Anda di halaman 1dari 21

PSS 3109

SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

1.0 PENDAHULUAN Sumber ialah segala bahan dan alat yang terdapat di alam ini. Dalam konteks bidang pendidikan, sumber ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Sumber membawa maksud segala usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis-jenis alat tersebut ialah bahan bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Menurut Atan Long (1982) bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Menurut Romiszowski, A.J (1964), kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan, pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Penggunaan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif. Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran.

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) memperkenalkan teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Bahan-bahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar. Contoh bahan bergambar ialah seperti surat khabar, poster, majalah dan gambar, manakala contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya. Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baru. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu meliputi tiga proses kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi pengetahuan, dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan.Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber utama pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Oleh yang demikian, penggunaan peta minda diterapkan di dalam teori beliau. Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid. Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial dengan rakan sebaya. Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa yang diajar. Bahan pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deira, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong pengajaran terancang. Selain daripada membuat perkaitan mengenai pandangan tokoh dengan penggunaan sumber, kerja kursus bagi subjek Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial bagi semester ini memerlukan guru pelatih menulis mengenai kepentingan penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran.

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

2.0 KEPENTINGAN PENGGUNAAN SUMBER

Rajah 1 : Peta minda mengenai kepentingan penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

2.1 MERANGSANG DERIA MURID Penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran amatlah penting kerana dapat membantu guru menarik minat murid terhadap pembelajaran. Selain itu penggunaan sumber juga penting untuk merangsang penggunaan deria dalam kalangan murid. Dalam tubuh manusia terdapat beberapa jenis deria yang bertindak untuk mengesan rangsangan daripada persekitaran. Antara deria rangsangan yang terlibat ialah deria penglihatan , pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. Menurut Dales Cone of Experience, manusia biasanya mengingati 10% apa yang mereka baca, 20% apa yang didengar, 30% apa yang dilihat, 50% apa yang dilihat dan didengar, 70% apa yang diucapkan dan ditulis serta 90% apa yang mereka buat. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menggunakan kelima-lima deria yang sedia ada ini. Dalam menggunakan sumber atau bahan bantu pengajaran, semua deria ini dapat dilatih contohnya bagi deria penglihatan dan pendengaran, sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dari aspek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah dengan menggunakan tayangan video. Berdasarkan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 4, tema Kenali Budaya Malaysia, guru boleh menunjukkan tayangan video tentang adat resam di Malaysia untuk merangsang deria penglihatan dan pendengaran muridmurid. Secara tidak langsung murid akan tertarik dan berminat untuk melihat dan mendengar apa yang ditayangkan pada video yang disediakan. Melalui tema yang sama iaitu Kenali Budaya Malaysia, deria sentuhan dapat diaplikasikan melalui penggunaan bahan maujud misalnya guru membawa baju-baju tradisional seperti Baju Kurung dan Cheongsam. Manakala dari segi bau dan rasa pula, guru boleh membawa makanan yang beraneka jenis mengikut kaum-kaum yang ada di Malaysia. Contohnya bagi kaum Melayu, terdapat kuih-muih seperti puteri mandi, badak berendam dan lain-lain. Kaum india terkenal dengan kuih maruku dan bagi kaum cina pula guru boleh membawa kuih bulan. Semua makanan ini akan merangsang deria bau dan rangsangan deria rasa pula akan menyusul selepas guru memberi peluang kepada murid untuk merasa kuih tersebut.

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

2.2 MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN INTERPRETASI MAKLUMAT Seterusnya kepentingan kedua penggunaan sumber P&P pula ialah untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam sesuatu pembelajaran. Melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai, kefahaman murid-murid akan dapat ditingkatkan dengan lebih cepat berbanding tanpa menggunakan sebarang sumber P&P. Ini kerana, murid-murid atau kanak-kanak khususnya lebih cenderung dan mudah terangsang apabila melihat dan mendengar sesuatu yang berkaitan dengan alam persekitaran mereka. Malah pengajaran berbantukan sumber membantu mewujudkan suasana pembelajaran bermakna bagi murid-murid. Menurut teori kognitif yang disokong oleh Atkinson, McClelland dan Bruner, kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu institusi dan keperibadiannya. Ini bermakna penggunaan sumber P&P juga adalah penting di mana kefahaman seseorang itu bergantung kepada sesuatu institusi tersebut. Dalam hal ini, sumber P&P akan bertindak sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk mencapai kefahaman murid-murid. Di samping menerima kefahaman, mereka boleh melakukan interpretasi

