Anda di halaman 1dari 22

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01

1.0 Pendahuluan

Malaysia yang merupakan sebuah negara yang telah lama merdeka dengan mempunyai penduduk yang berbilang bangsa, maka sudah pastinya Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa rasmi Negara memainkan peranan yang sangat penting sebagai mekanisma perpaduan. Justeru itu, kerajaan Malaysia telah mewar-warkan melalui Dasar pendidikan kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras di sekolah rendah dan menengah dengan

hasrat dan harapan supaya bahasa ini mempu menjadi bahasa perpaduan yang dapaat menyatupadukan rakyat berbilang bangsa agar dapat hidup dengan aman dan harmoni. Kurikulum Pendidikan Bahasa Malayu juga telah

dimantapkan dari masa ke semasa agar ia juga mampu menjadi pemangkin kepada semangat cintakan tanah air. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah juga bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Adalah diharapkan melalui kurikulum Bahasa Melayu, murid dapat menguasai kemahiran berbahasa dan dapat berkomunikasi dengan cara yang tepat dan betul.

2.0

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


1

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.( Roselan Baki,2003). Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan.

3.0

MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk
2

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.

4.0Objektif Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Negara, adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai roh dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


i. mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta

menghayatinya dalam konteks perbualan harian dan situasi formal; ii. bertutur dengan petah, menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi; iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina

budaya pembelajaran berterusan; vi. memperkembangkan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan

penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis; vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa; ejaan kosa kata, serta sebutan dan intonasi yang betuldalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis; ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan bukan sastera; dan x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan.

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


5.0 KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan muridmurid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah Hasan,1996).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki,2003).
5

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff,2003).

6.0

Organisasi Kandungan sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Kurikukululm

Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan

fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran memembaca, dan kemahiran menulis.. Hasil pembelajaran juga
6

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokongan oleh elemen pengisian kurikulum.

Kemahira n Bahasa

Pengisian Kurikulum

ORGANISA SI KANDUNGA

Hasil Pembelajar an

Sistem Bahasa

Rajah Organisasi Kandungan

6.1

Kemahiran Bahasa. bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,

Kemahiran

kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberi maklum balas.
7

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul. Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan diberi pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis

perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan

pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tandan bacaan dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.

6.2

Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang dihasilkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran:
8

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Petunjuk tentangnkemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan prosedur pengajaran. Dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

6.3

Sistem Bahasa Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
Kosa Kata Umum Istilah Sebutan Bahasa Melayu

Tatabahasa Marfologi Sintaksis

Peribahasa Bahasa Kiasan Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Perbilangan

SISTEM BAHASA

Sistem Ejaan Pola keselarasan vokal Ejaan kata pinjaman 9 Ejaan kata dasar dan kata

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01

Intonasi mengikut pola Jenis ayat Susunan ayat Ragam ayat

Rajah Sistem Bahasa

6.4

Pengisian Kurikulum Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah.
Kewarganegaraa n

Ilmu

PENGISI AN KURIKUL UM

Kewarganegaraa n 10

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01

Peraturan sosiobudaya

Kemahiran bertambah nilai

Rajah Pengisian Kurukulum

6.4.1

Ilmu Pengetahuan merengkumi pelbagai bidang ilmu. Ontohnya ilmu sains, geografi, sejarah, dan lain-lain dapat digunakan untuk

memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Isu semasa juga boleh dimasukkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

6.4.2

Nilai Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Melalui nilai

murni, akan membentuk generasi yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia.

6.4.3

Kewarganegaraan Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini bertujuan untuk
11

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


melahirkan waranegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan Negara.

6.4.4

Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah yang sesuai dengan kehidupan sebenar murid serta senario dunia global. Antara kemahiran bertambah nilai yang diberi penekanan ialah; Kemahiran berfikir Pembelajaran kontekstual Pembelajaran konstruktivisme Kajian masa depan Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi Kemahiran belajar cara belajar, dan Kecerdasan pelbagai

6.4.5 Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya yang dikemukakan dalam kurikulum Bahasa Melayu mengambil kira kesantunan bahasa, laras bahasa, dan

peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Melayu.

7.0

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

12

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diperkenalkan pada tahun 1988. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah menjadi kayu ukur bagi menentukan tingkat pencapaian salah satu daripada objektif pendidikan iaitu untuk menyediakan murid-murid sekolah rendah bagi melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dengan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Ujian Pencapaian Sekolah Rendah juga merupakan peperiksaan awam pertama yang ditempuh oleh kanak-kanak ketika berada pada penghujung Tahun Enam di semua sekolah rendah seluruh negara. Kewajipan sekolah untuk menyediakan murid dan seterusnya melaksanakan UPSR termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 Bahagian IV Seksyen 19 yang menegaskan setiap sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya untuk peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini (Akta Pendidikan, 1996; Mohd. Ismail Othman, 2004).

