Anda di halaman 1dari 27

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN KM 7.

75, JALAN KLUANG 83000 BATU PAHAT

Mata pelajaran : Kemahiran Berfikir Kod : BF 2311D1

NAMA No K.P Kumpulan Opsyen

: LAI CHEN YEE : 930513-10-5782 : PPISMP SEMESTA 2 : BC/PJ/SJ AMBILAN JUN 2011

NAMA PENSYARAH : Encik Rosli bin Mohamad

1.Pendahuluan Selain daripada bernafas, berfikir bolej dikatakan sebagai aktiviti yang paling biasa dilakukan oleh manusia. Kita makan, tidur, berjalan dan bercakap hanya pada masa-masa tertentu. Akan tetapi,selagi kita berada dalam keadaan yang sedar, kita tidak berhenti berfikir. Kebolehan berfikir secara abstrak mempunyai dan menjana idea-idea membezakan manusia daripada makhluk yang lain. 1.1 Definisi dan Konsep Berfikir Konsep berfikir adalah satu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia .Apabila manusia sedang berfikir ,otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rancangan luar yang diterima melalui deria ,membentuk konsep ,membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan . The Peguin Dictionary of Psychology ( 2001) telah mengatakan bahawa berfikir ( thinking ) merupakan menipulasi kognitif atau mental secara terlindung dengan idea ,imej ,symbol ,perkataan ,pernyataan ,memori ,konsep ,persepsi ,percayaan atau kehendak .Secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai berfikir merangkumi semua aktiviti mental yang berkaitan dengan pembentukan konsep ,penyelesaian masalah ,pemikiran intelektual ,kreativiti pembelajaran yang kompleks ,proses simbolik ,imagen dan sebagainya . 1.2 Definisi dan Konsep Kemahiran Berfikir

1.2.1 Definisi Kemahiran Berfikir

Menurut Beyer (1988) ,definisi kemahiran berfikir merupakan proses menghakimi nilai ,ketulenan dan ketepatan sesuatu pengetahuan .Selain itu ,ennis
2

(1985) telah berpendapat bahawa kemahiran berfikir sebagai pemikiran yang tajam dan munasabah serta difokuskan untuk memastikan apa yang hendak dibuat atau dipercayai .Di samping itu ,Pusat Perkembangan Kurikulum (1993) mengkelaskan empat kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir kritis ,kemahiran berfikir kreatif ,kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan . 1.2.3 Konsep Kemahiran Berfikir Konsep kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran .Seorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat ,konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan sewajarnya . Kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga peringkat pemikiran ,Pada peringkat yang paling bawah ialah pemikiran konkrit diikuti dengan pemikiran abstrak ,dan peringkat tertinggi ialah pemikiran kreatif .Pemikiran konkrit merupakan pemikiran yang berkaitan dengan kemahiran berfikir di peingkat ingatan dan kefahaman sahaja .Manakala ,pemikiran abstrak dan kreatif adalah berkaitan dengan kemahiran kritis dan kreatif . Berdasarkan maklumat di atas ,saya dapat rumuskan kemahiran berfikir adalah antara kemahiran teras dalam sekolah bestari melaluinya akan wujud pelajar bestari yang cekap berfikir secara kreatif ,membuat analisis secara

kritikal ,menilai ,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah . 1. Jenis-jenis Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir akan dibahagikan kepada empat jenis ,iaitu kemahiran berfikir sacara kritis ,kemahiran berfikir secara kreatif ,kemahiran membuat keputusan dan kemahiran penyelesaian . John Arul telah mendefinisikan kemahiran berfikir secara kritis sebagai satu aktiviti mental yang berkaitan dengan menilai maklumat berdasarkan ciri-ciri dan kiteria tertentu .Pemikiran kritis dan kreatif sering bertindak antara satu dan lain terutama dalam menyelesaikan masalah .Menurut Som dan Mohamad Dahalan (1998) ,kemahiran berfikir sacara kritis merupakan kecekapan dan keupayaan seseorang menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea ,meniliti kebernasan .keesahan dan mengenalpasti kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan menggunakan alasan atau bukti yang munasabah . Kemahiran berfikir secara kreatif telah didefinisikan oleh Bloom sebagai sintesis yang bermaksud kebolehan seseorang menganalisis maklumat dan memberntuk semula maklumat tersebut supaya menjadi idea yang unik. Torrance pula berpendapat bahawa pemikiran kreatif terbentuk daripada empat kemahiran iaitu kelancaran, fleksible, penghuraian dan idea yang banyak. Fleksible pula adalah kebolehan menghailkan idea yang berbeza, Penghuraian pula bermaksud keblehan memperluaskan dan mengembangkan idea secara mendalam dan keaslian pula merujuk kepada kebolehan berfikir secara luar biasa dan menggunakan sesuatu perkara dengan cara tersendiri. Kemahiran membuat keputusan telah didefinisikan sebagai keupayaan minda yang dapat memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa alternatifnya untuk mencapai objektif atau tujuan yang ditentukan. Membuat keputusan merupakan

