Anda di halaman 1dari 10

RI

KRM3073:
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
TUGASAN 1

KUMPULAN : UPSI 08

DISEDIAKAN OLEH NAMA ABDUL NASRI BIN SAMSUDIN NO. ID D20102041497 NO. TELEFON 012-2779501

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: ENCIK NOOR AZAM BIN MOHD SAID : 31 MAC 2013

2 ISI KANDUNGAN PERKARA 1.0 2.0 PENDAHULUAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER 3.1 3.2 Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai Gardner Implikasi Kecerdasan Pelbagai Gardner Dalam Meningkatkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. 3.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI 5.0 6.0 RUMUSAN BIBLIOGRAFI 9 10 6 3 4 4 5

3 1.0 PENDAHULUAN Pendidikan bertujuan untuk memperkembang mental dan kebolehan individu untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berguna demi memberi sumbangan dan memupuk kesejahteraan masyarakat. Justeru, psikologi pendidikan

merupakan satu bidang kajian santifik atas tingkah laku murid yang dapat membantu guru memahami murid dan membimbingnya dalam pembelajaran serta menambahkan

keberkesanan pengajaran guru. Untuk mencapai tujuan tersebut, pengetahuan tentang teori kecerdasan pelbagai ini bertujuan untuk menunjukkan suasana, faktor dan keadaan murid yang mempengaruhi pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru pula didedahkan dengan pelbagai kemahiran, maklumat dan teori pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman dan kajian yang lain. Maka psikologi pendidikan membekalkan guru dengan maklumat tentang pembelajaran murid dari segi minat, motivasi, pemikiran, ingatan, perbezaan individu dan sebagainya serta pelbagai kaedah mengajar dan pengurusan kelas. Tumpuan utama ialah bagaimana murid belajar dan bagaimana guru dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Guru juga perlu didedahkan kepada konsep psikologi perkembangan, psikologi pembelajaran, pembentukan personaliti dan psikologi sosial. Kecerdasan pula merupakan sesuatu kebolehan menguasai sesuatu perkara dengan cepat, dan memahami perkara yang kompleks. Terdapat pelbagai jenis kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang seperti kecerdasan bahasa, muzik, pergerakan, visualisasi dan lainlain. Setiap individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Individu ini mempunyai kecenderungan untuk mengembangkan bakat atau kebolehan yang mereka perolehi sekoranya dilatih dan diasah dengan cara yang betul, Walau bagaimanapun, kecerdasan ini tidak akan menyerlah sekiranya ia tidak digilap atau dibiarkan mati tanpa tunjuk ajar yang seharusnya. Di negara kita, individu yang memiliki sesuatu kecerdasan jarang ditemui dan diiktiraf kemampuan mereka kerana kita tidak didedahkan dengan ilmu mengenai ilmu pintar cerdas. Secara amnya, terdapat tujuh jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh seseorang. Individu yang memiliki kecerdasan sesuatu bidang akan menunjukkan kecemerlangan dalam bidang tersebut. Penghargaan boleh dilakukan bagi menggalakkan perkembangan individu tersebut.

4 2.0 TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yusof ( 2007 ), Gardner ( 1983 ) mempercayai bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya seperti menggubah lagu, mencipta puisi atau oreograf tarian. Beliau menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenal pasti melalui ujian seperti ujian IQ. Gardner berpendapat bukan terdapat hanya satu cara untuk menyelesaikan masalah, tetapi terdapat pelbagai cara iaitu individu menggunakan beberapa set proses proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. 3.1 Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai Gardner Gardner telah mengenal pasti 8 jenis kecerdasan yang diperlukan oleh seseorang untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. Teori ini dikenali sebagai Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner. Kecerdasan-kecerdasan tersebut ialah kecerdasan logikmatematik, verbal-linguistik, muzikal, visual-ruang-spatial, kinestatik-badan, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Jenis-jenis kecerdasan Gardner dijelaskan seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Kecerdasan Logik Matematik Kecerdasan Verbal Linguistik Kecerdasan Muzikal Kecerdasan Visual Ruang Spatial Kecerdasan Kinestatik Badan Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Naturalis

