Anda di halaman 1dari 37

Topik 2 Topik 2

Bahan Kemasan Bahan Dan Alat Kemasan Dan Kelengkapan Alat Kelengkapan

Reka Bentuk dan Teknologi Kod Kursus : RBT 3118


Bahan Kemasan, Pengikat, Alat Tangan, Mesin Mudahalih dan Tanggam
Bahan Kemasan Bahan Kemasan Pengikat Pengikat Alat Tangan Kerja Kayu Alat Tangan Kerja Kayu Mesin Mudahalih Mesin Mudahalih Tanggam Tanggam

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

16

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3118) 3 ( 2 + 1 )

2. Bahan Kemasan Dan Alat Kelengkapan

2.1. Bahan kemasan

Kemasan Pemilihan jenis kemasan hendaklah dilakukan dengan cermat supaya mendapat mutu kemasan yang memuaskan di samping menjimatkan kosnya. Tiap-tiap jenis kemasan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan cuma sesuai digunakan untuk jenis-jenis bahan yang tertentu.

Jenis Bahan Jenis Kemasan Yang Sesuai Cat minyak Syelek Sampang Lekar
17

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

Lilin Lekar plastik Cat bitumen Lepa simen/gipsum Cat distemper Cat air/cat emulsi

2.2. Kemasan Cat Dalam proses pembinaan, kemasan cat merupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh digunakan bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga mengambil kira kosnya. Kebanyakan bangunan bata dan konkrit, kemasan dengan cat adalah terdiri daripada: Cat minyak Cat air Cat distemper Cat kegunaan khas.

Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahan untuk memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa(simen), konkrit, batu bata, dan lain-lain lagi. Fungsi cat ialah melindungi bahan-bahan perusahan seperti di atas daripada kerosakankerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan sebagainya. Selain daripada mencantikkan rupanya, cat juga memudahkan proses pembersihan permukaannya. Cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi. Cecair cat pula mengandungi bahanbahan pengikat (binder) dan pelarut (thinner). Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat. Pelarut yang kerap didapati ialah turpentin. Kualiti cat sentiasa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi dan permintaan pengguna yang semakin bertambah. Kebanyakan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus, tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan lain.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 18

2.2.1.Cat minyak Cat minyak mengandungi pewarna dan cecair minyak linseed. Cat menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.

Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan dilakukan: a)Lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna. b)Lapisan alas mengandungi minyak linseed, plumbum putih dan minyak pengering yang bermutu. c)Lapisan kemasan mengandungi minyak varnish, pewarna dan pelarut yang sesuai seperti turpentin.

2.2.2.Cat Air Atau Cat Emulsi Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah dibancuhkan dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan.

Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat. Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar. Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus. Digelek dengan penggelek ataupun

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

19

disembur. Cat lapisan alas tidak diperlukan bagi kerja baru.

2.2.3. Cat Distemper Cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati dibancuhkan dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasanya digunakan untuk mengecat papan siling, kadangkala digunakan pada tembok bata dan tembok konkrit. 2.2.4. Cat Kegunaan Khas Banyak jenis cat dihasilkan untuk kerja-kerja yang tertentu. Antaranya ialah: a. Cat Aluminium Cat ini dihasilkan dengan serbuk aluminium dan cecair minyak yang cepat kering. Cat ini digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya. b. Cat Bitumen Cat ini berharga murah dan mengandungi sebahagian besarnya minyak bitumen. Cat bitumen memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan-bahan yang mudah karat seperti besi. Digunakan pada tempat yang keindahan pemandangannya tidak diutamakan.

c. Cat Kalis Kulat Bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat terkandung dalam cat ini. Kegunaanya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan. d. Cat Tahan Api Cat ini mengandungi ammonium fosfat. Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.

