Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3 / 2013.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, saya berjaya menamatkan program ceramah Bina Insan Guru (BIG), kali ketiga bagi tahun 2013. Melalui program Bina Insan Guru (BIG) ini, kami telah mendapat

pelbagai pengalaman yang sangat berguna untuk diaplikasikan dalam profesion perguruan dan juga dalam kehidupan seharian.

Sepanjang program ceramah yang dijalankan di dewan Ibnu Khaldun, IPG Kampus Darulaman ini pelbagai manfaat yang telah saya peroleh hasil dari aktiviti ceramah tersebut. Saya yakin aktiviti ceramah yang dirancang mempunyai motif dan objektif yang tersendiri untuk guru pelatih aplikasikan apabila menjadi guru pada masa akan datang. Pada pendapat saya, aktiviti ceramah yang telah dilaksanakan sewaktu program ini sangat menarik dan mempunyai nilai murni yang dapat diaplikasikan dalam profesion perguruan.

Di samping itu, sebagai seorang yang bakal bergelar guru, saya sedar bahawa kemahiran komunikasi merupakan sesuatu yang amat penting. Hal ini kerana komunikasi merupakan medium utama untuk mendidik pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai kemahiran yang mantap dalam komunikasi akan disegani oleh murid-murid. Melalui komunikasi berkesan, murid-murid akan dapat faham sesuatu ilmu yang ingin disampaikan oleh guru. Jika seorang guru itu tidak mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi, maka amat sukar bagi pelajar untuk mendengar arahan yang disampaikan oleh guru mereka. Tambahan pula, seorang guru pastinya akan sentiasa berdiri dikhalayak ramai, hadapan para guru lain, murid-murid dan juga ibu bapa murid itu sendiri. Dalam proses mengajar dan memahami murid, guru hendaklah menggunakan kata-kata yang sesuai dan mudah difahami oleh mereka. Selain itu, guru juga perlu mengetahui tahap pemikiran anak-anak murid meraka agar ucapan yang disampaikan boleh diterima dan dapat aplikasikan kelak, serta menggunakan laras bahasa yang tepat. Melalui aktiviti ceramah yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah Bin Mat, saya dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi saya terutamanya dengan rakan-rakan dalam kumpulan saya dan juga para pensyarah serta staf

sokongan

di IPG Kampus Darulaman. Program ceramah yang dijalankan amat

membantu kami sebagai bakal guru terutamanya dalam mempertingkatkan keyakinan diri terutamanya ketika berkomunikasi di hadapan khalayak. Seorang guru perlu berani untuk menerima kritikan daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan pelajar. Jika perkara ini berlaku apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya telah bersedia untuk menerima segala kritikan daripada pelbagai pihak dan berusaha untuk memperbaiki kelamahan diri saya. Saya sedar bahawa untuk menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Walau bagaimanapun saya perlu berusaha sedaya upaya saya untuk menjadi seorang guru yang baik dan memahami tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Selain itu, juga seorang guru perlu mempunyai kemahiran bersosial yang tinggi. Kemahiran sosial sangat penting bagi seorang insan yang bergelar guru. Hal ini kerana, melalui kemahiran sosial, guru dapat mengenali seseorang murid itu dengan lebih dekat dan memahami perasaan mereka. Jika seseorang guru itu tidak mempunyai kemahiran sosial yang baik, maka amat sukar untuk guru itu berhadapan dengan murid yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza. Saya sedar bahawa, untuk menjadi seorang guru, kemahiran bersosial amat penting kerana melalui kemahiran bersosial yang ada seseorang guru itu akan mudah menyesuaikan diri dengan orang orang di sekelilingnya. Maksudnya, guru bukan sahaja perlu bersosial dengan anak didiknya, malah guru haruslah bijak bersosial dengan orang yang berada di sekelilingnya seperti dengan guru besar, rakan sejawat, staf staf sokongan, petugas kantin, dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat mengesan kelemahan yang ada pada diri saya melalui program bina insan guru ini.

Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, pengalaman baru, fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berdedikasi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.