Anda di halaman 1dari 19

KHURAFAT

MAKSUD Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial membuang ancak bagi menghalau hantu mengunjungi kubur yang dianggap keramat FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT menyebabkan syirik dan batal iman membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

SIHIR

MAKSUD ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia CONTOH menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR perasaan dendam seseorang terhadap orang lain iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang ada perasaan benci terhadap seseorang

CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR merosakkan akidah dan membatalkan iman memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah

hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR supaya akidah seseorang tetap terpelihara supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah

KERJA KURSUS CTU 151 AMALAN DAN KEPERCAYAAN KEPADA KHURAFAT DAN BIDAAH MASIH MENEBAL DALAM AMALAN MASYARAKAT MELAYU ISLAM MASA KINI. NAMA PENSYARAH: ENCIK RAZALI BIN ABD. RAHIM NAMA PELAJAR:

KHALIFAH NUR EZATI BINTI HASSIM FARAH ADIBAH BINTI GHAZALI ASHA ROSHADA BINTI LOT HASHIM KELAS: AC1102C

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami bersama-sama menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz Razali Bin Abd.Rahim Pensyarah Matapelajaran Pemikiran Dan Tamadun Islam (CTU 151), di atas kesudian beliau membantu kami dengan memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan kami yang bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan yang diberi bersama-sama. tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan sekelas yang lain yang turut membantu kami saya sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Di samping itu, tidak di lupakan kepada ibu bapa kami yang banyak memberi semangat, nasihat, sokongan dan dorongan kepada kami bagi menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Sekian, terima kasih.

DEFINISI

Definisi khurafat dari segi etimologi berasal dari bahasa Arab, kharafa-yakhrifa-kharfan-khurafaratan. Bahasa Inggerisnya merujuk kepada superstition atau supertitio dalam bahsa Latinnya yang membawa maksud sesuatu hal yang tidak masuk akal atau sesuatu yang dusta tetapi menarik. (Ensiklopedia Hukum Islam 1997, Ensiklopedia Islam 1994 dan al-mujam al-Falsafi 1983). Di samping itu, terdapat pula catatan yang menjelaskan bahawa khurafat atau khuraf sebenarnya merujuk kepada nama seorang lelaki Arab dari Bani Udhrah yang hidup pada zaman jahiliyyah. Lelaki berkenaan dikatakan telah dicekup oleh makhluk jin untuk hidup bersama mereka untuk satu tempoh tertentu.Apabila lelaki tersebut kembali semula kepada kaumnya, beliau bercerita tentang pelbagai peristiwa dan kejadian yang aneh dan menakjubkan yang pernah beliau saksi dan alami semasa berada bersama dalam kelompok jin tersebut. Namun, cerita-cerita berkenaan dianggap dusta dan tidak dipercayai oleh kalangan orang yang mendengarnya, lantas mereka mengukapkan cerita-cerita tersebut sebagai cerita khurafahdan bertitik tolak daripada peristiwa tersebutlah, maka ungkapan khurafah tersebut digunapakai untuk merujuk kepada setiap perkara yang menarik dan menakjubkan (Saliba 1981: al-khurafah)dan Ensiklopedia Hukum Islam 1997. Manakala bidaah pula membawa definisi iaitu setiap perkara yang tidak pernah wujud dalam zaman Rasulillah S.A.W dan satu cara dalam agama yang diada-adakan untuk meniru cara agama yang sebenar diniatkan melakukannya untuk meniru cara yang disyariatkan. Bidaah itu secara ringkas apa yang berlawanan dengan sunnah. Wirid dengan doa ramai-ramai lepas sembahyang, baca tahlil, baca Yasin malam Jumaat, sapu tangan ke muka lepas bagi salam dalam sembahyang, baca doa Qunut, lafaz niat sebelum takbiratul ihram, menambahkan saidina dalam lafaz selawat nabi, tidak dilakukan oleh Rasulullah.

BENTUK KHURAFAT MASIH BERTERUSAN

Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat banyak gejala khurafat.Ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu percayakan hal-hal yang dibawa oleh orang terdahulu daripada mereka tanpa membuat rujukan secara mendalam di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta para alim ulama. Hal ini kerana iman yang kurang mantap termasuk sikap masyarakat yang inginkan jalan mudah dalam mencari kesenangan dan kebahagiaan hidup.Selain itu, sikap orang kita yang amat kuat berpegang kepada adat seperti peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat.

Khurafat masih wujud di dalam masyarakat Islam sekarang, bahkan ia juga telah muncul dalam pelbagai bentuk yang berlainan samada dalam bentuk perbuatan tertentu, ungkapan tertentu, cerita atau kisah tertentu, bilangan tertentu,serta konsep, prinsip atau mazhab tertentu. Amalan mengunjungi kubur yang dianggap keramat, mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial, membuang ancak bagi menghalau hantu dan mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang adalah sebahagian bentuk gejala khurafat.

