Anda di halaman 1dari 15

Amira dalam perjalanan ke belantara Banjaran Titiwangsa dengan menaiki kereta api.

Amira teringat dia berusaha memujuk Jacinta (jc) yang merupakan sahabat baiknya untuk bercuti bersama-samanya di Bukit Mat Raya kerana cuti sekolah telah tiba. Mereka menaiki kereta api menuju ke sana. Amira terlihat seorang lelaki muda bersama-sama dengan seorang leaki tua kulit putih di kolam kereta api. Manakala, Profeser Zaidah yang berada di Bukit Mat Raya berhadapan dengan banyak cabaran dalam ekskavasi menjejak tamadun manusia bersamasama pelajar tahun akhirnya dan Dr.Zawawi. Selain itu, Malique pula kurang senang apabila dipaksa oleh ibunya mengikut lelaki kulit putih yang tidak dikenalinya ke tempat yang tidak diketahui engan menaiki kereta api. Banyak konflik yang dihadapi oleh penghuni Desa Karpus. Nama Desa Karpus diperoleh sempena penemuan tulang karpus oleh Rusdi. Penghuni Desa Karpus agak gusar apabila tapak mereka seperti diganggu oleh orang lain dan setiap malam mereka mendengar pelbagai bunyi dan bau rokok keretek. Amira pula hamper lemas ketika menunggu Malique untuk mendapatkan penjelasan Malique berhubung projek mencari emas namun Berjaya diselamatkan oleh Orang Asli iaitu Itai dan bapa saudaranya, Tau. Manakala, JC pula tersesat di dalam hutan ketika mencari Amira yang terjatuh ke dalam sungai. Jc dijumpai oleh kumpulan penyelamat yang diketuai oleh Tau. Manakala, Profeser Zaidah pula mengalami kemalangan dengan Pak Lias yang menyebabkan tangannya terseliuh. Kereta mereka seperti telah dirosakkan breknya. Ludin telah membantu tangannya terseliuh. Tau pula kurang senang dengan kehadiran orang luar di kem cari gali emas yang dirasakan mengancam ghazanah alam. Tau juga tidak senang apabila kumpulan yang dipimpin oleh Profeser Zaidah dianggap manggangu manusia yang sudah mati dengan cari gali yang dilakukan. Itai dan Amira berhadapan dengan makhluk berbulu ketika

mendapatkan emas untuk JC. Makhluk berbulu itu dianggap sebagai penjaga hutan. Itai dihukum dalam bicara adat kerana menunjukkan kawasan yang mengandungi emas kepada Amira. Amira dan JC telah menemui artifak tembikar di Desa Karpus yang menjadi kebanggaan Desa Karpus. Namun, Tau yang akhirnya sedar akan tujuan murni Profeser Zaidah talah membantu menunjukkan tempat yang menggandungi banyak bukti arkeologi di kawasan Gua Gunung Gajah. Kejayaan penemuan artifak purba menggembirakan penghuni Desa Karpus apabila menemui kapak batu di Gua Gunung Gajah. Amira menemui mobile disk Malique di Gua Gunung Gajah dan mengesyaki Malique berada di situ. Tau juga beradapan dengan konflik dalam hidupnya sehingga menyebabkan dia menyisihkan diri di dalam hutan akibat kehilangan isteri dan anaknya iaitu Ipah dan Sabi. Profeser Zaidah pula gigih berusaha demi memastikan tugas mereka bagi membuktikan kawasan tersebut merupakan kawasan yang bernilai serta menjadi tapak bersejarah. Kawasanitu juga akan menyebabkan projaek perlombongan emas gagal. Amira berusaha untuk menyelamatkan Malique yang hilang di dalam hutan setelah terlibat dalam kemalangan. Itai mengetuai pencarian Malique di Gua Gunung Gajah dengan ditemani Amira, JC, Pak Lias dan Roslan. Amira, Itai, Pak Lias dan Roslan yang berada di puncak gunung di Gua Gunung Gajah berhadapan dengan makhluk berbulu yang marah apabila Malique diselamatkan dengan menyatakan Malique miliknya Pak Lias. Suasana teganag Berjaya diselesaikan oleh Ludin yang turut menyusul mencari anaknya. Misteri terbongkar apabila Ludin memujuk makhluk berbulu supaya menyedari bahawa anak-anaknya sudah kembali. Rupa-rupanya Tau menyamar menjadi makhluk berbulu demi menjaga keamanan hutan. Jennifer membongkar misteri diri Malique yang merupakan anak Tau iaitu sabi yang dibawa lari olah Ipah dan Jennifer. Sebenarnya Ipah iaitu isteri Tau telah lari mengikut Johnny setelah melahirkan Itai. Malique membuat