5 3.2 Implikasi Kecerdasan Pelbagai Gardner Dalam Meningkatkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Cara-cara seorang guru mengaplikasikan pelbagai kecerdasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dari segi kecerdasan logik-matematik, guru boleh bermain permainan logik dengan murid-murid dan sentiasa menunggu untuk situasi yang boleh merangsangkan murid-murid untuk berfikir dan membina pemahaman tentang nombor. Guru juga boleh membawa murid-murid ke lawatan lapangan terbang, makmal komputer, muzium. Dari segi kecerdasan verbal-linguistik pula, guru boleh membaca kepada murid dan biarkan mereka membaca kepada guru. Guru juga boleh membincangkan pengarang buku bersama murid-murid, membuatkan murid-murid menyimpan jurnal peristiwa-peristiwa penting serta membuatkan murid-murid merumus dan bercerita semula apa yang telah dibaca. Bagi kecerdasan muzikal, guru boleh membekalkan murid-murid sebuah perakam kaset atau pemain rekod yang boleh digunakan mereka, memberi mereka peluang untuk bermain dengan alat-alat muzik, membawa mereka ke konsert atau menggalakkan mereka untuk mencipta lagu sendiri. Di samping itu, guru perlu mempunyai pelbagai bahan kreatif untuk digunakan oleh murid-murid, membuatkan murid-murid menyelesaikan teka silang kata dan mencipta carta atau membawa murid-murid ke muzium seni sambil berjalan bersama mereka. Apabila kembali nanti, guru boleh bertanya kepada mereka untuk menggambarkan di mana mereka telah pergi dan kemudian melukiskan sebuah peta pengalaman mereka. Ini adalah untuk murid-murid yang berkecerdasan visual-ruang-spatial. Bagi kecerdasan kinestatik-badan pula, guru boleh membekalkan murid-murid peluang untuk aktiviti fizikal dan menggalakkan mereka untuk menyertainya serta menyediakan tempat murid-murid boleh bermain di dalam dan di luar kelas. Jika perkara ini tidak mungkin, guru boleh membawa mereka ke taman permainan atau membawa mereka ke acara-acara sukan dan ballet. Guru juga boleh menggalakkan mereka menyertai aktiviti tarian. Bagi murid-murid yang berkecerdasan interpersonal, guru boleh menggalakkan murid-murid bekerja dalam kumpulan, membantu mereka mengembangkan kemahiran komunikasi, menyediakan permainan kumpulan untuk mereka bermain serta menggalakkan mereka menyertai persatuan. Selain itu, guru boleh menggalakkan murid-murid mempunyai hobi dan kegemaran, mendengar perasaan mereka dan memberikan mereka maklum balas yang bersensitif, menggalakkan mereka menggunakan imaginasi mereka serta membuatkan mereka

6 menyimpan jurnal atau buku skrap tentang idea dan pengalaman mereka. Cara-cara ini adalah untuk murid-murid yang berkecerdasan intrapersonal. Bagi murid-murid yang berkecerdasan naturalis pula, guru boleh membawa murid-murid ke muzium sains semula jadi, mewujudkan pusat pembelajaran semula jadi di kelas serta melibatkan mereka dalam aktiviti luar yang semula jadi seperti membawa mereka ke jalan semula jadi ( nature walk ) atau mengangkat sebatang pokok.

3.0

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI Setiap strategi pengajaran dan pembelajaran adalah berguna untuk mencapai objektif

pendidikan tertentu. Apakah strategi yang sesuai untuk menerapkan pelbagai kecerdasan kepada pelajar? Seseorang guru khususnya bagi matapelajaran Matematik perlu menguasai dan boleh menggunakan pelbagai strategi dalam pengajarannya. Dengan adanya pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran, kita akan lebih menyedari bahawa penggunaan pelbagai strategi pengajaran akan memudahkan lagi dan menggalakkan pelajar belajar dan minat terhadap Matematik. Penggunaan strategi-strategi tertentu hanya akan berjaya memperkembangkan kecerdasan pelajar yang tertentu sahaja dan kurang sesuai kepada pelajar-pelajar yang lain. Lebih banyak strategi yang digunakan maka lebih banyak kecerdasan dapat dikembangkan dan dipupuk dalam diri pelajar.