TAMADUN MELAYU

Melenggang Perut Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala di sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang wanita yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut dan di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti tujuh helai kain yang berlainan warna, satu gantang beras, sebiji buah kelapa, beberapa urat benang, satu batang dammar, sedikit minyak kelapa atau minyak urut, beberapa batang lilin, satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya, pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu SMS Atau Surat Berantai Tercetus daripada kemajuan teknologi yang dikecapi oleh masyarakat masakini.Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak perasan, terlepas pandang dan tidak mengambil berat mengenai perkara ini bahawa bentuk amalan ini mempunyai unsur-unsur khurafat yang amat halus. Contoh pengakhiran suatu SMS atau surat berantai lebih kurang begini : Barang siapa yang tidak menyebarkan SMS kepada sepuluh orang ini atau mengabaikannya, maka dia akan ditimpah kesusahan selama tujuh hari.Manakala siapa yang mereka menyebarkannya pasti ada akan dilimpahi kesenangan daripada Allah s.w.t selama tujuh minggu. Justeru, orang yang menerima SMS atau surat tersebut pun terpedaya dan menyebarkannnya kepada sepuluh orang kerana takut dengan kesusahan yang diperkatakan itu sama ada secara terpaksa atau tidak. Membuang Ancak Membuang ancak pula adalah dari segi perubatan orang dulu-dulu.Berkaitan juga dengan perbomohan. Dalam pengubatan ini bomoh akan memberitahu bahawa si pesakit "terkena" itu dan ini, ditempat itu dan ini. Timbul dari penyakit itu, keluarga pesakit akan diminta menyediakan "ancak" untuk diberi makan "hantu". Bila hantu sudah dapat makan, penyakit yang dihidapi oleh pesakit tadi akan sembuh. Cara beri makan "hantu" itu ialah dengan melepaskan "ancak" tadi ke dalam sungai. "Ancak" itu dibuat dari pelepah pokok pinang iaitu "upeh". "Upeh" ini dibentuk menjadi empat segi.Ia merupakan seperti bakul. Di dalamnya diletakkan berteh, 2 biji pisang, dan 2 biji telur.Sebiji telur itu mesti direbus.Keempat-empat penjuru "ancak" tadi dipasang 4 batang lilin."Ancak" itu kemudian dibawa ke sungai untuk dihanyutkan. Memakai Tangkal Tangkal atau azimat juga merupakan salah satu perkara khurafat yang masih kita amalkan.Tangkal ini mengandungi kesan yang berbeza-beza mengikut keperluan si pemakai seperti pendinding, pelindung diri dari penyakit, makhluk halus dan sebagainya. Kepercayaan bahawa dengan memakai tangkal, mereka akan menjadi kuat dan sebagainya. Antara lain perkara yang berkaitan tangkal, batu, kayu dan seumpama dengannya ialah kristal yang kononnya dipercayai mempunyai kuasa tertentu. Sememangnya batuan mempunyai khasiat tertentu namun tak bermakna dengan memakainya, si pemakai benar-benar mendapat tuah, di murahkan rezeki yang berkaitan dengan perkara-perara tersebut yang mana tuah atau rezeki dikurniakan oleh Nya kepada hamba-hambaNya.

TAMADUN ISLAM Temasya Mandi Safar Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya mandi Safar ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut anggapan mereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai menyatakan kesyukuran kerana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah sembuh daripada sakit yang amat berat. Ada pendapat yang menganggap bulan Safar bulan Nahas atau bulan Bala kerana di dalam bulan ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah banyak menurunkan bala kepada makhluknya di dunia ini.Oleh itu orang-orang tua sering mengingatkan anak cucu mereka agar berhati-hati ketika melakukan sebarang pekerjaan.Oleh kerana wujud kepercayaan seumpama ini, maka upacara perkahwinan, pertunangan dan majlis keraian tidak dilakukan pada bulan tersebut kerana dipercayai jodoh teruna dan dara tidak berkekalan. Azimat

Semua benda-benda yang dipercayai dapat melindungi diri seseorang daripada segala ancaman marabahaya atau mencegah musibah daripada menimbah diri manusia.Azimat adalah salah satu daripadanya.Azimat merupakan barang yang dibuat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan tujuan berlindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di sudut kediaman.

BENTUK BIDAAH MASIH BERTERUSAN Oleh kerana Islam berkembang dengan pesat di nusantara dan ramai pula yang ingin mendalami agama tanpa mengenali dengan lebih dekat siapakah guru mereka , ditambah pula mereka terlalu ghairah untuk mengejar pahala dan mengejar banyak fadhilat , maka masyarakat Melayu terjebak ke kancah bidaah . Ini jelas dapat dilihat daripada beberapa amalan yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu yang kononnya ajaran Islam tetapi setelah diselidiki , ia adalah satu bidaah . Pembahagian Bidaah Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafii yang diriwayatkan oleh Abu Nuaim : Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji (mahmudah) dan bidaah tercela (mazmumah) . Maka mana-mana yang sesuai dengan sunnah , maka itulah yang terpuji dan mana-mana yang menyalahinya maka itulah yang tercela . Berdasarkan kenyataan ini , ada ulama yang membahagikan bidaah kepada 4 bahagian iaitu : 1) Bidaah sunnah Bidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti solat Tarawih secara berjamaah . 2) Bidaah harus Bidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja dan memakai pakaian yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak bertentangan dengan hukum syara . 3) Bidaah haram Bidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan dalil dari syara seperti menziarahi kubur -kubur dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan . 4) Bidaah makruh Bidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan hari tertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan bahawa hari itu lebih baik pada hari-hari lain .

Jenis-jenis Bidaah

Bidaah Filiah dan Bidaah Tarkiah Bidaah Itiqadiah , Amaliah dan Qauliah Bidaah Zamaniah dan Makaniah Bidaah Kulliah dan Juziah Bidaah Haqiqiah dan bidaah Idhafiah Bidaah Ibadiah dan Bidaah Adiah

TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN ISLAM Bidaah Dalam Bulan Rabiul Awal Masyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan majlis Maulid al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu adalah bidaah dalam agama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah mengerjakannya , begitu pula Khulafa al-Rashidin , para sahabat lain dan para Tabiin yang hidup pada kurun paling baik . Mereka juga tidak menganjurkan mengadakan majlis seperti ini walaupun mereka adalah dari kalangan orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebih banyak menyintai rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar menjalankan syariatnya . Bidaah Dalam Bulan Safar Masyarakat Melayu juga percaya bahawa bulan Safar mendatangkan kecelakaan terutamanya pada hari Rabu akhir bulan .Dipercayai bahawa diturunkan bala pada tiap-tiap tahun sebanyak 12 000 bala dan sekaliannya itu pada hari Rabu akhir bulan Safar. Untuk menolak bala ini , disunatkan banyak bersedekah dan membaca doa tolak bala dengan kaifiat-kaifiat tertentu . Bidaah Dalam Bulan Rajab Lazimnya masyarakat Melayu menyambut Bulan Rajab dengan mengadakan perayaan Israk dan Mikraj , mengadakan solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab yang dinamakan solat al-Raghaib , puasa khas pada hari Khamis minggu pertama bulan Rajab , solat khas pada malam 27 Rajab dan puasa khas pada siang hari 27 Rajab . Bidaah dalam Bulan Ramadhan Dalam bulan Ramadhan pula , masyarakat Melayu gemar mempercepatkan solat tarawih . Mereka mengerjakan solat tarawih hanya mengambil masa setengah jam dari solat Isyak sehingga witir . Oleh kerana terlalu laju , banyaklah kecacatan yang berlaku . Ini termasuklah surah al-Fatihah yang dibaca senafas , tidak menjaga tumaninah dalam rukuk , sujud , duduk antara dua sujud dan iktidal . Bidaah Azan Dan Iqamat Untuk Jenazah Masyarakat Melayu juga mengamalkan banyak perkara bidaah dalam hal pengurusan jenazah . Mereka gemar membaca azan dan qamat sewaktu mayat diturunkan dari rumah atau ke dalam kubur . Sebenarnya tidak ada hadis yang mensyariatkan azan dan qamat untuk jenazah .Amalan ini adalah semata-mata bidaah kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah , sahabat-sahabat dan al-salaf al-shalih . Apa yang nabi ajar ialah azan pada solat fardhu dan sewaktu menyambut kelahiran bayi .

