. Oleh/By: Tempat/Venue Tarikh/Date Tajuk/Title Download Teks Ucapan : : : : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DEWAN BESAR IKIM, KUALA LUMPUR 17/08/95 PERSIDANGAN PEMERINTAHAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mengucapkan terima kasih kepada IKIM kerana menjemput saya untuk merasmikan Persidangan Pemerintahan Dalam Masyarakat Majmuk anjurannya pada hari ini. 2. Pemerintahan masyarakat majmuk bukanlah terhad kepada Kerajaan Islam sahaja tetapi Kerajaan bukan Islam juga kerap memerintah masyarakat majmuk. Dan di antara anggota masyarakat berbilang kaum di negara bukan Islam terdapat juga orang Islam. Di zaman ini terutamanya, terdapat ramai daripada rakyat negara- negara bukan Islam yang terdiri daripada orang Islam sehingga mereka menjadi kumpulan minoriti yang terbesar di antara rakyat negara-negara berkenaan. 3. Memandang kepada keadaan ini kita tidak boleh ketepikan masalah masyarakat Islam dalam negara majmuk yang bukan Islam. Jika kita berbuat demikian, maka kita akan gagal memberi panduan kepada mereka. Dengan ini orang Islam mungkin melakukan sesuatu yang boleh membinasakan diri mereka. 4. Teladan penting yang didapati dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. ialah apabila sekumpulan daripada orang Islam pengikut Nabi pergi ke Habsyah untuk mencari perlindungan daripada musuh-musuh Islam di Mekah. Mereka ini diterima dan diberi perlindungan oleh Raja Habsyah yang beragama Kristian. Baginda telah menolak tuntutan Quraish supaya pelarian Islam ini dikembalikan ke Mekah. 5. Orang Islam kerap mengulangi cerita ini dan menghargai sikap pemerintah Kristian Habsyah. Tentulah rakyat Islam yang pergi ke negara Habsyah ini tidak membuat sesuatu yang melanggar undang-undang negara Habsyah. Tentulah mereka menghormati pentadbiran dan budaya orang tempatan. Tentulah mereka tidak mencetuskan huru-hara di negara tumpangan mereka. Dengan itu, terselamatlah mereka dan agama Islam yang mereka anuti.

