Anda di halaman 1dari 2

Refleksi TITAS Pertama kalinya saya Muhamad Iskandar Bin Samat pelajar PISMP semester 1 ambilan Januari 2012

ingin menghadratkan kesyukuran kepada Illahi atas limpah kurnianya saya dan rakan-rakan seperjuangan saya berjaya menyediakan hasil kerja kursus ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah Ustazah Sharifah bt Zakaria yang telah banyak membimbing saya dan memberi tunjuk ajar yang tidak ternilai harganya. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan saya yang telah banyak memberi kerja sama dan sering membantu dalam menjadikan kerja kurus ini yang terbaik. Kerja kursus bagi kami iaitu PISMP SEM 1 2012, kami telah diberikan tajuk tugasan yang berbunyi seperti berikutTamadun Islam: Pengaruh dan Kesannya dalam perkembangan tamadun Melayu. Bagi saya tugasan ini menarik untuk saya terokai dan selesaikan bersama rakan-rakan saya kerana ianya banyak melibatkan sejarah nenek moyang kita yang menjadi amalan kita hingga ke hari ini. Mungkin ramai diantara kita tidak tahu bahawa kebanyakkan amalan,binaan dan gaya hidup seharian kita adalah kesan daripada pengaruh tamadun islam yang mula terukir semenjak dahulu kala sekali. Ini adalah fakta dan sesuatu yang tidak patut dipertikaikan lagi. Saya ada terbaca satu artikel mengenai pengaruh dan kesan tamadun islam dalam tamadun melayu lantas menarik lagi minat saya untuk meneruskan kerja kursus ini. Kedatangan islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu. Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu banyak didasari adat dan ajaran agama Islam. Kesannya adalah seperi agama dan kepercayaan, pendidikan, bahasa dan kesusasteraan,perundangan, politik dan pemerintahan dan sebagainya. Berikut adalah diantaranya namun kesemua aspek tersebut memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita pada masa kini. Antara perubahan yang paling menarik perhatian saya adalah perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang mana masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang berteraskan tauhid. Faham tauhid telah mengubah pandangan dunia orang Melayu daripada zaman Hindu-buddha dengan metodologinya,penyembahan rajanya, ciri tertentu dan

masyarakatnya,alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni ( Muhammad Uthman, 1977:185). Akhir kata dari saya, tugasan ini banyak membantu saya sedar akan kesan dan impak yang telah diberikan oleh tamadun islam dalam tamadun melayu. Selain itu juga ianya juga membantu saya dalam mempelajari berbagai ilmu baru yang berguna untuk tatapan sepanjang hayat. Insyaalah akan diturunkan pada generasi yang akan datang. Sekian terima kasih.

Yang Benar,

________________ (Muhamad Iskandar Bin Samat)