Bidaah Solat Teman Selain itu , mereka juga percaya bahawa mayat perlukan bantuan untuk menghadapi alam baru . Untuk tujuan itu , mereka juga melakukan sejenis solat yang dinamakan Solat Teman . Solat ini bertujuan untuk membantu mayat menghadapi soalan Mungkar dan Nakir . Solat ini adalah mungkar dan bidaah . Ini adalah kerana Rasulullah hanya melakukan solat jenazah dan solat ghaib . Rasululullah juga hanya mensyariatkan supaya berdoa dan meminta ampun untuk si mati .

Bidaah Tunggu Kubur Ada juga sebahagian masyarakat Melayu yang mengamalkan Tunggu kubur . Mereka mengupah beberapa orang untuk menunggu kubur si mati untuk beberapa malam . Panjang masa menunggu adalah bergantung kepada kemampuan keluarga si mati . Lazimnya adalah dalam bilangan ganjil iaitu semalam , tiga malam , lima malam , tujuh malam dan seterusnya . Sebuah rumah kecil dibina berhampiran kubur si mati untuk tujuan membaca al-quran , berzikir dan sebagainya untuk simati . Hukum mengupah dan mengambil upah membaca al-Quran kepada simati , jumhur ulama menyatakan haram . Ini kerana , tiada pahala bagi orang yang membaca al-Quran kerana upah .

Bidaah Membina Bangunan Di atas Kubur Di antara bidaah lain ialah ada juga di antara orang Melayu yang membina binaan di atas kubur . Ada kubur yang dibina dengan konkrit , marmar dan lain-lain yang mahal harganya . Kadang kala dibina kubah , menara , memasang lampulampu dan hiasan yang indah khususnya dari kalangan orang berada dan kubur-kubur keramat atau wali .Ini adalah perbuatan yang membazir , riak dan takabbur . Di situ juga tersirat konsep pemujaan kepada ahli-ahli kubur . Perbuatan ini menyerupai amalan agama-agama lain.

Bidaah Fidyah Solat Dan Kenduri Arwah Dalam hal berkaitan kematian juga , kebanyakan masyarakat Melayu ada mengamalkan membayar fidyah untuk orang yang telah meninggal dunia yang semasa hidupnya ada meninggalkan solat . Perbuatan ini juga adalah bidaah kerana perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh nabi , para sahabat , al-salaf al-shalih dan tidak ada ulama yang membolehkannya .

Bidaah Dalam Berwirid Dan Berdoa Selain daripada itu , masyarakat Melayu juga gemar berdoa dengan suara keras dengan menggunakan pembesarpembesar suara sehingga kedengaran jauh kerana sudah menjadi kebiasaan .Sebenarnya , untuk berdoa , kita perlulah memenuhi tentang pantang larangnya , tidak boleh melalui perantaraan , dengan ikhlas , khusyuk dan tawadhuk , tidak riak , tidak takabbur dan tidak boleh dengan suara keras menengking .

LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI DARI TERJEBAK DENGAN AMALAN KHURAFAT DAN BIDAAH

Asuhan dan didikan Pendidikan seseorang itu sebenarnya sudah bermula semenjak dia berada di dalam kandungan ibunya lagi oleh itu ibu bapa yang beriman akan melahirkan anak yang beriman juga tetapi sebaliknya akan berlaku jika ibu bapanya seorang yang lali dan leka dengan amalan yang keji.

Suasana sekeliling Sepertimana yang diberitahu sebelum ini bahawa faktor keadaan sekeliling adalah penyebab berleluasanya ajaran khurafat dan bidaah. Oleh itu agar tidak terjebak dengan anasir anasir tersebut faktor ini perlu dititik beratkan oleh seseorang yang ingin menyelamatkan akidah diri dan keluarganya dari tercemar.

Ilmu pengetahuan Mulianya manusia hanya dengan ilmu, tanpa ilmu manusia tidak dapat membina empayar dan tamadun bahkan akan terus jatuh serta dipandang hina, oleh itu pengetahuan tentang akidah serta perkara yang dapat merosakkan akidah amatlah penting untuk dihadham oleh setiap individu muslim Dalam kata lain, bukan sekadar syahadah yang perlu diucapkan bahkan perlu diketahui rukun syahadah,syarat sah syahadah, kesempurnaan syahadah,perkara yang membatalkan syahadah serta perlu adanya keyakinan yang mantap terhadap perkara yang termaktup didalam syahadah.

Banyakkan berdoa Doa adalah perisai seorang mukmin bahkan doa memberikan kesan kearah perubahan diri dan sikap seseorang apatahlagi kalau ianya disertai dengan syarat-syaratnya seperti ikhlas dan sebagainya.

Pergaulan Biasakanlah diri agar sentiasa berkawan dan berdampingan dengan ulama dan orang-orang yang soleh atau sekurangkurangnya mereka yang tidak terpesong akidah dan kehidupannya dari ajaran Islam. Pilihlah mereka yang akan dijadikan teman dikalangan mereka yang mampu memberikan tunjuk ajar serta nasihat kearah kehidupan berlandaskan agama bukannya teman kearah mendapatkan FULUS dan WANG BESAR semata-mata.

Banyakkan berzikir Zikrullah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia, tanpa zikrullah hidup manusia sebenarnya akan menjadi hambar dan tidak mermakna, laksana perisa dalam makanan. Dengan zikrullah manusia menjadi dekat kepada Allah Subhanu wa Taala selaku khaliq (pencipta) dan dengan itu dia akan dipimpin serta mendapat perlindun gan serta bantuan Allah Subhanu wa Taala dari terpedaya dengan sebarang hasutan kearah kemungkaran .

