Anda di halaman 1dari 32

MASALAH MURID PEMULIHAN Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan muridmurid lain yang

tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas. Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan. Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut: a. 1) Emosi dan Tingkahlaku Mempunyai perasaan rendah diri dan risau. Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.

Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran. Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru. Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. Bersikap pasif. Malas

2) Sosial Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.

Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan. Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri. Hyper aktif.

3) Kesihatan Tidak bertenaga serta kurang zat makanan. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).

Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).

Lemah gerakan motor-kasar dan halus. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. Kurang menjaga kebersihan diri.

4) Kesediaan Belajar Belum bersedia untuk belajar. Perbendaharaan kata kurang.


Lemah pemahaman. Kurang keyakinan diri dan rangsangan. Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5) Pengamatan Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.

Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. Lambat mengelaskan benda atau nombor. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undangundang. Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif. Lemah pergerakan dan perbuatan. Lemah daya pemikiran/ingatan. Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari. Sukar untuk membuat kenyataan am

Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, 2009*

Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia Murid Pemulihan Khas. Para guru menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun slow learner yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas. Murid-murid pemulihan khas biasanya ialah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam kemahiran membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira. Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan (seringkalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa. DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asaas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. A.E. Tansley dan Gulliford Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa. M.F. Clough Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak. Sharifah Rahmah Ali Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana. Brennan (1974) Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat. Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Koh (1984)

Murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu. Johnson (1963) Murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya. Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid Pemulihan Khas ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah sederhana atau rencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa. Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah bersedia.

SEORANG MURID PEMULIHAN KHAS... Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task) Murid perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai boleh ditangguhkan supaya murid belajar bersabar Pemakanan yang betul sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya Tidur yang mencukupi boleh menambahbaik prestasi mereka Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.

CIRI-CIRI MURID SLOW LEARNERS Secara umumnya murid-murid ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan. Ia bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah. Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja

Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru

Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau menguasai peraturan mengeja Tidak dapat merancang objektif jangka panjang - lebih suka merancang untuk keperluan semasa. Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan Lemah daya ingatan Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif. Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku Bersikap egosentrik

Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process. A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities. Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog Cikgu Hijau. Tekan "LIKE" kalau suka...

MASALAH MEMBACA DI KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS

Masalah dalam Membaca Tidak Kenal Huruf Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan

makna.

Meninggalkan Huruf Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah, kering disebut kerin, mengandungi disebut mengandung dan sebagainya.

Meninggalkan Perkataan Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;

Buku itu sangat tebal dibaca sebagai Buku itu tebal. Tidak Memahami Apa yang dibaca i) ii) Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya. Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat Panjatlah lagi pokok itu yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok. Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca. Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca. Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca. Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah ( absurdities) dalam bahan yang dibaca. Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.

iii) iv) v) vi) vii)

Teragak-agak Teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya. Salah Sebutan Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah yang berikut: a) b) c) e) f) g) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan, bacaan tersekat-sekat, iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar, membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan, membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak, menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca, tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata, mengerut dahi, menggeleng-geleng kepada, dan sebagainya, h) i) j) k) Suara terlalu mata perlahan terlalu dan dekat tidak jelas dengan atau bahan blurring, bacaan, kedudukan

cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan tidak boleh membaca langsung.

Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan. Lemah Daya Ingatan Ingatan pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin disebabkan oleh kecederaan yang pernah dialami oleh pesakit sama ada kemalangan ataupun kecederaan akibat terhantuk benda yang keras. Simptom: a. b. c. d. e. f. g. Semakin lemah daya ingatan/ lupa Gagal mengenal pasti objek Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati Hilang kemampuan jasmani Tidak mengendahkan kebersihan diri Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan

Menambah Perkataan Murid-murid sering menambah perkataan semasa membaca seperti bulan-bulan disebut bulang-bulang, ikan-ikan disebut ikang-ikang dan seumpamanya. Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition) Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap. Mengeja Semasa Membaca a. b. Teragak-agak semasa membaca Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca

c.

Tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana was-was dan kurang yakin salah atau betul. d. Kemajuan pembacaan yang lemah Posted by cikgu cam at 12:54 PM

Pengayaan dan Pemulihan dalam Pengajaran dan Pembelajaran BM Sekolah Rendah

Definisi Pemulihan i. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. ii. Blair (1956)

Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

iii.

O. C. Simpson (1975)

Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

iv.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)

Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. v. Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

vi.

Tansley (1967) :

..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.

vii.

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):

..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi muridmurid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolahsekolah biasa.

viii. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984):

...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

ix.

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986):

...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

1.4.2

Konsep

Program Pemulihan ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira yang menjadi fokus utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas.

Rumusan Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa

1.4.3

Program Pemulihan

... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah... (Buku Panduan Am KBSR, 1982)

Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.

Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini ada di semua peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas.

Sebaik-baik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid pemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulan mengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa.

Rasional i. Dari sudut Falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Ini selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua.

ii.

Dari sudut Teori, Pendekatan pengajaran seperti Prescriptive-Diagnostic Teaching, Precision Teaching, dan Clinical Teaching telah terbukti berjaya yang merupakan asas kepada pelaksanaan program ini. Dari sudut Pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. DIkirimkan oleh Cikgu Min Pada Saturday, August 11, 2012

masalah membaca murid pemulihan


JENIS MASALAH MEMBACA

Untuk mengenalpasti jenis masalah membaca, beberapa aktiviti tertentu boleh dilakukan oleh guru. Terdapat beberapa jenis masalah membaca yang kerap dihadapi oleh murid-murid.

i.

Membuang atau meninggalkan huruf atau perkataan.

Jenis masalah ini ketara apabila murid tidak membunyikan atau meninggalkan bunyi huruf, perkataan dan imbuhan. Contohnya kuah disebut uah, sering disebut serin. Perkataan tertentu di dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca. Contohnya, Meja itu sangat berat, dibaca sebagai Meja itu berat: Adakalanya murid meninggalkan imbuhan tertentu contohnya dalam perkataan melindungi disebut sebagai melindung

ii.

Mengulang perkataan

Murid yang berhadapan dengan masalah membaca kerap mengulang perkataan atau suku kata tertentu semasa membaca. seterusnya selepas sesuatu perkataan tertentu dibaca.

mengulangPerbuatan

mengulang ini mungkin disebabkan murid tidak tahu untuk membunyikan perkataan

iii.

Menggantikan huruf atau perkataan

Kadangkala, murid yang belum menguasai kemahiran menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca. Contohnya ladang disebut lalang. Kadangkala, terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga mengubah maksud ayat tersebut.

iv.

Menambah huruf atau perkataan

Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca. Contohnya perkataan buah akan dibaca sebagai buwah. Perkataan tertentu juga ditambah dalam ayat. Contohnya Saya suka makan roti dibaca sebagai Saya sangat suka makan roti

v.

Huruf atau perkataan dibaca terbalik

Contohnya perkataan bala dibaca sebagai laba. Contoh ayat yang dibaca terbalik ialah Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan

vi.

Tidak kenal huruf

Ini merupakan masalah utama dalam membaca.

Kanak- kanak yang tidak Murid akan menyebut

mengenal huruf akan gagal untuk membaca dengan baik. sesuatu huruf sesuka hati atau meneka sahaja huruf tersebut.

vii.

Salah sebutan

Apabila murid tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf, mereka akan cenderung untuk melakukan kesalahan dalam menyebut huruf atau perkataan tersebut. Ini menyebabkan perkataan tersebut tidak bermakna dalam konteks ayat berkenaan.

viii.

Masalah memahami bahan bacaan

Antara masalah dalam memahami bahan bacaan ialah gagal memahami maksud perkataan dan frasa, gagal membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam teks, lambat memberi tindak balas kerana tidak memahami arahan yang dibaca, gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan seterusnya tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah dan lain-lain dalam bahan bacaan.

PUNCA ATAU FAKTOR MASALAH MEMBACA

Menurut Guy L.B dan rakan-rakan (1994), punca masalah membaca boleh boleh dibahagikan kepada tiga faktor utama iaitu faktor fizikal, faktor kognitif dan bahasa serta faktor emosi, persekitaran dan pendidikan.