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah merupakan penilaian sumatif yang berdasarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Tujuan penilaian ini ialah untuk melihat sejauh mana taraf pencapaian murid Tahun Enam dalam kemahiran asas menulis, membaca dan mengira sebelum kanak-kanak tersebut melangkah ke alam pendidikan menengah (Ikhsan Othman & Norila Md Salleh, 2005). Penggubalan UPSR adalah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berorientasikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
13

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01

7.1

KERTAS BAHASA MELAYU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Kertas soalan Bahasa Melayu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di bahagiakan kepada dua bahagian, iaitu kertas 1 dan kertas 2. Kertas satu atau dikenali juga sebagai kertas soalan pemahaman terdiri daripada 40 soalan objektif dan murid diberi tempoh masa selama 50 minit untuk menjawab kesemua soalan dalam kertas ini. Secara keseluruhannya kertas 1 ini dapat menguji penguasaan tatabahasa murid

Kertas 2 atau Kertas Penulisan pula terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Murid dikehendaki menjawab Secara

ketiga-tiga bahagian ini dalam tempeh masa 1 jam 15 minit.

khususnya, kertas ini dapat menguji kemahiran murid dalam bidang penulisan dan marfologi.

7.2

Analisa Soalan Kertas 1 UPSR 2009 TAJUK 1 Kata Kerja Kata Ganti Diri Penggunaan Kata Yang Tepat Kosa Kata Yang Tepat Penggunaan Kata Yang Tepat Penggunaan Kata Yang Tepat Kata Adjektif Kata Hubung Kata Sendi Kata Arah / / / / / / / / /
14

NO. SOALAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

ARAS KESUKARAN 2 3 4 5 6 /

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 Pengimbuhan Pengimbuhan Kata Majmuk Kata Ganda Kata Ganda Penjodoh Bilangan Penjodoh Bilangan Peribahasa (Simpulan Bahasa) Peribahasa (Perumpamaan) Perkataan Berlawan Perkataan Seerti Kata Banyak Makna Kata banyak Makna Soalan Bagi Jawapan Jawapan Bagi Soalan Ayat Sama Maksud Ayat Sama Maksud Ayat Yang Betul Ayat Yang Betul Ayat Yang Betul Soalan Petikan 1 Soalan Petikan 1 Soalan Petikan 1 Soalan Petikan 1 Soalan Petikan 1 Soalan Petikan 2 Soalan Petikan 2 Soalan Petikan 2 Soalan Petikan 2 Soalan Petikan 2 /
/

/ / / / / / /
/

/ / / / / / / / / / / / / / / / /

/
/ /

Hasil daripada Jadual Spesifikasi Ujian kertas 1 di atas jelas menunjukkan kertas ini hanya dapat menguji sebahagian daripada organisasi Kandungan yang terkandung dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Dalam kertas ini, Sistem
15

penekanan diberi dalam menguji penguasaan sistem bahasa murid.

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


bahasa yang diuji sesuai dangan kandungan peringkat sekolah rendah yang merangkumi kosa kata, tatabahasa. Peribahasa dan pembentukan ayat. Aras soalan juga bersesuaian dan menyeluruh mengikut aras Taksonomi Bloom, d imana setiap aras iatu aras pengetahuan, aras kefahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian ada diuji.

Kemahiran membaca juga dapat diuji dalam soalan 31 hingga soalan ke 40. Soalan ini dapat menguji keupayaan murid memahami dan menghayati teks yang dibaca. Teks atau petikan yang diberi adalah sejajar dengan pengisian kurikulum yang digariskan dalam kurikulum Bahasa Melayu. Petikan pertama yang berkisar tentang Tahun Melawat Malaysia dapat menerapkan unsur-unsur kewarganegaraan dan sosiobudaya masyarakat Malaysia. Ia juga telah digabungjalinkan dengan sejarah dan geografi. Petikan kedua pula lebih

menekankan kepada penarapan nilai nilai murni seperti menjaga kebersihan, bekerjasama, dan bertanggungjawab.

7.3 Analisa Soalan Kertas 2 UPSR 2009 Soalan Bahagian A : Menulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. (gambar tunggal). Soalan bahagian ini mampu

merangsang murid untuk menterjemahkan gambar yang dilihat ke dalam bentuk ayat. Ini bersesuaian dengan kemahiran 1.5 iaitu memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata ungkapan dan ayat yang sesuai. Gambar yang diberi merupakan suatu suasana yang bertemakan menjaga kebersihan atau aktiviti gotong royong. Aktiviti ini telah
16

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


memenuhi bahagian Pengisian Kurikulum tentang penerapan nilai-nilai murni dan mempunyai tema khas tentang kebersihan.