Banyakkan membaca al-Quran Sebagai seorang manusia tidak ada kitab panduan yang lebih baik yang diberikan oleh pencipta alam semestaini melainkan al-Quran yang manfaatnya bukan sekadar menyatakan hukum-hakam kehidupan manusia, tetapi dengan membacanya saja sudah cukup untuk menjadi benteng penyalamat dari gangguan syaitan serta godaan dan hasutan mereka yang kufur kepada Allah Subhanu S.W.T.

SARANAN BAGI MEMBENDUNG BERLELUASANYA AMALAN KHURAFAT DAN BIDAAH Pihak kerajaan diharap dapat berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meningkatkan kawalan serta pelaksanaan undang undang yang tegas terhadap mereka yang cuba membawa atau menyebarkan sebarang ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang suci yang menjadi agama rasmi kerajaan. Kerajaan juga disarankan agar menyediakan peruntukan bagi mengadakan

seminar, forum, dan majlis majlis ilmu yang membolehkan mereka yang menghadapi masalah ini mendalami serta merujuk kepada pakar pakar bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Kerajaan juga diharap dapat mengawal sebarang bentuk penyiaran am dari unsur-unsur khurafat dan bidaah di media massa agar tidak menjadi idea pencetus ke arah berlanjutannya ajaran sesat Kerajaan digesa supaya dapat mengadakan seminar atau forum kepada penerbit-penerbit filem agar memahami unsur-unsur syirik dan bahaya amalan khurafat, bidaah serta ajaran sesat terhadat agama dan negara. Setiap umat islam khususnya perlulah menimba ilmu yang mendalam melalui tokoh tokoh ulama yang mempunyi asas asas pengajian islam yang lengkap yang ditimba dari tokoh ulama yang berwibawa(mempunyai salasilah pengajian yang jelas) serta melalui kitab kitab yang muktabar serta mempelajari dari pelbagai tokoh agar luas pemikiran. Iklan dan maklumat perlulah disebarkan melalui alat sebaran am samada media cetak atau elektronik kepada seluruh warga muslim dan rakyat negara ini agar tidak terikut-ikut dengan gejala khurafat dan ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran islam.Tokoh-tokoh agama hendaklah sentiasa peka dengan keadaan ini dan sentiasa memberikan pengajaran kearah bahayanya keterlibatan dengan gejala khurafat dan ajaran sesat terhadap dan negara. Sebagai umat Islam dan rakyat dalam sesebuah negara islam, kita seharusnya melihat bahawa amalan dan fahaman khurafat dan bidaah adalah virus besar kepada agama dan negara, oleh itu kita sepatutnya melaporkan kejadian-kejadian khurafat yang berlaku di dalam masyarakat kepada pihak berkuasa agar terhapusnya gejala mungkar seperti yang dikehendaki oleh agama. Setiap individu muslim perlulah menjadi ejen penyebar mewakili para ulama dan Jabatan Agama Islam kepada setiap individu-individu yang terlibat dengan ajaran khurafat, caranya dengan menghadiri majlis ilmu dan memahami persoalanpersoalan serta ajaran yang menyimpang dari islam seterusnya menyampaikan kepada setiap kenalan dan umat Islam.Satu talian Bebas Tol perlu diadakan agar setiap aduan dapat ditangani segera oleh penguatkuasa yang dilantik bagi m embendung dan seterusnya menghapuskan kemungkaran yang berlaku.

IMPAK MEMPERCAYAI ATAU MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT DAN BIDAAH. Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim dengan mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang individu muslim kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah S.W.T dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada-Nya seluruh makhluk bergantung. Khurafat dan bidaah boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkan syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia serta menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik disamping boleh menjatuhkan seorang muslim kepada syirik. Kemudian, masyarakat yang mengamalkan akan mengalami banyak krisis kemunduran terutama sekali amalan akhlak. Situasi ini boleh kita lihat apabila merenung bagaimana keadaan masyarakat jahiliah pada zaman Nabi Muhammads.a.w.Pelbagai perkara telah disempitkan oleh gejala khurafat dan bidaah menyebabkan fikiran semakin kolot. Oleh yang demikian tidak beruntunglah sesuatu bangsa suatu umat selagimana amalan khurafat ini masih bertapak di dalam kelompok mereka walaupun mereka dapat mengecapi nikmat dunia.

KESIMPULAN Pada hari ini usaha untuk membendung amalan khurafat dan bidaah merupakan suatu usaha yang mencabar.Memang benar masyarakat kita pada hari ini sudah lebih matang berbanding dulu, tapi lebih kepada hal keduniaan, kalau tidak masakan gejala maksiat boleh berleluasa. Kalau masayarakat kita terus-menerus meletakkan beban untuk membanteras gejala sebegini kepada pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Majlis Agama Islam Terengganu maka sudah pasti akan runtuh akidah sebahagian besar umat Islam. Usaha-usaha untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat dan bidaah boleh dilakukan melalui kerjasama di antara masyarakat dengan majlis agama bagi menangani semua perkara yang boleh menggugat keteguhan akidah umat Islam.Mustahil perkara ini tidak boleh dilakukan jika Rakan Cop boleh diwujudkan di negara kita Malaysia. Selian itu masjid juga boleh digunakan sebagai medium untuk melumpuhkan gejala khurafat dan bidaah dengan mengadakan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat secara giat. Tidak dinafikan bahawa media massa juga boleh digunakan seperti majalah Al-Islam, itu adalah lebih baik daripada tindakan sebahagian syarikat majalah yang menerbitkan majalah seperti Mingguan Misteri yang seolah-olah meniupkan semangat khurafat dalam masyarakat kita. Akhir sekali, penggubalan undang-undang perlulah dilakukan.Kalau boleh diwujudkan satu lagi perundangan berasaskan Islam di negara kita bagi menjaga agama tauhid ini.I.S.A sahaja tidak cukup.Mungkin kita boleh mewujudkan akta yang boleh menyabitkan seorang pengamal sihir atas kesalahan boleh memesongkan akidah umat Islam. Sebelum kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda amat risaukan umatnya, jadi umat Islam selayaknya membalas kebimbangan itu dengan menjaga akidah serta mengamalkan Amar maaruf nahi mungkar yang kini kian d ilupakan bagi menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri. Wallahualam.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PULAU PINANG, FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL, DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL. CTU 101 TAJUK : PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