Cara Mengecat Langkah-langkah mengecat adalah seperti berikut: i. Persediaan Permukaan Ini merupakan langkah yang penting untuk mencapai kejayaan
RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 20

proses mengecat. Ia bertujuan untuk menentukan permukaan tersebut licin, besih dan kering. ii.Bancuhan Cat cat mestilah dikacau dengan betul sebelum boleh digunakan. Untuk cat yang telah lama disimpan, lapisan atas yang telah keras perlu dikeluarkan sebelum dikacau bagi menggelakkan bahagian yang keras tadi tidak bercampur dengan cat.

iii.Melarutkan Cat - cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya mudah disapu atau disembur.

iv.Keadaan yang sesuai untuk mengecat Cuaca hendaklah panas, kering dan tidak berhabuk.

v. Mengecat lapisan asas Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya membina satu lapisan yang kuat untuk meneruskan lapisan-lapisan selanjutnya. vi. Penutup Lubang paku, retak dan liang-liang pada permukaan kayu hendaklah ditutup selepas cat lapisan asas kerana lapisan asas mencegah resapan berlebihan daripada bahanbahan penutup (putty) vii.Mengecat lapisan alas Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan lapisan kemasan. viii. Mengecat lapisan kemasan atau lapisan penghabisan Memberi lapisan yang berkilat dan licin. Cat licin adalah lebih lama tahannya jika digunakan untuk mengecat permukaan luar, manakala cat pudar lebih sesuai digunakan untuk kemasan tembok dalam kerana kurang pemantulan cahaya. Kerja mengecat boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu: - Disapu dengan berus. - Menggunakan penggelek atau rola - Dengan menggunakan alat sembur yang dibantu oleh mesin, tekanan udara, tangki atau bekas sembur dan hos getah. Mengecat Permukaan Konkrit, Lepa Dan Bata Permukaan baru konkrit dan lepa bersifat alkali disebabkan kandungan simen atau kapur di dalam bahan-bahannya. Kehadiran alkali boleh bertindak balas dengan cat dan
RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 21

menghasilkan kesan yang buruk. Permukaan ini juga basah dan pengeringannya melalui sejatan mengambil masa yang agak lama. Untuk mencapai kemasan cat yang berkualiti, keadaan-keadaan yang berikut perlu dititikberatkan. a.Penyerapan cecair dari kandungan cat oleh lepa yang berliang, terutamanya penyerapan yang tidak sekata Keadaan seperti ini dapat diatasi dengan mengecat satu lapisan cat asas dengan menggunakan cat distemper ataupun cat emulsi dicairkan dengan air. b.Permukaan yang tidak rata Permukaan ini hendaklah digosok dan sebarang retak dan tidak rata perlu ditampalkan dengan lepa. c.Tumbuhan kulat dan sebagainya Fenomena ini mungkin disebabkan oleh kelembapan yang berterusan. Cara mengatasinya ialah mencari dan membaiki punca kelembapannya, mengadakan pengaliran udara yang mencukupi. Membersihkan permukaan tembok dengan menggunakan racun kulat, dan tembok tersebut dibiarkan sehingga kering sebelum dicat semula.

a. Kenalpasti lima jenis bahan kemasan dan nyatakan kegunaannya. b. Untuk mencapai kualiti hasil kerja mengecat, nyatakan faktor-faktor yang perlu dititikberatkan.

2.5. Syelek Kemasan bagi pembinaan kayu pula selain cat, bahan-bahan seperti Syelek, Sempang, Lilin, Lekar plastik dan lekar selulos juga digunakan. Syelek adalah kemasan yang lazim
RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 22

digunakan pada kayu. Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara. Resin syelek larut di dalam alkohol methylated spirit. Syelek digunakan untuk kemasan pada permukaan kayu. Cara mengilat kayu dengan syelek dinamakan French polishing. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek yang berbentuk serpihan perlu dilarutkan di dalam alkohol sebelum digunakan ataupun secara bancuh siap. Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.