6. Demikian jugalah di zaman ini. Apabila orang Islam terpaksa bermastautin di negara bukan Islam, maka tentulah mereka perlu menghormati pemerintahan dan penduduk negara tersebut. Mereka tentu tidak suka ditindas atau dipisahkan daripada agama mereka secara paksa. Selagi mereka dibenar untuk terus menganuti agama Islam dan selagi mereka tidak diusik, mereka tidak harus menimbulkan masalah kepada negara tumpangan mereka. 7. Seperti juga dengan orang Islam yang menjadi minoriti di negara bukan Islam, orang bukan Islam yang menjadi minoriti di negara Islam patut menerima layanan yang sama. Hanya kerana orang Islam menjadi pemerintah dan majoriti tidak bermakna yang orang bukan Islam tidak berhak. Contoh layanan baik terhadap orang bukan Islam dalam masyarakat majmuk yang diperintah oleh orang Islam berlaku di Madinah semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. Cara mentadbir masyarakat majmuk yang mengandungi orang Muhajirin dan Ansar Islam bersama dengan orang Yahudi dan Nasrani telah ditentukan oleh Perlembagaan atau Sahifah Madinah. Orang Yahudi dan Nasrani tidak dipaksa memeluk agama Islam. Bahkan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas mereka ialah undang-undang agama mereka sendiri. Demikian apabila sepasang orang Yahudi melakukan zina, hukuman yang dikenakan adalah `rejam dengan batu' yang merupakan hukum yang terdapat dalam Kitab Taurat. 8. Dalam hal ini, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman dalam Surah AlBaqarah ayat 256 yang bermaksud "Tidak ada paksaan dalam Islam". Dalam surah Al-Kaafiruun ayat 6 dijelaskan bahawa bagi orang bukan Islam agama mereka, tetapi bagi orang Islam agama Islam. "Lakum dinukum waliadin". 9. Selain daripada itu, hukum-hukum yang sama berat dikenakan ke atas orang Islam dan bukan Islam. Tidak ada bukti bahawa dalam pemerintahan Madinah orang bukan Islam dikenakan tanggungjawab atau hukuman yang lebih berat daripada orang Islam. 10. Keadilan dalam Islam tidak berbeza daripada konsep keadilan yang universal. Jika penindasan atau ketidaksamaan hukum dianggap tidak adil dalam pandangan universal, demikian jugalah dalam Islam. Tetapi tekanan kepada keadilan lebih jelas dalam agama Islam. Dalam al-Quran dan juga hadis yang sahih, beratus-ratus kali disebut tentang betapa Allah menyuruh umat Islam berlaku adil dan melarang perbuatan yang zalim. Jika ada perbuatan yang tidak adil dan zalim yang dilakukan oleh orang Islam atau Kerajaan Islam ianya bukanlah kerana Islam atau disuruh oleh agama Islam tetapi ianya adalah oleh kerana orang Islam dan Kerajaan-Kerajaan Islam tidak menghiraukan ajaran Islam dan suka mengikut nafsu. Malangnya apabila orang Islam atau Kerajaan orang Islam membuat sesuatu yang tidak adil mereka suka mengaitkannya dengan ajaran Islam untuk menghalalkan perbuatan mereka. Bahkan mereka kerap memaksa ulama- ulama suruhan dan ketua-ketua agama seperti mufti atau Sheikh-ul-Islam untuk membuat fatwa yang menghalalkan kezaliman mereka. 11. Dalam sejarah manusia sejak dari zaman Firaun lagi terdapat pemerintahan yang zalim terhadap orang yang bukan daripada agama atau bangsa pemerintah. Kedatangan Islam dan pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah dan kemudian di Mekah telah membawa pemerintahan yang adil dan bertimbangrasa. Demikian hamba-hamba abdi yang biasanya daripada bangsa

bukan Arab diberi layanan yang adil dan saksama. Layanan yang adil daripada Pesuruh Allah yang membawa agama Islam inilah yang menyebabkan ramai daripada orang kulit hitam yang menjadi hamba menerima agama Islam dan mempertahankan agama ini dengan gigih. Contoh yang utama ialah Bilal, yang menjadi orang pertama melaungkan azan. Tekanan terhadap Bilal kerana menerima agama Islam amatlah berat tetapi beliau kekal dengan pegangannya kepada Islam. 12. Sekali lagi dibuktikan bahawa bukan paksaan yang menjayakan Islam di zaman Nabi, tetapi keadilan, keadilan yang diberi bukan selepas memeluk agama Islam tetapi sebelum penerimaan agama Islam oleh orang bukan Islam. 13. "Rahmah" (kasihan) dan ihsan (gemar melakukan kebaikan) kepada orang lain adalah sesuatu yang disuruh oleh agama Islam. Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 134 bermaksud: "Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." Firman ini menjadi panduan yang jelas apabila kita menangani masalah masyarakat yang mengandungi orang Islam dan bukan Islam. 14. Namun demikian, selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. dan selepas pemerintahan khalifah- khalifah Al-Rasyidin, terdapat banyak pemerintahan yang zalim di dalam negara Islam. Adil atau zalim pemerintahan Islam di AlAndalus atau Sepanyol bergantung kepada siapa yang menjadi raja. Ada raja yang memberi layanan yang saksama kepada orang Yahudi dan Kristian yang tinggal di negeri-negeri mereka. Di waktu ini ramai yang memeluk agama Islam. Tetapi kemudian apabila raja yang zalim memerintah, mereka bukan sahaja tidak adil kepada orang bukan Islam tetapi juga kepada orang yang telah memeluk agama Islam walaupun sudah beberapa generasi. 15. Akhirnya semua wilayah Islam di Sepanyol ditakluk semula oleh orang Kristian. Di waktu ini juga dilancarkan `Spanish Inquisition' yang begitu kejam terhadap orang Islam dan juga orang Kristian yang disyaki menyeleweng daripada ajaran Katolik. 16. Orang Islam dan Yahudi dipaksa memeluk agama Katolik. Dengan itu ramai orang Islam berhijrah ke Maghribi diikuti dengan orang Yahudi yang percaya mereka tidak akan dizalimi oleh Kerajaan Islam Maghribi. 17. Di Turki juga ada Kerajaan Islam yang adil dan yang zalim kepada penduduk yang bukan beragama Islam. Gereja-gereja di wilayah Eropah Timur yang ditakluk oleh Turki tidak dimusnah. Sebaliknya dijadikan masjid. Apabila Empayar Turki ditakluk semula oleh orang Eropah, mereka dapat menggunakan balik gereja-gereja mereka. Sebaliknya hari ini puak Serb meruntuhkan semua masjid orang Islam Bosnia. 18. Hari ini, di merata negara di dunia terdapat masyarakat majmuk yang menganuti agama-agama yang berlainan. Di satu negara satu bangsa yang menganuti agama tertentu memerintah masyarakat yang mempunyai minoriti yang terdiri daripada bangsa lain yang menganuti agama lain. Sebaliknya di negara lain pula bangsa yang memerintah di negara pertama tadi menjadi puak minoriti di bawah pemerintahan bangsa yang menjadi minoriti di negara mereka.

