Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES THE MASCOT GURU PELATIH : NUR SYAHIDATUL AKMAL BINTI ABU BAKAR Berdasarkan

kajian yang dibuat, kes ini menceritakan tentang seorang guru pelatih bernama Cathy Anderson yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun dan mendapat tutor bernama Mrs Clem. Permasalahan berlaku apabila cara Mrs Clem memperkenalkan Chaty kepada pelajarnya mula memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya dengan hanya berdiri di hadapan kelas bagaikan Mascot. Disamping itu juga, masalah lain turut timbul iaitu, Mrs.Clem hanya membenarkan Chaty mengajar bermula minggu ketiga daripada lapan minggu tempoh praktikalnya. Masalah lain timbul apabila Mrs.Clem meminta Cathy mengajar tajuk pendidikan seksual dan memperkenalkan kepentingan St. Patricks Day kepada murid-murid secara tiba-tiba walhal Cathy tidak membuat sebarang persediaan. Selain itu, Cathy juga telah merancang pengajarannya untuk menggunakan Science Kit sebagai bahan bantu mengajar. Cathy telah mengingatkan Pn. Clem untuk membawaScience Kit tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa Science kit itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Pn. Clem tidak membenarkannya. Keesokan hari di dalam kelas, dia mendapati Science Kit yang diinginkan tiada ditempatnya. Cathy meminta sekali lagi kepada Pn. Clem. Cathy meminta Tai mengikutnya mengambil Science Kit tersebut tetapi Mrs Clem mahu Jabar yangmengambilnya. Sekembalinya Jabar, Cathy meneruskan

pengajarannya. Namun,Jabar tidak memberikan perhatian dengan mengganggu rakan yang lain. Cathy menegur Jabar dan tindakan drastik Jabar ialah keluar dari kelas dengan bersahaja. Mrs Clem berkata tindakan itu adalah hak Jabar sebagai seorang murid. Cathy tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy mendenda Jabar dengan menahannya keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem membenarkan Jabar keluar rehat sebelum waktunya. Tindakan ini dikesali Cathy. Cathy mengambil keputusan untuk berjumpaJabar dan bertanya mengapa Jabar berkelakuan nakal. Jawapannya ialah Jabar menyangka Cathy tidak menyukainya. Justeru, Cathy mahu menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Cathy sedar hubungan yang kurang mesra dan tiada persefahaman antara Mrs Clem banyak mempengaruhi tingkah laku murid dan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
1

Berdasarkan analisis cerita di atas, saya telah menggariskan bahawa terdapat tiga model yang berkaitan iaitu Model Skinners- Modifikasi tingkah laku, ModelDreikurss- Model akibat logikal dan Model Glassers- Terapi realiti. Menurut Skinner, pengukuhan positif merupakan rangsangan yang diberikan untuk menggalakkan dan mendorong murid-murid mengulangi rangsangan atau sikap yang baik. Tingkah laku yang diikuti ganjaran (pengukuhan) akan kerap berlaku. Contohnya, semasa Cathy menjalankan proses p&p, dia menyediakan goodwork tickets iaitu ganjaran bagi murid yang menyiapkan kerja sekolah dengan cepat. Melalui pengukuhan positif ini, sudah pasti tingkah laku murid-murid boleh dibentuk walaupun ada sesetengah tingkah laku perlu dibentuk secara berperingkatperingkat. Pengalaman yang lalu juga akan mempengaruhi tindakan yang selanjutnya. Sebagai contoh, Mrs Clem semakin beranggapan negatif terhadap Cathy selepas peristiwa Cathy tidak bersetuju dengan pandangan beliau dalam pengajaran dan tindakan Cathy mengkritik gaya pembelajaran Mrs Clem telah menyebabkan Cathy tidak diberi peluang untuk mengajar. Konflik ini berlaku sehingga memberikan Jabar pelbagai imuniti untuk melakukan sebarang masalah disiplin seterusnya menyebabkan Cathy tidak dapat mengawal Jabar.

