Anda di halaman 1dari 6

Senaman Kucing Untuk Lelaki Harian Metro pada 20 Mei 2006 telah menyiarkan kisah Pok Jeng melakukan

gerakan Senaman Kucing. Pok Jeng pernah mengahwini 30 wanita, kini usia beliau 78 tahun. Dua gerakan dipaparkan dalam akhbar itu. Satu dari gerakan itu dikenali sebagai Senaman Harimau satu lagi Senaman Kucing. Dulu, sebelum berita Pok Jeng ini, ada satu berita juga dalam akhbar menunjukkan seorang lelaki tua lain (juga beristeri ramai) sedang melakukan grrakan Senaman Kucing. Bagi sesiapa yang tahu mengenai senaman-senaman ini, tentu berita itu menarik perhatian mereka. Pada 20 Jun 2006, sebulan selepas tarikh di atas, seorang lelaki berkelulusan sarjana telah menghubungi saya dan menyatakan bahawa dia telah mempraktikkan Senaman Harimau (setakat ini saya catat 4 gerakan) dan mendapati bahawa ianya mendatangkan kesan yang positif terhadap dirinya. Beliau menyatakan bahawa pada masa ini pernafasannya terasa lancar, tidak semput seperti dulu. Alhamdulillah. Saya pun sudah catatkan mengenai kesan-kesan positif seperti ini dalam artikel Senaman Harimau - Bahagian 1. Saya bersyukur jika apa yang saya dapat kongsikan kepada anda mendatangkan manfaat kepada anda. Sekurang-kurangnya saya tahu bahawa sedikit usaha yang saya lakukan ini berbaloi dan dapat membantu yang memerlukannya atau yang berminat untuk tahu. Saya berminat untuk mengetahui senaman pusaka Melayu ini kerana pada saya, jika saya tidak usahakan mencarinya dan mengumpulkannya, lambat laun ianya akan pupus 'dibawa mati' oleh gurunya. Bila saya bertanya pada orang-orang tua, ada yang mengajarkan kepada saya satu atau dua gerakan, ada yang banyak sedikit. Ada juga yang tidak tahu mengenai senaman ini tapi telah mengajarkan pula petua-petua atau amalan-amalan yang lain kepada saya. Alhamdulillah. Saya anggap ini sebagai khazanah yang amat bernilai. Semuanya saya simpan sebagai koleksi untuk diturunkan kepada anak-anak saya pula. Dulu, semasa bapa saya pulang ke rahmat Allah, beliau meninggalkan banyak kitab-kitab agama. Kerana saya memang gemar membuat koleksi, saya (setelah dipersetujui adik-beradik yang lain) ambil semua kitab-kitab ini dan saya jilidkan dengan baik. Pada saya, kitab yang sarat ilmu pengetahuan itu adalah pusaka yang jauh lebih bernilai berbanding tanah atau rumah atau kekayaan yang lain. Sejarah Kucing