2.6. Sampang Sejenis varnish minyak yang mengandungi resin asli (congo, manila, kauri) atau resin tiruan
RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 23

(phenolics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan dengan pelarut seperti turpentin tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atau sembur. Sampang khas digunakan pada kayu, proses pengeringannya mengambil masa selama 12 hingga 24 jam. Ia mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air. oleh sebab itu, sesuai digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar. 2.7. Kemasan lilin Ada tiga jenis lilin iaitu, Lilin keras (carnauba dan ceresine), Sederhana (lilin lebah), Lembut (paraflin). Kemasan lilin dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentin dan menyapukannya ke permukaan kayu. lilin yang cair akan masuk ke dalam ira kayu. Dengan menggunakan kain lembut, permukaan kayu tadi digosokkan sehingga berkilat. Pewarna boleh dilarutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacaukan serbuk pewarna dalam cecair lilin untuk menghasilkan warna yang cantik mengikut citarasa sendiri. Jauh diri daripada api kerana turpentin yang digunakan sebagai pelarut dan turpentin sangat mudah membakar. 2.8.Lekar plastik Lekar mengandungi resin yang terdiri daripada polyurethane alkyd, urea dan lain-lain lagi yang akan mengeras melalui tindak balas kimia dengan bahan pengeras (catalyst). Ada beberapa jenis lekar plastik berupa lutinar, berwarna pudar dan licin yang boleh digunakan untuk kemasan dalam dan luar. Lekar ini setelah disapu atau disembur mengering dengan cepat dan menghasilkan lapisan perlindungan yang tahan lasak.

Lekar yang biasanya digunakan ialah terdiri daripada jenis resin (nitrocellulose). Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.

a. Terangkan langkah-langkah menyapu syelek yang betul pada permukaan kayu.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

24

2.9. Kemasan Bahan Lutsinar

Proses kemasan permukaan kayu dengan bahan-bahan lutsinar hendaklah mengikut langkahlangkah berikut. a.Persediaan Permukaan Pembersihan permukaan mesti dilakukan dengan sempurna. Permukaan mestilah bersih, licin, tiada habuk, bebas dari tanda-tanda minyak, glu dan lilin. Minyak dan lilin boleh dihilangkah d engan benzin dan spirit. Manakala tanda-tanda kecacatan boleh dibuang dengan kertas pasir ataupun diketam dan ditutup dengan tepung penyumbat. b.Rawatan pada permukaan Rawatan yang berlainan hendaklah dilakukan pada permukaan kayu mengikut jenis kayu dan jenis kemasan yang dipilih. Pada dasarnya, langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut: Pelunturan (bleaching) Sejenis rawatan yang dibuat pada permukaan kayu jika perlu untuk menghasilkan warna yang sama dan menghilangkan tompok-tompok bekas glu, karat dan sebagainya. Cecair yang digunakan terdiri daripada dua jenis yang khas untuk kegunaan pada kayu.

a)Cecair pertama ialah caustic potash atau ammonia (20% dalam air) dan cecair kedua ialah hydrogen peroksida pekat. b)Cecair pertama disapukan pada permukaan kayu di ikuti dengan cecair kedua sebelum kering. Selepas itu dibiarkan kering selama 24 hingga 48 jam,kemudian digosok dengan kertas pasir gred 00 dan dibasuh dengan methylated spirit.

Pelumuran (staining) Ini ialah satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk mendapatkan arna yang dikehendaki sebelum kemasan dibuat. Pewarna yang digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan mengikut pelarutnya. Pelumur yang digunakan terdiri daripada pelumur air, pelumur spirit dan pelumur minyak.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

25

Penutup Utuk mengisi ira-ira dan lompang-lompang pada permukaan kayu dengan dempul supaya menghasilkann permukaan yang rata di samping mengurangkan resapan bahan kemasan pada kayu.