maklumat dan bertukar-tukar maklumat yang diperolehi sesama mereka. Dengan kata lain setelah murid-murid memahami sesuatu pelajaran, mereka boleh mengadakan perbincangan untuk menjawab sebarang persoalan yang mungkin timbul dalam diri masing-masing. Secara tidak langsung, melalui perbincangan dapat meningkatkan kefahaman mereka di dalam sesuatu subjek itu. Di samping itu murid-murid akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman dengan cara penambahan maklumat daripada rakan-rakan diskusi mereka. 2.3 PENGEKALAN MINAT MURID Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner, setiap individu mempunyai lapan jenis kecerdasan dan kesemua jenis kecerdasan itu boleh digunakan untuk murid-murid belajar menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis sumber P&P yang ada. Kepentingan seterusnya penggunaan sumber P&P ialah bagi mengekalkan minat murid-murid terhadap sesuatu subjek dan juga untuk menarik tumpuan mereka melalui penggunaan pelbagai jenis sumber P&P. Minat
20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

murid-murid terhadap sesuatu subjek itu terutamanya bagi subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh dipupuk sekiranya guru mengaplikasikan cara pengunaan sumber P&P dengan betul. Kepelbagaikan penggunaan sumber P&P juga dapat membantu dalam hal ini. Tumpuan murid-murid dalam proses P&P juga adalah penting. Maka, untuk mencapai objektif ini guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan komunikasi dua hala bagi menjadikan murid lebih aktif dari segi penglibatan semasa dalam kelas. Contohnya bagi tema Hidup Bersama Di Sekolah dan Masyarakat, dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, guru boleh menyediakan sumber P&P yang menarik di kelas untuk tujuan pembelajaran. Selain itu untuk menambahkan lagi minat murid-murid guru juga boleh membawa murid-murid untuk menyertai aktiviti kejiranan atau khidmat masyarakat seperti rumah terbuka, gotongroyong, sukaneka, dan riadah di kawasan setempat. murid-murid akan didedahkan dengan cara hidup bermasyarakat yang positif melalui pendekatan p&p dalam suasana yang berbeza. Selain dapat mencapai objektif pengajaran, pembelajaran dalam suasana sebegini dapat memupuk semangat muhibah dalam diri murid. 2.4 MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID Seterusnya, kepentingan penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap sesuatu perkara yang terdapat dalam subjek. Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan apabila guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai. Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan kepada sesuatu perkara. Perkara ini boleh dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky iaitu mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada. Oleh itu guru yang mengajar seharusnya menggunakan sumber P&P dengan sebaik mungkin di mana selari dengan pengetahuan dan minat murid-murid. Dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, contoh penggunaan sumber P&P yang sesuai yang boleh diambil bagi tema Sayangi Keluarga ialah guru menggunakan surat khabar iaitu bahan bercetak dan menceritakan tentang

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

organisasi kekeluargaan yang mana sudah sedia ada dalam pengetahuan muridmurid. Kemudian guru mendedahkan isu kepincangan yang berlaku dalam sesebuah keluarga dan ini merupakan maklumat baru kepada murid-murid. Kemudian perbincangan dilakukan dan lakonan boleh dilakukan di mana murid-murid diminta untuk melakonkan peranan sebagai anggota keluarga yang bermasalah dan seterusnya mengatasi konflik tersebut. Murid-murid akan mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka untuk menyelesaikan masalah itu dan secara tidak langsung peningkatan daya ingatan murid-murid tentang tanggungjawab mereka dalam hubungan kekeluargaan akan berlaku. 2.5 MEMBANTU MENAJAMKAN KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir adalah sesuatu yang amat penting bagi murid-murid. Ini kerana kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dan banyak lagi perkara yang lain semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber yang bersesuaian penting kerana dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Ini disebabkan oleh terdapat sumber P&P yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis sekaligus memerlukan murid memiliki kemahiran berfikir yang baik. Contoh penggunaan sumber P&P yang memerlukan kemahiran berfikir ialah dengan penggunaan bahan teknologi maklumat di mana bagi tema Malaysia Negaraku, guru menggunakan paparan tentang organisasi menteri-menteri dalam kabinet kerajaan Malaysia. Kemudian murid-murid akan diminta untuk mengenal pasti semua peranan dan tanggungjawab menteri-menteri yang dipaparkan. Kemahiran berfikir ini memerlukan murid-murid menjalankan proses pengkelasan di mana mereka perlu mengetahui tentang peranan setiap menteri-menteri dan menyusunnya semula mengikut pangkat yang tertinggi sehingga ke bawah sehingga membentuk sebuah carta organisasi. Guru yang cemerlang tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber P&P. Jadi untuk memberikan murid-murid kesan pembelajaran yang maksima, guru boleh membuat penilaian dengan mengadakan soal jawab untuk menguji sejauh mana kefahaman dan daya ingatan murid-murid