19. Jika di negara pertama pemerintahan tidak adil kepada puak minoriti, di negara kedua, mereka yang menjadi puak minoriti tentulah terdedah kepada kezaliman oleh kerajaan puak yang dizalimi oleh mereka di negara mereka. 20. Jika mana-mana kaum atau penganut agama tertentu tidak suka mereka dizalimi apabila mereka menjadi minoriti, maka apabila mereka memerintah janganlah mereka menzalimi orang lain. Jika orang Islam di negara orang bukan Islam tidak suka dizalimi, maka di negara orang Islam janganlah mereka menindas dan berlaku tidak adil kepada kaum atau penganut agama lain yang tinggal di negara mereka. 21. Sebenarnya kerajaan negara Islam atau yang dikuasai oleh orang Islam, tetapi mempunyai rakyat dan penduduk daripada berbagai-bagai bangsa dan menganuti agama yang bukan Islam, jika mereka mengikuti ajaran Islam tetap tidak akan menindas penduduk bukan Islam mereka. Tidak ada di mana-mana dalam ajaran Islam yang sebenar, sama ada daripada al-Quran atau Hadis yang sahih yang menyuruh pemerintahan Islam melakukan ketidakadilan ke atas rakyat bukan Islam. Yang ditekan berulang kali oleh Islam ialah supaya berlaku adil dan membuat yang baik, menolak sebarang bentuk kezaliman dan keburukan. 22. Hanya jika orang lain bermusuh dengan Kerajaan orang Islam baharulah disuruh orang Islam memerangi mereka. Namun tidak juga disuruh Kerajaan Islam berlaku zalim kepada mereka, walaupun ke atas mereka yang ditawan. 23. Agama Islam menyuruh orang Islam tidak memaksa sesiapa untuk memeluk agama Islam atau memerintah orang bukan Islam secara yang zalim dan tidak adil. Dengan itu Kerajaan Islam, atau Kerajaan orang Islam tentulah Kerajaan yang bertimbangrasa, adil dan baik. Jika ianya zalim dan tidak baik, jika ia menindas rakyat sama ada Islam atau bukan Islam, maka Kerajaan itu bukanlah Kerajaan Islam atau Kerajaan yang berpandukan kepada ajaran Islam. Bahawa yang berkuasa dalam Kerajaan ialah orang Islam tidak bermakna pemerintahan mereka ialah pemerintahan Islam atau pemerintahan yang berpandukan kepada ajaran Islam. Hanya apabila pemerintahan oleh mereka berpandu dan mengikut lunas-lunas Islam baharulah Kerajaan itu boleh dianggap Islam. 24. Di zaman moden ini terdapat berbagai-bagai bentuk pemerintahan. Tidak ada satu pun sistem pemerintahan yang bebas seratus peratus daripada penyelewengan daripada nilai-nilai mulia yang universal dan nilai-nilai mulia yang disarankan oleh agama. Adanya kecacatan ini adalah disebabkan oleh kelemahan manusia. 25. Tetapi kadangkala di negara-negara tertentu terdapat pemerintahan yang terkenal bengis dan zalim, dan juga tentangan terhadap Kerajaan oleh orang yang tidak kurang bengis dan zalim. Di Bosnia-Herzegovina hari ini kita melihat Kerajaan yang diketuai oleh orang Islam ditentang oleh orang Serbia yang melakukan `ethnic cleansing' iaitu pembunuhan kerana kaum dan agama. 26. Mengikut prinsip keadilan dalam Islam hukuman mestilah sama dan setimpal dengan jenayah. Tetapi Allah Subhanahu wa Ta'ala menyukai orang yang bertimbangrasa dan sanggup memaafkan. Oleh itu, walaupun puak Serb melakukan jenayah yang dahsyat, membalaskan dengan `ethnic cleansing' juga bukan dimestikan. Hanya yang salah sahaja yang mesti dihukum. Jika bangsa

