Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Saya berasa syukur kerana dengan limpah kurnia Tuhan, dapatlah saya menyiapkan tugasan Bola Baling yang telah diamanahkan kepada saya dalam masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah gerko saya kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya. Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sepasukan saya iaitu, Tan Pei Wen dan Tan Li Li yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan idea yang bernas kepada saya untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya telah menghadapi kekangan dalam mengumpulkan maklumat. Saya menghabiskan masa yang agak panjang, barulah saya dapat mengumpulkan maklumat tersebut dengan melayari internet dan buku. Buku-buku tentang Bola Baling amat sukar dicari dalam pusat sumber IPG. Saya menghabiskan sepanjang 3 jam dengan memeriksaan rak-rak buku tetapi malangnya, saya masih tidak dapat mencarikannya. Selain itu, talian

linkungan internet dalam IPG kurang stabil dan maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini tidak dapat diakses. Saya terpaksa pulang ke rumah untuk mencari maklumat. Dengan usaha yang tidak berputus asa, akhirnya saya juga mampu menyelesaikan masalah sedemikian. Walau bagaimanapun menghadapi kekangan, saya juga banyak

memperoleh faedah melalui tugasan ini. Dalam tugasan ini, saya perlu banyak membaca maklumat yang tentang sistem pertandingan Bola Baling. Secara

langsung, saya telah memahami sistem ini dengan lebih mendalam khususnya Sistem Kalah Mati. Sebagai bakal guru, saya perlu menguasai kemahiran yang berlainan agar dapat menjadi seorang guru yang berprofesional. Melalui tugasan ini, saya

telah mempelajari tentang cara mengorganisasikan sesuatu pertandingan. Apabila saya menjadi guru yang sebenar , saya telah mampu mengajar anak murid saya bermain Bola Baling. Permainan Bola Baling bukan sahaja dapat melepaskan tekanan murid dalam bidang kurikulum, malah dapat menyihatkan badan. Secara kesimpulannya, sistem pertandingan adalah elemen yang penting dalam sesuatu pertandingan Bola Baling. Dalam proses menyempurnakan

tugasan, ilmu yang saya peroleh akan saya simpan ke akhir hayat.

Anda mungkin juga menyukai