Anda di halaman 1dari 33

Faculty Of Education And Language

HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEMESTER MEI 2012

NAMA NO MATRIKS NO KAD PENGENALAN NO TELEFON E-MAIL LEARNING CENTRE

: ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN : 720202075074002 : 720202075074 : 0124598112 : zeemaa2gee@gmail : SHAH ALAM LEARNING CENTRE

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PENGAKUAN

Saya Mengaku Bahawa Segala Tugasan yang Diberikan Adalah Hasil Kerja Saya Sendiri Kecuali Beberapa Contoh Yang Telah Saya Nyatakan Sumber Rujukannya

......................................................................... (TANDATANGAN) NAMA NO. KAD PENGENALAN : ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN : 720202075074

ii

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung dalam menyiapkan tugasan Falsafah Pendidikan di Malaysia ini, terutamanya pensyarah saya yang telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dengan pertolongan yang diberikan dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan selengkapnya.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak memberi buah fikiran yang bernas dan bantuan yang berkaitan dengan tugasan ini hingga saya berjaya menyiapkan tugasan yang berkualiti, sempurna, lengkap, kemas, dan teratur.

Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada kedua ibubapa dan keluarga saya keranamemberikan sokongan yang tidak pernah henti yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, semoga Tuhan dapat membalas setiap bantuan serta pertolongan yang diberikan samada secara langsung mahupun tidak secara langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.Saya berharap tugasan ini dapat saya aplikasikan dimasa hadapan.

iii

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

ISI KANDUNGAN

Tajuk
1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 Pengakuan Penghargaan BAB 1 : Pengenalan Permainan Tradisional BAB 2 : Pendekatan Belajar Sambil Bermain BAB 3 : Kajian Kes Permainan Tradisional BAB 4 : Tradisional dan Komersil BAB 5 : Refleksi Hasil Kajian BAB 6 : Kesimpulan Bibliografi

Halaman
ii iii 1 4 14 22 26 28 29

iv

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

BAB 1 PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL Apakah definisi permainan tradisional ? Sebenarnya, menurut Kamus

Dewan,permainan tradisional merujuk permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam masyarakat kita bermain permainan gasing,wau dan menjadi permainan tradisional. Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat moden. Peminggiran permainan tradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri. Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Antara contoh permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan gasing, wau dan congkak. Namun, peredaran zaman yang kian berubah telah menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini. Mengapakah hal sedemikian berlaku? Siapakah yang perlu melestarikan permainan tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas? Oleh itu, kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila. Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda tidak mengenali budaya warisan mereka. Impaknya, generasi muda sudah tentu tidak akan mengenali permainan congkak, sepak raga, wau malah mereka begitu berbangga dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran kini. Jelaslah, permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang. Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk mengisi masa lapang. Permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua
1

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

orang untuk memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara berkumpulan. Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara. Pada kebiasaannya, pelancong luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat di persada antarabangsa. Secara eksplisitnya, permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara. Permainan tradisional membawa signifikan yang ketara dalam sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai intiha, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada rakyat mahupun negara. Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini. Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur Dengan Tebing dalam mengekalkan permainan tradisional ini. Walaupun kini permainan moden bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap di hati kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta. Oleh itu,ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita. Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini.Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan ini.Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini.Oleh itu,pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini. Berkaitan dengan pembinaan gelanggang,pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan itu.Kewujudan jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat tentang sesuatu permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini memastikan berlakunya keseinambungan dalam memainkan permainan yang semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar yang
2

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita. Selain itu, pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ini sebagai salah satu bentuk aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisional sejak muda lagi dan memahami kepentingan mengekalkan permainan ini. Kesedaran yang dipupuk sejak awal ini mampu memberi impak yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa. Jadi, pihak sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk disertai oleh pelajar. Malah, permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa mengadakan promosi yang berkesan tentangnya menerusi media massa. Penayangan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini boleh menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat. Pemahaman ini kemudiannya akan dijelmakan dalam bentuk masyarakat cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin dalam hidup mereka.Sesungguhnya,promosi yang sesuai dan kena kepada sasaran memberi satu dimensi baru pada permainan ini untuk terus hidup dan berkembang dalam masyarakat moden kita. Kesimpulannya, permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah yang dijelaskan di atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Masalah yang timbul ialah pihak berkuasa tidak mempunyai keinginan politik yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek sebegini. Kelesuan minat pihak berkuasa dalam aspek ini bakal menyaksikan permainan tradisional ini semakin dilupakan.Peribahasa "tepuk dada tanya selera" sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih leka mungkin permainan ini akan terus terkubur.