peringkat akhir dalam proses penyelesaian masalah, Ia diertikan sebagai sesuatu teknik atau proses penggunaan kemahiran berfikir dan kreatif dan pemikiran reflektif untuk menimbangkan pemilihan yang terbaik daripada kemungkinan-kemungkinan penyelesaian alternative yang dicadangkan dalam proses penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah adalah aktiviti-aktivit yang melibatkan masalah berbentuk perkataan masalah, bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaan pelbagai kemahiran dalam situasi yang sebenar. Lester seorang ahli matematik yang terkenal dalam tahun 1970-an, telah mendefinisikan masalah sebagai sesuatu situasi apabila seseorang individu atau kumpulan ini dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaiannya. 2. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran berfikir Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran berfikir ialah pendidikan,

emosi ,pengalaman, makan dan minum. Pendidikan merupakan salah satu factor yang mempengaruhi kemahiran berfikir kerana kanak-kanak memperoleh

pengetahuan dan ilmu daripada guru-guru atau melalui institusi pendidikan seperti sekolah. Selain itu, emosi juga penting kerana emosi yang positif seperti sifat ingin tahu, motivasi dan dorongan boleh merangsang seseorang untuk berfikir demi memahami alam semesta dengan lebih mendalam lagi. Pengalaman juga akan mempengaruhi kemahiran berfikir kerana pengalaman yang banyak and pelbagai mematangkan pemikiran dan tingkah laku serta tindakan kita kerana pengalaman adalah guru yang terbaik. Pengalaman ini dapat diperoleh melalui pelbagai cara seperti pembacaan buku, menonton televisyen, pergaulan dengan ramai orang dan sebagainya. Di samping itu, makan dan minum juga dapat mempengaruhi kemahiran berfikir kerana makan dan minum mempunyai pengaruh kepada fungsi

otak. Untuk berfungsi dengan baik, otak memerlukan tenaga dan tenaga pula diperoleh daripada karbohidrat. Sebenarnya, kesihatan amat penting bagi menjamin kesihatan otak yang sihat kerana kata pepatah otak yang cergas datang daripada badan yang sihat. 3.Kepentingan murid-murid menguasai kemahiran berfikir Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang bijak dapat menyediakan generasi kini untuk menghadapi yang mencabar dalam dunia yang berteknologi tinggi dan berpelbagai budaya. 3.1 Mengelakkan kesilapan berfikir Murid-murid perlu menguasai kemahiran berfikir kerana penguasaan kemahiran berfikir oleh pelajar dapat mengelakkan kesilapan berfikir. Dalam kesilapan berfikir boleh di bahagikan kepada empat jenis, iaitu berfikir secara kabur tanpa berfikir dengan tanpa organisasi pemikiran secara sistematik dan eksplisit, berfikir sempit kerana tidak berusaha mencari maklumat relevan yang mencukupi untuk menggunakannya berfikir, berfikir bercelaru kerana tidak menggunakan semua elemen yang berkaitan untuk mengorganisasinya secara sistematik, berfikir secara terburu-buru kerana menggunakan masa singkat sahaja untuk mempertimbangkan perkara-perkara secara teliti. Confucius (551-475 S.M), seorang tokoh pendidik dan ahli falsafah yang terkenal di China, telah mengesahkan belajar tanpa berfikir tidak akan terlepas dari keadaan keraguan. Ini bermakna belajar tanpa berfikir mungkin meniimbulkan kesilapan semasa kita membuat keputusan ataupun menyelesaikan masalah yang berkenaan. Untuk mengelakkan kesilapan berfikir, penguasaan kemahiran berfikir