Ringkasnya,pengalaman lalu merupakan konsekuen yang membawa kepada kawalan tingkah laku yang berubah dalam persekitaran kini. Selain itu, penggunaan Reverse Phsycology dilakukan untuk menginsafkan murid yang melakukan kesalahan. Sebagai contoh, Jabar sering berbual dengan rakannya dan mengendahkan arahan Cathy ketika di dalam kelas. Hal ini kerana, dalam diri Jabar telah timbul rasa berkuasa kerana Mrs Clem sentiasa menyebelahinya dan apabila Cathy menunjukkan kekecewaan, Jabar bertindak keluar dari kelas. Di dalam model ini, terdapat kekuatan dan kelemahan yang telah dikaji. Antara kekuatan yang ada ialah penggunaan pengukuhan positif akan membawa tingkah laku yang baik dan lebih berkesan berbanding pengukuhan negatif. Pengukuhan yang berterusan akan mengekalkan tingkah laku tersebut. Selain itu, penggunaan strateg imodifikasi tingkahlaku akan menyedarkan guru agar peka dengan apa yang berlaku dalam bilik darjah. Antara kelemahannya pula ialah murid

akan dimanipulasi melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran. Ia juga agak merbahaya jika digunakan oleh guru yang kurang peka dan tidak beretika. Model kedua iaitu Model Akibat Logikal yang diutarakan oleh Dreikurs menyatakan bahawa disiplin bukan hukuman sebaliknya kawalan diri. Berdasarkan kajian kes, ia berkaitan dengan keperluan dalam menginginkan perhatian muridmurid. Sebagai contoh, Jabar mengganggu tumpuan rakan lain ketika Cathy memberi kerja kepada mereka. Selain itu, terdapat situasi di mana Mrs Clem mencelah dengan menyuruh Jabar mengambil science kit itu. Setelah

mengambilnya, Jabar langsung tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran Cathy. Selain itu, terdapat juga keperluan dalam membalas dendam seperti yang ditunjukkan oleh Jabar. Dia bersikap kurang ajar kepada cathy kerana menyangka Cathy tidak menyukainya. Konflik terus berlaku apabila Mrs Clem melepaskan Jabar sebelum penahanannya selesai. Jabar semakin hilang hormat kepada Cathy kerana Mrs Clem lebih berkuasa daripada Cathy. Mrs clem pula menggunakan kuasa yang diberikan secara autokratik. Segala pandangan Cathy ditolak mentah dan mereka bertelagah di hadapan murid-murid setelah Cathy memberikan hadiah sebagai ganjaran kepada murid yang menyiapkan kerja dengan cepat. Rasa berkuasa juga timbul dalam diri Jabar setelah Mrs Clem menyuruh dia mengambil science kit. Penggunaan model ini dapat memupuk autonomi di mana murid bertanggungjawab keatas tindakan mereka. Tetapi, ia agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yangsetimpal dengan salah laku tertentu. Model ketiga iaitu Terapi Realiti Glasser yang menekankan setiap individu supaya memenuhi keperluan dan kehendak sendiri tanpa mengganggu keperluan dan kehendak individu lain. Ini dibuktikan melalui sikap keinginan untuk dipunyai Jabar. Dia berkelakuan nakal kerana menyangka Cathy tidak menyukainya. Sikap manusia yang ingin memiliki kuasa juga dilihat pada Jabar ketika Mrs Clem memilihnya untuk membantu Cathy mengeluarkan science kit. Setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing .Model ini berkesan bagi guru permulaan untuk pelan pengurusan bilik darjah yang sistematik dan berstruktur. Tetapi, tidak semua murid berupaya menyelesaikan masalah tingkahlaku masing-masing kerana mereka belum mencapai kematangan emosi, psikologi atau perkembangan. Untuk mengatasi masalah di atas, terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan.
3