BAB 2
3

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PENDEKATAN BELAJAR SAMBIL BERMAIN 2.1 PENGENALAN

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.

2.2

DEFINISI MAIN

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanakkanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang
4

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut. Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanakkanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990). Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983). Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

2.3

CIRI-CIRI MAIN DALAM P&P PRASEKOLAH

Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta . ( Fergus 1995,2). Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap imaginative play sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental
5

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu. Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti: i. main yang terancang ii. main yang berstruktur iii. main yang fleksibel iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan: Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to appreciate the fact that problems may have multiple solutions Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah: i. mengalakkan imaginasi ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial iv. membina keyakinan diri v. berorientasikan proses bukan hasil, dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi.

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

2.4

JENIS PERMAINAN Kanak-kanak bermain sendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain atau secara bebas. Permainan ini dianggap kebudak-budakan dan tidak matang. Tetapi pengkaji percaya, jenis permainan ini boleh dijadikan pengalaman yang matang dan menggembirakan.

i) Permainan solitary

ii.) Permainan parallel Kanak-kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampiran dengan kanak-kanak lain. Misalnya,dua orang kanak-kanak mungkin bermain benda yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama. iii) Permainan associative Seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak lain terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi tidak ada kerjasama ataupun menjadikan minat sendiri kepada minat kumpulan. Misalnya, beberapa orang kanak-kanak mahu menjadi emak dan ayah dalam kumpulan tersebut. Guru perlu campur tangan dan memberi cadangan. iv)Permainan cooperative Seorang kanak-kanak bermain bersama kanak-kanak lain. Mereka saling lengkap melengkapi. Ada kerjasama dan tolak ansur. Minat sendiri dapat dijadikan minat kumpulan. Kurang campur tangan guru.

2.5

KEPENTINGAN BERMAIN DI PRASEKOLAH Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap

pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja. Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yang boleh
7

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yang digunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000). Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiences that have no right or wrong answers Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan pembelajaran secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour (1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi abstrak yang bermakna. Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu aktiviti bermain yang banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawah Komponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting. Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping memupuk nilai estetika. Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut Wilhelm & Edminston (1998) In creative drama, children act as if their imagined world were an actual world andrepresent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a script for an audience. Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, & 2001). Kajian mereka menyatakan: play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a means by which all children practice skills they will need in later life. Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan perkembangan yang tertentu.
8

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1) Bermain untuk Perkembangan fizikal. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003). 2) Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanakkanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. 3) Bermain untuk Perkembangan Kognitif Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.
9

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.

2.6

PERANAN GURU DALAM MENGGALAKKAN MAIN

Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti : i) Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak. ii)Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada perubahan. iii) Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka. iv) Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak. v) Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali guru itu seorang yang belajar sepanjang hayat, di mana sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang model

10

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan.

BAB 3 KAJIAN KES PERMAINAN TRADISIONAL 3.1 CONGKAK

11

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Congkak

merupakan

sejenis

permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
12

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

3.2

BATU SEREMBAN

Asal Usul Batu Seremban Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan.
13

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Ia biasanya dimain secara berkumpulan dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

CARA BERMAIN Buah Satu: Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip, Buah Dua: Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja. Buah Tiga: Buah tiga ada sedikit perbezaan. Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak. Buah Empat: Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak. Buah Lima: Buah lima akan dimainkan seperti buah empat. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
14

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Buah Enam: Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai. Buah Tujuh: Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak. Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

3.3

GULI

ASAL-USUL Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan
15

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki. Gelanggangnya Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan. CARA BERMAIN: Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya. Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan. Setiap pertukaran giliran kepada pemain mengambil berikutnya, alih pemain yang giliran dikehendaki

memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran. Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain
16