Faktor Fizikal

Antara faktor fizikal yang boleh mempengaruhi masalah membaca ialah masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan dan masalah neurologikal iaitu kerosakan otak seperti serebral palsi, aphasia, terencat akal dan lain- lain.

Selain dari itu, faktor fizikal juga melibatkan masalah kesihatan. seperti berikut:

Contohnya

i.

Kekurangan

makanan

berzat

akan

merosakkan

kesihatan

murid

seterusnya mempengaruhi kesediaan murid untuk belajar. menyiapkan kerja dan cepat letih.

Mereka tidak boleh

menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru, kurang bersemangat untuk

ii.

Murid yang kurang sihat mudah diserang pelbagai penyakit dan

menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

Faktor Kognitif dan bahasa

Murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah dan terencat akal akan menghadapi masalah serius dalam menguasai kemahiran membaca. Ia berkait rapat dengan keupayaan mental murid tersebut. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjdai sangat sukar. Antara simtom-simtom murid yang berhadapan dengan masalah ini ialah lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan lain-lain.

Faktor bahasa pula melibatkan bahasa penerimaan yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan

Masalah membaca selalunya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Ia juga berkait rapat dengan masalah psikologi. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan murid kecewa dan menjejas emosi mereka.

Faktor persekitaran bagi murid yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga dan lain-lain akan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca.

Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan dan lain-lain. Posted by roxarap at 06:37 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Thursday, October 21, 2010

Bahasa murid-murid pemulihan khas

Apabila berbicara soal bahasa terbayang di benak kita tentang sesuatu pengucapan yang sering kita ucapkan apabila bertemu dengan orang lain.Sebagai manusia kita sentiasa menggunakan bahasa untuk berinteraksi sesama sendiri. Keupayaan kita menguasai bahasa akan membolehkan kita menyampaikan pendapat atau perasaan dengan lebih baik lagi kepada orang lain. Kita sering menyebut perkataan bahasa, tapi apakah makna bahasa sebenarnya? Bagaimanakah bahasa itu diperolehi? Apakah yang ada dalam bahasa itu sendiri? Justeru, kita mestilah mengetahui bagaimana bahasa itu wujud.

Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Menurut

Jabatan Pendidikan khas, Kementerian Pelajaran Malaysia kanak-kanak masalah pembelajaran ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Mengikut tulisan Mohd. Sharani dalam bukunya yang bertajuk, Mengurus kanak-kanak yang susah belajar (2006) menyatakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain yang seusia dengan mereka. Kebanyak mereka dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran sejak di tahun pertama persekolahan mereka lagi. Terdapat dua petunjuk utama untuk mengenali masalah pembelajaran mereka iaitu: Pertama: Walalupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan dan lemah. Ini disebabkan tahap perkembangan mereka menyerupai kanak-kanak yang lebih muda beberapa tahun daripada mereka. Kedua: Perkembangan mereka tertunda. Ini disebabkan mereka gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran vokasional mereka. Ciri-ciri kanakkanak yang bermasalah dalam pembelajaran ialah seperti berikut: Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M) Keliru dengan nombor 13 dan 31, p dengan q, dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun huruf. Sukar mengikut arahan. Gangguan emosi. mempunyai darjah kecerdasan di antara 70 hingga 80. Tidak ada motivasi, pemalu, penakut, mudah terganggu. Selalu gagal dalam latihan dan ujian, dan lain-lain lagi.

Dalam kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) terdapat beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas seperti Down Syndrom, autisme, kurang upaya dalam pembelajaran (LD), kanak-kanak ADHD, kanak-kanak pintar cerdas, disleksia dan lain-lain lagi. Dalam tugasan yang diberikan ini, saya memilih kanakkanak masalah pembelajaran Disleksia dan Autisme.