PENSYARAH

USTAZ AZMIN BIN PULLONG

AHLI KUMPULAN : 1. 2. 3. FAIZ BIN NOOR AZAM MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDULLAH MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN ISMAIL 2011802592 2011833374 2011446698

PENDAHULUAN: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, aqidah bermaksud rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini dan dipegang dengan kukuh. Perkataan aqidah di ambil dari kata dasar al-aqdu iaitu ar-rabth (ikatan), al-lbraam (pengesahan), al-ihkam (penguatan), at-tawatstsuq (menjadi kukuh, kuat), asy-syaddu biquwwah (pengikatan dengan kuat), at-tamaasuk (pengukuhan) dan al-itsbaatu (penetapan). Di antaranya juga mempunyai al-yaqiin (keyakinan) dan al-jazmu (penetapan). (Farid Muhammad, 1995: 33) Aqidah dari segi bahasa bermaksud simpulan iman, pegangan yang kuat, keyakinan yang teguh dan kepercayaan yang kukuh. Dari sudut istilah pula aqidah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu sendiri. Aqidah terbahagi kepada dua iaitu aqidah yang benar dan batil.Aqidah yang benar seperti keyakinan umat Islam tentang ke-Esaan Allah SWT manakala aqidah yang batil seperti keyakinan umat Nasrani bahawa Allah SWT adalah salah satu dari tiga oknum tuhan (trinitas). Maksud aqidah Islamiyah ialah kepercayaan yang mantap kepada Allah SWT sebagai Rabb dan Illah serta beriman dengan Nama-nama-Nya yang 99 lagi indah dan segala Sifat-sifat-Nya, beriman dengan para malaikat-Nya, kitab-kitab suci-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat, beriman dengan qada dan qadar sama ada baik mahupun buruk termasuk juga segala , serta seluruh kandungan kitab al-Quran al-Karim dan as-Sunnah Ash-Shahihah dan kepasrahan secara menyeluruh kepada Allah SWT dalam hal-hal hukum, perintah mahupun syarak, serta mengikut segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Menurut Ahli Sunnah Waljamaah, aqidah Islamiyyah mempunyai lain, di antaranya ialah At-Tauhid, As-Sunnah, Ushuluddin, Al-Fiqbul Akhbar, Asy-Syariah dan Al-Iman. Nama-nama inilah yang terkenal menurut Ahli Sunnah dalam ilmu aqidah.

Kepentingan Aqidah Dalam Islam : Dalam agama Islam, keimanan yang berlandaskan aqidah yang benar menjadi asas kepada sesuatu amalan. Amalanamalan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan diterima oleh Allah SWT kecuali amalan-amalan yang dilakukan oleh orang yang beriman dan berlandaskan aqidah yang benar. Hal yang demikian, mereka iaitu golongan yang tidak beriman kepada Allah SWT ataupun orang yang kafir, tidak mahukan balasan pahala daripada Tuhan mereka.Golongan ini juga mengerjakan amalanamalan dalam kehidupan mereka bukan untuk mencari keredhaan Allah SWT yang telah menjadikan mereka. Golongan yang tidak beriman ataupun orang-orang kafir kepada Allah SWT akan dihukum kelak di hari akhirat. Hal ini demikian disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka sendiri di dunia. Mereka tidak mahu menyelidik agama Allah SWT iaitu agama Islam yang hanya diredhai oleh Allah SWT seperti firman-Nya : Terjemahan : Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah SWT hanyalah Islam. (Surah Ali-Imran 3 : 19) Golongan ini juga tidak mahu mendengar wahyu-wahyu Ilahi yang disampaikan oleh para rasul.Mereka bukan sahaja tidak mahu beriman dengan wahyu yang diturunkan di dalam kitab-kitab Allah SWT, malah mereka memperolok-olokkan serta mempersendakan ayat-ayat Allah SWT.Hal ini demikian menjadi faktor segala amalan-amalan yang mereka kerjakan ditolak oleh Allah SWT.Amalan-amalan mereka di dunia menjadi sia-sia sahaja. Seterusnya golongan ini akan diseksa disebabkan kekufuran mereka itu sendiri kelak.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan, 25 : 23, Terjemahan: Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan. Ayat ini menegaskan segala amalan baik yang pernah dilakukan oleh orang-orang kafir di dunia dahulu akan terbuang sahaja ibarat debu yang berterbangan pada hari akhirat kelak. Dengan kata lain perbuatan-perbuatan baik mereka di dunia adalah siasia sahaja. Hal ini disebabkan segala amalan mereka tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka kerana kekufuran mereka semase hidup di atas muka bumi. Firman Allah SWT lagi, Terjemahan : Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan di dunia. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh. (Surah Ibrahim, 14 : 18)

Ayat ini menerangkan bahawa segala amalan yang mereka usahakan yang tidak berlandaskan keimanan dan aqidah yang benar dan tidak mengikut jalan yang betul lagi benar. Maka kebaikan itu tidak akan mendatangkan manfaat pun kepada mereka dan menjadi sia-sia. Allah SWT juga tidak akan member apa-apa balasan untuk amal-amal golongan ini. Aqidah bukan sahaja hanya menjadi satu kepentingan dalam agama Islam, tetapi juga merupakan suatu perkara yang terpenting dalam hidup dan kehidupan manusia dalam kehidupan seorang muslim di muka bumi ini. Golongan yang hidup di

dunnia ini tanpa aqidah diibaratkan jahil dalam aqidah dan adalah seperti orang buta yang tidak mengenali keadaan dan bentuk diri mereka sendiri. Dalam aqidah Islam, mereka yang mengenali Allah SWT yang mencipta alam dunia ini dan tidak mengetahui siapa yang telah menjadikan diri mereka sendiri di dunia adalah orang yang hidup tanpa tauhid dan aqidah.Golongan ini sentiasa hidup dalam kekufuran yang nyata serta hidupnya hanya untuk duniawi sahaja.Tempat bagi orang-orang di dalam golongan ini di akhirat kelak adalah di dalam neraka jahanam.

