Anda di halaman 1dari 3

Konsep percambahan biji benih 1. Zigot membahagi dan menjadi embrio biji benih.

Bahagian lain ovul berkembang untuk membentuk kotiledon dan testa biji benih. 2. Bahagian dan fungsi dalam biji benih adalah seperti berikut : Bahagian a) Kulit luar i. Lapisan testa ii. Mikropil iii. Hilum Fungsi Lapisan kulit luar yang melindungi biji benih Liang kecil yang membenarkan air dan udara masuk ke dalam biji benih Bahagian pada biji benih untuk pelekatan biji benih kepada pembentukan ovari (dinding buah) Tumbuh membentuk batang dan pucuk tumbuhan Tumbuh membentuk akar tumbuhan Bahagian simpanan makanan kanji yang akan digunakan oleh embrio semasa percambahan

b) Embrio i. Plumul ii. Radikel c) Kotiledon atau endosperma

3. Percambahan ialah proces pertumbuhan biji benih menjadi tumbuhan muda 4. Percambahan memerlukan air, oksigen dan udara dan suhu yang sesuai. a) Air : air diserap masuk ke dalam biji benih untuk mempergiat tindak balas enzim terutamanya menukarkan makanan simpanan di dalam kotiledon untuk menghasilkan tenaga. Air juga penting untuk melembutkan testa dan mengembangkan kotiledon untuk merekahkan testa. b) Oksigen : oksigen daripada udara dan diperlukan untuk respirasi sel. Tenaga yang terbebas diperlukan untuk percambahan biji benih. c) Suhu : suhu yang sesuai ialah antara 29 degree hingga 35 degree supaya enzim dapat berfungsi dengen cekap dan sempurna. 5. Process percambahan a) Air yang meresap masuk melalui mikropil akan melembutkan testa serta mempergiatkan tindakan enzim untuk pertumbuhan. b) Kotiledon yang menyerap air akan mengembang dan merekahkan testa yang dilembutkan oleh air. c) Radikel akan tumbuh ke bawah dan membentuk akar manakala plumul tumbuh ke atas untuk membentuk mata tunas yang membesar menjadi pucuk. d) Akar akan terus memanjang dan pucuk akan mengeluarkan dedaun pertama. e) Anak benih mula membuat makanan sendiri melalui proces fotosintesis. f) Kotiledon yang membekalkan makanan kepada embrio akan semakin mengecut dan akhirnya gugur. 6. Terdapat dua jenis percambahan.

a) Percambahan epigeal yang membawa kotiledon keluar daripada tanah kerana pemanjangan hipokotil. Contohnya percambahan epigeal ialah bunga matahari dan kacang panjang. (Hipokotil : batang biji benih di bawah kotiledon) b) Percambahan hypogeal berlaku apabila kotiledon ditinggalkan dalam tanah semasa pemanjangan epikotil. Contohnya ialah pokok jagung dan pokok getah. (Epikotil : batang biji benih di atas kotiledon)

Pembiakan vegetative pada tumbuhan berbunga 1. Pembiakan vegetative ialah cara pembiakan aseks tumbuhan berbunga iaitu generasi baru tumbuhan boleh dihasilkan daripada bahagian induk tumbuhan tanpa perlu melalui percambahan biji benih. 2. Cara pembiakan ini tidak mengambil masa yang lama dan bergantung pada organ-organ vegetative yang bertindak sebagai organ pembiakan aseks. 3. Pembiakan vegetative boleh berlaku melalui : a) Batang di atas tanah seperti batang rayap. b) Batang bawah tanah seperti rizom, bebawang, umbisi, tuber dan sulur. c) Daun 4. Contoh contoh organ tumbuhan iaitu organ pembiakan vegetative adalah seperti berikut: Jenih pembiakan Batang rayap (Runner) Keratan batang (stem cutting) Rizom (rhizome) Bebawang (bulbs) Umbisi (Corm) Tuber (Tuber) Sulur (sucker) Daun berisi (fleshy leaves) Contoh Rumput, Strawberi Ubi kayu Halia, lalang Bawang merah Keladi Kentang Pisang, nanas Setawar Cara pembiakan Anak tunas dan akar tumbuh dari batang rayap yang tumbuh menjadi tumbuhan baru Anak tunas pada keratan batang akan tumbuh apabila ditanam di dalam tanah Batang panjang mengeluarkan mata tunas yang akan membesar menjadi batang, akar dan daun Mata tunas bertumbuh menjadi tumbuhan baru Batang benkak dengan mata tunas yang tumbuh menegak di bawah tanah Tuber menghasilkan anak tunas Anak pokok tumbuh dari dasar batang induk Mata tunas di sisi daun yang berisi apabila anak tunas tertanggal daripada daun, mereka akan menjadi tumbuhan baru

5. Kelebihan dan kelemahan pembiakan vegetative Kelebihan I. Tidak memerlukan bantuan agen-agen luar seperti seranga atau angin untuk menjalankan perdebungaan dan pencaran biji benih atau buah Tumbuhan baru boleh hidup dengan lebih baik kerana boleh mendapat makanan daripada induk sehingga dapat membuat makanan sendiri Sifat-sifat istimewa induk dapat diwarisi kerana tumbuhan baru menyerupai induknya dari semua segi Process pembiakan vegetative adalah lebih cepat. I. Kelemahan Ia akan mengakibatkan kesesakan dan persaingan untuk mendapatkan keperluan hidup seperti cahaya, air dan garam mineral Tiada variasi pada tumbuhan baru. Ini menyebabkan sesetengah tumbuhan baru tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat perubahan yang ketara pada persekitaran Cirri-ciri kurang baik yang tidak diingini serta penyakit akan dipindah daripada induk ke tumbuhan baru kerana kedua-duanya sama dari semua segi

II.

II.

III.

III.

IV.

Anda mungkin juga menyukai