Pertama, guru perlu mengekalkan suasana pembelajaran yang positif supaya dapat mempengaruhi tingkahlaku positif daripada murid-murid sesuai dengan model Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Bagi murid yang sering berborak semasa guru mengajar seperti Jabar, kaedah time-out boleh digunakan.Selain itu, guru perlu mempelbagaikan aktiviti dalam p&p agar lebih seronokdan berkesan. Sesuai dengan model Terapi Realiti Glasser, terdapat sepuluh langkahyang disarankan bagi memastikan proses p&p berjalan lancar iaitu memilih strategi yang sesuai digunakan, mengatasi masalah melalui dua cara iaitu memberi latihanyang menarik dan relevan serta membina hubungan positif dengan murid, meningkatkan cara penyoalan, membuat perbincangan dengan murid, meminta murid membuat pelan tindakan yang positif, dan menghantar murid ke lokasi lain tetapi selesa sambil dipantau guru bertugas. Perlaksanaan terapi ini perlulah dilaksanakanmengikut kesesuaian murid tersebut. Bukan itu sahaja, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk memperlihatkan kemampuan mereka tetapi jangan pula sampai terlalu memberi kepercayaan atau kuasa kepada mereka. Kedua, pendekatan reverse phsycology juga sesuai digunakan bagi murid yang suka melawan dan tidak mengikut arahan. Seterusnya, berdasarkan kes yang diberi, sebagai guru, Mrs Clem seharusnya dapat mengenal pasti masalah di dalam kelas dan membina hubungan rapo antara dia dan Cathy. Cathy pula seharusnya melibatkan semua murid dalam proses p&p supaya tidak ada seorang pun dianggap tersisih seperti Jabar. Perhatian yang lebih perlu diberi kepada murid yang sukar dikawal. Cathy juga seharusnya sudah mahir dalam teknik menangani kemampuan murid yang berbeza-beza. Sebagai rumusannya, Cathy dan Mrs Clem hendaklah berbincang dengan mengenalpasti punca masalah yang berlaku antara mereka dan berusaha mengatasinya bersama-sama. Selain itu, Mrs Clem perlu percaya kepada Chaty untuk melakukan proses p&p dan hanya menegur Chaty apabila dia melakukan kesalahan dengan berbincang secara baik, bukan menegur Chaty di hadapan sehingga melibatkan sedikit pertengkaran di hadapan murid-murid. Oleh itu, segala masalah yang timbul diantara mereka hendaklah diselesaikan dengan berbincang secara baik.

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES THE MASKOT GURU PELATIH : MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN Seseorang guru yang efektif amat penting dalam menjadikan suasana dan iklim bersistematik, kondusif dan mampu dikawal serta mampu menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Dalam mengkaji tentang kes The Mascot ini, dengan jelas, kita dapat melihat guru yang tidak efektif telah mengucar kacirkan pengurusan bilik darjah. Penceritaannya bermula dengan Mrs. Clem sebagai guru pembimbing tidak memiliki ciriciri guru efektif dan hal ini telah mendatangkan pelbagai masalah sampingan kepada Cathy selaku guru pelatih baru di situ. Segala masalah yang ditimbulkan oleh Mrs. Clem sememangnya menyukarkan Cathy untuk melaksanakan sesi pengajarannya apatah lagi merasai perasaan sebenar sebagai seorang guru baru disitu. Hasil dapatan daripada analisis kajian kes ini, Mrs. Clem dilihat sebagai faktor utama yang mencetuskan kepada isuisu atau permasalahan lain yang telah tercetus kepada Cathy yang merasakan dirinya sebagai mascot kepada Mrs. Clem. Sikap dan perangainya langsung tidak mencerminkan ciriciri seorang guru yang efektif. Lorin W. Anderson (1989) menerangkan bahawa guru yang efektif tahu

serba serbi apa yang ingin diajar, prihatin terhadap murid dan melayan mereka dengan rasa hormat serta mampu untuk membuat keputusan yang bijak. Keseluruhan masalah ini mempunyai kaitan rapat dan hubungkait dengan ciri ciri guru yang efektif. Apabila ciriciri guru yang efektif diabaikan dan jenis guru asertif tidak diamalkan dalam rutin harian kelas, maka ianya telah mendatangkan masalah kepada guru pelatih baru seperti Cathy. Masalah yang terjadi ini sememangnya berpunca daripada Mrs. Clem. Antara masalah yang dihadapi oleh Cathy ialah murid murid tidak begitu menghormati Cathy sebagai guru mereka. Contohnya, Jabar dengan sesuka hati bertindak keluar kelas apabila ditegur Cathy dan menjawab dengan nada memberontak. Jabar juga kerap menunjukkan tindak balas atau rangsangan negatif apabila ditegur Cathy. Alasan Jabar atas kelakuannya ialah dia merasakan Cathy tidak menyukainya sepertimana Mrs. Clem yang selalu memberi perhatian kepadanya. Sikap Jabar ini boleh dilihat sebagai murid yang kurang kasih sayang. Dia melakukan

