Penganjuran kempen-kempen
16
LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR Pertama, salah satu langkah untuk mengatasi pencemaran udara ialah penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Hal ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.
Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan pengurangan pencemaran udara.Jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar dengan adanya teknologi moden. Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum juga merupakan salah satu langkah untuk mengatasi pencemaran udara. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah
mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Hal ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam
17
menanggani masalah pencemaran. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Keempat, salah satu langkah untuk mengatasi pencemaran udara adalah dengan mengadakan kempen melindungi alam sekitar.Kempen ini adalah
sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen sahabat alam dan sebagainya. Kempenkempen ini dapat memberi kesedaran yang mendalam kepada pesertapesertanya. Kelima,penganjuran pelabagai aktiviti untuk melindungi alam sekitar juga merupakan salah satu langkah untuk mengatasi pencemaran.Aktiviti-aktiviti seperti pameran tentang alam sekitar boleh diadakan untuk menyampaikan maklumat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesankesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran kepada masyarakat. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran di samping juga dapat mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.