Mengenaskan permukaan kayu dengan bahan kemasan lutsinar Kaedah kemasan berubah mengikut tekstur yang dikehendaki. Bahan-bahan kemasan lutsinar terdiri draipada syelek, lilin, sempang, lekar selulus dan lekar plastic. Tiaptiap jenis bahan ini boleh dikemaskan dengan cara menyapu, menggelek ataupun menyembur. Secara amnya, kemasan ini dilakukan dengan bebeapa lapisan yang tipis. Tiap-tiap lapisan mestilah kering dahulu sebelum lapisan selanjutnya boleh dikemaskan.

Keselamatan Langkah-langkah keselamatan harus diambil semasa melakukan kerja kemasan kerana kebanyakan bahan-bahan kemasan bersifat mudah terbakar dan beracun. Perkara-perkara yang berikut harus diambil perhatian: a.Bahan-bahan seperti cat, turpentin, spirit, lekar dan lain-lain lagi mestilah disimpan ditempat yang jauh dari punca api. b.Apabila bekerja dengan bahan-bahan tersebut, pastikan jauh dari punca api dan dilarang merokok ketika melakukan kerja kemasan d.Pengaliran udara yang baik amat penting dalam kawasan tempat kerja kemasan kerana banyak terdapat wap dari bahan-bahan kemasan yang beracun. f.Jangan menghidu wap bahan-bahan kemasan.

3.0 Kertas Las Kertas las atau pelelas digunakan dalam kerja kayu.Ia juga dikenali sebagai kertas pasir atau kertas kaca. Terdapat dua jenis kertas las yang digunakan iaitu: a. Jenis kering (biasa) b. Jenis basah.dan kering,

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

26

Jenis basah dan kering digunakan untuk permukaan cat yang tidak rata tetapi perlu digilap lagi. Kertas las disediakan dalam beberapa gred dari No. 00 hingga No. 3. Kegunaannya adalah untuk: Menyediakan kayu yang telah diketam untuk disapukan dengan bahan pengemas kayu. Membuang kecacatan pada permukaan kayu serta menanggalkan bekas-bekas tanda perkakas. Cara Menggunakan Kertas Las : Bongkah kayu diperlukan untuk memberi tekanan yang sama rata apabila digosok bersama-sama kertas las. Kerja-kerja menggosok adalah mengikut urat / ira kayu. Selepas menggunakan kertas las kasar, kemaskan benda kerja dengan gred yang halus pula. Gred Bagi Kertas Las : Gred 00 0 1 1 F2 M2 S2 2 3 Kasar Kasar sekali Memberikan permukaan kasar seperti mengeluarkan permukaan bercat Sederhana Digunakan sebelum gred halus Jenis Halus Kegunaan Untuk mendapatkan permukaan yang halus

4.0 Tepung Penyumbat

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

27

Tepung penyumbat digunakan untuk menutup liang-liang kayu sebelum kerja kemasan dilakukan. Biasanya kapur paris merupakan penyumbat yang lazim digunakan. Lain-lain penyumbat tiruan boleh didapati di kedai barang-barang logam, contohnya penyumbat poly. Ia disediakan dengan membancuhkannya dengan air supaya menjadi adunan. Adunan itu kemudiannya disumbat ke dalam liang-liang atau urat-urat kayu. Penyumbat yang berlebihan pula hendaklah ditanggalkan dengan menggosokkannya dengan kertas las apabila ia kering. kapur paris dengan Cara menggunakannya dengan betul ialah campur dan bancuh air sehingga pekat. Sapu bahan tepung penyumbat dengan cara

menggosokkannya merentasi urat kayu dalam gerakan membulat dengan menggunakan alat yang sesuai. Biarkan lapisan tepung penyumbat menjadi kering kemudian gosokkan dengan kertas las supaya sama rata dengan permukaan kayu.

