Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI PERMAINAN BOLA TAMPAR MOHD SHAH REZA B ABD RAZAK 820727-01-5857

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan mempelajari permainan bola tampar di semester ini, saya berjaya mengikuti kelas yang diadakan dengan jayanya. Permainan bola tampar ini merupakan permainan kegemaran saya ketika dibangku sekolah lagi. Oleh sebab itu, saya cukup teruja untuk meneruskan kembali permainan yang telah saya tinggalkan lama dahulu. Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Disini saya telah mempelajari bagaimana berkerjasama dengan rakan sepasukan.

Sepanjang proses P&P berlangsung, banyak input baru yang diperoleh. Pensyarah sepanjang juga banyak menegur dan memperbaiki kelemahan yang dilakukan pengajaran. Antara kemahiran-kemahiran yang telah diajar dalam

permainan bola tampar ini ialah menyangga, merejam ,membuat servis, dan membuat halangan. Kemahiran yang diajar juga agak mencabar kerana tidak semua kemahiran telah saya pelajari dahulu. Yang pasti, kesukaran itulah yang membuatkan saya lebih komited untuk mempelajari teknik- teknik yang betul dan sempurna. Setakat ini, saya merasakan bahawa saya masih perlu banyak berlatih bagi mempertajamkan skil dan kemahiran yang diberikan. Saya cukup gembira dan berpuas hati dengan subjek permainan kali ini. Oleh kerana itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan rakan- rakan yang banyak membantu sepanjang proses pembelajaran ini. Setiap ilmu yang diperoleh akan saya gunakan untuk kebaikan di masa akan datang