Antara contoh- contoh strategi-strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran matematik untuk memperkembangkan kecerdasan pelbagai ini ialah strategi penyoalan untuk menjana kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) dan membimbing pelajar untuk menerangkan bagaimana cara mereka berfikir. Strategi meta-kognitif yang dapat membina kesedaran pelajar tentang cara pemikiran mereka boleh digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran matematik. Berikut adalah beberapa contoh penyoalan yang boleh ditanya kepada pelajar untuk meningkatkan kecerdasan. cuba jelaskan mengapa. Apakah sebabnya anda berkata begitu?. Apakah puncanya Apakah formula yang digunakan. Guru selalu menggunakan strategi soal dan jawab dalam pengajaran matematik. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berbeza antara sesuatu kelas. Selalunya selepas sesuatu maklumat disampaikan oleh guru ianya akan diikuti dengan penyoalan guru tentang perkara tersebut. Soalan-soalan boleh bersifat komprehensif, ulangan atau menjana pemikiran aras tinggi tentang sesuatu tajuk atau subjek tersebut. Bloom (1997) mengemukakan enam paras pemikiran sebagai Taksonomi Bloom iaitu paras pengetahuan, komprehensif, aplikasi, analisis, sentisis dan penilaian. Soalan-soalan yang hanya

7 memerlukan mengingat fakta atau maklumat adalah merupakan soalan aras pengetahuan dan komprehensif sahaja. Soalan-soalan yang memerlukan pemikiran yang tinggi biasanya soalan-soalan tentang aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Charles Wiederhold (1995), telah mengembangkan Matrik soalan atau Q-matrik. Mengikut matrik soalan ini terdapat enam soalan pembuka di paksi menegak iaitu apakah, di mana/bila, yang manakah, siapakah, mengapakah dan bagaimanakah. Bagi paksi melintang pula terdapat soalan pembuka iaitu apakah, pastikah, bolehkah dan mungkinkah. Di dalam pengajaran, kita akan menitikberatkan kepada enam jenis penyoalan iaitu pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sitesis dan penilaian. Keenam-enam jenis soalan ini tidak mempunyai kepentingan atau kekerapan penggunaan yang sama dalam pengajaran. Berikut adalah contoh soalan yang digunakan di bilik darjah dalam meningkatkan aras pemikiran pelajar-pelajar. Bagi penyoalan aras pengetahuan antara perkataan yang boleh digunakan seperti mengingat, menerangkan dan mengenalpasti. Antara perkataan yang digunakan untuk aras pemahaman ialah menterjemah dan menganggar. Antara perkataan yang boleh digunakan untuk aras aplikasi ialah mendemontrasikan dan menyelesaikan. Bagi aras analisis antara perkataan yang boleh digunakan seperti banding dan beza. Aras sintesis pula dicadangkan menggunakan perkataan membuat hipotesis, merancang dan mencipta. Antara perkataan yang digunakan untuk aras penilaian seperti justifikasi dan menggunakan kriteria. Semasa pengajaran, adalah penting bagi seseorang guru mengambil perhatian dan memantau aras-aras soalan yang dikemukakan sepanjang pengajarannya. Di sini dapat kita lihat penyoalan yang biasa atau mungkin ditanya oleh seorang guru matematik semasa mengedarkan kertas dan gunting semasa pengajarannya untuk aktiviti hand-on. Adakah semua pelajar telah menerima sekeping kertas dan gunting? Sila angkat tangan, jika ada yang belum menerima sekeping kertas dan gunting? Pernyataan soalan yang manakah yang lebih sesuai dan difahami oleh pelajar. Jika kita sebagai pelajar, bagaimanakah kita memberi respon terhadap soalan tersebut? Guru matematik juga selalu membuat kesilapan semasa membuat perbincangan dalam penyelesaian masalah matematik. Antara soalan yang sering dikemukan ialah adakah semua pelajar faham? Pelajar didapati kurang pasti untuk menjawab atau memberi respon. Sebagai guru kita perlulah memberi peluang kepada pelajar untuk bertanyakan soalan. Guru perlulah memberi banyak peluang dan menggunakan soalan-soalan pelajar-pelajarnya untuk memperkembangkan idea-idea tertentu jika sesuai. Soalan-soalan yang dikemukan pelajar boleh dibincangkan di dalam kelas untuk meningkatkan penyertaan pelajar. Kaedah pembelajaran koperatif adalah merupakan kaedah pembelajaran yang boleh melatih pelajar-pelajar mengemukan soalansoalan kepada pelajar yang lain di dalam kumpulannya.