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

3.4

ASAL-USUL GASING Gasing diinspirasikan daripada penemuan buah perepat (sonneratia alba) yang

memiliki struktur bulat pipih, licin dan mudah diputar diatas lantai yang datar. Kemudian, struktur buah pelepat ini diubah dengan menggunakan kayu yang lunak agar mudah dibentuk. Selain itu, permainan gasing ini juga diinspirasikan dari permainan adu telur yang dimainkan anak-anak dengan cara diputar dan diadu antara satu dengan lainnya. Cara ini akhirnya diadaptasikan pula pada kayu yang dibentuk seperti telur, di bawahnya ditancapkan paksi (sejenis besi berukuran kecil seperti paku yang runcing) agar dapat diputar lama dan seimbang di atas lantai. Pada masa yang sama, ada pula yang berpendapat bahawa permainan gasing dinspirasi dari salah satu jenis alat perburuan yang berbentuk bulat dan pipih. Alat tersebut diikat dengan tali, lalu dilempar ke arah sasaran buruan, kemudian ditarik lagi. Ketika dilemparkan, alat tersebut berputar dengan kencang sebelum mengena sasarannya. Alat ini banyak diminati oleh para pemburu, kerana sangat tepat mengenai sasaran buruan. Semenjak itu, perburuan selalu dilengkapi dengan alat ini. Rupanya cara seperti ini memberikan inspirasi kepada para pemburu untuk membuat sejenis permainan yang pada saat itu sekadar mengisi waktu lapang. Permainan ini cukup mengasyikkan dan terus berkembang, hingga akhirnya menjadi salah satu permainan rakyat yang dikenal dengan permainan gasing. Dengan demikian, struktur gasing tidak terlepas dari hal di atas, bulat pipih, bulat telur dan mudah diputar di atas lantai yang datar. CARA BERMAIN. Melilit Tali. Terdapat dua cara melilit tali pada gasing. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana jika tali yang kemas dan tidak terlalu panjang digunakan maka akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan celincir iaitu hujung tali yang diikat membulat yang akan menjadi penyimpul hidup. Cara ini akan memudahkan pemain kerana apabila tali di tarik maka ianya tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dilit pada tangan kanan atau kiri. Pusingan lilitan
17

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

bergantung pada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri pula mereka tidak melilit tali sendiri tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya. Kaedah kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain . Cecincin pada hujung tali dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain untuk mengesan kelembapan-kelembapan dan ketegangan tali. Selepas balingan tali dibuat tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri. Melilit Gasing. Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit pada di sekeliling gasing. Cara lain ialah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan tersebut menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata. Jika keadaan labu tidak rata kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilkan cengkaman yang kuat biasanya pemain akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing ibu jari tangan kiri menekan rambu tali gasing pada leher gasing. Untuk melilit gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit pastikan yang tali tidak tertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

18

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Memusing Gasing. Terdapat berbagai bagai gaya dalam memusung gasing. Apabila memusing mengikut cara yang betul maka akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan yang seperti ini, langkah yang tersusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan tarik gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah. Langkah awal pemain semasa hendaklah memusingkan gasing mengikut cara pusing sorong tarik yang mana gasing dihayunkan dengan kedudukan 45 darjah daripada kaki kiri. Selepas itu, gasing terus di hayunkan untuk dicampakan. Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak.Jika tidak gasing ini akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Selepas itu, gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan. Memangkah Gasing. Pangkah Totok. Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badannya. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala, atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini agak kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

19

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Pangkah Hentak. Untuk melakukan pangkah hentak badan pemangkah hendaklah ditegakkan. Tangan pula diletakkan tegak diatas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan kesisi kiri atau kanan pemangkahnya. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika mengenai tepat pada sasaran, maka kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa, pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini adalah bertujuan untuk mematikan dan merosakkan gasing lawan. Pangkah Layang. Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula mestilah tegak diatas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan kearah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar daripada sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing. Gasing dipegang lebih tinggi daripada paras kepala apabila hendak melakukan pangkah layang. Pemain juga perlu mengimbangkan badan untuk melakukan pangkahan layang ini. Pangkah Tebang. Pangkah ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh daripada sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat. Mengangkat Gasing. Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk atau kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan dan kedudukan gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dalam keadaan tegak kerana jika kedudukanya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing.Tali yang
20

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.

BAB 4 TRADISIONAL DAN KOMERSIAL CONGKAK

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak
21

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan kampung yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai rumah. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam. Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Congkak

zaman

moden

kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan. Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.

Guli Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional
22

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget. Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang diadun dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki. Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli. Guli yang digunakan sekarang diperbuat daripada kaca.

Batu Seremban Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan tradisional ini digemari oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan iaitu dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat boleh digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan batu seremban ini selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja asalkan terdapat permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ianya lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah lapan.