Serb dibunuh kerana jenayah beberapa orang Serb, mungkin mereka yang tidak terlibat juga akan menjadi mangsa. Ini bukanlah keadilan mengikut ajaran Islam. 27. Persidangan ini akan membincangkan suatu tajuk yang amat relevan di zaman ini dan di negara kita. 28. Malaysia adalah negara majmuk dengan penduduk dan rakyat yang menganuti berbagai-bagai agama.Kerajaan Malaysia diterajui oleh orang Islam, bahkan Malaysia mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi. 29. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang tetap mempunyai pengaruh terhadap persepsi dunia mengenai pemerintahan orang Islam. Jika pemerintahan Malaysia dipandang sebagai tidak adil, maka agama Islam akan terpalit juga. Sebaliknya jika pemerintahan Kerajaan Malaysia, terutama daripada segi keadilan kepada kaum-kaum dan penganut-penganut agama-agama bukan Islam didapati adil, maka sudah tentu imej dan kebersihan agama Islam akan terpelihara. 30. Dalam membincangkan tajuk ini janganlah kita membenarkan emosi mempengaruhi kita atau kita berpegang kepada pandangan yang sempit atau tafsiran-tafsiran yang tidak mempunyai asas yang kukuh. 31. Agama Islam telah dicemar kerana kepentingan- kepentingan lain, kepentingan yang bukan sebenarnya Islam. Janganlah kita benarkan kepentingan-kepentingan lain ini mempengaruhi pendapat kita terutama dalam membahas dan mencari panduan bagi pemerintahan masyarakat majmuk. 32. Dengan harapan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pemerintahan Dalam Masyarakat Majmuk. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PastPM.nsf/a310590c7cafaaae48256db4001773 ea/579cedb303e060a84825674a00203444?OpenDocument
Utama / Kebudayaan / Perayaan Kaum-kaum Di Malaysia / Hari Raya Aidil Fitri

Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaafmaafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.

Utama / Kebudayaan / Perayaan Kaum-kaum Di Malaysia / Tahun Baru Cina

Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Pemberian angpau juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina. Maklumat lanjut >>

Utama / Kebudayaan / Perayaan Kaum-kaum Di Malaysia / Perayaan Deepavali

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama aippasi pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Dikebanyakan rumah, rangoli iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

Utama / Kebudayaan / Perayaan Kaum-kaum Di Malaysia / Perayaan Gawai Dayak

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara miring ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.

Utama / Kebudayaan / Perayaan Kaum-kaum Di Malaysia / Perayaan Tadau Kaamatan

Merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut Tadau Kaamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-turut. Malam pertama diadakan upacara magavau atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh bobohigan dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara habot iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian Sumazau dan Megalang sambil meminum air tapai. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perayaan ini, klik di sini >>

Utama / Kebudayaan / Perayaan Kaum-kaum Di Malaysia / Perayaan Krismas

Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Bingkusan-bungkusan hadiah diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka.