8 Strategi pengajaran kemahiran berfikir boleh digunakan dalam pengajaran

matematik. Strategi-strategi ini merupakan strategi yang digunakan dalam struktur bagi pembelajaran koperatif. Antaranya ialah find my rule, meta-kognitif, pair compare, sequencing. Sebagai contoh kita lihat penggunaan strategi find my rule dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Strategi ini dapat menjana pemikiran induktif. Dalam strategi penyelesaian masalah, beberapa strategi boleh digunakan untuk memperkembangkan kecerdasan logical/matematikal. Strategi-strategi seperti Send-A-Problem, Trade-aProblem, dan JIGSAW Problem Solving. Sebagai contoh dalam aktiviti Send-A-Problem pelajar-pelajar dalam kumpulan masing-masing akan bekerjasama menyediakan soalansoalan tentang sesuatu kemahiran yang telah dipelajari dan memilih soalan-soalan yang hendak dihantar atau dijawab oleh kumpulan lain.

Strategi-starategi yang boleh digunakan dalam pengajaran matematik untuk memperkembangkan kecerdasan visual/spatial pelajar-pelajar adalah strategi hubungan spatial dan strategi input visual. Strategi hubungan spatial menggunakan pengurusan grafik atau borang grafik seperti peta minda, peta konsep dan garis masa. Pelajar perlu dilatih menggunakan pengurusan grafik yang sesuai pada akhir setiap pelajaran secara individu atau berbincang secara kolaboratif mengikut kumpulan. Penggunaan graf dan carta adalah untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk visual. Latihan ini boleh digunakan guru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik iaitu dari jadual pelajar diminta untuk menterjemahkan maklumat-maklumat dalam bentuk visual seperti graf bar, graf garis dan carta bulatan. Penggunaan model-model juga dapat memperkembangkan kecerdasan visual pelajar-pelajar yang berbentuk tiga dimensi.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh mengembangkan kecerdasan interpersonal di kalangan para pelajar adalah tutoran rakan, perbincangan, perkongsian maklumat dan kemahiran berkomunikasi. Dalam memperkembangkan kecerdasan ini struktur-struktur berikut boleh digunakan iaitu number heads together, pair check, threestep-interview, share and compare, inside-outside circle dan lain-lain lagi. Strategi pengajaran yang dapat memperkembangkan kecerdasan intrapersonal adalah strategi yang dapat mewujudkan suasana refleksi dan penerapan aspek-aspek nilai. Guru diharapkan sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar membuat refleksi tentang perkara-perkara yang telah dipelajarinya pada akhir setiap pelajaran atau sebelum memulakan pelajaran. Pelajar juga digalakkan menulis jurnal tentang kefahaman masing-masing. Antara struktur yang boleh digunakan untuk kecerdasan ini adalah think-pair-share, timed pair share, corners dan refleksi jurnal.

9 5.0 RUMUSAN Sebagai rumusannya, setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat murid yang pandai dan lemah dalam pelajaran. Perbezaan individu ini berkait rapat dengan faktor kognitif, fizikal, emosi, budaya dan agama seseorang. Manusia juga mempunyai pelbagai jenis kecerdasan yang boleh dikembangkan dari semasa ke semasa. Tidak semua murid berjaya dalam pelajaran sahaja dikira sebagai murid yang cerdas. Murid yang mempunyai kebolehan dalam bidang yang lain seperti muzik, sukan dan lain-lain lagi juga dikira sebagai murid yang cerdas. Kecerdaan ini adalah mengikut jenis kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu. Selain itu, gaya pembelajaran juga penting dalam mempelajari sesuatu perkara. Terdapat juga beberapa faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Guru memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid untuk mengetahui atau mempelajari gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka. Akhir sekali, sebagai seorang guru, kita hendaklah melayan murid tanpa memilih kasih kerana setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.

10 6.0 BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng (1995). Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Khadijah Rohani Mohd. Yusof (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Open University Malaysia (OUM). Pusat Perkembangan Kurikulum(2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Noor Shah Saad, Mohd Uzi Dollah (2013). Pengajaran Matematik Sekolah Rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul_psv/04kecerdasan_pelbagai.pdf.