Firman Allah SWT dalam surah Muhammad, 47 : 12, Terjemahan : Sesungguhnya Allah SWT memasukkan orang-orang mukmin dan beramal soleh ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.Dan orang-orang kafir bersenang-senang di dunia dan mereka makan seperti makannya binatang.Dan neraka jahanam adalah tempat tinggal mereka. Aqidah merupakan suatu yang penting dalam kehidupan seorang muslim untuk menanam semangat keimanan yang kukuh dalam hati mereka. Seseorang manusia yang hidup di alam dunia ini tanpa memiliki semangat keimanan yang tertanam di dalam hatinya adalah tergolong dalam golongan yang terpedaya dengan kesenangan kehidupan di dunia. Apabila tiadanya semangat keimanan yang teguh di dalam hati, golongan ini akan merasa takut untuk menegakkan agama Allah SWT ataupun berjihad di muka bumi ini. Apakah mereka ini tidak mengetahui kelebihan berjihad dan menegakkan agama Allah SWT.Tidak mahukah mereka menjadi para syuhada seperti para sahabat. Sebagai contoh Hamzah bin Abdul Mutalib, Khalid al-Walid dan Ammar Yassir. Golongan ini sudah ditimpa oleh suatu penyakit iaitu penyakit terlalu mencintai dunia dan takutkan mati. Lebih banyak kemungkaran dan maksiat yang akan berlaku tidak dihalang dan tidak ditegah kerana amar makruf nahi mungkar tidak dilaksanakan. Seterusnya agama Islam akan dipandang serong oleh masyarakat yang beragama lain. Dakwah Islamiah tidak dapat diteruskan lagi kerana umat Islam sendiri melakukan kemungkaran dan tidak dapat menjadi contoh yang terbaik kepada umat agama lain. Hal ini demikian menyebabkan mereka yang hidup di dunia ini tanpa berpandukan oleh aqidah yang benar dan tidak mempunyai semangat keimanan di dalam hatinya akan sentiasa merasa gembira di dunia. Tetapi mereka ini tidak menyedari akan azab api neraka yang telah dijanjikan oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak. Oleh yang demikian, golongan yang beraqidah dan bertauhid dalam Islam dan kehidupan di dunia adalah satu perkara yang penting untuk memperolehi kebaikan di dunia dan di akhirat.Seseorang yang telah ternyata kejahilannya dalam ilmu aqidah (aqidah al-iman) atau ilmu tauhid, hancurlah aqidahnya dan sia-sia sahaja amalan-amalan mereka.Banyak maksiat dan kemungkaran yang berlaku menyebabkan timbul berbagai-bagai kerosakan di muka bumi ini dan ditimpa bala bencana di dunia. Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum, 30 : 41, Terjemahan : Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar. Bala bencana yang diturunkan oleh Allah SWT di dunia disebabkan banyak perbuatan maksiat yang dilakukan oleh umat manusia itu sendiri.Hal ini demikian kerana kejahilan mereka dalam aqidah dan tauhid.Bala bencana yang diturunkan juga memberi peringatan kepada umat manusia kerana kekufuran dan kemungkaran yang berlaku di muka bumi. Dengan kata lain, hidup mereka itu selaku seorang Muslim tidak berasaskan aqidah dan tauhid.

Faedah mempelajari ilmu aqidah dalam kehidupan seharian Terdapat banyak faedah yang diperoleh dariapada mempelajari ilmu aqidah dalam kehidupan seharian.Antaranya ialah supaya kita terhindar daripada ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt. Selain itu,kita juga dapat meneguhkan keimanan dan keyakinan kita kepada sifat-sifat kesempurnaanNya.Tambahan pula,sebagai seorang muslim yang mulia,kita dapat memantapkan akidah kita dan orang lain supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah seperti menyembah berhala,menyembah syaitan dan memuja semangat atau roh orang yang sudah mati.Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan.Kesannya dalam kehidupan seharian ialah kita akan sentiasa mengingati mati dan akhirat.Oleh sebab itu,kita akan terpaksa berfikir 100 kali,1000 kali sebelum berbuat dosa dan akhirnya kita akan membatalkan niat kita tersebut.Selain itu,Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka.Di akhir zaman ini terdapat pelbagai ilmu-ilmu akidah yang baharu dan dikatakan akidah islam. Kesimpulannya, sebagai umat islam yang berpengetahuan tentang akidah islam yang mengikut syariat islam,kita dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang. Peranan Aqidah : Berimanlah kamu kepada allah dan rasul-NYA serta kepada penerang cahaya (Al-Quran) yang kami turunkan .Dan (ingatlah) Allah amat mendalam pengetahuan-NYA akan segala yang kamu kerjakan. (Surah At-Taghabun) Peranan Aqidah dalam Membina Masyarakat : Sebelum memilih sesuatu jalan, adalah lebih baik untuk diselidiki terlebih dahulu jalan tersebut supaya tidak tersesat. Begitulah diibaratkan dengan pegangan seseorang, jika salah dipilih maka akan musnahlah kehidupan. Oleh itu mari kita selami pengertian aqidah yang betul dari sisi agama Islam. Dari segi syarak pula, aqidah bermakna segala perkara yang dengannya dapat dipercayai sepenuhnya (Tasdiq) hingga kepadanya boleh menenangkan hati dan perasaan. Kedudukan aqidah setaraf dengan keyakinan yang sama sekali tidak bercampur dengan syak, keraguan dan kebimbangan. Keyakinan ini pula hendaklah sentiasa berpaksikan kepercayaan kepada Allah kerana Dialah Allah, pemilik hati kita dan Yang Empunya agama agung yakni Islam. Istilah aqidah Islam membawa erti kepercayaan dan keyakinan terhadap Yang Maha Pencipta selain pengakuan bahawa Allah itu adalah Robb dan Ilah. Namun, aqidah Islam masih tidak lengkap jika seseorang itu tidak menaruh kepercayaan secara seratus peratus terhadap nama-nama Allah, sifat-sifatNya selain mempercayai rukun-rukun Iman yang lain iaitu beriman kepada Malaikat, Kitab-kitab, para Rasul, Hari Kiamat dan qadak qadar Allah. -KELUARGA Siapa yang berkahwin (berumah tangga) maka sempurnalah separuh agamanya -hadith nabi