5.0 Pelarut Pelarut ialah sejenis bahan yang meruap dan cepat sejat pada permukaan. Pelarut digunakan untuk menipiskan minyak supaya dapat digunakan dengan berus. Antara jenis-jenis pelarut ialah Turpentine Spirit metil Penipis (thinner) 6.0 Jenis Pengikat : Digunakan untuk pelarut cat dan varnish. : Digunakan sebagai pelarut untuk syelek. : Digunakan sebagai pelarut untuk sampang.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

28

6.1. Paku

Paku biasa digunakan dalam kerja kayu. Ia biasanya diperbuat daripada keluli lembut yang bersadurkan zink. Ada juga paku yang diperbuat daripada aluminium, tembaga dan loyang.

Apabila membeli paku, nyatakan


o o o o o

saiz atau panjangnya bentuk kepala jenis bahan buatannya diameter batang kuantiti iaitu beratnya dalam kilogram

Memilih saiz atau panjang paku:


o

untuk memaku terus ke permukaan kayu, panjang paku mestilah 2 kali tebal kayu pertama.

untuk memaku ke tepi kayu, panjang paku mestilah 3 kali tebal kayu pertama.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

29

6.1. Jenis-jenis paku 6.1.1. Paku Kepala Rata


kepalanya besar, rata dan tidak boleh dibenamkan ke bawah permukaan kayu digunakan untuk kerja am untuk cantuman yang lebih kukuh dan kuat

6.1.2. Paku Panel kepalanya berbentuk kon dan kecil serta boleh dibenamkan ke dalam permukaan kayu dengan menggunakan penebuk paku

digunakan untuk kerja halus dan kecil

6.1.3. Paku Payung kepalanya berbentuk payung


disadur dengan zink supaya tahan karat digunakan untuk memasang atap zink

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

30

Cara-cara memaku: memaku tegak


untuk benda kerja kayu yang nipis paku dipegang secara tegak apabila mengetuk dengan tukul

memaku serong

memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh paku dipegang secara serong sedikit apabila mengetuk dengan tukul

6.2. Skru Skru digunakan untuk:


o o

melekatkan kepingan kayu menguatkan tanggam


31

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

memasang engsel dan kunci

Skru biasanya diperbuat daripada keluli lembut, tembaga atau loyang. Semasa membeli skru, butir-butir berikut perlu dinyatakan:
o o o o

jenis bahan jenis kepala diameter panjang

6.2.1. Jenis-Jenis Skru


o

skru kepala bulat

digunakan untuk melekatkan kayu nipis dan logam nipis pada kayu kepalanya timbul sebagai hiasan

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

32

Skru Kepala Benam

digunakan untuk mengikat kayu yang lebih tebal, memasang kunci dan engsel pada pintu kepalanya terbenam di bawah permukaan kayu

6.2.2. Kebaikan Menggunakan Skru memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh berbanding paku

skru boleh ditanggalkan dan tidak merosakkan benda kerja kepala skru boleh digunakan sebagai hiasan

Cara memasang skru: pilih dan gunakan skru yang sesuai panjangnya berdasarkan ketebalan kayu yang dicantumkan

panjang skru kepala benam seharusnya 2 kali tebal kayu cantuman yang pertama gerudi satu lubang kecil yang sama saiz dengan diameter batang skru pada kayu cantuman

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

33

benamkan lubang yang telah digerudi dengan gerudi benam uji saiz lubang benam denagn skru kepala benam pasang dan ketatkan skru kepala benam dengan pemutar skru sehingga kepalanya terbenam

6.3. Glu Glu digunakan untuk mencantumkan dua kepingan kayu supaya menjadi kukuh dan kekal. Ia juga digunakan untuk:
o o o

melekatkan kayu papan lapis menguatkan tanggam kayu melekatkan MDF dan mounting board

Glu boleh didapati dalam dua jenis iaitu:


o o

glu haiwan glu tiruan

Glu tiruan lebih meluas penggunaannya dan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
o o

glu PVA (Polyvinyl Acetate) glu sentuh

Kebaikan glu PVA:


o o o o

sesuai untuk cantuman kepingan kayu amat sesuai untuk menguatkan tanggam kayu sesuai untuk kerja pemasangan kecil lebih kuat dan kukuh daripada lekatan glu sentuh