2.0 Kanak-kanan Disleksia Dalam tugasan ini penulis memilih Nur Akmal Bin Abu murid bermasalah pembelajaran yang sedang belajar di kelas pendidikan khas Integrasi yang sekarang berusia 9 tahun. Beliau dikesan mengalami disleksia ketika berusia 6 tahun ketika berada di kelas tadika. Untuk mendapatkan butiran dan maklumat murid ini, penulis telah membuat satu kajian kes dengan menemu duga ibu bapa dan gurunya di sebuah sekolah kebangsaan integrasi yang mempunyai kelas pendidikan khas. Segala butir-butir diri tentang murid ini adalah mendapat kebenaran guru dan ibu bapanya. Nama Nur Akmal Bin Abu adalah nama samaran sahaja Semasa lahir ke dunia ini Nur Akmal tidak menunjukkan sebarang keganjilan samada dari segi fizikal mau pun mental. Beliau telah melalui tahap-tahap perkembangan yang normal semasa usia 0 hingga 4 tahun. Menurut ibunya, beliau mengalami sedikit kemunduran dalam berinteraksi dan pergerakan motornya juga agak mundur berbanding rakan seusianya ketika berusia 5 tahun, contohnya beliau sukar menganyuh basikal seperti rakan-rakan yang seusia dengannya, atau berlari pantas seperti mereka. Beliau juga kelihatan lemah dalam kemahiran gerakan kasar, contohnya. sentiasa melanggar barang di kawasan sekitar, begitu juga sukar membaling atau menangkap bola apabila bermain dengan rakan-rakan sebayanya

Disleksia

adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu dys bermaksud

kesukaran dan lexia bermaksud perkataan. Terjemahannya membawa maksud kesukaran dengan perkataan bertulis. Menurut definisi Senders dan Myers (1996) kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai

kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis, dan mengeja. Kesukarankesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol, seperti not muzik atau simbol matematik. Melibatkan campuran beberapa kesukaran yang berhubungkait. Cantuman kesukaran berbezabeza contoh. kekeliruan bunyi, susah mengingati turutan, lemah kemahiran kawalan otot. Lemah daya ingatan dan/atau kemahiran susunan.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Dr. Galaburda, dalam buku apa itu Disleksia menyatakan susunan sel-sel otak seorang disleksia adalah berbeza daripada otak orang biasa. Apabila dilahirkan, manusia mewarisi gen daripada ibu bapanya. Oleh itu dapat dikatakan masalah disleksia ialah masalah keturunan. Sesungguhnya kehadiran kanak-kanak ini biasanya tidak disedari oleh guru sekiranya guru itu tidak mempunyai pengetahuan mengenai ciri-ciri disleksia. Kanak-kanak disleksia ini tidak mengalami sebarang kecacatan lain dan tahap kecerdasan mereka juga adalah pada tahap normal. Program disleksia mula diberi perhatian dalam pendidikan di Malaysia. Malah Jabatan Pendidikan Khas telah berusaha mewujudkan Unit Disleksia bagi membantu kanak-kanak Disleksia.

2.2 Masalah yang dihadapi murid Diklesia. Muhd. Nur Ikmal mempunyai masalah seperti di bawah: Keciciran huruf Dalam kes ini huruf-huruf dicicirkan secara rawak dan hanya perkataan yang penting yang tinggal, contohnya mandi akan jadi madi. Keciciran Perkataan Penting Dalam kes ini pula perkataan-perkataan penting dicicirkan, contohnya saya mahu makan nasi, akan jadi saya mahu nasi. Terbalik atas bawah (Inversion) Perkataan-perkataan yang ditulis kelihatan terbalik tunggang langgang.

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Galaburda, susunan sel-sel otak seorang disleksia adalah berbeza daripada otak orang biasa seperti contoh di bawah.

(sumber: Orang disleksia lazimnya cenderung menggunakan otak kanan. Cara berfikir dan belajar mereka berlainan lemah dalam kemahiran bahasa, logik, turutan dan struktur Membawa kesan yang berbeza, pada darjah/tahap yang berbeza, kepada individu yang berbeza 10-15% mengalami masalah tahap ringan 4% mengalami masalah yang teruk Lebih ramai kanak-kanak lelaki, berbanding perempuan, lebih kurang dengan nisbah 3:1

Kunci utama untuk mengecam kanak-kanak disleksia ialah kepincangan dari segi: fahaman lisan baik tetapi lemah dalam bacaan bertutur dengan fasih, boleh bercerita, tetapi kerja tulisan lemah pencapaian yang jauh berbeza dalam mata pelajaran yang berlainan

2.3 Tahap perkembangan kanak-kanak yang dikaji (Disleksia) . Penulis ingin menghuraikan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak disleksia antara usia 6 hingga 12 tahun seperti yang dibuat melalui pengumpulan data melalui kajian kes yang dijalankan ke atasnya melalui temubual dan pemerhatian secara berstruktur.

