Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF TUGASAN T1A3 Untuk tugasan T1A3 ini, saya telah merakamkan suasana kemeriahan sambutan Tahun

Baru Cina di rumah salah seorang kawan saya iaitu Teo Fang Liang di Kampung Sungai Apong Baru, Kuching. Sepanjang kunjungan saya ke rumah beliau, saya telah mengumpul beberapa maklumat mengenai perayaan Tahun Baru Cina ini. Berdasarkan kepada tugasan T1A1 dan juga T1A2 sebagai panduan, saya cuba untuk mengaitkan persamaan dengan tugasan yang telah saya buat sebelum ini. Beberapa perkara telah dirumuskan sepanjang kunjungan saya semasa perayaan Tahun Baru Cina ini. Antaranya: A) Adakah suasana sambutan yang dialami sama dengan gambaran yang anda dapat daripada pembacaan (T1A1) dan juga temubual (T1A2) ? Secara keseluruhannya, sambutan yang dibuat adalah sama seperti yang dijangkakan. Cuma, sedikit elemen etnik masyarakat Iban diterapkan dalam sambutan tersebut. Ini kerana, ibu Teo Fang Liang adalah berbangsa Iban. Contohnya seperti, tetamu yang hadir akan dihidangkan dengan air Tuak dan makanan etnik masyarakat Iban. Seperti dalam video tersebut, lagu Iban dipasang untuk tetamu yang datang bertandang ke rumah. Walaupun sedikit elemen etnik Iban diterapkan dalam sambutan tersebut, ia tidaklah memberi kesan terhadap sambutan Tahun Baru Cina tersebut. Adat tradisi masih dikekalkan namun sedikit elemen etnik Iban ditambah untuk menjadikan sambutan Tahun Baru Cina tersebut menjadi lebih meriah dan unik. B) Adakah elemen tambahan (etnik Iban) yang diterapkan dalam sambutan Tahun Baru Cina menjejaskan elemen asalnya? Secara amnya, elemen tambahan yang diterapkan (etnik Iban) tidak sama sekali menjejaskan elemen asal sambutan Tahun Baru Cina. Malahan ia memberi satu pengabungjalinan budaya yang unik dan sekaligus memberi satu suasana sambutan yang unik dan meriah.

C) Tindakan sebagai seorang guru mengenai hal ini. Sebagai seorang guru, saya amatlah perlu untuk mengetahui perkara-pekara seperti ini. Ini kerana, tidak ramai sambutan Tahun baru Cina yang mempunyai elemen tambahan seperti yang disambut oleh keluarga Teo Fang Liang. Oleh itu, saya perlu menyebarkan maklumat ini kepada murid saya bahawa elemen asal sesuatu etnik boleh disambut dengan mengabungjalinkan elemen etnik lain sementara eleman asal sesuatu perayaan itu perlu dikekalkan. Ini adalah selaras dengan Gagasan 1 Malaysia yang diunjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia agar semua masyarakat Malaysia berssatu padu dan saling memahami semua budaya sesuatu masyarakat. D) Mungkinkan perkara yang sama berlaku untuk perayaan / keagamaan saya sendiri? Bagi saya, melalui pemerhatian sepanjang menjalankan kajian mengenai perayaan Tahun Baru Cina ini, sedikit sebanyak saya telah belajar mengenai sesuatu budaya masyarakat yang lain. Perayaan yang disambut oleh saya memang mempunyai perbezaan dengan sambutan masyarakat lain. Tetapi sedikit elemen perayaan masyarakat lain boleh diterapkan agar perayaan tersebut disambut lebih unik sementara elemen asal tetap dikekalkan.

ANTHONY AK ABAS PPW SARAWAK PROGRAM BTPE (SMP KHAS AMBILAN JANUARI 2011) 830909135971001

Anda mungkin juga menyukai