: : : : : : :
Tadika Taman Idaman 13 Mac 2013 Rabu 30 Minit (10.00am-10.30am) 5 Orang 6 Tahun Tema Makanan berkhasiat (Resepi Sandwich Sushi)
Tajuk/Tema :
Tunjang Utama : Tunjang Fizikal Dan Estetika Tunjang Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Standard Pembelajaran: (PFK 3.2.1) Mengenal makanan yang berkhasiat (ST 3.3.3) Memerhati dan bercerita tentang sayur-sayuran dan buah-buahan yang biasa dijumpai.
Kesepaduan Tunjang: Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia (BM 2.2.8) Bersoal jawab secara bersopan
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1) Membuat sandwich sushi dengan bimbingan guru. 2) Merasai pengalaman membuat sandwich sushi dengan sendiri. 3) Meningkatkan keyakinan diri dalam melakukan aktiviti.
Pengetahuan Sedia ada: Murid mempunyai pengetahuan tentang makanan seperti roti,salad, tuna, dan tomato.
PenerapanNilai (PN): Memakan makanan yang berkhasiat, bekerjasama, dan menjaga kebersihan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM): Roti, Tuna, Salad, Tomato, Rumpai laut, Mayonis, Pinggan, Pisau, Sudu, Kertas aluminium, Penggulung sushi, Apron dan Sarung Tangan.
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN / BBM
1. Guru bersoal jawab tentang makanan berkhasiat yang menjadi kegemaran muridmurid.
MI: Linguistik PN: Memakan makanan yang berkhasiat BBM: Roti, Tuna, Salad, Tomato, Rumpai laut, Mayonis, Pinggan, Pisau, Sudu, Kertas aluminium, Penggulung sushi, Apron dan Sarung Tangan. MI: Linguistik
( 3 Minit)
Langkah 1
1. Guru menunjukkan bahanbahan untuk membuat sndwich sushi. 2. Guru bersoal jawab tentang bahan-bahan dalam sndwich sushi.
( 5 Minit)
sndwich sushi
Langkah 2
1. Guru menunjukkan langkah BBM: Roti, Tuna, membuat sndwich sushi kepada murid-murid. 2. Guru menggalakkan murid membuat sndwich sushi dengan bimbingan. 3. Guru menunujukkan contoh kraf makanan yang boleh dibuat dengan menggunakan sndwich sushi. Salad, Tomato, Rumpai laut, Mayonis, Pinggan, Pisau, Sudu, Kertas aluminium, Penggulung sushi, Apron dan Sarung Tangan. KB: Mengaplikasi prosedur dan cara buat sndwich sushi.
( 20 Minit)
Penutup
1. Guru merumuskan pelajaran hari itu dan menikmati sndwich sushi bersama murid.
PN: Memakan makanan yang berkhasiat, bekerjasama, dan menjaga kebersihan. MI: Linguistik
( 2 Minit)
1 keping Roti 2 sudu besar Tuna 1 helai daun Salad 2 hiris Tomato 2 helai Rumpai laut Sedikit Mayonis
1. Potong bahagian kulit luar roti. 2. Susun memanjang roti diatas penggulung. Tindan sedikit hujung roti supaya tidak putus. 3. Potong tomato nipis. 4. Susun hirisan tomato diatas roti. 5. Lapis sehelai daun salad di atas tomato. 6. Sapu rata tuna mayonis di permukaan salad. 7. Gulung perlahan-lahan. Padat dan kemaskan roti sehingga membentuk selinder. 8. Pindahkan roti yang siap digulung diatas kertas aluminium. 9. Gulung dan bungkus dengan kemas roti ini dan simpan di dalam peti sejuk. 10. Sebelum menghidang, potong nipis sandwich ini supaya kelihatan seperti sushi