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

tentang apa yang telah dipelajari. Secara tidak langsung guru dapat mengetahui sama ada objektif pada hari itu telah tercapai ataupun tidak. 2.6 MEMOTIVASIKAN MURID Motivasi adalah perkara yang diperlukan untuk mengekalkan perhatian muridmurid terhadap pelajaran. Kepentingan penggunaan sumber yang berikutnya ialah untuk memotivasikan murid supaya meneruskan pembelajaran. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan murid-murid kurang keinginan untuk belajar. Antara nya adalah disebabkan oleh kaedah pembelajaran yang digunakan adalah sama dan murid-murid menjadi bosan atau kaedah pembelajaran yang digunakan adalah tidak kreatif dan tidak dapat menarik perhatian mereka. Penggunaan sumber P&P yang sesuai dengan tahap IQ murid-murid dan disertakan dengan pengelolaan oleh guru secara kreatif dapat memotivasikan muridmurid. Pengelolaan yang baik oleh guru terbukti dapat memberikan motivasi kepada murid-murid. Melalui tema terakhir dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 6 iaitu Sedia Hadapi Cabaran, guru boleh memotivasikan murid melalui aktiviti P&P dengan cara memberi kata-kata semangat kepada mereka. Penggunaan sumber P&P yang boleh digunakan ialah bahan bercetak di mana murid-murid sendiri yang menghasilkan bahan tersebut. Contoh bahan bercetak yang boleh dihasilkan ialah buku panduan bertemakan Gaya Hidup Sihat. Dengan cara ini murid-murid bukan sahaja mendapat pengetahuan serta maklumat yang perlu tentang isu-isu gejala sosial dan panduan amalan gaya hidup sihat, malah mereka akan mendapat motivasi untuk terus meneladani contoh yang baik. Untuk memotivasikan murid, guru juga boleh menayangkan video berunsurkan nasihat contohnya tips untuk menjadi pelajar cemerlang. 2.7 PENINGKATAN KREATIVITI MURID Meningkatkan daya kreativiti murid-murid adalah merupakan antara

kepentingan penggunaan sumber P&P di sekolah. Ini kerana kreativiti merupakan salah satu kemahiran halus yang boleh digilap untuk menjadikan murid-murid lebih berfikir ke arah mencipta perkara baru yang lebih bernas serta menarik. Proses pembelajaran yang memerlukan daya kreativiti daripada murid-murid perlulah diadakan bagi melatih daya kreativiti mereka yang sedia ada. Terdapat pelbagai
20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

aktiviti yang boleh dianjurkan oleh guru untuk menguji sejauh mana daya kreativiti yang ada pada murid-murid. Selain itu guru juga boleh meningkatkan lagi daya kreativiti murid-murid dengan menggunakan sumber P&P yang sesuai misalnya seperti membawa bahan maujud seperti relia ke dalam kelas atau meminta murid menghasilkan lukisan mengenai gambaran masa hadapan yang bakal dilalui oleh mereka. Secara tidak langsung murid-murid akan menerima input yang baru dan idea-idea baru akan mula timbul dalam kotak fikiran mereka hasil daripada pendedahan yang diterima. Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativi murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka. Guru juga dari masa ke semasa perlu juga memantau aktiviti murid-murid bagi melihat perkembangan mereka dan memberikan bimbingan serta tunjuk ajar untuk perkara-perkara yang perlu. Selain itu untuk membentuk kreativiti murid, guru juga boleh menggunakan komik sebagai sumber pengajaran. Menurut Masariah binti Mispari, pembelajaran bersumberkan komik dapat meningkatkan daya kreatif dan imiginatif murid. 2.8 MEMBANTU MENCIPTA KESERONOKAN DALAM PEMBELAJARAN Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Menurut sukatan pelajaran dalam Pendididikan Sivik dan Kewarganegaraaan, berdasarkan tema Kenali Budaya Malaysia, guru boleh mengubahsuai cara penyampaian pembelajaran dengan menggunakan bahan maujud. Permainan perlulah direkacipta bagi menimbulkan suasana yang seronok di dalam kelas kerana murid-murid mudah terangsang dengan aktiviti permainan. Contohnyaialah permainan dart diubahsuai menjadi papan skor. Akan terdapat satu papan dart berbentuk bulatan di mana terdapat skor bagi pemain yang membaling panah dart tersebut. Setiap bulatan mempunyai skor yang tertentu dan murid tersebut perlu menjawab soalan yang terdapat di sebalik skor yang diperolehinya. Markah akan dikira berdasarkan skor yang diperolehi hanya jika jawapan yang diberi adalah betul.