23

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Gasing Menurut sumber dari Terengganu, gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Buah berembang berbentuk bulat, licin dan agak leper. Buah yang mudah ditemui di pesisir pantai ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan. Di sesetengah tempat, buah berembang juga dikenali sebagai buah perepat (sonneratia alba). Buah berembang ini juga dijadikan sebagai permainan. Dalam permainan buah berembang, buah ini akan dipusingkan dengan menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing paling lama dan paling ligat dikira paling gah dan pemusingnya dianggap sebagai pemenang. Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang. Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu gah berpusing. Gah dalam istilah permainan gasing bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak. Sumber dari Kedah ada menyatakan bahawa permainan gasing berasal daripada permainan laga telur ayam. Permainan memusing dan melagakan telur ayam ini menjadi permainan kegemaran kanak-kanak pada masa dahulu. Kemudian barulah timbul idea untuk menghasilkan gasing mengikut rupa bentuk telur. Paksi ditambah agar gasing berputar dengan laju dan tegak. Gasing yang diputar dengan tangan kurang ligat berputar dan pusingannya tidak tahan lama. Oleh itu tali digunakan supaya dapat memusingkan gasing dengan lebih ligat dan lama. Pemain gasing veteran dari Sungai Pahang menyatakan bahawa gasing dahulunya merupakan senjata untuk memburu binatang. Gasing yang berbentuk leper dan bulat akan berputar dengan ligat apabila dilemparkan ke badan binatang buruan. Idea permainan gasing dikatakan datang daripada aktiviti masa lapang para pemburu, yang pada mulanya bertujuan menguji kecekapan melempar gasing ke sasaran. Kini gasing berbentuk komersil lebih mudah digunakan Penggunaan oleh kanak-kanak ini juga kerana tidak kebanyakkannya diperbuat daripada plastik. gasing memerlukan ruang yang besar dan luas dan ianya boleh dimain di mana-mana sahaja. Kebanyakan
24

produk

pengiklanan

sering

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

memaparkan permainan gasing komersil bagi melariskan penjualan produk mereka. Justeru dengan penggunaan gasing ini, keselamatan anak-anak lebih terjamin kerana gasing ini tidak diperbuat dari bahan yang berat dan tidak mengandungi paku tajam. Selain itu tiada penggunaan tali bagi memusingkan gasing ini.

BAB 5 REFLEKSI HASIL KAJIAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa akan datang ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan ini akan berterusan dimainkan oleh kanak-kanak sehingga ke hari ini bagi meneruskan permainan tradisional daripada hilang ditelan oleh arus pemodenan teknologi kini. Biasanya permainan tradisional hanya dimainkan oleh masyarakat pada zaman dahulu iaitu dimulai oleh kanak-kanak masih memainkan permainan tradisional sehingga ke hari ini seperti permainan congkak, teng teng, sepak raga, layang-layang dan sebagainya. Walaupun ia tidak diamalkan oleh seluruh kanak-kanak di Malaysia tetapi terdapat segelintir masyarakat yang masih mengamalkannya. Kebanyakannya kanak-kanak yang masih mengamalkan permainan tradisional di Malaysia adalah masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar seperti di kawasan kampung-kampung kerana keadaan persekitaran yang sesuai bagi membolehkan mereka untuk bermain. Manakala kanak-kanak yang tinggal di bandar kebanyakan tidak tahu untuk bermain permainan tradisional kerana keadaan ibu bapa mereka yang sentiasa sibuk dengan
25