Utama / Kebudayaan / Perayaan Kaum-kaum Di Malaysia / Pesta Songkran (Masyarakat Siam)

Pesta Songkran

Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Masyarakat Siam di Kelantan turut menyambut perayaan tahun baru ini. Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta Songkran. Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April. Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai. Kebetulan pesta Songkran ini adalah jatuh pada hari yang terpanas dalam satu tahun. Dalam konteks, Negara Malaysia yang berbilang kaum, kebudayaan dan adat resam, pesta Songkran menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum. Semangat dan nilai-nilai murni yang sejagat dalam Perayaan Songkran seperti berbudi bahasa, menghormati budi dan penghargaan terhadap orang tua, bersopan santun dan bersyukur adalah nilai teras pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perayaan ini, klik di sini >> Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Masyarakat Siam di Malaysia, klik di sini >>

http://www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=727

Kajian Konsep Budaya Popular Kaum-Kaum Di Sabah, Malaysia Ke Arah Pemupukan Budaya Popular-Sepunya Malaysia Menerusi Penganjuran Siri Dialog Antar Budaya dan Pembinaan Negara Bangsa*
Rumusan Penemuan Kajian

Pengenalan Premis kerangka negara-bangsa perlu menjurus kepada kepelbagaian budaya kaum-kaum

di Malaysia. Kepentingan merekayasa Bangsa Malaysia perlu berpaksikan asas hubungan inter budaya yang luas. Lantas, faktor masyarakat heterogenus dan hubungan inter budaya wajar diberi pertimbangan dalam mengatur langkah untuk memantapkan tahap keperibadian serta keyakinan untuk berdiri teguh sebagai satu Bangsa Malaysia yang cemerlang, unggul dan dihormati di arena antarabangsa pada tahun 2020. Pemupukan rasa saling faham-memahami aspirasi dan pandang dunia budaya dalam konteks intra kaum dan juga inter kaum perlu diberi fokus utama. Bangsa Malaysia yang diingini adalah sesuatu yang murni, menjurus kepada pemupukan semangat dan rasa kepunyaan atau `sense of belonging as a proud Malaysian citizen with its own home-made Malaysian identity'. Perpaduan dalam konteks pembinaan negara bangsa ini memberi erti yang besar kepada negara dari segi menyediakan persekitaran yang harmoni, toleransi, aman damai, penyayang dan budaya kerja yang bersinergi ke arah membina Malaysia yang lebih maju dan berwibawa. Tahap perpaduan, toleransi dan sensitiviti yang mantap dan beriltizam di kalangan rakyatnya adalah prasyarat dan eleman asas dalam memastikan kewujudan berkekalan satu persekitaran yang stabil, makmur dan harmoni. Dari sudut khazanah kebudayaan, diperhatikan secara tidak sengaja wujudnya kecenderungan di kalangan individu dan kumpulan untuk mengamalkan praktis-praktis budaya kaum-kaum tanpa terikat kepada batasan etnik atau kaum. Malahan, terdapat amalan-amalan yang dipraktiskan dengan asas dan simbolisme yang sama oleh pelbagai kaum di Malaysia. Pengaruh serta meluasnya amalan-amalan ini telah membuka ruang kepada pembentukan identiti baru yang boleh dikaitkan sebagai `Budaya PopularSepunya Malaysia'. Proses sedemikian boleh membantu dalam meningkatkan rasa perpaduan dan persefahaman kaum, satu prasyarat perlu dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan dan rasa keterbukaan, di samping mengurangkan rasa syakwasangka antara kaum. Penjurusan kajian kepada usaha meningkatkan kefahaman masyarakat umum terhadap intipati dan pola budaya pelbagai kaum di Malaysia adalah langkah strategik untuk merekayasa Bangsa Malaysia yang bersatupadu menjelang tahun 2020. Penerokaan ini menandakan betapa perlu adanya kefahaman mendalam mengenai budaya-budaya popular dan sepunya yang diamalkan oleh pelbagai masyarakat di negara ini. Penemuan Kajian Dalam membincangkan konsep budaya popular-sepunya Malaysia, beberapa konsep berkaitan turut diperdalami, iaitu budaya kebangsaan, budaya popular dan budaya sepunya. Budaya popular-sepunya Malaysia pula didefinasikan sebagai intipati dan ciriciri budaya pelbagai kaum yang terpilih atau dikenalpasti boleh dipopularkan, dikongsi dan dihayati bersama sebagai budaya sepunya berasaskan ciri-cirinya - memiliki daya tarikan, merentas batasan etnik, agama dan diterima oleh masyarakat umum, yang akhirnya boleh dipertimbangkan sebagai sumbangan pelbagai kaum untuk diserapkan ke dalam kerangka Kebudayaan Kebangsaan Malaysia. Budaya popular-sepunya Malaysia perlu diasaskan pada intipati dan ciri-ciri seperti berikut : -