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Pengubahsuaian permainan perlu dilakukan untuk disesuaikan dengan proses pembelajaran supaya isi pelajaran yang berkaitan tema yang dipilih dapat disampaikan kepada murid. Soalan-soalan yang dipilih untuk diletakkan di sebalik skor perlulah menepati aras yang telah dipilih dan bersesuaian dengan tahap muridmurid. Permainan dart skor adalah sebahagian daripada kuiz tetapi dilakukan dalam cara yang berbeza untuk menarik perhatian murid-murid. 2.9 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL Penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan untuh melatih kemahiran interpersonal dan intrapersonal murid. Kemahiran interpersonal menurut pencetus Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Howard Gardner ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain dan kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang lain. Kemahiran ini memerlukan seseorang individu itu mampu berkomunikasi dengan baik di kalangan masyarakat yang berada di persekitaran. Dalam konteks ini murid-murid mampu berkomunikasi dengan baik sesama murid dan murid mampu juga berkomunikasi dengan baik kepada guru. Kemahiran intrapersonal pula didefinisikan oleh Howard Gardner sebagai kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan , hasrat dan kehendak. Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan kesedihan diri serta kebolehan membantu diri lebih berdisplin , beradab dan bersopan. Kemahiran ini lebih memberikan tumpuan dari segi dalaman diri individu tersebut. Dalam konteks pembelajaran, murid-murid mempunyai kebolehan untuk menangani sebarang masalah peribadi mereka serta dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran. Sumber P&P terdiri daripada pelbagai jenis misalnya media bercetak dan media bukan cetak. Sumber-sumber ini mampu menerapkan nilai-nilai murni serta dapat melatih kemahiran interpersonal dan intrapersonal murid-murid. Gerak kerja kumpulan adalah contoh aktiviti yang dapat mengasah kedua-dua kemahiran interpersonal berkumpulan dan kemahiran intrapersonal minda murid-murid. Contohnya video aktiviti yang menghasilkan peta gergasi berdasarkan

ditayangkan oleh guru. Aktiviti berkumpulan memerlukan perbincangan dan

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

penggunaan sumber video dapat menarik minat murid. Secara umumnya guru boleh melatih kemahiran interpersonal manakala kemahiran intrapersonal pula dapat dilatih dengan melihat sejauh mana penglibatan seseorang murid itu dalam aktiviti yang diadakan. 2.10 MELATIH KEMAHIRAN PSIKOMOTOR psikomotor merupakan kemahiran pergerakan di mana

Kemahiran

memerlukan murid-murid menggunakan semua anggota badan mereka untuk melakukan kerja. Kepentingan penggunaan sumber yang seterusnya adalah untuk melatih kemahiran psikomotor. Kemahiran psikomotor boleh dilatih dengan menggunakan sumber P&P yang bersesuaian. Contoh yang boleh diambil dalam subjek Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan, ialah daripada tema Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat. Aktiviti yang boleh dijalankan ialah aktiviti gotong-royong sama ada di sekolah ataupun di kawasan setempat contohnya di balai raya kampung. Di samping murid-murid menaburkan khidmat bakti, mereka dapat juga menerapkan nilai murni iaitu menjaga kebersihan. Malah mereka dapat menjaga kesihatan dengan melakukan aktiviti yang melibatkan otot badan dan otot karvadiaskular. Aktivitiaktiviti lain yang boleh menjadi pilihan untuk dilaksanakan ialah sukaneka, riadah dan rumah terbuka. Aktiviti di dalam kelas juga boleh diadakan untuk melatih kemahiran psikomotor murid-murid. Melalui tema Kenali Budaya Malaysia, guru boleh mengadakan aktiviti seni tari mengikut budaya kaum di Malaysia. Seni tari melibatkan banyak pergerakan yang unik dan secara tidak langsung kemahiran psikomotor dapat dilatih. Di sini penggabungjalinan juga dapat dilakukan dengan menggabungkan seni muzik semasa aktiviti seni tari dijalankan. Guru perlu memantau aktiviti murid-murid dan banyak memberi tunjuk ajar kepada mereka tentang perkara-perkara baru bagi murid-murid. Aktiviti ini memerlukan latihan yang kerap untuk memastikan murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran serta menepati tujuan penggunaan sumber P&P yag telah digunakan.