adalah amat penting kerana ini dapat dicapai melalui pelbagai aktiviti dan latihan yang bercorak kemahiran berfikir seara kritis dan kreatif. Perkins dan Swartz (1990) telah membuat kajian dan mendapati kesilapankesilapan berfikir yang berlaku adalah disebabkan proses berfikir secara terburuburu, atau fikiran yang sempit, kabur dan bercelaru. Kesilapan berfikir dapat dielakkan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bercorak kemahiran berfikir seperti perbincangan, menyusun urutan atau kronologi dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti bercorak kemahiran berfikir bukan sahaja dapat mengelakkan kesilapan berfikir tetap juga meningkatkan kualiti berfikir. 3.2 Meningkatkan pemikiran secara kritis dan kreatif Selain itu, penguasaan kemahiran berfikir amat penting untuk golongan pelajar ataupun murid-murid bagi meningkatkan pemikiran secara kritis dan kreatif. Masyarakat dapat menguasai kemahiran berfikir amat penting kerana ia adalah selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan ICT. Ini disebabkan penukaran budaya negatif yang keterlaluan pada masa kini, perlu dikikis dengan kebijaksanaan berfikir. Seseorang yang berfikiran rasional dan kritis dapat menghidari penyebaran maklumat yang tidak tepat, berbau hasutan dan sensitif. Murid-murid yang dapat menguasai kemahiran berfikir khususnya

menyebabkan mereka dapat memajukan diri sendiri dalam pelbagai bidang ilmu pelajaran mereka. Murid-murid akan menempuhi pelbagai permasalahan untuk diselesaikan dan dibuat keputusan. Dengan kebijaksanaan berfikir dan memahami proses untuk menyelesaikan masalah dan perlu membuat keputusan maka muridmurid akan terus berusaha untuk belajar dan maju.

3.3 Memperkembang daya intelek Seterusnya, memperkembang daya intelek juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kemahiran berfikir. Menurut Guilford (1967) berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis keupayaan manusia. Jenis-jenis daya intelek dapat dibahagikan kepada lima kategori, iaitu daya pemikiran ingatan (memory), daya pemikiran kognitif (cognitive), daya pemikiran konvergen(convergent), daya pemikiran divergen (divergent) dan daya pemikiran reflektif (reflection for evaluation). Pemikiran ingatan dan kognitif merupakan keupayaan mengingat dan memahami, manakala pemikiran konvergen , divergen dan reflektif adalah berkaitan dengan daya berfikir. Guilford melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang

membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi secara logic dan susunan demi menghasilkan satu idea atau jawapan yang lazim. Sesuatu masalah diselesai berdasarkan pengetahuan, pengalaman,

peraturan,prinsip ,teori, hukum atau rumus yang sedia ada, Pemikiran konvergen bertumpu kea rah mencari satu jawapan atau satu penyelesaian tertentu adalah dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Pemikiran konvergen kadangkala disebut sebagai pemikiran penaklukan atau pemikiran kritis kerana semasa proses berfikir, pemikiran jenis ini pula munggunakan cara analisis, kaedah induktif serta deduktif untuk membuat kesimpulan atau generalisasi yang menuju ke arah penyelsaian masalahnya yang tunggal. Banyak soalan yang terdapat dalam mata pelajaran di peringkat sekolah diselesaikan dengan menggunakan pemikiran konvergen. Oleh itu, murid-murid

dapat menggunakan pemikiran konvergen untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dalam setiap mata pelajaran di sekolah. 3.4 Memupuk Pembelajaran Berdaya Fikir Para pelajar mempunyai pengetahuan awal tentang alam sekitar sebelum mengikut pendidikan persekolahan. Untuk meningkatkan pengetahuan mereka, mereka harus menilai, mengkritik, mengubah suai dan membina semula

pemahaman mereka secara aktif dalam pemikiran mereka. Oleh itu, penguasaan KBKK dapat memupuk pembelajaran berdaya fikir. 3.5 Merealisasikan Wawasan 2020 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad, sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada 20 Februari 1991, telah menyatakan bahawa apa yang lebih penting kepada kita semua ialah apa yang berada di antara dua telinga: the brain power atau kuasa oto;atau apa yang berada ti antara dua bahu : the brawn power atau kuasa otot ;atau apa yang berada di antara dua tapak kaki: the natural resources atau sumber semula jadi. 3.6 Global, Nasional dan Individu Zaman ini adalah zaman persaingan kekuatan minda dan fikiran. Ledakan maklumat telah mnyebabkan situasi di mana bagaimana menguasai pengetahuan lebih penting daripada apa yang dikuasai. Oleh itu, persaingan global yang hebat telah menyebabkan Negara kita melancarkan rancangan Multimedia Super Corridor (MSC), di mana kekuatan minda akan membolehkan Negara kita mendahului Negara-negar yang lain dalam abad ke-21.