Islam sebagai al-Din adalah agama yang menaruh perhatian sangat besar dalam pemupukan nilai dan membangun aqidah sebuah keluarga. Institusi keluarga dalam Islam, adalah unit paling asas yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan perilaku individu. Jika baik, sejahtera dan bahagia sebuah keluarga maka akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam suatu masyarakat, berbangsa dan bernegara. Sekiranya aqidah keluarga berpecah belah maka pengaruh sosial akan dirasakan oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itu, maju atau mundurnya suatu negara adalah berdasarkan kepada keberhasilan pembangunan aqidah kekeluargaan tersebut. Membangun aqidah keluarga pada hakikatnya merupakan proses dan usaha untuk membentuk individu dan keluarga muslim yang sihat rohani dan jasmaninya, berilmu dan beramal soleh yang bertujuan untuk membentuk insan dan generasi yang beradab. Penggunaan paradigma pendidikan Islam dalam membangun aqidah keluarga adalah sangat penting kerana aqidah keluarga dapat dianggap islami apabila segala prinsip, kepercayaan dan apa yang diamalkannya dalam keluarga tersebut berasaskan pola perlaksanaan pendidikan Islam. Orang tua sebagai pendidik pertama dalam sebuah keluarga merupakan penentu yang akan memperkenalkan kepada anak berbagai corak pemikiran, pemahaman serta pelaksanaan nila-nilai, tradisi dan agama yang difahami dan diamalkannya kelak. Justeru itu, kedudukan orang tua dalam aqidah kekeluargaan dalam sudut pandang Pendidikan Islam bukan hanya sekedar memperoleh predikat sebagai Ibu dan Bapa yang memiliki tanggung jawab dalam memenuhi keperluan fizikal dan material saja.Tapi yang lebih penting adalah bagaimana orang tua berserta seluruh elemen keluarga lainnya dalam satu masa supaya berperanan dan berfungsi sebagai muaddib, murobbi, muallim dan mursyid bagi anak-anaknya. Adanya keperibadian dan keunikan bagi individu manusia itu memang diakui , tetapi pada waktu yang sama , setiap individu diberi hak-hak yang tidak boleh dilampaui , kepentingan-kepentingan yang tidak boleh menggannggu kepentingan yang lebih utama , yakni hak masyarakat dan lingkungannya. MEMILIH ISTERI "Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang berkahwin) dari hamba-hambanya sahayamu yang lelaki dan hamba-hambanya sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah (SWT) akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan, Allah (SWT) Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (An-Nur : 32 )Ciri ciri isteri solehah yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasulullah saw iaitu wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.Keduanya,membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda "Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat".Ketiganya pula ialah wanita penyayang dan berketurunan, Rasulullah saw bersabda "Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat". MENDIDIK ANAK DENGAN AKIDAH Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi nasihat kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman: 13-19) Surat Luqman secara umum, terutama ayat 13-19 difahami sebagai surat yang harus dibaca saat prosesi aqiqah atau kesyukuran atas kelahiran seorang anak, dengan harapan bahwa sang ayah nantinya dapat meneladani tokoh Luqman yang diabadikan wasiatnya dan sang anak juga dapat mengikuti petuah dan nasehat seperti halnya anak Luqman. Tentu pemahaman ini dapat diterima, mengingat secara tekstual ayat-ayat ini memang berbicara secara khusus tentang pesan Luqman dalam konteks mendidik anak sesuai dengan pesan Al-Quran.

Selain itu, pesan Luqman dalam surat ini sebenarnya adalah pesan Allah yang dibahasakan melalui lisan Luqman Al-Hakim sehingga sifatnya mutlak dan mengikat pesan Luqman dalam bentuk perintah berarti perintah Allah, demikian juga nasIhatnya dalam bentuk larangan pada masa yang sama adalah juga larangan Allah yang harus dihindari. Ketahuilah , sesungguhnya para wali Allah tidak merasa takut dan tidak berdukacita ( Surah Yunus ayat 62 ) TOLAK ANSUR AGAMA Aqidah Islam bersifat positif terhadap semua penganut agama termasuklah agama kristian , hindu , buddha dan lainlain.bahkan kaum muslimin disuruh agar berbuat baik dan menyayangi sesama mereka. Kita juga disarankan berbuat baik kepada ahli kitab mereka.Sebagai umat islam yang professional dan bertanggungjawab,kita perlulah menunjukan contoh yang terbaik terutama sekali kepada masyarakat yang beragama lain. Hal ini dapat kita kaitkan bagaimana cara untuk mendakwah masyarakat beragama lain agar mereka tebuka hati untuk memeluk agama kita.Islam mengajar kita supaya melakukan amal kebaikan dan meninggalkan keburukan. Sama seperti agama lain.Akan tetapi,kita mempunyai Allah yang maha esa,Muhammad sebagai pesuruh Allah dan Kitab suci Al-Quran sebagai penerang cahaya atau tonggak kepada agama islam yang jika dibandingkan dengan agama lain,mereka tidak mempunyainya.Justeru,mereka akan tertarik dengan agama kita dan makin bertambahlah umat islam di serata dunia ini. Firman Allah yang bermaksud : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana kamu , dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu , Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil HAK-HAK INDIVIDU DARI MASYARAKAT Hak untuk saling menumpang secara maknawi dalam hidup bermasyarakat. Kepentigan ini meliputi banyak sebab, diantaranya islam tidak diperbolehkan menyembunyikan ilmu yang bermanfaat, memberikan nasihat kepada yang membutuhkan. Islam juga menganjurkan untuk menolong yang zalim dan dizalimi. Rasulullah bersabda:Bantulah saudaramu yang zalim menganiaya dan saudaramu yang teraniaya. Para sahabat bertanya: ya Rasul, kami menolong yang teraniaya, bagaimana menolong orang yang menganiaya? Rasul menjawab : menghalanginya untuk berbuat aniaya. (HR. Bukhari). Kesimpulannya di sini tidak kiralah yang ditolong itu zalim atau teraniaya,kita perlu juga menolongnya agar kita sama-sama dapat manfaat kebaikan setelah kita menolong mereka iaitu dengan memperbetulkan akidah kita bersama. HAK-HAK TERPENTING INDIVIDU Sesungguhnya hidup dengan mulia merupakan salah satu hak hak manusia yang dijamin keberadaannya dalam islam. Keberadaan hak hak tersebut menurut kaca mata islam adalah merupakan nikmat yang telah Allah berikan kepada manusia. Islam juga berpendapat lebih jauh dari itu, yaitu bahwa hak-hak tersebut merupakan hak yang akan dimintai pertanggung jawabannya, baik sebagai seorang pemimpin ataupun yang di pimpin. Hak-hak manusia dalam agama islam merupakan hak yang tetap tidak berganti walaupun pergantian waktu ataupun tempat. Bagi setiap orang diwajibkan melaksanakan hal-hal yang dijamin berlangsungnya hak tersebut.Maka untuk menjamin hak hidup, islam melarang bunuh diri, baik dengan sengaja maupun dengan menggunakan atau meminum ubat-ubatan keras yang dgunakan untuk membunuh diri sendiri.