Setakat ini, mungkin bukti paling awal kucing menjadi kawan kepada manusia ialah terjumpanya sebuah kubur di Shillourokambos, Cyprus pada tahun 1983. Kubur itu dipercayai telah wujud sejak 7500 SM. Di dalam kubur itu ditemui rangka manusia dan seekor kucing muda, tapi kucing itu lebih mirip kepada jenis kucing hutan (yang dijinakkan). Terdapat pula patung di Anatolia (diukir sekitar 6000 SM) menunjukkan kaum hawa sedang bermain-main dengan kucing (kucing biasa). Ini dapat menunjukkan bahawa sejak zaman itu lagi (lebih 8000 tahun lampau) kucing telah hidup bersama dengan manusia. Dari segi rekod bertulis, usaha-usaha menjinakkan kucing berlaku di Mesir kuno sekitar 4000 SM (6000 tahun lampau). Kucing jinak atau kucing rumah adalah dari sub-spesis Felis silvestris catus. Ia dipercayai berasal dari keturunan kucing liar yang dipanggil Kucing Liar Afrika (Felis silvestris lybica). Usaha menjinakkan 'harimau kecil' ini paling awalnya dianggarkan sejak 8000 tahun lampau. Kini jumlah kucing amatlah banyak. Tidak ada statistik yang tepat mengenai hal ini, tapi dianggarkan bahawa di Amerika saja pada masa kini jumlah kucing ialah 60 juta ekor. Saya anggarkan bahawa di Nusantara ini jumlah kucing di Nusantara paling kurang 30 juta ekor. Kucing adalah haiwan peliharaan yang disayangi oleh Rasulullah, dan faktor ini menyebabkan kucing amat rapat di hati orangorang Islam dan ramai orang Islam memeliharanya. Antara Kucing dan Harimau Kucing menjadi makanan kepada harimau. Bezanya, harimau belang (jenis harimau yang popular di Nusantara) tidak boleh memanjat pokok tapi kucing boleh. Cuma, mungkin kerana mereka ini dari famili yang sama (harimau dikategorikan dalam famili kucing), kucing pun tidaklah begitu cekap dalam ilmu panjat memanjat, kerana walaupun ia boleh memanjat, ia takut untuk turun. Harimau dipilih untuk menjadi lambang kelelakian di Nusantara kerana ia haiwan yang kelihatan gagah dan garang, tapi ia masih menarik kerana mukanya comel seperti kucing. Dari sudut senaman tradisional Melayu, Senaman Harimau nampaknya lebih popular dan diketahui lebih ramai orang kerana ia mudah dipelajari, ia peringkat asas, dan kerana itu lebih kerap diajarkan kepada sesiapa yang memerlukan. Harimau juga lambang kegagahan lelaki kerana namanya itu yang mirip ungkapan 'hari-hari mau'. Biasalah orang akan menyatakan 'garang macam harimau' bukan 'garang macam kucing'. Kucing lebih dikenali sebagai

haiwan yang manja dan jinak serta lebih tenang. Tubuhnya boleh lentur tapi gerakannya boleh menjadi amat pantas dan tangkas. Dari sudut senaman tradisional Melayu, gerakan Senaman Kucing memang rata-ratanya lebih lembut dan lebih lentur, dan ianya hanya sesuai dilakukan sesudah anda dapat mengamalkan kesemua atau sekurang-kurangnya separuh dari jumlah gerakan Senaman Harimau mengikut piawaian yang ditentukan. Amalan-Amalan Yang Disarankan Berikut adalah amalan-amalan yang elok dilakukan apabila anda mengamalkan Senaman Kucing (dan Harimau). Ia bukan mesti, tapi digalakkan kerana anda akan dapat manfaat yang banyak hasil mempraktikkannya: 1. Banyakkan membaca Al-Fatihah, sama ada dalam solat atau di luar solat. Semak dan betulkan bacaan anda agar sebutan huruf dan tajwidnya betul. Dapatkan guru dan belajarlah. Al-Fatihah itu ubat yang mujarab serta banyak rahsia dan kelebihannya. Banyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur'an. Jika anda belum hafal ayat-ayat lazim, cubalah hafalkan sedikit demi sedikit. Selalu membaca Al-Qur'an adalah tanda bahawa kita selalu mengingat Allah. Bila kita selalu mengingat Allah, jiwa kita akan tenang kerana rohani kita dapat santapan yang secukupnya. Sebenarnya semua sebutan bila kita membaca Al-Qur'an itu (jika dibaca dengan betul) punya khasiat mengurut dan menyalurkan tenaga ke anggota-anggota tertentu pada tubuh kita. InsyaAllah, tubuh kita akan selalu sihat dan bertenaga. 2. Amalkan membaca tasbih, takbir dan tahmid bagi santapan rohani anda dan mengimbangi peningkatan tenaga batin anda agar ianya dapat disalurkan untuk kebaikan semata-mata. Bila ada kesempatan, sama ada di rumah, atau ketika memandu, bacalah tasbih, takbir dan tahmid sebanyak yang anda termampu. Mungkin ramai yang sudah tahu apakah bacaannya, tapi bagi yang belum tahu, bacaannya ialah 'Subhanallah, walhamdulillah, wa lailaha illallahu wallahu akbar, wala haula wala quwwata illa billahil aliyil 'azim'. Inilah tasbih yang memenuhi langit dan bumi dan dibaca oleh sekelian makhluk dan menjadi tenaga kehidupan yang tidak putus-putus manfaatnya. 3. Pada hari Juma'at, datang awal ke masjid, ambil tempat berhadapan mimbar, solat tahyatul masjid. Kemudian duduklah iktiqaf di situ sambil membaca berbagai jenis selawat yang anda tahu (contohnya Selawat Fatih). Anda juga boleh membaca yang mudah dahulu seperti Selawat Ibrahimiyah