Kebaikan glu sentuh:

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

34

amat sesuai untuk melekatkan bahan-bahan yang berlainan jenis seperti logam dengan kayu atau plastik dengan kayu

menjadi keras dan melekat dengan cepat apabila pelarutnya kering

Langkah mengglu dengan glu PVA:

o o o o o

bersihkan kedua-dua permukaan kayu yang ingin dicantumkan sapu sedikit glu PVA pada kedua-dua bahagian kayu dengan berus apit dengan ketat bahagian yang dicantumkan dengan apit G bersihkan lebihan glu pada cantuman dengan kain basah biarkan glu kering pada cantuman sebelum menanggalkan apit G
35

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

Langkah mengglu dengan glu sentuh:


o

bersihkan kedua-dua permukaan kepingan logam dan kayu yang ingin dicantumkan

sapu sedikit glu sentuh pada kedua-dua bahagian kepingan logam dan kayu dengan pengikis

o o

biar glu sentuh kering selama 2 hingga 5 minit sebelum dicantum tekan rapat bahagian cantuman untuk memastikan cantuman yang kekal

7.0 Alatan Tangan 7.1. Pita Pengukur

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

36

Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak yang lebih panjang dari pembaris keluli. Pita pengukur biasanya berukuran antara 3 hingga 6 meter.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

37

7.2. Pembaris Keluli


Mengukur dan menanda jarak, membuat garisan lurus serta memindahkan ukuran. Diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat dan lazimnya berukuran 300 mm (12") panjang

7.3. Sesiku L Sesiku L terdapat dalam berbagai saiz yang ditentukan oleh panjang bilahnya.

Bilah dan tonggak dibina bersudut 90.

Ia berfungsi untuk:
o o o

membuat garisan bersudut tepat (90) menguji kepersegian menguji kerataan permukaan kayu

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

38

7.4. Tolok Penanda

Digunakan untuk:
o o

membuat garisan selari dengan muka atau tepi kayu menanda tebal atau lebar pada beberapa kepingan kayu

Untuk mendapat garisan tanda yang tepat, pastikan:


o o o

taji sentiasa tajam skru tangan diketat dengan betul muka tonggak sentiasa bersentuh dengan permukaan kayu apabila menggunakannya

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

39

7.5. Tolok Serong Digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90.

Skru pelaras digunakan untuk melonggar dan mengetatkan bilah tolok serong. Untuk mendapatkan sudut yang tepat, pastikan muka tonggak atau badan sentiasa bersentuh rapat dengan permukaan kayu apabila menggunakannya.

7.6. Gergaji Tangan Digunakan untuk memotong secara kerat dan belah. Ada dua jenis :

o o

mengerat kayu memotong melintangi urat kayu membelah kayu memotong selari dengan urat kayu

Saiz gergaji di tentukan oleh:

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

40

o o

panjang bilah bilangan gigi setiap 25 mm (1 inci)

Panjang bilah adalah antara 55 - 70 mm.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

41

7.7. Gergaji Puting

Digunakan untuk:
o o

memotong kayu bersaiz kecil memotong tanggam kayu

Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan menguatkan bilah gergaji. Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual dalam ukuran panjang 250 - 300 mm dengan 12 - 14 gigi setiap 25 mm (1 inci).

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

42

7.8. Gergaji Lengkung Halus


Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan nipis. Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji. Mata gergaji dipasang menghala ke hulu atau sebaliknya

7.9. Tukul Warrington

Digunakan untuk menukul paku kecil dan kerja ketukan ringan. Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

43

7.10. Tukul Kuku Kambing


Digunakan untuk menukul dan mencabut paku. Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.