4.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru untuk meningkatkan kemahiran berfikir

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. 4.1 Kaedah Perbincangan Kaedah perbincangan ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas tentang sesuatu tajuk. Selain itu, kaedah tersebut juga dapat merangsang minat dan membimbing pelajar mendapat pengetahuan baru. Sebelum menggunakan kaedah perbincangan, guru perlu membuat persediaan awal. Guruguru perlu merancang atau menentukan isi utama yang akan dibincangkan supaya tidak akan berada dalam keadaan yang kelam-kabut. Guru perlu mengemukakan tajuk sebelum memulakan perbincangan. Di samping itu, guru perlu mulakan perbincangan dengan mengemukan soalan dan harus memastikansetiap pelajar berpeluang memberi pendapat, mengemukakan soalan atau bertindak balas terhadap idea yang dikemukakan. Guru-guru digalakkan menilai secara objektif semasa idea dikemukakan. Semasa menggunakan kaedah perbincangan, guru perlu meringkaskan atau merumuskan idea-idea dan buat kesimpulan untuk murid10

murid. Kesimpulan juga boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar. Contoh, guru memberi pelajar-pelajar satu soalan yang berkaitan dengan bagaimana menggunakan masa cuti sekolah dengan berfaedah. Pelajar-pelajar akan berbincang bersama-sama dan mengeluarkan pendapat masing-masing. 4.2 Kaedah sumbang saran Kaedah sumbang saran ini pula bertujuan untuk menggalakkan pelajar menggunakan pemikiran imaginatif secara kraetif. Kaedah ini adalah untuk mendapat idea baru sebanyak mungkin dalam sesuatu isu. Semasa melaksanakan kaedah sumbang saran ini, guru perlu menerangkan tujuan dan mengemukakan persoalan yang menjadi fokus sesi berkenaan. Sebagai seorang guru, tidak harus mengkritik idea orang lain tetapi perlu mengumpul sebanyak idea yang mungkin serta mengeluarkan Idea dinyatakan secara spontan. Apabila pelajar-pelajar mengeluarkan idea sendiri, idea yang dikemukan oleh rakan boleh dikembangkan oleh pelajar lain. Guru hendaklah bersikap positif terhadap idea setiap pelajar, tidak haurs mempunyai sikap yang berat sebelah. Guru berperanan sebagai pengadil dan menguatkuasa peraturan supaya pelajar-pelajar akan mematuhi peraturan-peraturan dan tidak akan bertindak secara melulu dan berdisiplin. Sebagai seorang guru, perlulah menggalak pelajar-pelajar supaya berani untuk mengeluarkan pendapat/ idea sendiri, menggesa mereka supaya setiap pelajar mengemukakan idea walaupun tidak penting. Sebagai contoh, guru memberi soalan tentang bagaimana untuk menjaga kebersihan bumi daripada pencemaran. Pelajar-pelajar boleh mengeluarkan pendapat masing-masing dan pendapat mereka harus berlainan supaya mereka dapat berfikir pendapat yang kreatif.

11

4.3 Kaedah Bercerita Tujuan kaedah bercerita ini adalah untuk melatih kemahiran mendengar dalam kalangan murid-murid. Guru dapat menggunakan kaedah ini untuk mengulang fakta daripada cerita. Sebelum menjalankan pengajaran dan

pembelajaran, guru perlu menyediakan ringkasan dan fakta cerita. Di samping itu, guru perlu menyediakan alat-alat yang diperlukan untuk menerang fakta. Sebagai contoh, peta kedudukan tempat, benda-benda maujud seperti pedang dan sebagainya untuk menggayakan cerita dengan lebih menarik dan berkesan. Kaedah ini dapat menarik perhatian pelajar kepada cerita dan pesanan supaya mencatat fakta penting. Semasa bercerita, guru perlu bercerita dengan suara yang lantang yang boleh didengar oleh seluruh kelas. Yang pentingnya, guru perlu bercerita dengan nada dan intonasi suara yang betul, gaya atau gerak-geri serta memek muka yang sesuai mengikut situasi.Guru juga dapat memberi soalan bagi setiap langkah selepas bercerita serta memberi soalan kefahaman di akhir pelajaran supaya pelajar lebih faham tentang pembelajaran pada hari tersebut. Contohnya, guru dapat mengeluarkan soalan yang memerlukan murid-murid untuk

menghabiskan plot cerita.