* dihasilkan secara sedar, dihargai, diperakui, diamalkan dan dihayati secara kolektif oleh warga sesebuah kelompok, komuniti, masyarakat massa dan bangsa; * berpengaruh, diketahui dan disebarkan melalui komunikasi media massa yang moden dengan dihalakan untuk memupuk nilai-nilai budi, akhlak dan etika yang murni; * diterjemahkan dalam bentuk interaksi-interaksi informal dan amalan-amalan kehidupan yang bersifat non-institusi dan interpersonal; * amalan berteraskan semangat patriotik daripada parakiol dari segi keperibadian, perwatakan dan `common sense', lebih pemersatuan daripada pemisahan, lebih kasual daripada formal, lebih konkrit daripada abstrak, lebih biasa daripada purba, lebih normal daripada luar bandar dan lebih interpersonal daripada institusional; * mencerminkan manifestasi nilai dan sikap yang diperjuangkan oleh masyarakat dan bangsa berteraskan citra menerima dan mendahulukan keulungan dan kesetiakawanan kelompok mengatasi keistemewaan individu; * proses berterusan dan menggenapkan ke arah pembentukan konfigurasi Kebudayaan Kebangsaan Malaysia yang diinspirasikan dan dinaungi oleh dasar warisan tardisi sukukaum di bawah dasar induk integrasi nasional dalam projek pembinaan negara bangsa Malaysia; * memiliki ciri-ciri asas kebudayaan tinggi yang bernilai estetik, warisan sejarah ketamadunan dan memiliki unsur kecanggihan; * pengukur tahap kesedaran masyarakat terhadap kesepaduan di antara pelbagai kelas sosial dalam masyarakat; * memiliki bahasa pemersatu yang berperanan penting dalam melahirkan kebudayaan yang diterima oleh semua pihak; * dibentuk oleh amalan yang mampu mempengaruhi dan menjiwai nilai-nilai budi, akhlak dan etika yang murni di kalangan generasi muda; dan * tidak mungkin bertahan lama dalam era ledakan teknologi maklumat dan globalisasi jika berteraskan nilai-nilai luhur dan murni. Antara isu-isu yang dikenalpasti boleh menghambat usaha menggalakkan perkembangan budaya popular-sepunya Malaysia adalah : * memantapkan kefahaman dan keprihatinan umum; * nasionalisme vs. parokialisme budaya; * dokumentasi budaya lisan dan artifak yang semakin pupus; * ko-ordinasi ke arah kerjasama institusi yang mantap; * keutamaan dan konsistensi polisi perlu difokuskan;