Pada peringkat ini seseorang kanak-kanak boleh memakai bajunya sendiri, mengenal huruf-huruf a hingga z, boleh mengira 1 hingga 10, mempunyai kemahiran untuk menulis dan melakar dengan baik. Semasa kanak-kanak mulai masuk ke alam persekolahan, otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis, membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah. Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan, seperti menulis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih sempurna. Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih terurus, berbanding peringkat awal kanak-kanak. Contohnya, mereka sudah boleh menunggang basikal, memanjat, berlari, menari dan bersukan. Tetapi berbeza dengan Nur Akmal ini, kerana menurut ibu bapanya, hasil pemerhatian mereka mendapati beliau tidak dapat mengingat huruf-huruf a hingga z walaupun diajarnya setiap hari. Beliau menjadi mudah lupa, walaupun ia kelihatan seperti murid yang pintar. Begitu juga dalam berbahasa mereka kelihatan lambat, atau menghadapi kesukaran, dalam kemajuan bertutur dengan jelas atau cenderung salah guna perkataan dan tidak memahami arahan walaupun di terang berkali-kali. Hasil temuduga dengan gurunya pula, beliau menyatakan bahawa anak muridnya mempunyai tahap perkembangan bahasa dan kognitif yang lambat berbanding dengan rakan sebayanya. Di antara ciri-ciri yang ada pada Nur Akmal yang dapat dikesan semasa beliau berada di pra sekolah semasa berusia 5-6 tahun sehinggalah sekarang beliau berusia 9 tahun ialah dari segi:

a) bahasa Sering mencampur-adukkan bunyi suku kata dalam perkataan yang panjang contohnya hostipal apabila ingin menyebut hospital. Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir yang sama, contohnya apabila diminta memberikan perkataan yang sama bunyi akhirannya

dengan topi seperti api mereka akan memberi jawapan yang salah seperti baju. Mengalami kesukaran yang ektrim dalam mempelajari tulisan bersambung Bacaan yang lambat dan terputus-putus dan sebutan tidak tepat Selalu suka meneka perkataan berdasarkan bentuk dan kandungannya Mencirikan ataupun salah baca kata penghubung seperi di , pada Mengabaikan kata awalan semasa membaca Tidak dapat membaca ataupun membunyikan perkataan yang tidak pernah dijumpainya. Kesukaran menggunakan bahasa yang tepat semasa bertutur seperti

menggunakan eer... apa tu... Keliru dengan huruf d dan b lemah dalam bacaan/tulisan/ejaan kekeliruan b/d, p/q, m/w, n/u meninggalkan huruf-huruf tertentu seperti makan ditulis makn menambah huruf seperti ikan ditulis iekan menulis dengan susunan yang terbalik seperti dan ditulis nad keliru dengan huruf-huruf vokal seperti a, e, i, o, u. Membalikkan suku kata seperti sama ditulis masa

3.0 Kanak-kanak Autisme Kanak-kanakAutisme merupakan kanak-kanak yang ganjil, boleh didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. Leo Kanner (1943) telah mengkaji tentang kanak-kanak Autisme pada tahun tersebut sebagai individu yang

tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut: Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, rote memory dan lain-lain. Kanak-kanak Autisme yang dipilih merupakan murid tahun 4 di sebuah sekolah integrasi di daerah Bukit Mertajam.Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya. Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk membantu anaknya. Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Hasil temubual dengan ibu bapanya mendapati anak mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk.

Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar 'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain. 3.1 Masalah bahasa murid Autisme Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut: Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung. Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain. Jarang menggunakan bahasa. Sukar diajak bercakap. Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja. Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan. Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami. Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya. Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu .

3.2 Tingkah Laku Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut: Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif. Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang

seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuknepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir. Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya). Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.

4.0 Kemahiran Bahasa Melayu (membaca)

5.0 Rancangan Pengajaran Harian Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal

dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Perancangan perlu dilakukan untuk

memenuhi masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif/matlamat berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan

Rancangan Pengajaran Harian Rancangan ini dibuat berdasarkan rancangan Tahunan

Butiran yang perlu ada ialah :


o o o o o

Hari dan tarikh Mata pelajaran dan tingkatan Masa Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Di bawah ialah Rancangan Pengajaran Harian untuk murid Disleksia.

Kelas: Mata Pelajaran: Tarikh: Masa: Bilangan murid: learner,

3 Maju Bahasa Melayu 25 Februari 2010 8.40 9.40 pagi 6 orang (3 orang Disleksia, 2 orang Slow

Seorang Down Sindrom) Tajuk: Kemahiran: Membina suku kata terbuka (KV) 4.0 membaca suku kata (KV)

4.1 membina dan membaca suku kata terbuka (KV)

Penggabungjalinan isi kandungan:

4.1.1 Suku kata

3.3.1 Bentuk dan bunyi suku kata

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran Langkah Isi kandungan 1. Guru menunjukkan sebuah kotak ajaib kepada murid-murid. 2. Kemudian, guru menyuruh murid untuk duduk dalam bentuk semi bulatan. 3. Guru menyuruh enam orang murid dan setiap orang mengambil satu kad daripada kotak ajaib tersebut Catatan 1.Guru menyuruh salah seorang daripada murid tersebut ke hadapan Teknik: simulasi untuk membuka kad tersebut dan menunjukkannya kepada rakan-rakan Terapi: yang lain. 2. Guru meminta murid-murid untuk Pertuturan mengenalpastikan huruf yang ditunjukkan. . Nilai: 4.Kemudian, guru meminta semua murid membunyikan huruf-huruf tersebut (Cth: ma ta lo ku) Yakin diri berani BBB Kad huruf Suku kata 1. Murid ditunjukkan suku kata terbuka ku, ma, ba, ta, te, ko. 2. Kemudian, murid mengeja suku Teknik: kata bersama guru. 3. Murid juga mengeja suku kata Latih tubi secara individu. 4. Murid membaca suku kata tersebut Terapi: secara beramai-ramai. 5. Akhir sekali, murid mencantumkan Pertuturan suku kata menjadi perkataan Nilai: bermakna Mendengar arahan

Set Induksi (5 minit)

Langkah 1

i) Gambar kaku: kuku

(10 minit)

ii) soalan guru: Apakah nama benda ini? iii) memadankan suku kata membentuk perkataan contoh:

ku ------ ku
BBB Carta gambar

kuku
Langkah 2 i. Gambar kaku: mata ii. Guru soal murid 1. Murid ditunjukkan suku kata terbuka lo, ri, ba, yi, te, ko, to, pi, ba, ju, fo dan to. 2. Kemudian, murid mengeja suku kata bersama guru. 3. Murid juga mengeja suku kata

Teknik: Sumbangsaran

Hasil Pembelajaran: murid

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran

dapat: Kumpulan 1 (Autisme, Slow learner) i Membina dan membaca 5 suku kata terbuka kv. ii. Menyalin dan menulis 5 suku kata terbuka dengan betul berdasarkan gambar Kumpulan 2 (Disleksia, Down Sindrom) membaca 6 suku kata terbuka kv. ii. Menyalin dan menulis 6 suku kata terbuka dengan betul berdasarkan gambar i Membina dan

Pengetahuan Sedia Ada:

Murid pernah menyebut dan membunyikan perkataan dengan suku kata terbuka seperti:

topi .

Perentasan Kurikulum: Penerapan Nilai: Unsur Terapi : Bahan Bantu Mengajar:

Sains mendengar arahan, yakin diri, berani pertuturan, cara kerja Kad huruf, carta suku kata, komputer riba,

Posted by salam ukhuwah at

Anda mungkin juga menyukai