Anda di halaman 1dari 11

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA-CARA MENANGANINYA

1.0

Pengenalan

Sejajar dengan peningkatan kualiti sistem pendidikan negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah memainkan peranan yang amat penting dalam menjadi batu asas rujukan buat semua warga pendidik untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam melaksanakan hasrat negara melalui program transformasi pendidikan. FPK menekankan aspek perkembangan potensi individu secara menyeluruh yang mencakupi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga terkini sosial yang bertunjangkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Bagi memenuhi tuntutan matlamat FPK tersebut, satu penyelarasan dan penyesuaian ditetapkan terhadap Falsafah Pendidikan Guru (FPG) negara Malaysia. Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negaraserta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
(Sumber : Ee Ah Meng, 2005)

FPG yang dinyatakan menggambarkan bagaimana sistem pendidikan negara amat menitikberatkan aspek personaliti dan profesionalisme seseorang guru. Untuk mencapai tahap yang dikehendaki melalui FPK tersebut, para guru terlebih dahulu perlu membentuk sahsiah serta peribadi diri berteraskan kepada nilai-nilai yang digaris dalam FPG. Namun begitu, disebabkan oleh perubahan arus modenisasi serta globalisasi telah menjadikan pendidikan di negara Malaysia telah berubah bidang cakupan ilmunya kepada aspek yang lebih meluas serta keperluan didikan kemahiran yang pelbagai.

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA

Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah, proses perubahan yang berlaku sedikit sebanyak telah memberi impak positif juga negatif terhadap matlamat yang ingin dicapai berdasarkan niali-nilai yang terdapat dalam FPG itu sediri. Kini, para guru terpaksa membayar bakti mereka sebagai seorang guru dengan nilaian harga yang tinggi melalui bebanan tugas sebagai seorang guru. Bidang tugas guru yang semakin meluas telah memberi kesan mendalam terhadap profesionalisme keguruan.

Kebanyakkan nilai-nilai murni yang ditetapkan dalam FPG tidak dapat dipenuhi disebabkan oleh terdapat ramainya di kalangan para guru mengalami tekanan perasaan. Didapati bahawa, arus pendidikan pada hari ini semakin lama semakin mendesak para profesional pendidik untuk terus bekerja keras dan lebih had masa yang ditetapkan demi memenuhi kehendak dunia pendidikan kini. Secara tidak sedar, kelancaran proses pendidikan kini terganggu disebabkan oleh hasil daripada bebanan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap orang guru.

Walaupun begitu, isu berkenaan dengan ketegangan perasaan atau tekanan emosi dalam kalangan para guru ini merupakan suatu lumrah dan fitrah semula jadi sifat kemanusiaan yang selalu berlaku. Namun, adalah perlu bagi seseorang individu tersebut tahu cara dan langkah yang terbaik untuk menangani dan mengatasi permasalahan yang berlaku dengan bijaksana. Oleh yang demikian, tugasan yang dilaksanakan ini akan membincangkan mengenai topik isu guru yang mengalami tekanan emosi serta cara-cara untuk tangani masalah yang dihadapi tersebut dengan baik berdasarkan kepada aspek emosi dan perundangan keguruan.

2.0

Konsep Tekanan Emosi

Tekanan berasal daripada kata akar tekan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), menyatakan bahawa tekan merujuk kepada perkara yang
TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 2

mendesak kuat-kuat atau menindih kuat-kuat manakala tekanan merupakan satu keadaan di mana terdapat sesuatu perkara yang menekan dengan kuat, desakan atau paksaan. Kedua-dua tafsiran yang diberikan adalah lebih menjurus kepada suatu keadaan atau situasi seseorang yang menerima tekanan atau ditekan.

Tafsiran ini selaras dengan pendapat yang diberi oleh McGrath (1974), yang menyatakan bahawa tekanan boleh dieertikan juga toleransi yang mana persekitaran yang mengalami keadaan tekanan boleh dianggap berada pada luar batasan toleransi yang normal dalam kehidupan seharian seseorang dan rangsangan tersebut boleh ditafsirkan sebagai kesakitan pada peringkat tertinggi. Ketiga-tiga definisi yang dinyatakan boleh dikait rapat dengan aspek tekanan emosi. Secara kasarnya, dengan merujuk kepada ketiga-tiga definisi tersebut, tekanan emosi boleh ditafsirkan sebagai suatu keadaan perlakuan yang tidak menentu oleh seseorang disebabkan bebanan atau desakan yang dihadapinya.