KEBEBASAN BERPENDAPAT Kebebasan berfikir hendaklah dijamin selama ia berjalan dalam jalur tabii yang lurus . Dengan kata lain , perl u diberi kesempatan untuk berfikir sama ada mengatakan tidak atau mengatakan ya ..Sistem ini juga diguna pakai dalam kehidupan moden kini.Sistem ini boleh digunapakai. Akan tetapi,a perlulah berpatutan dengan syarak dan tidak digunakan berdasarkan konsep akal dan hawa nafsu.Hal ini boleh mengundang padah masalah-masalah yang berkaitan agama dan ia boleh menyebabkan kesalahan-kesalahan hukum agama yang disalahguna. Kesimpulannya,ia boleh digunapakai akan tetapi ia perlulah berdasarkan nas-nas al-quran dan hadith-hadith yang shahih. HAK KEHORMATAN DIRI DAN HIDUP

Kehidupan merupakan kemuliaan dalam agama islam, jiwa satu sama dengan jiwa seluruh manusia. Allah berfirman yang ertinya: Sesungguhnya barang siapa yang membunuh satu jiwa maka seakan-akan dia telah membunuh manusia semuanya. (Al-maidah:32). Islam juga memuliakan manusia baik ia masih hidup ataupun mati, maka tidak dibolehkan memotong-motong badan manusia baik ia dalam kondisi hidup ataupun mati. Dalam rangka menjamin hak hidup manusia, islam mengharamkan pembunuhan kecuali terhadap orang-orang tertentu yang telah diatur oleh agama. Dalam rangka menjamin hak keselamatan badan, agama islam melarang setiap muslim untuk menyakiti diri sendiri. Berjihad di jalan Allah : Dan buatlah persiapan untuk menentang mereka sedaya upaya kamu daripada kekuatan dan kuda yang ditambat yang dapat menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu -Surah Al-Anfal ayat 60 Jihad ( ) adalah berjuang dengan sungguh-sungguh menurut syariat Islam. Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan DinAllah atau menjaga Dan tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan Al-Quran. Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturanAllah, menyucikan qalbu, memberikan pengajaran kepada ummat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di bumi. Faedah mempelajari ilmu aqidah dalam kehidupan seharian : 1. 2. Supaya kita dapat mengelakkan diri dari sebarang ikutan atau taklid. Menyelamatkan diri dari sebarang khurafat dan syirik.

3. Mendorong kita ke arah melakukan perbuatan atau amalan-amalan yang taat dan memperhambakan diri kita kepada Allah yang maha esa semata-mata. 4. Menjauhikan diri dari segala perbuatan dosa dan perkara yang sia-sia.

5. Dapat meyakinkan diri kita sebagai hamba-hamba Allah yang lemah lagi serba kekurangan yang sentiasa berhajat kepada Allah semata-mata. 6. Menjadikan diri seseorang itu patuh kepada ibubapa , saudara-mara , rakyat , bangsa , dan negara.

KESIMPULAN : Tidak dapat disangkal lagi kebenarannya bahawa akidah merupakan asas yang sangat penting kepada agama Islam.Akidah telah menjadi penentu serta pengukur keimanan dan ketaqwaan seseorang dalam ibadah seharian , dan sesungguhnya Islam tidak akan pernah sempurna tanpa akidah.Kewujudan akidah sememangnya menjadi pelengkap bagi agama yang suci ini.Hakikat keimanan yang sebenar hanya boleh dicapai dan dirasai melalui penghayatan yang mendalam terhadap akidah Islam , maka tanpa akidah yang mantap dan kukuh , kemanisan iman dan nikmat Islam itu tidak akan dapat dirasai oleh seseorang manusia.Hal ini kerana akidah memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang.Seorang muslim atau muslimah yang mempunyai akidah yang mantap akan sentiasa mengamalkan rukun iman yang enam dalam hidup seharian mereka.Dengan lengkap dan sempurnanya aspek aspek ini , maka sekaligus ia juga akan menjadikan manusia terutamanya umat Islam lebih menghalusi dan memahami serta menghayati dengan lebih mendalam lagi berkenaan urusan perhubungan di antara sesama manusia dengan Allah s.w.t. Hal ini jelas membuktikan bahawa akidah merupakan sesuatu elemen yang sangat penting yang juga melambangkan imej sebenar Islam kepada agama agama lain.Pembangunan yang merangkumi serta meliputi sifat kerohanian dan material yang menjurus terus kepada pembangunan insan juga akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.Maka jelaslah terbukti bahawa akidah merupakan tunjang utama dalam pembangunan ummah yang sekaligus menyumbang kepada kegemilangan tamadun Islam pada masa dahulu , kini dan selamanya.


Al Quran Al Karim dan terjemahannya. Kamus Dewan Edisi Keempat. RUJUKAN :

Ustaz Ishak Din dan Prof. Dato Dr. Harun Din , 1995 , Permasalahan Aqidah Tauhid , Kuala Lumpur , Darul Nukman. Haji Said Haji Ibrahim , 1996 , Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah , Kuala Lumpur , Darul Marifah.

Che Haslina Binti Abdullah , Buku Teks CTU 101 Prinsip-prinsip Asas Islam , Bab 2 Aqidah Teras Pembangunan Muslim.