Anda di halaman 1dari 5

KEM GEMILANG - OBJEKTIF - U10 SDN BHD

PENDAHULUAN
Usaha-usaha melahirkan generasi yang terdidik dan cemerlang semakin mencabar serta menghadapi terlalu banyak cabaran dan kekangan. Kesepaduan tindakan antara guru, ibu bapa dan masyarakat, selain pihak berkuasa dituntut demi menangani cabaran ini. Tetapi, apa yang lebih penting adalah diri individu pelajar itu sendiri. Di antara faktor yang mempengaruhi kecemerlangan pelajar ialah gaya hidup pelajar. Gaya hidup yang dimaksudkan meliputi aspek pergaulan, pengurusan masa, kegiatan masa lapang, cara belajar dan juga pengurusan diri. Secara umumnya, gaya hidup bagi murid cemerlang mestilah seimbang dari sudut rohani, jasmani, emosi dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh yang demikian, ciri-ciri keseimbangan gaya hidup ini perlu diterapkan pada diri seorang pelajar yang ingin cemerlang. MOTIVASI merupakan antara asas yang paling utama untuk menarik minat pelajar bagi mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan insan cemerlang. Pelajar yang bermotivasi akan bersemangat untuk mengikuti pengajaran oleh guru dan memberikan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran. Hal ini akan mecetuskan kepentingan yang kedua iaitu meningkatkan daya pemahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran. Pelajar yang bermotivasi akan lebih memahami pengajaran guru kerana mereka memberikan sepenuh perhatian sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. MOTIVASI juga penting untuk mewujudkan keghairahan untuk belajar. Pelajar yang bermotivasi akan meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya bergantung pada pengajaran guru tetapi juga berusaha untuk menambah pengetahuan sedia ada. Walau bagaimanapun, kecemerlangan seseorang pelajar itu tidak harus diukur dari aspek akademik semata-mata, tetapi haruslah dilihat dalam skop yang lebih luas merangkumi kecemerlangan dari aspek sahsiah, kepimpinan, pengurusan diri dan personaliti, keteguhan rohani dan juga ketangkasan jasmani kerana secara tidak langsung ia banyak membantu ke arah pencapaian akademik yang cemerlang. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang sangat perlu agar murid-murid sentiasa bermotivasi untuk menjadi seorang insan yang cemerlang. Untuk melahirkan insan cemerlang, peranan setiap entiti masyarakat amat dituntut termasukalah komitmen dari ibubapa, guru, pihak kerajaan dan pemimpin masyarakat serta peranan syarikat-syarikat koporat. Justeru, U10 KEM GEMILANG melalui Program KEM GEMILANG berobjektifkan membentuk pelajar-pelajar agar mempunyai sahsiah dan disiplin yang cemerlang, azam, iltizam semangat, kekuatan mental dan emosi untuk menghadapai dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan terutamanya PMR dan SPM.

KEM GEMILANG - OBJEKTIF - U10 SDN BHD

PROGRAM MOTIVASI KEM GEMILANG merupakan salah satu platform kalau tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya. KEM GEMILANG merupakan Kem Motivasi 3 hari 2 malam yang berkonsepkan TIGA Tuhan, Ibubapa, Guru dan Aku ( Pelajar ). Inilah komposisi penting yang mampu menjana pelajar menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah serta berjaya dunia dan akhirat. Sekiarnya TIGA ini mampu digarap dan diselesaikan, sudah pasti setiap pelajar akan lebih faham bagaimana: 1. 2. 3. 4. Menjadi seorang hamba Allah yang soleh/solehah. Menjadi anak yang taat dan menyenangkan hati ibu dan bapa. Menjadi pelajar yang kasih dan sayang serta taat kepada guru-gurunya. Menjadi seorang pelajar yang tahu tanggungjawab ke atas dirinya sendiri.

KEM GEMILANG menekankan aspek mengenali dan ketaatan kepada: 1. Tuhan Secara tarbiahnya, pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang mengenali Tuhan nya. Perkara yang paling asas adalah SOLAT. Pelajar yang cemerlang menjaga solatnya. 2. Ibubapa Pelajar yang cemerlang sentiasa mentaati dan menghormati ibubapa. Mereka wajib sedar dan perihatin dengan segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibubapa. Ibubapa adalah segalanya bagi mereka. 3. Guru Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. oleh itu sangat penting bagi seorang pelajar sentiasa menghormati guru yang memberikan mereka ilmu 4. Aku ( Pelajar ) Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menjadi insan cemerlang. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri dan sentiasa berfikiran positif

