Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan Frank (1952), telah mendefinisikan permainan sebagai cara kanak-kanak belajar sesuatu yang tidak diajarkan kepadanya.

Permainan merupakan cara kanak-kanak meneroka dan membiasakan dirinya dengan alam sebenar, ruang dan masa, perkaraperkara atau barang-barang, haiwan, bentuk-bentuk binaan dan manusia. Permainan boleh jadi memuaskan serta menyeronokkan dan hal seperti yang seperti itu merupakan nilai-nilai yang baik untuk kanak-kanak. Saya telah memilih permainan congkak sebagai permainan tradisional dan ia dikategorikan sebagai main berperaturan yang telah ditentukan. Murid murid akan duduk secara gaya bersemuka iaitu mengadap antara satu sama lain. Kepentingan permainan tradisional Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Antara jenis permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan congkak. Namun, peredaran zaman yang kian berubah telah menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini. Kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila. Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda tidak mengenali budaya warisan mereka. Impaknya, generasi muda sudah tentu tidak akan mengenali permainan congkak malah mereka begitu berbangga dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran kini. Jelaslah, permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang. Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk mengisi masa lapang. Permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang

malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara. Pada kebiasaannya, pelancong luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia. Secara eksplisitnya, permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara Permainan tradisional membawa signifikan yang ketara dalam sektor pelancongan di Malaysia. Selain, langkah lain yang dapat dilaksanakan dengan memperkenalkan permainan tradisional kepada para pelajar sekolah dan permainan ini sewaktu mata pelajaran pendidikan jasmani ataupun kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Selain, langkah lain yang dapat dilaksanakan dengan memperkenalkan permainan tradisional kepada para pelajar sekolah dan permainan ini sewaktu mata pelajaran pendidikan jasmani ataupun kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Sewaktu bermain, mereka dapat berhubung dengan rakan sebaya dan secara tidak langsung melatih mereka bergaul. Perbualan spontan antara mereka akan lubang ke lubang, mempunyai maknanya yang tersendiri. Permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada rakyat mahupun negara. Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini. Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur Dengan Tebing dalam mengekalkan permainan tradisional ini. Walaupun kini permainan moden bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap di hati kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Permainan congkak dikategorikan sebagai main berperaturan.Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap, apaapa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Langkah-langkah Perlaksanaan Guru mempunyai tanggungjawab yang penting dalam menjayakan kurikulum permainan yang bermutu. Morrison (1984), dalam bukunya yang berjudul Early Childhood Education Today, menggariskan beberapa tanggungjawab penting untuk menjamin keberkesanan perlaksanaan teknik permainan ini. Langkah-langkah penting dalam strategi ini ialah: Menentukan tema dari kandungan sukatan pelajaran iaitu sama ada permainan yang dipilih itu adalah berfaedah atau sebaliknya; sekiranya diperlihatkan adanya perkaitan di antara permainan dengan isi pelajaran serta pengalaman murid-murid, maka objektif permainan itu di harap akan tercapai. Menentukan tujuan guru dengan jelas mengadakan permainan tersebut. Guru perlu memastikan permainan itu bertujuan memotivasikan murid, membentuk konsep atau memberi peneguhan yang sesuai bagi peringkat kemajuan murid. Menentukan aras kebolehan murid juga penting supaya permainan yang dipilih dapat menyediakan kemahiran yang sejajar dengan keupayaan dan kebolehan muridmurid. Guru juga harus tahu menentukan jenis-jenis mainan yang akan dilaksanakan. Mainan yang menepati aras dan tema pasti memudahkan guru dalam penyediaan permainan tersebut. Menentukan bentuk permainan sama ada dilakukan secara individu,kumpulan kecil atau kumpulan besar. Setiap permainan mempunyai syarat-syarat tertentu dalam kumpulannya. Contohnya kumpulan kecil mempunyai bilangan pemain yang sedikit berbanding kumpulan besar jadi penilaiannya juga berbeza. Mengumpul Bahan.Guru hendaklah menentukan bahawa semua bahan yang digunakan seperti buah dadu, papan dam, kad-kad mainan atau bongkah-bongkah disediakan lebih awal. Murid juga sudah disediakan dari segi fizikal dan mental. Menentukan cara menilai iaitu bagaimana hendak menilai hasil daripada permainan murid. Guru mestilah telah menyediakan cara-cara yang munasabah dan sesuai untuk menilai. Guru juga harus sentiasa mengawasi aktiviti murid-murid supaya dapat membuat penilaian yang terbaik.

Menentukan proses dan masa tentang satu-satu permainan hendaklah diberi penerangan kepada murid-murid. Perkara-perkara seperti undang-undang, apa yang sepatutnya dibuat oleh pemain dan bilangan pemain yang terlibat, perlu dijelaskan. Mendapatkan maklum balas daripada murid selepas permainan dijalankan supaya guru dapat menilai perasaan murid dan menilai konsep permainan sama ada baik atau sebaliknya.

Asas permainan
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong. Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak". Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa : 1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. 2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. 3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. 5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah. Pengagihan

buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Saya memilih matapelajaran Bahasa Malaysia dalam tema Aktiviti Masa Lapang. Murid murid didedahkan dengan cara bermain congkak. Murid yang memasukkan guli ke dalam lubang congkak akan mengeja perkataan yang diberikan oleh guru. Saya ada melampirkan Rancangan Mengajar Harian berkaitan dengan tajuk Aktiviti Masa Lapang.

RUJUKAN 1) Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003. 2) Azizah Lebai Nordin(2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali, Penerbit Universiti Malaya.
3)

Pengurusan gerak kerja kokurikulum Ab. Alim Abdul Rahim - 2004 Permainan tradisional / Zarina Zainal Abidin
Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak. http://www.anakku.my/artikel.php?ar=24

4) 5)

6) 7)
8) 9)

http://www.ums.edu.my/spps/prasekolah/program.htm Rohaty Mohd Majzub dan Abu Bakar Nordin(1989). Pendidikan Prasekolah,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

tradisional-bib.blogspot.com
Ramlah jantan dan Mahani RazaliPsikologgi Pendidikan
Pendekatan Kontemporari, McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

10)

Anda mungkin juga menyukai