Jika dilihat dari aspek pendidikan pula, tekanan emosi di kalangan guru ditakrifkan sebagai satu pengalaman yang kurang disenangi oleh seseorang guru dari aspek perasaannya yang meliputi ciri-ciri ketegangan, kebimbangan, kemarahan dan keseluruhannya yang berkaitan dengan pengalaman sedih melalui dunia pekerjaannya sebagai seorang guru. Tafsiran tersebut adalah hampir sama ertinya dengan tafsiran yang diberikan oleh Morstt dan Furst pada tahun 1979. Morstt dan Furst menanyatakan bahawa tekanan emosi merupakan suatu keadaan yang dipengaruhi oleh ganggu mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan (Fariza Md. Sham, 2005). Secara ringkasnya, tekanan emosi dan perasaan di kalangan guru ini boleh dikatakan sebagai kesan dan tindak balas negatif seperti kemarahan, kemurungan atau sebarang bentuk tingkah laku yang tidak diingini yang berpunca daripada peristiwa yang mendesak pelaku atau situasi yang sedih.
TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 3

3.0

Analisis Artikel

Artikel yang dibincangkan dalam tugasan ini ialah berkait rapat dengan kejadian sedih yang menimpa negara pada April 2011 yang lalu yang mana peristiwa seorang guru agama membelasah seorang murid tahun satu sehingga menyebabkan kematian terhadap murid tersebut. Secara ringkasnya, akhbar berita harian membuat kenyataan bahawa situasi sedemikian bermula apabila murid tersebut telah disyaki mencuri duit belanja rakannya sebanyak RM 7.00. berikutan daripada itu, guru agama tersebut telah mengikat mangsa ditingkap asrama kemudian telah membelasah mangsa secara bertubi-tubi hampir 2 jam lamanya.

Akibat daripada penderaan yang berlaku mangsa yang dibelasah pengsan dan kemudiannya dibawa terus ke hospital berdekatan. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi guru agama tersebut. Anak murid yang didera olehnya meninggal dunia pada pagi hari seterusnya. Merujuk kepada berita lanjutan, guru agama tersebut telah didakwa dan dihadapkan ke muka pengadilan untuk diadili sewajarnya.

Berdasarkan kepada artikel yang diperolehi, secara umumnya didapati bahawa guru agama sekolah tersebut gagal untuk megawal emosinya dengan baik. Beliau dengan sewenangnya menghukum murid tersebut dengan memukulnya bertubi-tubi sehingga menyebabkan murid tersebut mengalami lebam dan pendarahan dalaman yang teruk. Tambahan daripada itu, guru agama tersebut telah gagal menjalankan fungsinya sebagai seorang guru dengan baik. Beliau telah terus menerus menghukum murid tersebut tanpa terlebih dahulu menyiasat kesahihan pertuduhan yang dibuat terhadap mangsa.

Namun begitu, sebagai seorang yang berperikemanusiaan dan masih berada pada keadaan yang normal, guru agama tersebut telah menyedari
TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 4

kesilapan yang dilakukannya dan seterusnya dengan sendirinya menghantar murid tersebut setelah mangsa pengsan kerana didera dengan teruk. Guru kepada mangsa tersebut telah mengakui kesalahannya dan seterusnya bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan. Walaupun beliau telah gagal menjalankan tugas dan peranan sebagai seorang guru, beliau tetap bertanggungjawab terhadap kesilapan yang dilakukan.

4.0

Langkah Menangani Isu Berbangkit

Langkah

mengatasi

perlu

difikirkan

bagi

menyelesaikan

dan

mengurangkan masalah tekanan dikalangan guru demi kebaikan perjalanan pendidikan. Sesungguhnya tekanan guru yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan yang tidak terkawal antara lainnya akan memberi kesan kepada kepuasan kerja, strategi berdaya tindak, sokongan sosial dan konsep kendiri guru (Mohd Fadzil Abu Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah Jamaludin, 2005).

Tambahan daripada itu lagi, Mohd Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakannya menyatakan bahawa, anggapan menjadi seorang guru adalah mudah perlu dibuang daripada mentaliti setiap pihak memandangkan tugas guru semakin mencabar dari hari ke hari. Begitu juga dengan anggapan bahawa tugas

mendidik adalah hanya tanggungjawab guru dan guru perlu memiliki daya pengorbanan yang tinggi. Berikutan daripada itu, sikap dan mentaliti masyarakat dunia kini perlu berubah sama sekali dengan tidak hanya memandang remeh dunia keguruan ini. Berikut merupakan antara cadangan yang perlu

dipertimbangkan berkaitan tekanan emosi dalam kalangan guru dengan merujuk kepada catatan Mohd Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakan (2005).

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA

4.1

Mengkaji Semula Beban Tugas Guru

Berdasarkan cadangan yang telah dikemukakan oleh warga pendidik, terdapat beberapa kajian lengkap telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi memenuhi kehendak warga pendidik tersebut. Kajian keseluruhannya mendapati bahawa, para guru

memperoleh kembali tugas hakiki guru iaitu mengajar dalam mengasak ilmu pengetahuan kepada murid di dalam kelas tanpa terlalu memberi tumpuan berlebihan kepada bukan tugas hakiki.