4.4 Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi)

Kaedah tunjuk cara,iaitu demonstrasi bertujuan supaya pelajar dapat melihat dengan jelas tentang perkara yang berlaku. Pelajar juga dapat melakonkan semula dengan cara yang betul supaya mereka dapat lebih memahami dan faham tentang perkara yang berlaku itu. Pelaksanaan kaedah ini, guru perlu merancang bagaimana dan di mana hendak mengadakan tunjuk cara ini. Semasa menggunakan kaedah ini, guru harus memastikan semua pelajar dapat melihat pertunjukkan itu dengan jelas.
12

Jika pelajar terlalu ramai, guru boleh pecahkan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya semua dapat melihat dengan jelas. Apabila menjalankan kaedah ini, guru harus tunjuk atau lakonkan dengan betul supaya dapat dilihat dan difahami oleh para pelajar. Selepas membuat tunjuk cara, guru bertanya lagi jika ada yang kurang jelas atau tidak difahami. Jika keadaan perlu, guru harus membuat tunjuk cara semula supaya pelajar faham. Di samping itu, guru juga dapat minta beberapa pelajar melakonkan semula untuk menguji kefahaman mereka. Sebagai contoh, guru boleh membuat demonstrasi kepada pelajar-pelajar cara melipat baju dan selepas itu pelajar perlu keluar dan melakonkan.

4.5 Kaedah Rehlah atau Lawatan

Guru dapat menggunakan kaedah rehlah atau lawatan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman pelajar-pelajar. Kaedah rehlah ini juga dapat melatih kepimpinan dan tanggungjawab bagi setiap murid. Guru yang membawa pelajar untuk lawatan harus mengenalpasti tempat yang akan dilawati, Yang paling selamat, seelok-eloknya guru pernah melawat ke tempat tersebut dan memeriksa serta mengenali tempat itu. Sebelum guru membawa pelajar pergi ke lawatan, guru perlu memberitahu guru besar/pengetua tentang lawatan ini untuk mendapatkan kebenaran pihak sekolah. Seterusnya, guru harus memaklumkan kepada PPD/ Jabatan Pendidikan Negeri bahawa pelajar-pelajar tersebut akan mengadakan satu lawatan ke sesuatu tempat. Selepas pihak sekolah telah membenarkan lawatan ini, guru menghubungi tempat menginap dan buat tempahan jika pelajar-pelajar perlu bermalam di tempat tersebut. Selain itu, guru perlu memaklumkan lawatan yang akan disertai pelajar-pelajar kepada ibu bapa mereka. Yang penting itu adalah mendapatkan surat kebenaran bertulis dan tadatangani ibu bapa yang

13

membenarkan anaknya mengikuti program ini. Ibu bapa dimaklumkan tempat yang hendak dilawati dan guru perlu minta kerjasama daripada pemandu jika perlukan. Di samping itu, guru perlu membuat aturcara tempat-tempat lawatan dan masa supaya tidak akan mengejar masa semasa lawatan ini dijalankan. Sebelum pergi ke lawatan, guru berpesan kepada pelajar supaya membawa buku nota dan pen supaya mencatatkan apa yang mereka lihat semasa lawatan kerana pelajar akan berbincang tentang ini di dalam kelas selepas balik nanti. Sesetengah guru membawa pelajar pergi perkhemahan dan perkelahan. Demi keselamatan pelajar, guru perlu kenalpasti tempat perkhemahan dan juga sediakan program di tempat perkhemahan. Guru menyediakan senarai tugas yang akan dilakukan oleh pelajar secara kumpulan. Pelajar-pelajar dibahagikan kumpulan dan bertanggungjawab, seperti memasak, menyediakan makanan, tempat permainan, tempat solat dan lainlain. Guru perlu hidupkan solat secara berjamaah dan mengadakan tazirah ringkas selepa setiap solat Jamaah. Selepas perkhemahan berakhir, guru perlu

merumuskan hasil perkhemahan/perkelehan dan menulis laporan sebagai satu jelasan.