7.11. Pahat Tepi Serong

Digunakan untuk
o o o

kerja menatal tanggam membersihkan bucu tanggam kerja meraut

Saiznya ditentukan mengikut lebar mata pemotong. Saiz yang biasa digunakan adalah antara 4 mm hingga 25mm.
44

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

Mata pahat dibuat daripada keluli berkarbon tinggi. Mata pemotong hendaklah diasah pada sudut 25 - 30 supaya sentiasa tajam.

7.12. Kikir Parut

Digunakan untuk:
o o

merata dan mengikir kayu dengan cepat membentuk lengkuk pada tepi kayu

Saiz kikir parut dikelaskan mengikut panjang kikir dan gred giginya. Ada empat jenis:
o

kikir rata
45

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

o o o

kikir separuh bulat kikir bulat kikir tiga segi

7.13. Gandin Kayu Digunakan untuk:


o o

kerja pemasangan projek menukul pahat

Saiz gandin ditentukan oleh saiz kepalanya. Terdapat dua jenis gandin kayu, iaitu:
o o

gandin kepala segi empat gandin kepala bulat

Kepala gandin biasanya dibuat daripada kayu, getah, plastik atau kulit.

7.14. Mesin Gerudi Mudah Alih

Mesin gerudi ini mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk menggerudi lubang yang berdiameter kecil.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

46

Ia mempunyai tiga bahagian utama:

o o o

Suis - menghidup dan mematikan putaran motor Motor - memutar bindu Bindu - mencengkam dan memutar mata gerudi

Mesin gerudi mudah alih boleh menggerudi lubang secara menegak atau mendatar.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

47

8.0 Tanggam Kayu. Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun projek siap dibina. Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu: Tanggam melebar Tanggam siku Tanggam pemidang Tanggam memanjang

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

48

Membuat tanggam
Tanggam dalam kerja kayu digunakan sebagai salah satu kaedah mencantum dua bahagian kayu. Terdapat empat kategori tanggam dalam kerja kayu iaitu tanggam melebar,tanggam siku, tanggam pemidang dan tanggam memanjang. 8.1. Tanggam Melebar Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkat adalah kategori tanggam melebar.

8.2. Tanggam Siku


Manakala tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang adalah kategori tanggam siku.

8.3.Tanggam Pemidang
Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting pula dikategorikan sebagai tanggam pemidang.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 49

8.4.Tanggam Memanjang
Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap adalah kategori tanggam memanjang. Tanggam penetap dipasang dengan menggunakan kayu yang dipanggil penetap atau dowel yang mempunyai pelbagai saiz dan diameter. Bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, glu, skru, bolt dan nat digunakan untuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina. Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang perlu semasa membuat tanggam dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.

8.5.Tanggam Lekap
Digunakan dalam pembinaan dimana pemidang lintang bertemu pemidang tegak secara melintang dihujungnya. Tanggam jenis ini dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian keping kayu yang akan dilekapkan. Tarahan hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap boleh dibuat dalam lima cara, iaitu : 8.5.1. Tanggam lekap siku atau pepenjuru Digunakan pada sudut pemidang yang kecil

8.5.2. Tanggam lekap penjuru rencong Digunakan untuk membuat kumai seperti pada kerangka gambar kerana pelitupannya dapat melindungi hujung ira kayu

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

50

8.5.3. Tanggam lekap T Digunakan dalam pembinaan pemidang pada pemidang lintang yang bertemu dengan pemidang tegak secara bersilangan jauh dari hujungnya

8.5.4. Tanggam lekap palang Digunakan pada dua keping kayu yang bersilang

8.5.5. Tanggam lekap bajang Kegunaannya sama dengan tanggam lekap T tetapi lebih kuat untuk menahan tarikan dari sebelah luar. Ia digunakan pada dua keping kayu yang bersilang

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

51

8.6. Tanggam temu

Tanggam Temu dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut tepat. Tanggam temu boleh diglu, dipaku atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak atau peti biasa yang dibuat secara bersudut tepat.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2

52

Anda mungkin juga menyukai