Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN YDP PIBG UNTUK HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang berusaha Tuan Hj Suhaimi bin Saidin, Pengetua SMK Desa Murni, En. Zaini bin Md Zain, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Rozaini bin Kassim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Ustaz Abdul Rahman bin Mohamed, Penolong Kanan Ko kurikulum. Guru-guru dan para pelajar yang diraikan sekalian.

Terima kasih kepada warga SMK Desa Murni kerana sekali lagi berjaya mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan untuk tahun 2013. Komitmen yang diberikan merupakan landasan membina generasi cemerlang dan berwawasan yang dapat menjana kecemerlangan negara.

Tahniah saya ucapkan kepada saudara Muhammad Hariz Haziq bin Mohtar yang telah mendapat 7A 1B dalam PMR 2012 dan semua pelajar yang menerima hadiah pada hari inia atas kejayaan mereka. Ini menunjukkan SMK Desa Murni dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru kerana berjaya mendidik dan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan berkualiti pada hari ini.

Akhir kata, saya dengan ini merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan tahun 2013.