14

Refleksi Saya Lai Chen Yee ,guru pelatih dari PPISMP Semesta 2 BC(SK) Ambilan Jun 2011 amat berterima kasih kepada pensyarah kemahiran berfikir, iaitu Encik Rosli bin Mohamad kerana memberi saya peluang ini untuk melakukan kerja kursus ini telah mempelajari sepanjang melakukan kerja kursus ini. Encik Rosli telah membuat penerangan yang jelas terhadap kerja kursus ini. Selain itu ,Encik Rosli telah banyak memberi cadangan dan nasihat kepada saya untuk menjalankan kerja kursus supaya dapat menyiapkan kerja kursus dengan sempurna .Encik Rosli juga berbincang dengan saya cara pelaksanaan kerja kursus supaya saya lebih faham tentang cara pelaksanaan kerja kursus . Apabila saya menerima kerja kursus ini ,saya berasa amat tertekan kerana saya masih terdapat kerja kursus subjek lain yang belum siap .Selepas Encik Rosli menjelas dan menyatakan cara melaksanakan kerja kursus ,saya lebih faham apa yang perlu saya lakukan dan lebih senang untuk saya mencari maklumat .Saya telah mencari maklumat melalui internet ,melayari laman web yang berkaitan untuk

mendapat lebih banyak maklumat yang diperlukan .Di samping itu , saya juga mencari maklumat di buku rujukan dan buku-buku yang berkaitan .Saya telah pergi ke perpustakaan untuk mendapatkan buku-buku seperti buku kemahiran berfikir dan mencari maklumat yang digunakan . Semasa proses mencari maklumat ,saya telah menghadapi masalah tidak dapat mencari maklumat yang saya perlukan .Pada ketika saya berasa cemas ,rakan-rakan saya yang dapat mencari maklumat yang saya tidak dapat cari itu sudi berkongsi buku-buku yang berkaitan untuk saya .Saya berasa amat berterima kasih kepada rakan-rakan yang pernah membantu saya .Selepas

15

mendapat semua maklumat yang saya perlukan ,saya cuba mengumpul maklumat dan menyusun maklumat dengan kemas .Seterusnya ,saya menaipkan maklumat yang telah saya cari ke dalam komputer. Akhirnya, saya telah menyiapkan kerja kursus saya dengan sempurna dan lancar atas bantuan pensyarah dan rakan-rakan sekelas saya . Saya telah banyak belajar melalui kerja kursus ini seperti saya dapat mencari maklumat ,menapis ,mengumpul ,mengemas dan menaip dengan lebih baik .Selain itu, saya telah banyak mempelajari dan memahami definisi dan konsep kemahiran belajar yang amat penting bagi murid-murid di sekolah dan cara-cara melaksanakan aktiviti P&P untuk meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid. Kerja Kursus ini telah membantu saya seorang bakal guru dapat menimba ilmu pengetahuan dan menggayakan kehidupan saya pada masa depan. Akhir kata ,saya berasa amat gambira kerana dapat menyiapkan kerja kursus yang diberikan dan saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan tentang kemahiran berfikir serta dapat menggunakan kemahiran berfikir dalam kehidupan seharian dan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

16

Rumusan Saya sebagai seorang guru, perlulah memahami tentang kemahiran berfikir dan menggunakannya dalam p&p untuk pembelajaran masteri. Pelajarpelajar juga perlu memahami tentang kemahiran berfikir dan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek dan bermaksud kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.

Seseorang seperti Pelajar-pelajar yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Dari aspek pendidikan, kemahiran belajar akan mempengaruhi cara pembelajaran sama ada kepantasan serta berkesanan pembelajarannya. Kajiankajina tentang berfikir menunjukkan bahawa pelajar yang dilatih untuk berfikir mempunyai perkembangan positif terhadap pembelajarannya. Kemhiran berfikir berupaya meningkatkan penguasaan pengetahuan dan seterusnya meningkatkan motivasi dalam diri pelajar. Peningkatan motivasi untuk belajar dengan cara tidak langsung membantu kemahiran berfikir. Salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar di sekolah ialah dengan mengadakan projek sains yang berunsur kreativit. Penekanan terhadap pemikiran kritis dan kreatif dalam kurikulum merupakan tindakan dan perkembangan yang baik. Justeru itu, semua pihak harus mengembeling tenaga untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif ini terhadap individu pelajar sejak kecil lagi.

17

Kesimpulannya, guru harus menggunakan pelbagai aktiviti untuk mengembangkan kemahiran berfikir kepada pelajar. Dalam perkembangan

kemahiran berfikir, guru harus memberi penegasan terhadap proses berfikir.