pemberontakkan hanyalah semata-mata untuk mengharapkan guru memberi perhatian kepadanya. Selain itu, pengawalan kelas juga menjadi tidak teratur dan bersistematik. Cathy sebagai seorang guru bimbang dengan kawalan kelasnya apabila dia keluar daripada kelas untuk mengambil science kit. Apabila pulang daripada mengambil science kit itu, Jabar dan tujuh orang murid sedang berkerumun untuk menyiapkan science kit tersebut. Semua itu kerana arahan Mrs. Clem mendahului ara hannya. Mrs Clem tidak menghiraukan Cathy sebagai guru yang sedang melakukan sesi pengajaran di dalm kelas tersebut. Bukan itu sahaja, terjadi pergaduhan diantara murid selepas waktu rehat. Jabar, Isaac dan Thomas bergaduh sehingga dia atas lantai. Namun Cathy terkejut, tiada tindakan pantas yang dilakukan oleh Mrs. Clem yang berada di dalam kelas tersebut ketika itu.. Bukan itu sahaja, hasrat Cathy untuk menjadi guru sebenar di dalam kelas juga tidak tercapai. Cathy berhasrat untuk mempelajari sesuatu daripada mentornya Mrs. Clem yang telah berkhidmat selama 20 tahun sebagai seorang guru, namun dengan sikap Mrs. Clem yang tidak bersikap terbuka menyebabkan Cathy sukar untuk melaksanakan sesuatu di dalam kelas. Mrs. Clem juga selalu merungut tentang kerjayanya sebagai seorang guru dan tidak dapat menerimanya sebagai tanggungjawab sebagai seorang guru. Pada pandangan Cathy, ini bukanlah sesuatu sikap yang wajar dicontohi dalam meneruskan kerjaya dalm bidang pendidikan ini. Sikap negatif ini seharusnya dikikis dalam menjadi seorang guru yang afektif. Rentetan daripada masalah yang telah timbul dalam kajian kes ini, dapat kita lihat bahawa kualiti peribadi seseorang guru yang efektif akan membantu mereka dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik di dalam bilik darjah. Kadangkala kualiti ini sememangnya sudah sedia ada dalam diri seseorang guru, namun kadangkala ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan tentang kualiti yang diperlukan untuk membantunya dalam pengurusan bilik darjah (Haliza dan Joy Nesamalar, 2008). Sememangnya pendekatan yang diambil oleh Cathy semasa mengawal kelasnya sudah betul namun keberkesanannya tidak dapat dilihat. Ia akan terlihat sekiranya Mrs. Clem bersikap terbuka dan mampu menerima teguran dan nasihat akan kesilapannya dan menyedari akan kepentingan nilai dan ciri guru efektif yang telah diterapkan sejak dari dahulu lagi.
6

Berdasarkan Model Displin Asertif Canter, ia boleh digunakan sebagai jalan penyelesaian untuk beberapa situasi agar masalah Cathy dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Merujuk kepada Model Displin Asertif Canter, Cathy akan memberi peluang kepada murid-muridnya untuk melakukan tindakan yang mereka ingin

lakukan tetapi mereka perlu sedar akan akibat yang akan berlaku sekiranya mereka masih melakukannya. Oleh itu mereka seharusnya bertanggungjawab terhadap kesan serta akibat yang akan berlaku kepada mereka. Cathy harus membenarkan murid-muridnya untuk bergerak bebas sewaktu kelas akan tetapi sebelum mereka melakukan perbuatan itu, mereka harus dimaklumkan tentang kesan sekiranya mereka asyik meninggalkan kelas sewaktu proses pengajaran. Hal ini akan menyebabkan mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran sekiranya mereka kerap meninggalkan kelas dengan sewenang-wenangnya. Bukan itu sahaja, sebagai seorang guru yang mengamalkan Model Displin Asertif Canter, memberikan peluang kepada murid-murid dalam melakukan tindakan mereka adalah yang terbaik. Pada masa yang sama juga mereka perlu bertanggungjawab terhadap tindakan yang mereka lakukan sepanjang tempoh proses melakukan tindakan mereka. Selain itu guru juga boleh menentukan tindakan murid supaya tindakan yang dilakukan tidak memudaratkan orang lain. Ganjaran perlu digunakan untuk menarik perhatian murid-murid supaya mereka akan mengikuti perkembangan kelas dengan lebih tumpu perhatian. Ganjaran juga boleh dikatakan sebagai satu proses motivasi intrinsik dan ekstrisik untuk meningkatkan lagi semangat untuk membelajari sesuatu. Murid-murid juga merupakan insan yang mempunyai perasaan maka kita sebagai guru perlu melayan mereka seperti ahli keluarga sendiri. Kita haruslah mendidik mereka dengan penuh kasih sayang dan tidak mengharapkan sebarang balasan. Murid-murid akan merasa dihargai apabila mereka dipuji dan disayangi. Murid-murid yang mendapat pujian akan merasa sangat gembira dan ini akan membantu anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlansung. Di samping itu, ganjaran perlu diikuti dengan dendaan yang munasabah. Dendaan yang seimbang akan membantu murid-murid menerima hakikat dunia

