Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH TENAGA NASIONAL BERHAD

Tenaga elektrik merupakan sumber paling penting dalam kehidupan manusia buat abad ini.Walaupun sentiasa berada di belakang tabir, ia merupakan kuasa penggerak utama dalam pencapaian matlamat ekonomi dan sosial Negara serta kehidupan pada masam abad ini. Disini bakal menceritakan serba sedikit sejarah perkembangan dan pembangunan elektrik di Negara kita iaitu Malaysia. Bekalan elektrik pada mulanya diperkenalkan di semenanjung Malaysia pada tahun 1884 oleh Loke Yew dan Thamboosamy Pillay apabila mereka menggunakan sebuah janakuasa kecil dalam pengurusan lombong bijih timah . Pada tahun 1900 menandakan bermulanya operasi stesen janaelektrik di semenanjung Malaysia iaitu stesen Janaelektrik Hidro Sempam di Raub, Pahang. Ia dibina oleh Raub Australian Gold Mining Co. Ltd. Pulau Pinang mendapat bekalan elektrik yang pertama apabila stesen janaelektrik Sungai Pinang mula beroperasi pada 14 julai 1904 seramai 15 pengguna dan 41 lampu jalan menerima bekalan elektrik pada ketika itu. Pulau Pinang mendapat bekalan elktrik dari stesen janaelektrik prai yang dibina oleh Majlisperbandaran Pulau Pinang yang memasang kabel dasar laut untuk menyambung keseluruhan tanah besar dan dengan itu keseluruhan Pulau Pinang mendapat bekalan eletrik buat pertama kalinya pada tahun 1926.

Pada tahun 1905, stesen keretapi Kuala Lumpur telah diterangi dengan lampu elektrik yang pertama di Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama Stesen Janaelektrik Hidro Ulu Gombak, kira-kira 20 kilometer dari Kuala Lumpur telah dilancarkan dan dengan itu Kuala Lumpur buat pertama kalinya mendapat bekalan elektrik awam. Dalam tahun 1926 juga Perak River Hydro Elektrik Power Company Ltd. (PERHEP) ditubuhkan bagi menampung keperluan tenaga elektrik di Lembah Kinta. Pada tahun 1927, MR. W. J. Wiliams sebagai pengarah yang pertama telah menubuhkan Jabatan Elektrik Negeri-Negeri Bersekutu. Pada tahun ini juga stesen janakuasa Bngsar di Kuala Lumpur telah dibuka dengan menggunakan sumber arang batu. Pada Disember 1941, tentera jepun telah mendarat di tanah melayu oleh yang demikian jabatan itu telah ditutup pada thun 1942. Dasar peperangan yang telah berlaku di antara pihak British dan Jepun telah mengakibatkan infrasrtuktur dan pemasangan utama lain yang penting termasuk stesen-stesen janaelektrik hamper musanah. Bagaimanapun, tentera Jepun telah memulihkan semula operasi hamper separuh dengan menggunakan khidmat para pekerja tempatan.

Anda mungkin juga menyukai