* peralihan fokus dan keutamaan penyelidikan budaya; * keperluan tenaga manusia terlatih dan pakar; * keprihatinan generasi muda; * pertentangan amalan tradisi dengan kepercayaan semasa; * amalan-amalan kurang produktif dan praktikal; * representasi budayawan di pelbagai peringkat; * persoalan pembiayaan; * globalisasi dan pemindahan teknologi; * persaingan dan ketahanan budaya popular kaum; * penglibatan golongan minoriti dan terpinggir; * penerimaan kenyataan dan identiti rumpun Melayu; dan * menangani pengaruh luaran. Konsep budaya popular-sepunya Malaysia harus ditanggapi dalam konteks budayabudaya kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia atau alam nusantara dan Asia. Promosinya harus dilaksanakan dengan perancangan dan ketelitian agar kesilapankesilapan dapat diminimumkan dan memastikan tahap sensitiviti dan toleransi yang tinggi. Usaha awal harus diberikan untuk mengadakan pelbagai forum dan saluran untuk meningkatkan kefahaman, pendedahan dan penghayatan umum sebelum langkah susulan diambil untuk membincang dan mengenalpasti intipati dan ciri-ciri budaya kaum dan etnik yang boleh dipertimbangkan untuk diserapkan sebagai elemen-elemen asas dan tunjang yang akan mendokong pembentukan dan seterusnya pemantapan Kebudayaan Nasional. Komitmen dan penglibatan semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik penting dalam membentuk acuan dan identiti yang dapat menggambarkan kelahiran satu bangsa yang maju, cemerlang dan bermaruah unggul dalam mengharungi milenium ke-3. Usaha awal juga diambil untuk mengkompil satu matriks ciri-ciri tatakelakuan bagi 4 budaya terpilih, yakni Kadazandusun, Murut, Cina dan Bajau dengan menjurus kepada sumbangan yang boleh diberikan oleh budaya-budya terpilih untuk pertimbangan pemasukan ke dalam persada budaya nasional. Strategi dan Program Penggalakan Strategi-strategi yang disyorkan memberi fokus spesifik kepada usaha-usaha penggalakan menjurus kepada : * kesedaran, pendedahan dan penghayatan; * dokumentasi bahan/sumber; * penyelidikan budaya dan etnografi; dan * pembangunan daya intelektual. Antara program-program penggalakan yang disyorkan adalah : * pendidikan silang budaya dan bahasa; * pembangunan maklumat bersepadu; * tabung pembiayaan penyelidikan dan dokumentasi; * proses integrasi dan penyesuaian;

* latihan kemahiran dan minat; * institusi sokongan bersepadu; * pertukaran persembahan kebudayaan dan bahasa; * perbincangan dan penyebaran maklumat; * memantapkan institusi dan rangkaian sokongan; dan * memantap dan mendaulatkan bahasa pemersatu. Kesimpulan Kelahiran satu bangsa dan kesinambungannya banyak dicorakkan oleh keunggulan budaya tunjangnya. Dalam konteks pembinaan negara-bangsa Malaysia, isu kepelbagaian budaya yang lama bertapak dalam kehidupan bermasyarakat harus dilihat sebagai satu asas kekuatan yang boleh menyumbang kepada kelahiran satu bangsa yang bukan sahaja unggul, tetapi cemerlang dan dipandang tinggi selaras dengan citra melahirkan sebuah masyarakat industri maju di Malaysia, yang mana diaspirasikan Wawasan 2020 dan pelbagai dasar pembangunan penting negara. Kesemuanya boleh dikecapi selagi rakyat Malaysia masih dapat mempertahankan tradisi dan situasi kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Dengan itu, adalah penting pertimbangan terhadap soal kebudayaan tidak seharusnya dibelakangi dan diabaikan semata-mata untuk mengejar kepentingan material dan ekonomi. Komponen budaya adalah asas penentuan kualiti bangsa yang dilahirkan kelak.

* Draf laporan awal kajian ini disiapkan pada bulan Disember 1996. http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Socialdeve lopment/Report27.htm