keputusan untuk tinggal sementara bersama-sama bapa dan adiknya. Tau berasa puas kerana anak-anaknya telah kembali. Amira kini belajar di sebuah Universiti di Kuala Lumpur. Dia sedang mengemas untuk pulang bercuti bersama-sama ibu bapanaya. Selesai mengemas, Amira membaca e-mel yang diterima daripada orang yang dirinduinya. Amira menerima e-mel daripada Itai yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan berharap agar ibu Itai akan kembali bersatu bersama keluarganya di hutan. Manakala, emel Malique menyatakan dia masih berada di perkampungannya dengan projek IT demi mencurahkan bakti di sana. Malique dalam uasaha memujuk ibunya agar kembali bersatu dengan keluarganya. Manakala, e-mel daripada JC yang kini berada di Paris menguruskan perniagan bapanya yang mengharapkan agar Amira dapat melawatnya di sana. JC masih memakai emas yang diberikan oleh Itai dan Amira. E-mel Dr.Zawawi pula menyatakan dia berada di perairan Malaysia untuk mencari khazanah Melayu yang tenggelam di dasar laut dan bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Tempatnya diambil alih oleh Rusdi. E-mel terakhir adalah daripada ibunya yang masih berada di Bukit Mat Raya meneruskan kajiannya. Ibunya berharap Amira akan pulang bercuti agar mereka dapat berjumpa di Kulim kerana ayahnya begitu merindui Amira. Amira akhirya bertolak pulang menaiki sebuah kereta dan turut mengajak seorang pelajar menumpangnya untuk pulang bercuti.

Tema:
Tema novel ini ialah kegigihan dan kecekalan dalam menghadapi pelbagai rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh pengkaji arkeologi dan pelajarpelajar university di Desa Karpus dan akhirnya telah merungkai sejarah tragis keluarga Tau. Pada masa yang sama, Amira menghabiskan cuti persekolahan di Bukit Mat Raya bersama-sama sahabatnya Jacinta ketika cuti persekolahan kerana ibu Amira merupakan seorang profeser di sebuah university dan membawa pelajar-pelajarnya melakukan kerja lapangan iaitu mencari gali bahan bersejarah di Bukit Mat Raya. Mereka berkenalan dengan Malique dan Itai. Pelbagai cabaran dan pengalaman yang telah dilalui olah Amira dan juga Profeser Zaidah dalam mempertahankan khazanah berharga dan mengelakkan hutan rimba itu daripada diterokai oleh pelembang emas. Namun mereka tetap tabah menghadapinya. Akhirya, pencarian mereka berakhir dengan terungainya konflik keluarga Tau dan kawasan hutan belantara itu Berjaya dipertahankan daripada terus diteroka.

Persoalan:
(a) Persahabatan yang erat antara dua insan yang berlain bangsa. Contohnya, Amira berkawan baik dengan Jacinta dan Jacinta sering mengikuti ke mana-mana sahaja Amira pergi. Banyak rahsia Jacinta yang diketahui oleh rakan baiknya itu. Kesan pembalakan yang merosakkan alam sekitar . Contohnya, aktiviti pembalakan di kawasan persekitaran Bukit Mat Raya menyebabkan air sungai bertukar warna dan tidak sesuai untuk digunakan. Kemusnahan hutan akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kehidupan. Contohnya, peristiwa malang menimpa Pak Lias dan Profesor Zaidah apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras membuktikan bahawa kemusnahan alam sekitar mendatangkan kesan yang buruk. Peristiwa yang sama juga berlaku kepada Malique. Sikap bantu-membantu dalam melakukan sebarang pekerjaan. Itai,Amira,Jacinta,Roslan, dan Pak Lias saling membantu mencari Malique yang hilang setelah dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Kesengsaraan hidup akibat daripada keruntuhan rumah tangga. Contohnya, Tau tidak dapat menerima takdir daripada perpisahan dengan isterinya, Ipah. Perasaan Tau tertekan dan dia hidup menyendiri di dalam hutan.

(b)

(c)

(d)

(e)

Watak dan Perwatakan:


Amira a) Seorang pelajar sekolah. b) Anak kepada Profesor Zaidah dan ayahnya seorang jurutera computer sebuah syarikat multinasional. c) Berminat dengan kerja cari gali. d) Rakan baik Jacinta. e) Bersikap keanak-anakan. f) Tidak mudah patah semangat. g) Berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah university di ibu kota. h) Mempunyai kepakaran dalam bidang komputer. i) Menghargai persahabatan.

Jacinta a) Anak kepada seorang ahli perniagaan. b) Tinggal di Pulau Pinang. c) Rakan karib kepada Amira. d) Menghabiskan cuti sekolahnya bersama-sama dengan Amira di tapak cari gali aerkologi yang dikendalikan oleh Profesor Zaidah dan para pelajarnya. e) Tidak suka akan ibu tirinya. f) Keras hati. Dia sanggup tinggal di asrama semata-mata kerana tidak mahu berjumpa dengan ibu tirinya. g) Menguruskan perniagaan bapanya di Paris dalam bidang fesyen.