Soalan Bahagian B pula terdiri daripada 3 soalan. Murid dikehendaki memilih satu soalan sahaja. Soalan pertama menghendaki palajar menceritakan tentang cara-cara mereka menggunakan wang RM500 yang dimenangi dalam satu pertandingan lukisan. Soalan ke dua pula meminta murid menceritakan tentang suasana temasya sukan sekolah manakala soalan ke tiga pula meminta murid menulis supucuk surat kepada abangnya untuk menceritakan tentang persediaan yang telah dilakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Ketigatiga soalan ini dapat menguji penguasaan murid dalam kemahiran 10.1, aras 3. Soalan ini dapat menjana idea murid dalam menghasilkan penulisan yang menarik dan kreatif. Soalan-soalan yang diberikan juga dapat memenuhi

kehendah pengisian kurikulum di mana ia merupakan pembelajaran kontekstual. Murid dikehendaki menceritakan pengalaman-pengalaman yang pernah mereka alami.

Soalan bahagian C pula menghendaki murid menulis lima nilai murni yang terkandung dalam petikan yang diberi. Soalan ini dapat menguji kemahiran 10.2 Aras 3. Dalam menyelesesaikan soalan ini murid perlu membuat analisis untuk mencari nilai-nilai murni yang terkandung dalam petikan yang diberi. Mereka juga perlu membuat sintesis dengan mencamtumkan idea nilai-nilai murni yang dicari menjadi satu perenggan.

17

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


Hasil daripada analisa yang telah dibuat terhadap ke dua-dua bahagian kertas soalan Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2 didapati penilaian yang dilaksanakan di peringkat UPSR hanya mampu menguji sebahagian daripada objektif yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Contohnya Soalan yang terkandung dalam kertas 1 hanya mampu

menguji penguasaan murid dalam tatabahasa, yang merangkumi ayat, kosa kata dan kertas Soalan Bahasa Melayu kertas 2 pula mampu menguji penguasaan murid dalam menghasilkan pelbagai jenis penulisan atau menghasilkan karangan.

Kedua-dua kertas soalan ini tidak dapat menguji keupayaan murid dalam mendengar serta memahami pengucapan, kefasihan murid dalam bertutur,

keupayaan murid dalam berbincang dan berkongsi pendapat, dan menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai.

18

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01

REFLEKSI

Alhamdulillah,

syukur

ke

Hadrat

Ilahi

kerana

dengan

keizinan

daripadaNya, dapat juga saya meneruskan pencarian bahan untuk dimasukkan dalam tugasan yang diberi ini. Walau begitu susah hendak memahami rakan-rakan sekelas,

kehendak soalan, berkat tunjuk perbincangan dengan

serta rakan-rakan di sekolah maka dapatlah saya menyiapkannya. Begitu juga dengan sedikit panduan yang terdapat di internet.

Memang banyak kekangan yang terpaksa dilalui semasa menyiapkan tugasan ini. Antara kekangan yang paling sukar bagi saya ialah dalam

memahami kehendak soalan terutamanya pada bahagian menganalisis kertas soalan Bahasa Malaysia di peringkat Ujian pencapaian Sekolah Rendah berdasarkan sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan pelajaranyang disediakan . Perbincangan dengan rakan-rakan sekelas juga kurang membantu

memandangkan kami semua dalam opsyen matematik dan tidak berpengalaman mengajar Bahasa Melayu di sekolah.

Namun begitu saya cuba sedaya upaya memahami kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dan Huraian Sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSR.
19

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


Saya dapati Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah cukup menyeluruh dan lengkap dengan organisasi kandungan yang merangkumi Pengisian Kurikulum, Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran dan Sistem Bahasa. Walau bagaimanapun, ketika membuat analisis ke atas sistem

penilaian Bahasa Malaysia di peringkat UPSR saya dapati ada sedikit kekurangan yang perlu diperbaiki. Hasil analisis yang dijalankan saya dapati sistem penilaian Bahasa Melayu pada peringkat UPSR tidak menguji kemahiran murid dalam bertutur, seperti keupayaan murid dalam menjalinkan hubungan, menyampaikan maklumat, melahirkan idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila, secara formal. Kemahiran-kemahiran ini hanya diuji dalam Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS), di mana tahap penguasaan murid dalam PLBS ini tidak direkodkan dalam sijil UPSR.

Bagi menambah baik sistem Penilaian Bahasa Malaysia di peringkat UPSR, saya mencadangkan agar Ujian Lisan juga dijalankan dan direkodkan dalam sijil atau slip peperiksaan UPSR sejajar dengan penekanan aspek ini dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysa.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang pendidik, saya juga harus peka dengan kepentingan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan tepat agar dapat membantu para pelajar
20

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


berkomunikasi dengan lebih yakin dan berkesan dan seterusnya meningkatkan martabat Bahasa Melayu itu sendiri.

BIBLIOGRAFI Awang Had Salleh. (1982). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2004). Tuntutan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Idris Mohd Radzi dan Dahlia Janan. (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu: Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjung Malim: UPSI.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Modul Bahasa Melayu BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa melayu Sekolah Rendah. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
21

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa BMM31 Melayu Sekolah Rendah 01


Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah pendidikan kebangsaan: Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Rain Shaari. (2006). Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

22

Anda mungkin juga menyukai