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

pekerjaan tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk bermain serta keadaan persekitaran di bandar yang tidak sesuai telah menjadi penghalang untuk mereka bermain permainan tradisional tersebut. Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digilap daripada pelbagai keturunan. Apabila mengenang permainan tradisional pada zaman kanakkanak yang biasa dimainkan semasa kecil merupakan kenangan indah dan lucu. Sekiranya kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana harapan setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional kanak-kanak telah diwujudkan. Permainan tradisional kanak-kanak telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh zaman kanak-kanak tradisional yang mampu mewujudkan pelbagai permainan yang dimainkan sehingga masih lagi dimainkan oleh kanak-kanak pada zaman kini di Malaysia. Permainan tradisional juga berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita dan juga dikenali sebagai permainan rakyat yang mana ada di antara permainan ini yang sekarang tidak lagi dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Terdapat juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak di Malaysia sehingga ke hari ini seperti congkak, wau, batu seremban, gasing dan sebagainya. Permainan tradisional pada zaman dahulu banyak menggunakan masa lapang untuk bermain dalam berbagai-bagai jenis permainan tradisional. Terdapat bermacam-macam-macam jenis permainan yang boleh dimainkan secara berpasangan atau kumpulan. Bermain beramai-ramai ini akan mewujudkan suasana yang sihat. Selain daripada memahirkan diri di dalam satu jenis permainan. Kanak-kanak juga dapat bergaul dengan mesra dan menambahkan kenalan mereka. Permainan tradisional juga memiliki nilai positif yang dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dengan nilai kesenian untuk menghasilkan sesuatu alat permainan seperti gasing dan wau, kemahiran dan ketelitian sangat diperlukan. Gasing dan wau yang baik bergantung pada pembuat dan pemain. Secara tidak langsung hal ini memaksa masyarakat berfikir untuk menghasilkan kelainan. Tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional banyak membawa manfaat dan peranan kepada masyarakat umumnya. Dalam bidang pelancongan,
26

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

permainan tradisional dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Dalam usaha mengekalkan permainan tradisional ini, pihak yang berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk mengetengahkan kepelbagaianya. Khazanah permainan tradisional sekiranya tidak dikekalkan akan menghilangkan pengenalan peribadi dan jati diri bangsa.

BAB 6 KESIMPULAN Kebanyakkan permainan ini semakin lama semakin pudar dalam kalangan masyarakat sekarang kerana permainan ini tidak diketengahkan lagi kepada anak-anak mereka. Hal ini sedemikian kerana pada dunia yang moden sekarang telah terdapat pelbagai permainan yang lebih diminati oleh kanak-kanak yang menyebabkan ibu bapa tidak mengetengahkannya kepada anak-anak mereka. Keadaan inilah yang menyebabkan anak-anak zaman moden ini kurang mngetahui tentang permainan tradisional ini. Oleh itu, Permainan tradisional ini perlulah diketengahkan oleh semua pihak tidak kiralah ibu bapa, masyarakat dan juga negara bagi memastikan ianya tidak hilang dimamah peredaran zaman. Keadaan sedemikian perlu diwujudkan bagi memastikan permainan nenek moyang kini ini akan terus wujud untuk jangka masa yang akan datang lagi. walaupun pelbagai cara digunakan tidak akan dapat dikekalkan jika kanak-kanak tersebut sendiri yang tidak inginkan. Hal ini kerana anak-anak sekarang banyak terdedah kepada permainan siber di internet dan menganggap bahawa permainan tradisional adalah permainan kuno. Oleh itu, semua pihak mesti mestilah menerapkan sikap positif dalam diri kanak-kanak bagi memastikan mereka tidak memandang negetif terhad permainan tradisional ini. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotongroyong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak
27

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.

BIBLIOGRAFI. Inon Shaharuddin Abd Rahman. (1998). Inventory of ASEAN Tradisional Games and Sports. ASEAN: Committee On Culture and Information. Lily Haslina Nasir (1995). Permainan Congkak.Melaka:Associated Eduacational Distributors Fieda (2003). Permainan Konda-kondi. Petaling Jaya:Oak Enterprise

Mohd Sofian Omar Fuzee (2010). Permainan Sukaneka Acara Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. Mohd. Ariff Abu Bakar (1989). Permainan Tradisional. Kuala Lumpur:Sama Publications. Nani Menon. (2005). Permainan, Lagu, dan Puisi Kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Professional. Shafiee Ahmad (1992). Permainan Tradisional di Malaysia.Kuala Lumpur : Buku Must Hapisa Tala (1993).Permainan Tradisional. Petaling Jaya : Setiamas

Soon, Siew Fuang (1990). Koleksi Permainan Tradisi Kanak-Kanak Malaysia. Kuala Lumpur :Cawangan Penyelidikan, Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Ten, Helen Hong Beng (1993). Pengajaran Permainan Mudah untuk Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Yunos Pipet. (1993). Gasing Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

28

ROZIMA BINTI SMAN @ OSMAN 720202075074002 HBPS4203 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=congkak&action http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm http://ms.wikibooks.org/wiki/Galah_panjang http://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/permainan-wau.html http://zamhi34.blogspot.com/?spref=fb

29