Anda di halaman 1dari 6

4.

PRINSIP

PERKEMBANGAN

ISI

PENGAJARAN

DALAM

BIDANG

PENDIDIKAN ISLAM.

Sesungguhnya terdapat beberapa prinsip perkembangan isi pengajaran dalam bidang pendidikan Islam. Setiap prinsip ini memainkan peranannya yang tersendiri. Ini bagi memastikan sesuatu matmalat pendidikan dapat dicapai. Berikut merupakan prinsip-prinsip perkembangan isi pengajaran dalam bidang pendidikan Islam.

PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN

Dekat kepada jauh

Dari mudah kepada susah

Khusus kepada umum

Maujud kepada mujarrad

Perkara diketahui kepada yang belum diketahui

24

Prinsip-prinsip di atas merupakan perinsip perkembangan isi pelajaran. Setiap guru perlu maklum akan hal ini bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, akitiviti, bahan dan masa yang digunakan, prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran berikut perlulah kita ikuti :

Dari mudah kepada susah mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah. Dari perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui dengan memanipulasi pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baru. Dari maujud kepada mujarrad - menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud. Dari khusus kepada umum memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi. Dari dekat kepada jauh memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama dengan contoh yang diberi.

Namun sebelum kita menerangkan dengan lebih lanjut mengenai prinsipprinsip-prinsip perkembangan, adalah lebih elok jika kita dalami maksud isi pelajaran yang ingin dikembangkan. Isi pelajaran ialah kandungan pelajaran yang terdapat di dalam sukatan pelajaran dan dihuraikan di dalam huraian sukatan pelajaran. Kedua-dua dokumen penting ini hendaklah dirujuk oleh guruguru dengan teliti kerana ia merupakan kurikulum pelajaran yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, seimbang dari segi fizikal, mental, spritual, emosi dan keperluan negara bagi membina generasi yang berilmu, beriman dan beramal.
25

Isi kandungan pelajaran ini juga diperjelaskan lagi melalui Buku Panduan Guru supaya guru dapat menyampaikan pelajaran bertepatan dengan kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran. Seterusnya isi kandungan pelajaran ini dimantapkan lagi melalui buku teks dan buku kerja murid. Guru berperanan melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran tersebut. Berikut merupakan cara menyusun isi pelajaran.

Isi Pelajaran hendaklah disusun bersesuaian dengan: Objektif pelajaran Sukatan pelajaran mengikut tajuk Peruntukan masa Urutan bagi mencapai objektif Minat dan kebolehan murid Kefahaman murid Aras yang dirancang

Guru perlu mematuhi prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam merancang pengajaran dan pembelajaran supaya mudah difahami oleh murid serta mencapai objektif yang dirancang. Prinsip-prinsip tersebut ialah mudah kepada susah, perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui, maujud kepada mujarrad, khusus kepada umum dan dekat kepada jauh.

26

4.1 Prinsip-Prinsip Perkembangan Pendidikan Islam

Terdapat beberapa prinsip-prinsip yang akan digunakan dalam mengembangkan isi pengajaran dalam bidang pendidikan Islam. Kesemua prinsip ini bertujuan tidak lain hanyalah untuk mengembangkan isi kandungan pengajaran dalam sesebuah subjek atau mata pelajaran yang diajar. Bagi subjek pendidikan Islam pula, terdapat lima prinsip perkembangan yang biasa diguna pakai.

4.1.1 Mudah kepada susah

Prinsip ini mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah. Contoh 1: Dalam bidang Ulum Syariyyah iaitu dalam bahagian Ibadah, pengenalan konsep iaitu pengertian najis, kemudian kepada perkembangan isi yang merangkumi jenis-jenis najis dan cara menyucikan najis. Contoh 2: Dalam bidang Asuhan Tilawah Al-Quran iaitu menyebut potongan kalimah dengan makhraj yang betul kepada membaca ayat dengan fasih dan bertajwid.

4.1.2 Perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui

Prinsip ini memanipulasikan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baharu. Ini bermakna pengetahuan yang lepas bagi seseorang murid berperanan sebagai asas yang membolehkan pengatahuan yang baharu
27

bergantung kepadanya. Oleh itu, jika guru ingin pengetahuan baharu diterima oleh murid, guru perlu memastikan pengetahuan lepas murid mempunyai kaitan rapat dengan pengetahuan yang baharu.

Contoh: Dalam bidang Ulum Syariyyah iaitu dalam bahagian Ibadah, murid telah pun tahu apakah erti wudhu atau cara berwudhu(meniru perbuatan ibu bapa mereka), seterusnya guru memperkenalkan anggota wudhu yang wajib dan sunat serta sempadan setiap anggota wudhu tersebut dan cara mengambil wudhu yang betul.

4.1.3 Maujud kepada mujarrad

Menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokuskan kepada benda yang maujud. Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan dirasa kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti yang wujud di sekitar murid. Isi pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Contoh: Bidang Ulum Syaryyah dalam bahagian Akidah, Guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah dengan wujudnya alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada ialah meraka tahu bahawa setiap benda ada penciptanya begitu juga dengan alam ini kerana ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya. Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif dan pengajaran dapat berjalan dengan berkesan dan baik.

28

4.1.4 Dari khusus kepada umum

Memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi. Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah di susun dari sesuatu yang khusus kepada umum. Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi pelajaran.

Contoh: Bidang Ulum Syaryyah dalam bahagian Ibadah, guru mengajar tentang hadas kecil atau hadas besar, guru hendaklah menjelaskan dulu tentang ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar sebelum membuat satu pengertian umum tentang ciri yang telah diterangkan. Prinsip ini akan merangsang murid untuk mengetahui perkembangan isi.

4.1.5 Dari dekat kepada jauh

Memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkaraperkara yang hampir sama dengan perkara yang diberi. Contoh: Dalam bidang Adab dan Akhlak Islamiah, guru member contoh adab yang lebih dekat dahulu seperti adab terhadap ibu bapa dikaitkan dengan adab kepada pemimpin

29

Anda mungkin juga menyukai