Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI EDU3105 MOHAMAD FAIRUZ BIN HARUN SN3 Subjek EDU 3105 adalah mata pelajaran wajib diambil

oleh semua pelajar semester 4 Program Pengsiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Secara keseluruhan sepanjang saya belajar subjek ini banyak ilmu baru yang saya perolehi. Terutama sekali yang paling saya ingat sekali ialah teknologi yang boleh dikaitkan dalam pengajaran. Tajuk yang paling saya sukai dan minati ialah tajuk melibatkan kamera. Banyak perkara saya tidak tahu, saya jadi tahu kerana saya dapat belajar secara praktik. Pada permulaan saya memasuki kelas ini, saya begitu bosan dan tidak berminat terhadap subjek ini kerana kebanyakkan subjek EDU adalah sangat sukar difahami dan diingati. Tetapi kaedah yang digunakan pensyarah saya iaitu kaedah sesi soal jawab dan beberapa kaedah lain membuatkan saya berminat terhadap subjek ini. Sebelum ini jarang saya menghadiri sesi kuliah yang melibatkan perbincangan dalam kelas. Tetapi melalui subjek ini saya rasa kelebihan perbincangan itu sangat banyak, melalui perbincangan pelbagai idea yang dapat dikeluarkan dan melalui perbincangan juga dapat membina keyakinan diri untuk beinteraksi di hadapan kelas. Bagi saya kaedah yang digunakan dalam subjek ini sangat berbeza dengan subjek sebelumnya. Saya suka subjek yang banyak melibatkan amali dan praktik. Sepanjang penyediaan tugasan ni banyak halangan yang menimpa. Tetapi atas sebab kerjasama dalam kumpulan akhirnya segala halangan itu dapat ditangani. Dalam tugasan ini kami diminta untuk menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) di sini banyak ilmu yang kami dapat. Sebelum ini kami tidak begitu pandai dan mahir dalam penyediaan RPH ini. Kami hanya melihat beberapa contoh dari internet serta guru di sekolah sahaja. Pada permulaannya kami menganggap penyediaan RPH ini mudah, tetapi setelah kami melakukannya kami merasakan ia sangat sukar dan banyak maklumat yang penting perlu kami masukkan ke dalam RPH itu. Kami juga ada

menujukkan RPH kepada pensyarah kami tetapi banyak kesalahan yang kami lakukan. Beberapa kali kami menukar dan membetulkan RPH kami. Dalam tugasan ini juga kami diminta untuk menyediakan alat bantu mengajar bagi tajuk yang kami pilih. Pada permulaan kami tidak dapat memikirkan idea yang menarik untuk menyediakan alat bantu mengajar ini. Tetapi setelah kami mencari sedikit maklumat di dalam internet akhirnya kami berjaya mencari idea untuk menyediakan alat bantu mengajar ini. Sepanjang kami melakukan tugasan ini banyak ilmu baru yang kami perolehi, sebelum ini kami tidak begitu mahir menyediakan persembahan multimedia iaitu membina video sebagai medium Bahan Bantu Mengajar,tetapi setelah kami diminta untuk menyediakan persembahan multimedia akhirnya kami dapat melakukanya.Ini juga satu pengalaman baru yang saya alami.Ilmu dalam teknologi pendidikan ini akan saya aplikasi kan didalam pengajaran dan pembelajaran saya didalam kelas.Dalam proses permulaan pembinaan video ini amat lah terasa kepayahannya kerana saya terpaksa membuat rakaman seperti membuat sebuah filem yang sebenar dan kemudian perlu membuat editing pula ke atas rakaman tersebut.Tetapi setelah melalui pengalaman tersebut saya berasa seronok kerana dapat menghasilkan sebuah Bahan Bantu Mengajar yang dapat menarik minat murid saya untuk terus belajar terutama dalam aktiviti hands on. Ribuan terima kasih diucapkan kepada tuan pensyarah iaitu Tn Haji Mohamad Bin Osman yang telah memberi segala ilmu kepada saya dalam bidang teknologi pendidikan ini.Juga kepada rakan-rakan yang banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya.Sekian Terima Kasih.