KEM GEMILANG - OBJEKTIF - U10 SDN BHD

OBJEKTIF & MODUL KEM GEMILANG

OBJEKTIF KEM GEMILANG ialah:1. Membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah, pelajar dan anak agar mereka mampu menjadi insan dan generasi yang bukan hanya cemerlang dari segi akademik bahkan bahkan melahirkan pelajar yang seimbang kecemerlangannya dari sudut rohani, jasmani, emosi dan intelektual. 2. Membentuk pelajar agar mempunyai sahsiah dan disiplin yang cemerlang, azam, iltizam semangat, kekuatan mental dan emosi untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan terutamanya PMR dan SPM tahun hadapan. 3. Membina keterampilan diri dan kewibawaan murid dan pelajar sebagai pemimpin yang akan mewarisi kepimpinan Negara di masa akan datang. 4. Memupuk semangat kerjasama, setia kawan dan menerapkan nilai kasih sayang sesama insan dikalangan pelajar-pelajar. 5. Mengalakkan penglibatan ibubapa dalam aktiviti sekolah melalui program ceramah keibubapaan semasa kem belangsung agar matlamat memasyarakatkan sekolah akan tercapai.

MODUL DAN AKTIVITI KEM GEMILANG Fokus modul dan aktiviti KEM GEMILANG adalah berasaskan TIGA yang menekankan 3 perkara utama iatu : 1. Membina Rohani Yang Mantap Pelajar diberikan tazkirah dan ceramah secara formal dan tidak formal bagi mengenali diri mereka sebagai insan dan hamba Allah. Aktiviti yang dilaksanakan adalah menjadikan solat sebagai amalan pembentukan insan yang mulia, memupuk kesempurnaan maju minda dan bina insan. 2. Membina Emosi dan Fizikal Yang Stabil Pelajar akan dicanai hatinya supaya dapat membentuk emosi yang stabil dan tenang dalam apa jua keadaan melalui pelbagai aktiviti seperti slot Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ), refleksi minda dan tazkirah. 3. Membina Intelek Yang Cemerlang Pelajar diberikan penekanan mengenai kepentingan mempunyai intelek atau ilmu yang tinggi bagi bersaing untuk menghadapai cabaran yang mendatang .
KEM GEMILANG - OBJEKTIF - U10 SDN BHD 3

SEBUT HARGA KEM GEMILANG ( 3 HARI 2 MALAM )


KOS ANGGARAN SETIAP PESERTA RM150

KETERANGAN KEM GEMILANG ( PROGRAM 3 HARI 2 MALAM DI KAWASAN SEKOLAH )


Minima 150 peserta setiap program Setiap kumpulan (10 peserta) akan dibimbing oleh seorang @ 2 Fasilitator Modul Kem Gemilang 2013 melibatkan : o 9 Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) o Aktiviti Rapid Eyes Movement ( REM ) o Aktiviti Educational Kinesiology ( KE ) & Team Building o Ceramah Keibubapaan ( Anakku Sayang Anakku Cemerlang ) o Ceramah MIND SETTING Nuero-Linguistic Programming (NLP)

KOS TERMASUK :
o Peserta Kem Modul KEM GEMILANG T-Shirt / Tag Nama Makan & Minum 3 hari 2 malam Peralatan aktiviti Fail & Alat tulis Cenderahati / Hadiah / Sijil / Hadiah Fasilitator ( Minima 22 orang Fasilitator ) T-shirt / Makan & Minum / Elaun / Cenderahati / Sijil / Pengangkutan Mentor ( Empat orang mentor ) T-shirt / Makan & Minum / Elaun / Cenderahati / Sijil / Pengangkutan Guru Penyelaras Sekolah Terlibat ( Tiga orang ) T-shirt / Makan & Minum / Cenderahati Penceramah ( Dua Penceramah ) Ceramah Keibubapaan Nuero-Linguistic Programming ( NLP ) Perasmi Program Cenderahati Hiasan Dewan Aktiviti & Promosi Banner, Banting, Backdrop & Hiasan Dewan Aktiviti Jamuan Perasmian Pembukaan Jamuan bersama ibubapa selepas ceramah keibubapaan Perasmian penutup

o o

o o o

NOTA:
1. Kos yang ditawarkan adalah seperti berikut: a. Hanya meliputi program yang di anjurkan di kawasan Sekolah-sekolah di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putra Jaya. Kos tambahan untuk pengangkutan fasilitator bagi negeri-negeri selain di atas. b. Kos tambahan (pangangkutan peserta & vanue kem) sekiranya program dianjurkan di luar kawasan sekolah dan bergantung kepada sebut harga yang diberikan oleh tempat yang dipilih.
KEM GEMILANG - OBJEKTIF - U10 SDN BHD 4