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

3.0 RUMUSAN Berdasarkan penghasilan kerja kursus ini, dapat dirumuskan beberapa perkara. Antaranya ialah mengenai teori pembelajaran berkaitan dengan penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran misalnya Gagne menekankan penggunaan bahan bercetak, Bruner menekankan penggunaan peta minda dan bahan eksprimen, manakala Vygotsky pula berpendapat interaksi dengan rakan sebaya penting bagi memperolehi ilmu pengetahuan. Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang. Sumber pengajaran dan pembelajaran (SPP) adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Oleh yang demikian, SPP amat penting untuk membantu guru menyampaikan ilmu. Sumber pengajaran yang digunakan adalah bertujuan untuk menolong guruguru supaya mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat dan memudahkan pemahaman murid-murid. Selain itu, kepentingan penggunaan sumber adalah untuk memotivasikan murid, melatih penggunaan psikomotor, merangsang keupayaan kemahiran berfikir serta mampu meningkatkan kreativiti murid.

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Tuntasnya, sumber pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menjayakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berkait rapat dengan kemahiran guru memilih sumber pengajaran pembelajaran yang sesuai untuk digunakan untuk murid.

4.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Tarikh Masa Tema Topik Subtopik Tahun

: : : : :

13 Mac 2013 8.45 pagi - 9.45 pagi Sayangi Keluarga Tanggungjawabku terhadap keluarga Keluarga Asas : 5 Dinamik

HP

Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1) 2) 3) Menyatakan konsep keluarga asas. (L1) Menyenaraikan asas. (L2) peranan anggota keluarga

Menghargai keistimewaan setiap anggota keluarga asas. (L3)

Isi pelajaran

1) Anggota Keluarga asas terdiri daripada : Bapa Ibu Abang

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Penerapan nilai murni :

Kakak Diri sendiri Adik

Bersyukur dengan nikmat keluarga bahagia dan berbangga dengan keistimewaan yang terdapat dalam keluarga sendiri.

Unsur patriotisme

Berbangga menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa hidup aman dan dapat mengecapi kebahagiaan bersama keluarga.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran PERKARA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Puzzle Gambar keluarga Papan Putih Laptop LCD Mounting board Sampul surat Kertas lukisan Sin Chan Kertas A4 Speaker Carta keluarga asas Borang maklumat keluarga asas Kotak beracun Lirik lagu Sayang Semuanya KUANTITI 4 5 1 1 1 1 9 4 20 1 1 20 1 20

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Pengetahuan sedia ada : Setiap murid mempunyai anggota keluarga asas.

PROSEDUR PERLAKSANAAN

ELEMEN PENGURUSAN PEMBELAJARAN BESTARI/KEMAHI RAN GENERIK

CATATAN/NILAI/ UNSUR PATRIOTISME/ SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Set Induksi (5 minit) 1) Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan kecil dan setiap kumpulan dikehendaki duduk dalam bulatan keluarga. Ketua kumpulan dilantik. 2) Guru mengedarkan satu set puzzle gambar keluarga asas bagi setiap kumpulan. 3) Gambar penuh puzzle ditampal di papan putih dan turut diedarkan sebagai rujukan. 4) Guru memberi masa tiga minit untuk murid menyiapkan puzzle dalam kumpulan. 5) Setelah masa tamat, ketua bagi setiap Pembelajaran
20

MI : Visual-Ruang

Puzzle Sampul surat

Gambar Keluarga Papan putih

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

kumpulan diminta menceritakan mengenai gambar puzzle tersebut. 6) Guru mengaitkan gambar puzzle dengan tajuk pelajaran yang ingin diajar.

