Anda di halaman 1dari 4

KEKUATAN TEORI KONSTRUKTIVISME

Berfikir merupakan alam proses membina pengetahuan baru, melalui teori konstruktivisme kita dapat lihat bahawa murid perlu berfikir sendiri bagi menyelesaikan masalah. Hal ini akan menjana idea murid-murid dalam membuat sesuatu keputusan. Teori ini menitikberatkan penglibatan murid-murid berfikir secara aktif dalam menyelesaikan masalah yang mana menuntut kebolehan berfikir pelajar yang lebih tinggi. Sebagai contoh guru memberi sesuatu topik yang umum untuk mereka bincangkan secara kritis dan kreatif. Guru hanya sebagai pemerhati dan pembimbing. Murid-murid sendiri yang perlu melahirkan dan melontarkan idea-idea mereka.

Kekuatan seterusnya bagi teori ini ialah murid lebih mudah memahami sesuatu ilmu baru. Hal ini kerana, guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Sudah tentu ini

membolehkan mereka lebih memahami pelajaran tersebut dan boleh mengapliksikan pelajaran tersebut dalam kehidupan.

Kekuatan atau kelebihan yang terdapat di dalam teori ini ialah nilai koperatif dan kolaboratif diterapkan di dalam diri murid-murid. Hal ini kerana, murid akan diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari. Kaedah ini adalah sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep yang dipelajari mereka.

Selain itu, kemahiran sosial juga dapat diperolehi melalui teori ini. Hal ini kerana kemahiran sosial ini diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru sebagai contoh aktiviti berdiskusi atau berbincang. Ini akan menjadikan murid lebih kendiri dan berfikiran matang dalam mengetengahkan pedapat dan berfikiran terbuka menerima pendapat orang lain. ia juga dapat menanamkan sikap sosial yang positif dalam kalangan murid-murid.

Tambahan lagi, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisional seperti syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka bukannya yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru. Teori konstruktivisme ini juga dapat meningkatkan penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam diri murid-murid. Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Mereka akan memberi idea-idea mereka sendiri berdasarkan pengalaman tersebut. Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan murid menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.

KELEMAHAN TEORI KONSTRUKTIVISME

Menurut Mok Soon Sang (2006), antara kelemahan teori ini adalah ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru. Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea sedia perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka memahaminya.

Selain itu, teori konstruktivisme juga

menjadi penghalang kepada kefahaman

konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru.

Kelemahan seterusnya ialah guru merasakan mereka tidak mengajar. Ini kerana pembelajaran konstruktivis menekankan pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, guru hanya bertindak sebagai tutor atau pembimbing sahaja. Murid yang memainkan peranan sendiri dalam setiap pembelajaran yang dijalankan.

Selain itu, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivis dianggap tidak realistik. Ini kerana kurikulum yang dibina melihatkan peranan murid dan guru saling memberikan maklum balas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga merasakan penerangan mereka tidak penting lagi. Oleh itu, guru hanya bertindak sebagai agen pemerhati yang hanya akan membantu apabila murid memerlukan sokongan bantuan daripada pihak lain dalam membina konsepkonsep baru.

Di samping itu, kawalan kelas agak merosot. Hal ini kerana semua murid bergerak secara aktif dalam membina pengetahuan mereka sendiri. Pergerakan murid menyebabkan suasana kelas dalam kawalan menjadi tidak terkawal. Seterusnya, guru yang sedang menukar cara pengajaran kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.

Anda mungkin juga menyukai