18

Lampiran Artikel berkaitan dengan pengajaran kemahiran berfikir

Meningkatkan kemahiran berfikir


Oleh Dr. Aminudin Mansor

KEMAHIRAN berfikir penting dalam kehidupan seharian. Seseorang yang malas berfikir tidak akan berupaya meningkatkan potensi minda ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran berfikir sangat penting bagi memahami dan menakluki sesuatu perkara yang diajar oleh guru.

Secara jelas kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara seseorang belajar dan proses mendapat maklumat. Dengan kata lain, ia proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan terutama kepada kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak yang genius teguh tidak mudah tergoda dengan kejayaan.

Perkembangan kemahiran terutama kepada kanak-kanak melibatkan perubahan struktur mental. Ia melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaklukan, penyelesaian masalah dan memori. Kebolehan kanak-kanak menyelesaikan sesuatu masalah dapat kita gunakan sebagai mengukur perkembangan intelek mereka.

Sementara itu, terdapat enam komponen pembelajaran dalam kurikulum prasekolah kebangsaan iaitu kognitif, bahasa dan komunikasi, fizikal, sosiologi, kerohanian dan moral serta estetik dan kreativiti. Komponen perkembangan kognitif mempengaruhi
19

semua aktiviti pembelajaran. Komponen ini memberi penekanan kepada pemupukan sikap positif terhadap sains dan matematik.

Perkembangan kognitif adalah segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan pengetahuan dari semasa ke semasa dalam kehidupan. Sebagai contoh, agama dianggap cara memenuhi keperluan kognitif untuk kefahaman intelektual seseorang. Anak-anak melalui proses pembelajaran melalui peringkat tadika dari usia lima hingga enam tahun, sekolah rendah tujuh hingga 12 tahun, sekolah menengah 13 hingga 17 tahun dan seterusnya di peringkat universiti.

Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif berlaku melalui skema. Antaranya melibatkan bentuk asas pengetahuan manusia. Kanak-kanak dikatakan mula membentuk skema dari saat kelahiran dan perkembangan berlaku dalam dua proses iaitu adaptasi dan organisasi.

Kita perlu mengambil iktibar daripada Luqman seorang genius sepanjang zaman. Luqman mengetahui ilmu generasi awal dan generasi akhir. Dia mempunyai keupayaan melihat lebih daripada sepuluh perkara yang manusia biasa hanya dapat melihat satu perkara. Menurut Hassan al-Banna, ilmu Luqman perlu digali kerana apabila tidak dimanfaatkan ibarat pokok yang tidak berbuah. Al-Hakim (orang bijak) selalu berdamping dengan nama Luqman. Bahkan ada ungkapan, Dia bijak daripada Luqman. Jelaslah tamadun gemilang pada masa depan akan dibina daripada anak-anak yang mahir berfikir dan genius.

20

Menurut Benjamin Franklin, Genius yang tidak dididik atau tidak diasuh adalah ibarat permata tenggelam di dalam lombong. Sementara menurut Buffon, orang yang genius tidak lain adalah kerana kecekapan yang luar biasa dalam menghadapi kesabaran.

Menjadi ibu bapa pada zaman moden serba payah, kerana banyak cabaran dan saingan serta halangan. Pelbagai pengaruh baru seperti Internet, telefon bimbit, televisyen, hiburan dan rakan di sekeliling anak-anak akan mudah mempengaruhi mereka berbanding ibu bapa.

Bagi menghadapi cabaran ini, ibu bapa perlu bijak dan sentiasa berfikir mengikut arus pemodenan agar sejajar dengan perkembangan semasa. Ibu bapa juga perlu berubah seiring peredaran zaman. Ibu bapa mesti mendidik anak dengan penuh hikmah melalui nasihat, bimbingan, teladan dan tunjuk ajar. Hikmah dan pengajaran yang berhemah dan menuju kebaikan dan kebenaran akan mudah diterima anakanak.

Menurut Ibnu Sina, ibu bapa mesti arif dan pintar. Orang yang arif sentiasa tersenyum simpul dan bermuka jernih, walaupun hatinya tidak bergembira kerana dia memperoleh kebenaran yang dicarinya. Orang yang arif itu dermawan. Bagaimanapun, dia tidak menderma kerana harta benda baginya bukanlah kekayaan. Kekayaan yang sejati adalah mencintai kebenaran.