sebenar yang penuh dengan peraturan. Dendaan akan memberikan satu peringatan untuk murid bahawa tindakan mereka adalah silap dan tidak boleh diaplikasikan. Bukan itu sahaja, Cathy perlu tegas pendiriannya. Sesiapa yang berkelakuan baik akan dibenarkan untuk mengambil alatan sains dan melakukan ekperimen dan sesiapa yang tidak berkelakuan baik tidak akan mendapat layanan yang sebegitu. Tindakan guru yang seimbang akan membantu murid dalam perkembangan emosi dan kawalan diri. Oleh itu, konsep dendaan dan ganjaran ini haruslah diberikan penekanan dalam membentuk minda murid supaya mereka menjadi insan yang berguna .Dendaan dan ganjaran yang seimbang sebenarnya dapat membantu perkembangan murid-murid dalam kelas serta dapat menghasilkan satu suansana pembelajaran yang lebih teratus dan bersistematik.. Ganjaran dan dendaan juga merupakan salah satu idea dalam Model Displin Asertif Canter dan juga Model Displin Asertif Skinner. Merujuk kepada Teori Perlaziman Operan Skinner pula, teori perlaziman operan skinner mengutamakan pengamalan peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan proses tindakan guru untuk menambahkan semangat positif murid semasa dalam kelas sedang berlangsung. Peneguhan positif seperti memuji murid yang telah melakukan tugasan dengan penuh tumpuan. Peneguhan positif harus digunakan untuk memupuk keyakinan diri mereka supaya lebih berasa dihargai. Penghargaan juga merupakan salah satu peringkat penting dalam hireaki Maslow. Hireaki Maslow juga menyatakan bahawa penghargaan yang diberikan akan menambah keyakinan diri untuk memajukan diri dalam bidang tertentu. Cathy perlu mengamalkan cara penghargaan untuk kelasnya supaya mereka lebih menyukainya dan lebih suka mengadakan kelas dengannya. Keyakinan murid harus dipertingkatkan melalui aktiviti yang dijalankan dan pada masa yang sama juga harus membantu mereka untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Peneguhan positif harus disemaikan dengan lebih meluas pada peringkat ini. Keadaan yang lebih positif akan membantu murid mempelajari mata pelajaran dengan lebih mudah dan sempurna. Bukan itu sahaja, peneguhan ini harus disemai kerana murid dapat menerima segala ilmu yang telah disampaikan oleh guru mereka tanpa sebarang halangan di dalam minda. Dengan itu, murid dapat menerima sekurang-kurang 80% pengajaran yang telah disampaikan. Bukan itu
8

sahaja, misi dan visi kerajaan Malaysia dalam menjadikan murid di negara ini mempunyai minda dan pemikiran kelas pertama akan tercapai. Merujuk kepada Terapi Realiti Glasser pula, ia juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku individu atau murid perlu

dipertanggungjawabkan kepada diri mereka sendiri. Murid yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan akan mengakibatkan mereka tidak dapat mendapat layanan istimewa. Oleh itu, murid akn sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan mereka agar mereka tidak melakukan kesalahan. Sebagai contoh, Cathy perlu menentukan satu kriteria yang harus dipatuhi oleh murid-muridnya supaya mereka faham tentang tingkah laku yang bagaimana mereka akan dilayan secara istimewa. Murid sendiri akan berjaga-jaga tingkah laku mereka semasa dalam kelas. Kesimpulannya, terdapat banyak masalah yang menyumbang kepada terjadinya masalah utama. Masalah utama yang dikenal pasti daripada kes ini ialah sikap guru yang tidak efektif. Guru yang tidak efektif boleh menyumbang kepada banyak masalah lain. Oleh yang demikian, setiap guru seharusnya mempunyai satu garis panduan yang perlu dipatuhi agar mereka tidak terus melakukan kesilapan dalam melaksanakan sesi pengajaran. Bukan itu sahaja, guru seharusnya mempunyai sikap yang lebih terbuka dalam menerima pandangan individu lain. Kritikan dan pandangan yang dibuat terhadap guru boleh kita jadikan panduan dalam melayari bahtera pendidikan ini.