Melayu
Dari Wikipedia bahasa Melayu

Jump to: navigation, search

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsabangsa lain di dunia. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu pada zaman 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. [1] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi. [1] Bahasa Cina (/, Pinyin: Hny, /, Huy atau , Zhngwn) membentuk sebahagian keluarga bahasa Sino-Tibet. Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda. Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina bersifat sebutan ton dan analitik. Namun, bahasa ini ada keistimewaannya kerana kepelbagaian dalamannya yang meluas. Variasi megikut kawasan di antara variasi atau dialek yang berbeza boleh dibandingkan kepada keluarga bahasa Romance (keturunan bahasa Latin); kebanyakan variasi bahasa Cina ditutur cukup banyak kelainannya sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain. Terdapat di antara 6-12 kumpulan kawasan yang utama (bergantung kepada skema klasifikasi), yang mana bahasa Mandarin, Wu (Shanghai) dan Kantonis paling ramai penuturnya. Pengenalpastian variasivariasi bahasa Cina ini sebagai "bahasa" atau "dialek" menimbulkan pertikaian. Sebutan Bahasa Cina yang baku berasaskan dialek Beijing, daripada golongan Bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin Baku merupakan bahasa rasmi Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan, serta salah satu bahasa rasmi Singapura (bersama bahasa Inggeris, Melayu, dan Tamil). Bahasa Cinasecara tepatnya, bahasa Mandarin bakumerupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (bersama bahasa Inggeris, Arab, Perancis, Rusia, dan Sepanyol). Bahasa Cina yang ditutur dalam bentuk dialek Kantonis pula merupakan bahasa rasmi Hong Kong (bersama bahasa Inggeris) dan Macau (bersama bahasa Portugal). India (Hind: Bhrat), atau Republik India, terletak di Asia Selatan dan merangkumi kebanyakan benua India merupakan negara kedua terpadat penduduk dan negara demokrasi, dengan sejuta penduduk dan lebih seratus bahasa berlainan. Ekonomi India adalah keempat terbesar di dunia, dari segi pariti kuasa beli (purchasing power parity). India bersempadan dengan Bangladesh, Myanmar, Republik Rakyat China, Bhutan, Nepal dan Pakistan, dengan Sri Lanka dan Maldives diseberang laut Lautan India. Bandar terbesar adalah Bombay (Mumbai) di South-West dan Calcutta (Kolkata) di tepi sungai Ganges.

Nama India berasal dari perkataan Sindhu, nama tempatan sungai Indus. Kitab-kitab Vedas tidak memberikan nama tertentu kepada tanah India. Pelbagai parti politik mempunyai nama tersendiri bagi India sesetengahnya adalah Hindustan, Hindu Rashtra dan Bharath. India juga dikenali sebagai Hindustan (tanah Hindu), tetapi nama ini diketepikan selepas kemerdekaan pada 1947 disebabkan India memilih untuk menjadi negara sekular.

Iban
Dari Wikipedia bahasa Melayu

Jump to: navigation, search


Orang Iban daripada bilanagan penduduk yang terbesar di Sarawak meliputi peratus sebanyak 30%. Oleh sebab sejarahnya yang sebagai nelayan dan lanun, mereka dikenali sebagai Dayak Laut. Meraka dipercayai berasal dari Sungai Kapuas di Kalimantan dan telah mula menetap di Sarawak pada kurun kelima belas.

Jadual isi kandungan


[sorok]

1 Tempat menetap 2 Tradisi o 2.1 Perayaan Gawai o 2.2 Kepercayaan 3 Kegiatan ekonomi 4 Lihat Juga

[Sunting] Tempat menetap


Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil tuai rumah.

[Sunting] Tradisi
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turuntemurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan animisme.

[Sunting] Perayaan Gawai


Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, dan Gawai Antu yang meyembah benda-benda yang terdapat di alam semesta ini. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Antara kebudayaan Iban lain yang menarik adalah:

Ngayau Ngayap

[Sunting] Kepercayaan
Di Kepercayaan kaum Iban, mereka masih berpegang teguh pada apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut henaklah disemah terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah pantang dan menandakan mereka tidak boleh mendirikan rumah di kawasan itu.

[Sunting] Kegiatan ekonomi


Kegiatan ekonomi Iban bergantung pada tempat tinggalnya di kawasan pendalaman dan menanam padi, terutamanya padi huma di sekitar rumah mereka secara bergotong-royong. Pada masa yang sama, mereka juga berburu dan memungut hasil hutan untuk mendapat pendapatan Walaubagaimanapun, padi huma tetap tanaman yang terpenting bagi suku etnik ini yang tinggal di pendalaman negeri Sarawak.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia#Budaya