Di antara langkah yang akan diambil adalah penambahan guru, pengurangan muird dalam sebuah bilik darjah dan mengambil lebih banyak kakitangan perkeranian supaya guru dapat memberi lebih tumpuan kepada tugas teras mereka iaitu mengajar. Secara ringkasnya, guru tidaklah seharusnya dibebani oleh tugas-tugas sampingan yang bukannya berada dibawah bidang keguruan ini. Tambahan daripada itu, guru tidak seharusnya dibebani oleh kerja individu yang lain dalam menjalani tugas sebagai seorang guru.

4.2

Sokongan Pihak Pengurusan

Sokongan daripada pihak pengurusan amat diperlukan oleh manamana jua guru dalam proses menangani tekanan emosi yang dihadapi. Pada kebiasaannya, guru-guru akan merasa lebih selamat dan terjamin apabila pihak sekola lebih memihak kepada guru apabila berlakunya suatu kejadian atau desakan daripada pihak luar. Dunham, tahun 1977, dalam catatan Mohd Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakan (2005), menerangkan bahawa guru-guru yang terpaksa berhadapan dengan murid-murid yang mengganggu memerlukan sokongan pihak pengurusan dan rakan sekerja.

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA

Tambahan daripada itu, dalam catatan yang sama, Abdel Halim tahun 1978, mencadangkan bahawa untuk mengurangkan kesan yang tidak baik yang berkaitan dengan tekanan peranan, sesebuah organisasi boleh menyesuaikan dengan strategi pembentukan semula pekerjaan untuk memperkayakan peranan guru. Organisasi yang dimaksudkan dalam dunia pendidikan ini adalah pihak pentadbir itu sendiri termasuklah rakan sejawatnya.

Dalam usaha lanjutan, pihak pengurusan boleh campur tangan dalam permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru dengan cara menggunakan khidmat pakar kaunseling terhadap guruguru yang bermasalah. Tindakan yang dilaksanakan secara tidak langsung

menunjukkan sokongan sosial pihak pengurusan terhadap guru berlaku dengan baik. Untuk tambahan cadangan, pihak boleh melaksanakan beberapa program semangat berpasukan atau sebarang program cara menangani tekanan emosi.

4.3

Suasana Kerja Kondusif

Ternyata iklim persekolahan amat memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk menangani masalah tekanan emosi di kalangan guru. Menurut Mohd Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakan (2005), persekitaran tempat kerja guru seperti suasana persekolahan dan bilikbilik guru juga perlu diberi perhatian supaya persekitaran kerja guru dapat diwujudkan dalam keadaan yang lebih selesa. Tambahan daripada itu, pendidikan adalah komunikasi di antara pelajar dan pengajar di mana kedua-dua pihak turut serta untuk bersama perlu kepada keselesaan.

Schonfeld, tahun 2001, melalui catatan Mohd Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakan (2005), telah menjalankan kajian yang menyatakan bahawa kemerosotan persekitaran kerja adalah antara peyumbang yang utama
TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 7

kepada faktor keletihan dan kemurungan guru.

Tambahan lagi, Mohd

Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakan (2005) menyatakan bahawa, profesion keguruan sendiri merupakan satu proses motivasi kendiri dan kawalan lokus dalaman guru untuk tujuan memotivasikan mereka supaya dapat mengingatkan semula mereka agar mempertingkatkan kualiti pengajaran yang kemudiannya menyebabkan tekanan yang besar kepada para guru.

4.4

Insentif Perguruan

Insentif perguruan membawa maksud kepada satu pembalasan yang berbentuk benda atau wang ringgit terhadap hasil kerja yang telah dilakukan oleh seseorang guru tersebut. Dalam erti kata lain, pihak pengurusan memberi hadiah sama ada berupa wang atau benda kepada guru-guru yang telah berjaya menunjukkan prestasinya yang baik dan cemerlang. Dengan kata mudah, insentif yang diberikan merupakan satu faktor cara terbaik merangsang guru-guru untuk terus kekal dalam prstasi kerja yang cemerlang.

Tafsiran awal berkenaan dengan insentif yang diberikan adalah selaras dengan pendapat Johnston, tahun 1996, yang mana beliau juga berpendapat bahawa penyataan intensif yang jelas merupakan salah satu daripada faktor yang mampu merangsang pengekalan kualiti kerja dan mengurangkan tekanan dalam bidang pendidikan (Mohd Fadzil Abu Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah Jamaludin, 2005).

Secara keseluruhannya, apa yang perlu dinilai semula adalah mengenai tugas guru yang terpaksa bekerja pada hari Sabtu kerana tugas-tugas tertentu berkaitan pendidikan (Mohd Fadzil Abu Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah Jamaludin, 2005). Setakat yang difahamkan, kerajaan tidak memperuntukan langsung
TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 8

sebarang duit elaun tambahan kepada guru-guru yang terpaksa bekerja pada hari Sabtu walaupun ada kakitangan awam lain yang dibayar elaun khas jika bekerja lebih masa. Amnya, dapat dikatakan bahawa,

pembayaran insentif memainkan peranan penting dalam mengurangkan isu guru yang tidak bertanggungjawab, walaupun bayaran yang diberikan tidak begitu besar.

4.5

Pendedahan Cara Mengawal Tekanan

Kehidupan para guru sememangnya tidak lekang daripada dipengaruhi oleh aspek tekanan emosi. Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi pendedahan untuk menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya sendiri. Selye dalam catatan Mohd Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakan (2005) menyatakan bahawa, tekanan hidup adalah tidak harus dielak kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat menyiapkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau bahaya dengan cara berada dalam tahap berjaga- jaga.

Terdapat beberapa langkah yang terbaik untuk dibuat oleh para guru jika sedang berada dalam situasi tertekan. Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti dan peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Patterson dan Janis menyarankan kaedah inokulasi tekanan (Mohd Fadzil Abu Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah Jamaludin, 2005). Kaedah yang dimaksudkan ini bertujuan untuk meningkatkan pertahanan terhadap tekanan yang akan dihadapi oleh seseorang. Tambahan lagi, Janis tahun 1982, teori ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi tekanan atau sebarang bentuk perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dibandingkan dengan mereka
TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 9

yang tidak bersedia untuk menghadapinya (Mohd Fadzil Abu Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah Jamaludin, 2005).

5.0

Penutup

Zaman kini, tugas sebagai seorang guru bukan lagi perkara yang mudah untuk dilakukan. Terdapat banyak pengorbangan dan keikhlasan yang perlu disemai dan dipupuk dalam diri guru masing-masing. Secara puratanya, memang terdapat pada setiap pekerjaan tekanan kepada individu. Namun begitu, bukanlah beerti perkara sedemikian dijadikan sebagai alasan untuk kita semakin merosot prestasinya dalam bidang kerjaya yang diceburi. Perkara seumpama ini perlu dititikberatkan dan ditangani dengan segera agar setiap pihak dapat mengelakkan diri dari terjebak ke dalam budaya kerja yang tidak sihat disebabkan oleh tekanan emosi.

Isu yang dibangkitkan ini bukan hanya perlu dipandang oleh sebelah pihak yang menghadapinya sahaja, pihak atasan yang berkaitan turut perlu memainkan peranan mereka dalam usaha untuk tangani gejala tekanan emosi di kalangan guru. Ini bermakna, tidak ada pihak yang hanya sekadar menunding jari dan menyalahakan pihak yang lain. Kesemuanya harus sama-sama memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Oleh yang demikian, kesimpulannya dapat dikatakan bahawa, cara yang terbaik untuk menangani isu tekanan emosi di kalangan guru ialah melalui penglibatan semua pihak termasuklah pihak kementerian, pengurusan sekolah, rakan sejawat, murid-murid dan yang paling utama sekali ialah diri guru itu sendiri. Segala usaha menangani haruslah berpaksikan kepada mempertingkatkan dan memartabatkan semula status pendidikan negara Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan melalui program transformasi pendidikan negara.

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA

10

BIBBLIOGRAFI

Ah Meng, E. (2005). Pengetahuan dan Keterampila Ikhtisas. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Berita Semasa. (2011). Pelajar Mati Dipukul Guru Agama-Mengapa?. Diperolehi pada Ogos 24, 2011 daripada http://beritasemasa.com.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fariza Md. Sham. (2005). Tekanan Emosi Remaja Islam. Diperolehi pada September 2, 2011 daripada http://www.ukm.my.

McGarth, J. (1974). Social and Psychological Factors in Stress. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Mohd Fadzil Abu Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah Jamaludin. (2005). Tekanan Guru Dalam Menyampaikan Pendidikan dan Resolusi Penyelesaiannya. Diperolehi pada September 3, 2011 pada http://web1.fp.utm.my.

Mutakhir. (2011). Ustaz Pukul Murid Sampai Mati Minta Maaf. Diperolehi pada Ogos 23, 2011 daripada http://www.bharian.com.my.

Nasional. (2011). Guru Pukul Murid Sampai Mati Hadapi Tuduhan Membunuh. Diperolehi pada Ogos 23, 2011 daripada http://www.bharian.com.my.

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA

11