koperatif

Kerjasama

MI : VerbalLinguistik

Langkah 1 (15 minit) 1) Guru menerangkan konsep keluarga asas. 2) Guru menyatakan anggota keluarga asas melalui carta keluarga asas dengan menggunakan slaid. 3) Guru menunjukkan contoh gambar sebuah keluarga asas. 4) Guru meransang minda murid untuk menyatakan bilangan anggota keluarga asas yang dimiliki murid serta nama panggilan bagi setiap anggota keluarga asas mereka. 5) Guru menunjukkan maklumat anggota keluarga asasnya. 6) Guru kemudian meminta setiap murid menyenaraikan maklumat tentang anggota keluarga asas mereka. Sumbangsaran Gambar Keluarga Kasih Sayang Laptop LCD

Pembelajaran akses kendiri Langkah 2 (20 minit)

Kertas A4

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

1) Guru menayangkan cerita animasi Sin Chan yang bertajuk Atuk Bermalam di Rumah. 2) Guru menyusun semua watak dalam cerita animasi tersebut di atas sebuah mounting board. Guru mengarahkan seorang wakil bagi setiap kumpulan untuk datang ke depan dan memilih anggota keluarga asas Sin Chan dalam kalangan watak-watak cerita tersebut. 3) Guru menyediakan sehelai kertas lukisan Sin Chan bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menampal watak yang dipilih pada kertas tersebut dan menyenaraikan peranan setiap anggota keluarga asas tersebut. 4) Guru mengarahkan murid untuk menghias kertas lukisan Sin Chan mengikut kreativiti kumpulan masingmasing. 5) Guru mengarahkan murid menampal hasil kerja di hadapan kelas. 6) Guru melakukan sesi perbincangan bersama murid. MI : Visual-Ruang Kemahiran berfikir

Laptop LCD

Mounting board Sampul surat

Kertas lukisan Sin Chan Kerjasama

Kreativiti

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

MI : Verbal-linguistik Langkah 3 (15 minit) 1) Guru mengarahkan murid membuat satu bulatan besar. 2) Guru memasang lagu untuk permainan kotak beracun. Murid yang mendapat kotak ketika lagu berhenti diminta membuat cabutan. Setiap kertas cabutan tertulis salah seorang anggota keluarga asas. 3) Guru mengarahkan murid tersebut menyatakan keistimewaan anggota keluarga asasnya mengikut kepingan cabutan yang diperoleh. 4) Permainan kotak beracun diteruskan sehingga guru memberi arahan permainan tamat. Menghargai keistimewaan orang lain MI : Interpersonel

Penutup (5 minit) 1) Guru menayangkan semula carta keluarga asas dan anggota keluarga yang terlibat dalam keluarga asas. 2) Guru menayangkan video lagu Sayang Semuanya. 3) Guru menyanyi sambil membuat gaya bersama-sama murid. Kecerdasan muzik Sayangi Keluarga Speaker Laptop LCD

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

MI : Kinestatik

Catatan / refleksi : ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

5.0 BIBLIOGRAFI Ab. Rahim Selamat. (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Choong Lean Keow. (2011). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Faridah Abdul Manaff et al. (1993). Strategi Pusat Sumber dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Noraziah Abdul Hamid (1981). Alatan Mengajar dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Dalam Seminar Perguruan Dis 1981.Universiti Malaysia Hlm 26-30. Noriati A. Rashid et al. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ng Bee Ling. Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) serta Kajian Kebolehlaksanaan dan keberkesanan Sebagai Alat Bantu Mengajar . Diakses di http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/NGBEELINGMP07120 9D10TTP.pdf pada 3 Mac 2013 Rashiqah Ilmi Abdul Rahim. Komik Jadi bahan pembelajaran. Diakses di http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/Komikjadibahanpembelajaran/Articl Pada 7 Mac 2013. Tiada nama penulis. Modul Pengurusan Sumber ( Teknologi Pendidikan) Diakses di http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulKPLI/TekPenKPLISR.pdf pada 10 Mac 2013

20

PSS 3109
SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Tiada nama penulis.Sumber dalam pengajaran dan pembelajaran . Diakses di http://www.scribd.com/doc/55994783/Sumber-Pengajaran-DanPembelajaran- Dalam-Pengajian-Sosial pada 11 Mac 2013 Tiada nama penulis. Sumber Pengajaran Pembelajaran. Diakses pada 3 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/21171336/PSK-TUJUAN PENGGUNAAN-SUMBER-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN

20