Itai a) Remaja Orang Asli suku kaum semai. b) Anak Tau yang dipelihara oleh Ludin.

c) Memiliki pelbagai pengetahuan tentang ilmu hutan. d) Sedang belajar di Bandar. e) Berminat dengan kerja-kerja cari gali. f) Muda percaya akan rakan. g) Cinta akan alam sekitar. Dia ingin akan kawasan penempatan mereka selamat daripada sebarang aktiviti yang merosakkan alam sekitar. h) Bercita-cita tinggi. Dia melanjutkan pelajaran di kubang kerian dalam bidang perubatan.

Malique a) Seorang pemuda yang berasal dari Melaka. b) Anak sulung Ipah dan Tau. c) Abang kepada Itai. d) Mempunyai kemahiran dalm bidang komputer. e) Menjadi pembantu OHara menyiapkan laporan tentang pencarian emas. f) Akhirnya, dilantik menjadi ketua kampung.

Latar
Latar tempat: a) Di Bukit Mat Raya. Profesor Zaidah bersama-sama pelajar tahun akhirnya berada di sini untuk menjejak tamadun manusia sejak ribuan tahun yang lampau. Penemuan tulang karpus yang diyakini milik manusia zaman lampau begitu mengembirakan mereka. b) Di Stesen Dahan Hijau. Amira dan Jc menungu Kedatangan Pak Lias yang bertugas sebagai pemandu yang akan membawa mereka ke Bukit Mat Raya. Namun, Pak Lias yang biasa datang awal telah tiba lewat sehingga meresahkan Amira. c) Di Air Terjun Angin. Amira Amira bertemu Malique iaitu pemuda yang ditemui di dalam kereta api. Mereka berbual-bual tentang tujuan kedatangan merekadi tengah belantara Banjaran Titiwangsa ini. d) Di perkampungan orang asli semai. Tempat mesyuarat adat dijalankan bagi membuat keputusan tentang tindakan Itai yang membawa Amira ke sebatang sungai yang banyak mempunyai ketulan emas. e) Di Gunung Gua Gajah. Tau membawa Dr.Zawawi, Rusdi, Amira, Jacinta dan Itai ke gua tersebut. Mereka menemukan Pelbagai lakaran pada dinding gua dan Rusdi menemukan kapak batu.

Latar Masa a) Pada waktu pagi. Amira dan Jc tiba di stesen kereta api pada waktu pagi. Mereka tertunggu-tunggu kedatangan Pak Lias untuk menjemput mereka. b) Pada waktu tengah hari. Itai membawa Tau ke Desa Karpus buat kali pertama. Kedatangan Tau adalah bertujuan untuk membantu mencari khazanah peninggalan masyarakat dahulu di Gua Gunung Gajah. c) Pada waktu petang. Dr. Zawawi, Rusdi, Itai, Jc dan Tau selesai mengkaji kawasan Gua Gunung Gajah dan mereka menemui kapak batu peninggalan Melayu-Proto. d) Pada waktu malam. Hujan lebat pada waktu malam menyebabkan Profesor Zaidah risau tapak arkeologi akan ditenggelami air. Profesor Zaidah menggarahkan Dr. Zawawi memastikan keadaan terkawal. e) Pada waktu subuh. Amira sentiasa melihat ibunya bangun awal untuk memulakan kerja kajiannya. Setelah lemas dan Jc hilang, Amira terpaksa berhadapan dengan ibunya. Ibunya menasihati Amira supaya berfikir dahulu sebelum bertindak kerana manusia dikurniakan akal.

Latar Masyarakat a) Masyarakat yang berpendidikan tinggi yang sering membuat kajian ilmiah. Contohnya, Profesor Zaidah dan kumpulannya membuat kajian arkeologi di Bukit Mat Raya. b) Masyarakat orang asli yang berpegang teguh kepada kepercayaan nenek moyang mereka. Contohnya, masyarakat orang asli yang tinggal di Bukit Mat Raya berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang mereka. c) Masyarakat yang terlalu mengikut perasaan. Contohnya, Tau yang kecewa setelah isterinya, Ipah lari dari kampung tersebut telah membawa diri ke dalam hutan. d) Masyarakat yang bantu-membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Contohya, Roslan dan Pak Lias membantu Amira, Jcinta, dan Itai mencari Malique yang hilang. e) Masyarakat golongan pelajar yang bijak menggunakan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Contohnya, Amira dan Jacinta menyertai Profesor zaidah dan kumpulannya yang sedang membuat kajian arkeologi di Bukit Mat Raya semasa cuti persekolahan mereka.