21

Ibu bapa mesti berusaha memahirkan diri dengan meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains anak-anak. Berfikir secara logik dan

memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat melalui pembacaan dan menambah ilmu khususnya dalam pembentukan kemahiran kognitif. Melalui pengalaman ibu bapa boleh memberi peluang mengembangkan bakat anak-anak dalam bidang yang diminatinya dan mengembangkan konsep membaca, menulis dan mengira (3M).

Kemahiran berfikir adalah antara potensi minda yang sangat penting. Ia berperanan dalam menentukan kejayaan seseorang dalam apa juga bidang yang diceburinya. Melalui kemahiran berfikir yang tepat dan teliti mengelakkan seseorang daripada melakukan kesilapan, kecelaruan dan kesilapan berfikir serta terlalu mengikut emosi yang boleh menyebabkan sesuatu tindakan tidak tepat.

Perkembangan pembelajaran kanak-kanak adalah melalui proses berterusan. Faktor prestasi intelek kanak-kanak juga membabitkan faktor baka, kesihatan, pemakanan yang baik, sikap ibu bapa yang menggalakkan anak-anak belajar, persekitaran yang baik dan harmoni, kaedah pembelajaran berterusan, menggalak dan

mengembangkan minat dan bakat anak-anak. Meningkatkan potensi minda adalah memberi pendedahan berkenaan sesuatu ilmu pengetahuan yang sering dipandang ringan iaitu ilmu berkaitan berfikir.

22

Seseorang anak yang baik dan cemerlang akan sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan baik, yakin pada diri dan boleh dipercayai, sentiasa mengamalkan sifat tolong-menolong, sabar dan tabah hati, berani maju untuk menempuh kebahagiaan, ikhlas dalam amal dan usaha, yakin dan percaya pada diri sendiri, mempunyai keazaman kuat, sederhana dalam segala urusan dan berusaha membangunkan martabat diri dan keluarga.

Sewaktu anak masih muda ajarkan mereka dengan kebaikan dan kejayaan supaya apabila dewasa mereka tidak menyusahkan ibu bapa dan orang lain. Seorang anak yang baik dan cemerlang lebih baik daripada sepuluh anak yang malang dari segi perlakuan dan budi pekerti. Ayah yang bijaksana mengetahui bagaimana mendidik anaknya ke arah kecemerlangan.

Kesimpulannya, bimbingan motivasi untuk menjadikan anak cemerlang sangat penting. Anak-anak akan menjadi dewasa dan menjadi insan cemerlang dalam hidupnya. Anak yang cemerlang adalah anak-anak yang mempunyai wawasan masa depan, insan yang sedia berkorban untuk agama, masyarakat, negara dan alam sejagat. Sesungguhnya kecemerlangan akal budi seseorang anak akan dapat menyeimbangkan kehidupan di dunia dan akhirat.

23

Otak manusia

Model kemahiran berfikir

24

Soalan kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir aras tinggi

25

Bibliografi 1.Rujukan buku Dr Rosnanaini Sulaiman. Et. Al (2011). Kemahiran Berfikir. Penerbitan Multimedia SDN.BHD

John holt, (1996). How Children Learn. Addison-Wesley Publishing Company

Mohannad Shatar Sabran. Et. Al (2009). Tip Pendidik Cemerlang. Utusan publications dan distributors SDN.BHD.

2.Rujukan internet

Kemahiran berfikir,(2010) http://gurufikir.blogspot.com/ Diakseskan pada 12 Februari

Kemahiran Berfikir http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/02/kemahiran-berfikir.html 14 Februari Diakseskan pada

Kepentingan kemahiran berfikir dalam pendidikan http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2008/08/assalamualaikum-dan-salamsejahtera.html Diakseskan pada 15 Februari 2012

Pengajaran Kemahiran berfikir Aras Tinggi http://nsrajendran.tripod.com/Papers/PPK12001A.pdf Diakseskan pada 15 Februari 2012

26

JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR http://www.slideboom.com/presentations/145417/JENIS-JENIS--KEMAHIRANBERFIKIR Diakseskan pada 16 Februari 2012

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir http://thinking-skills-rajendran.blogspot.com/2010/03/jenis-jenis-kemahiranberfikir.html Diakses pada 18 Februari 2012 Pelbagai Kecerdasan Dan Kemahiran Berfikir http://www.teachersrock.net/masteri4.htm Diakseskan pada 18 Februari 2012

27