(ini semua orang mungkin tahu kerana ia dibaca dalam solat). Anda boleh membeli buku berkaitan selawat dan cubalah menghafalnya. Mudahmudahan anda akan berasa cukup tenang. 4. Dalam apa pun perbuatan yang baik, mulakan dengan Basmalah. Mudahmudahan pekerjaan itu mendapat berkat dari Allah. Jangan lupa membaca Basmalah bila melakukan gerakan senaman dan mempraktikkan pernafasan. Mudah-mudahan apa yang anda lakukan itu memperoleh kesudahan yang baik. 5. Makan makjun. Sebaik-baiknya makjun yang diproses dalam keadaan original. Namun begitu, mungkin ada orang yang sukar menelan makjun jenis ini (kerana rasanya pelik sedikit), maka bolehlah makan makjun dalam bentuk kapsul. Saya tidak akan catat apakah jenama makjun yang saya makan atau jenis makjun yang saya anggap baik kerana ini akan menjejaskan pula perniagaan oranglain. Sekarang ini ramai orang mahu mencari makjun yang ada kandungan Tongkat Ali atau Ubi Jaga. Itu pun baik juga. Apa yang saya patut catat ialah cuba dulu satu jenama, jika ia sesuai dan beri kesan yang baik pada diri anda, teruskan menggunakannya. Dan jangan lupa, banyakkan minum air masak, kerana gerakan senaman dan pernafasan akan menyebabkan tubuh jadi lebih hangat dan kekurangan air. 6. Isteri amalkan makan jamu dan bersenam. Saya sudah terbitkan Senaman Kacip Fatimah, bolehlah dia amalkan. Ini penting untuk mengimbangi peningkatan tenaga anda dan agar dia juga lebih bersedia dari sudut jasmani dan rohani (amalan 1, 2 dan 4 elok dilakukan oleh isteri juga). Jiwa Tenang Tubuh Akan Lentur Jiwa yang tenang akan mampu menjadikan tubuh anda cukup lentur. Memakan makjun juga bermanfaat mengeluarkan 'angin-angin jahat' (kotoran) dari tubuh anda. Berurut pula dapat mengeluarkan angin-angin jahat yang masih tersangkut walaupun setelah melakukan senaman dan telah makan makjun (dan jamu bagi isteri). Bila angin-angin jahat ini dapat keluar, anda akan dapat rasakan perbezaannya. Tubuh anda akan ringan, pernafasan anda akan lancar (jarang mengalami nafas murung), dan anda akan lebih ceria. Jika anda merasa terlalu panas, banyakkan minum air masak, semak nafas anda, jika lubang hidung kanan lebih aktif, tutup lubang hidung itu dan bernafas dengan lubang hidung kiri untuk beberapa ketika untuk menurunkan panas badan. Tubuh yang lentur adalah tanda bahawa tubuh

anda sihat dan tenaga batin anda berada di tahap yang memuaskan. Bila tubuh anda cukup lentur, barulah anda bersedia untuk melakukan gerakan Senaman Kucing. Cukuplah dulu saya catat siri pertama ini. Inipun sudah panjang. Kita jumpa lain kali, insyaAllah.

PROGRAM JUTAWAN BERLIAN


(Jutawan Dalam Masa Setahun)

Maklumat lanjut sila layari . http://www.cintaberlian.com