Plot Binaan Plot a) Permulaan: Diperkenalkan watak Amira dan Jacinta yang dalam perjalanan ke Bukit Mat Raya. Mereka akan menghabiskan cuti sekolah bersama dengan Profesor Zaidah, ibu Amira yang sedang melakukan kerja-kerja cari gali arkeologi di hutan itu. b) Perkembangan: Amira yang menanti kedatangan Malique di air terjun angina telah terjatuh dibawa oleh arus deras. Amira diselamatkan oleh itai dan tau, Orang Asli Semai. Jacinta yang mencari Amira hilang di hutan namun akhirya Berjaya ditemui degan pertolongan tau. Pergelangan tangan Profesor Zaidah terseliuh apabila kenderaan yang dipandu oleh Pak Lias mengalami masalah brek. Ludin, bapa saudara itai datang untuk merawat kecederaan Profesor Zaidah. c) Perumitan: Amira mengikut Itai ke hutan. Amira dibawa ke sebatang sungai yang terdapat ketulan emas. Mereka bertemu dengan makhluk berbulu tebal. Seorang pekerja pencari emas hilang. Malique turut serta dalam kumpulan mencari pekerja tersebut. Malangnya, malique cedera dan hilang apabila kenderaan yang dinaiknya dihanyutkan oleh arus lumpur. d) Klimaks: Amira dan Itai bertembung dengan makhluk tersebut dalam usaha mereka menyelamatkan Malique. Berlaku suatu pergaduan yang akhirya berjaya dileraikan oleh Ludin. e) Peleraian: Pelbagai rahsia terbongkor di Desa Karpus apabila Jennifer mengaku bahawa dia ialah Ipah, Isteri Tau. Malique ialah sabi, anak Tau dan abang kepada Itai.

Teknik Plot a) Teknik dialog. Contohnya, dialog antara Profesor Zaidah degan Rusdi berkaitan berkaitan dengan tali khemah yang putus semasa hujan lebat. b) Teknik pemerian. Contohnya, pengarang menceritakan keadaan di bukit mat raya. c) Teknik imbas kembali. Contohnya, Jennifer teringgat kembali akan kisah silamnya yang dibuang oleh masyarakat Orang Asli Semai kerana berambut perang dan bermata biru. d) Teknik saspens. Contohnya, kehilanggan Malique menimbulkan tanda tanya kepada semua orang. Amira, Jacinta, dan Itai berasa hairan bagaimana mobile disk milik Malique boleh berada di dalam Gunung Gua Gajah tersebut.

Gaya Bahasa
a) Penggunaan kata bahasa Inggeris. Contoh: mobile disk, password, notebook. b) Penggunaan kata bahasa arab. Contoh: Assalamulaikum. c) Simile. Contoh: dia bagi ensiklopedia bergerak; rambutnya bagai api yang sedang marak menyala;masih tidur seperti orang mati. d) Personifikasi. Contoh: mesin yang sentiasa mengaum membaham batang-batang pokok.

Nilai
a) Kasih saying. Contohnya, Profesor Zaidah amat menyayangi Amira dan cuba merapatkan hubungan mereka dengan mengajak Amira bercuti bersama dengannya b) Kerjasama. Itai dan Tau memberikan kerjasama untuk mencari Jacinta yang hilang di hutan. c) Keberanian. Amira menunjukkan sikap beraninya apabila berhadapan dengan makhluk berbulu tebal. d) Tolong-menolong. Contohnya, Ludin menolong mengubati pergelangan tangan Profesor Zaidah. e) Amanah. Contohnya, Amira bersikap amanah apabila tidak memberitahu sesiapa pun tentang kedudukan emas yang ditunjukkan oleh Itai kerana sudah berjanji dengannya.

Pengajaran
a) Kita hendaklah mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah. Contohnya, Amira dan Jacinta mengisi masa cuti sekolah mereka dengan mengikut Profesor zaidah melakukan kerja-kerja arkeologi di bukit mat raya. b) Kita haruslah memelihara tempat tinggal kita daripada sebarang bentuk pencerobohan. Contohnya, Ludin dan anak-anak buahnya yang merupakan orang asli semai memelihara kampung mereka di bukit mat raya daripada dicerobohi oleh pencari gali emas dan pembalak. c) Kita perlu mengamalkan sikap membantu bagi menjamin kehidupan yang harmonis. Contohnya, Luidin membantu merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh. Begitu juga dengan Tau yang membantu pasukan arkeologi dengan membawa mereka ke gunung gua gajah yang banyak mempunyai bahan sejarah. d) Kita haruslah sedar bahawa pencemaran alam sekitar dapat memberikan kesan negative kepada manusia. Contohnya, tragedy yang menimpa Profesor Zaidah dan Malique apabila kereta yang dinaiki oleh mereka dihanyutkan oleh aliran lumpur yang deras adalah berpunca daripada kerosakan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai