Anda di halaman 1dari 77

1.0 PENDAHULUAN Pendidikan merupakan teras kepada pembangunan dan kemajuan Negara.

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi akan datang. Pendidikan yang bermutu, dapat melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan bertanggungjawab memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Justeru itu, pendidikan berfungsi sebagai alat memenuhi keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi atau sosial.(Mohamad bin Muda,1991).

1.1 Pengenalan Bahasa Melayu telah dimahkotakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan juga bahasa pengantar pendidikan (Nik Safiah et al., 1996, hlm.19). Berbagaibagai usaha dan kajian dilakukan bagi meningkatkan mutu Bahasa Melayu agar tiada lagi suara yang menafikan keutuhannya.

Lantaran itu, pendidikan di Malaysia juga mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada kurikulum ini adalah bertujuan membina dan mengembangkan kuasa berfikir guru dan murid. dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan dalam

bahasa Melayu itu serta menentukan negara dapat mengeluarkan warganegara yang seimbang dan cemerlang dari segi akademik, intelektual, modal insan dan sahsiah diri. Untuk memperkasakan produk yang dihasilkan ini, sekolah adalah platform yang terbaik untuk melahirkan genarasi yang mampu berdaya saing sejajar dengan perkembangan arus globalisasi. Justeru itu, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah dicadang untuk digunakan semasa menyampaikan sesuatu pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Pengalaman kehidupan hari ini juga jelas menunjukkan kemahiran menulis merupakan salah satu alat perhubungan yang penting walaupun terdapat pelbagai kemajuan dalam teknologi komunikasi. Melalui kemahiran menulis, sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan. Pendidikan bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (Mok, 1992).

Menguasai kemahiran menulis dalam bahasa Melayu bukanlah suatu perkara yang mudah seperti membaca kerana pembelajaran menulis ini memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor pada peringkat yang tertinggi sekali jika dibandingkan dengan kemahiran yang lain. Henry Guntur (1982) menghuraikan, Menulis merupakan ketrampilan berbahasa (Language Skills)

yang dipergunakan untuk berkomunikasi secara tidak langsung, tidak secara tatap muka dengan orang lain. Sebaliknya, menulis juga merupakan kegiatan yang produktif dan ekspresif. Si penulis harus trampil memanfaatkan grafologi, struktur bahasa dan kosa kata.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pengalaman sebagai pendidik mula bertapak dalam diri saya dengan langkah pertama saya mengikuti program perguruan asas dalam Pengajian Melayu Sekolah Rendah pada tahun 1986 hingga November 1988 di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. Tamat latihan, saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Star,Gua Musang, Kelantan selama tiga tahun dan seterusnya sehingga kini di Sekolah Kebangsaan Gedangsa, Hulu Selangor. Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran lalu, saya telah meminta murid-murid untuk membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan. Hasilnya, saya berasa sedikit kehairanan kerana tiada murid yang dapat membina ayat dengan struktur ayat yang betul. Respon pertama yang diperoleh adalah murid menunjukkan isyarat tangan tidak tahu. Namun, saya masih meminta murid membina ayat tunggal. Dengan sedikit bantuan, beberapa orang murid dapat membina ayat yang diminta.

Berdasarkan ayat yang telah ditulis, saya dapat mengesan kesalahan yang dilakukan oleh murid. Kesalahan yang paling ketara adalah berkaitan

dengan struktur dan tatabahasa ayat. Sebagai contoh, seorang murid telah menulis ayat Ibu ayam masak. Ayat ini jelas menunjukkan kesalahan dari segi struktur dan tatabahasa penulisan. Ayat yang sepatutnya ditulis adalah Ibu memasak ayam atau Ibu sedang memasak ayam.

Pada mulanya, saya merasa tercabar untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari berikutnya. Masalah yang dihadapi oleh mereka memungkinkan pembelajaran menjadi sia-sia. Namun begitu, keperluan untuk mengatasi masalah tersebut telah membangkitkan semangat dan kesedaran saya, iaitu saya perlu mencari jalan penyelesaian membantu mereka menangani masalah yang dihadapi.

Hasil kajian Abdul Hamid (2006), menunjukkan bahawa kesilapan ayat disebabkan murid-murid kerana kurang memahami struktur ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif dan ayat pasif. Akibatnya ayat-ayat yang ditulis itu kerap janggal dan menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Sehubungan itu, dapatan yang hampir sama juga ditemukan dalam kajian Awang (1992) yang menunjukkan masalah penulisan dan aspek sintaksis yang dikaji ialah ayat tunggal aktif dan pasif.

Saya menggunakan kad bergambar sebagai bahan rangsangan utama. Pada pandangan saya, kelemahan penguasaan perbendaharaan kata dalam

kalangan murid-murid di sekolah ini juga mempengaruhi permasalahan dalam menulis ayat tunggal. Penguasaan kosa kata yang terhad kurang memberi keyakinan dalam kalangan murid-murid mengujarkan ayat-ayat bernas dan ini memberi kesan ketika murid-murid membina ayat mudah dan terdapat dalam kalangan mereka tidak boleh mengeja perkataan dengan betul dan tepat.

Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu memerlukan kemahiran guru, khususnya dalam proses dan tindak balas bahan dan teknik yang disampaikan dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Peningkatan kebolehan komunikasi murid dalam penulisan hanya berlaku sekiranya mereka terlibat secara langsung dan mendalam dalam suasana pembelajaran yang mana menggalakkan pertumbuhan kebolehan penulisan mereka (Roselan, 2003).

Berdasarkan kepada pemerhatian terhadap murid, saya dapati aktiviti pembelajaran secara individu yang dijalankan kurang berkesan, kurang fokus, mudah merasa bosan dan masalah kelemahan membina ayat ini masih berterusan. Hal ini kerana murid-murid di dalam kelas itu mempunyai pelbagai kebolehan. Dengan adanya aktiviti berkumpulan didapati murid-murid secara lansung berinteraksi, bertukar-tukar pendapat serta berlaku pembelajaran ke arah lebih realistik. Strategi dan kaedah pengajaran guru yang tidak sesuai

dan kurang berkesan juga menjadi impak kepada permasalahan dalam penulisan ayat bahasa Melayu ini.

Walaupun begitu, setelah saya perincikan, terdapat permasalahan sama yang wujud di kedua-dua sekolah semasa saya mengajar dan masih berterusan hingga kini. Masalah tersebut ialah, murid tidak dapat menggunakan kemahiran hubungkait kata nama dan kata kerja dengan baik semasa membina ayat tunggal yang sistematik. Masalah ini dapat saya kesan apabila saya masuk ke langkah dua pengajaran, iaitu memerlukan murid menggunakan kemahiran hubungkait dalam penulisan bahasa Melayu berdasarkan apa yang dipelajari dalam langkah pertama tadi. Namun, timbul permasalahan apabila murid gagal menggunakan kemahiran hubungkait dalam pembinaan ayat tunggal ini dan aktiviti tidak dapat berjalan lancar.

Pada pendapat saya, punca yang menyebabkan timbulnya permasalahan ini ialah penggunaan alat bantu dan kaedah mengajar yang tidak bersesuaian, dan murid malu bertanya soalan. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya bercadang untuk menggunakan alat bantu mengajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, iaitu kumpulan kecil 4/4 seperti dalam contoh yang saya akan jalankan. Seorang sarjana aliran behaviourisme, iaitu Kimble, (1991) berkata, pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan dan pengukuhan. Dalam proses pembelajaran

penulisan, komunikasi dan kerjasama antara murid-murid juga akan lebih berkesan apabila teori ini diaplikasikan. Saya sangat pasti semua alat bantu mengajar seperti kad gambar, kad perkataan, perkataan berpandu ini dengan mengaplikasikan kaedah koperatif dapat menjadi pemangkin kepada murid untuk melahirkan penulisan ayat tunggal yang sistematik strukturnya.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Kooperatif berasal dari bahasa Inggeris iaitu Cooperate yang bererti bekerja bersama-sama. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm 821, 2010), Koperatif membawa maksud Syarikat Kerjasama. Kerjasama pula diertikan bekerja atau berbuat sesuatu bersama-sama atau dengan cara saling membantu menyumbang bersama-sama untuk mencapai satu matlamat. Maka dengan itulah , saya memilih untuk memegang nilai koperatif untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Menurut Slavin, (Isjoni, 2006) mengatakan, bahawa kooperatif adalah suatu model pembelajaran di mana kanak-kanak belajar dan bekerjasama dalam kelompok-kelompok kecil secara kerjasama yang anggotanya 4-6 orang dengan struktur kelompok heterogen.

Nilai kooperatif sebenarnya bukan suatu bentuk pembelajaran yang baru. Para ahli psikologi sosial telah mengembangkan pola kerja kooperatif pada sekitar tahun 1920, sedangkan penekanan pola kerja kooperatif yang aplikasikan

pada pembelajaran di dalam kelas dimulai sekitar 1970. Selanjutnya para perancang pendidikan, telah menemukan pelbagai model atau teknik-teknik pembelajaran koperatif pada pembelajaran di dalam kelas. Prosedur model pembelajaran koperatif yang dilakukan dengan benar akan memungkinkan pendidik mengelola kelas dengan lebih efektif.

Selain aspek pemikiran, kematangan dan perkembangan intelek dalam kalangan murid nilai kerjasama ini dipengaruhi oleh aspek persekitaran. Menurut Vygotsky, (seperti yang dinyatakan dalam Moll,1992) pembelajaran berlaku dalam persekitaran interpsikologi atau dipanggil dunia luar (external world) sebelum ianya diterima dan dijiwai oleh murid dalam persekitaran intrapsikologi (internal world). Inilah yang sangat diperlukan oleh guru dan murid semasa mereka menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Vygotsky melihat fungsi teknik sebagai membantu mengatur dunia luar manakala alatan psikologikal sebagai mekanisme dalaman bagi mengatur minda untuk berfungsi pada aras yang lebih tinggi. Dalam hubungan ini, peralatan dan proses interaksi dengan rakan bertindak sebagai perantaraan kepada proses pembelajaran yang berlaku dalam Zon Perkembangan Terdekat .Zone of Proximal Development (ZPD) (Moll, 1992). ZPD merupakan perbezaan antara tahap keupayaan minda dengan keupayaan belajar sebenar dan berperanan untuk membantu perkembangan murid ketika berada pada tahap antara sosial (yang dibantu) dan tahap psikologikal (independent).

Proses sosialisasi sesama ahli kumpulan penting untuk menghasilkan kumpulan yang dinamik jika setiap ahli berkongsi matlamat yang sama kerana ianya dapat mengembangkan interaksi yang positif dan promotif ke arah peningkatan pembelajaran mereka (Johnson & Johnson, 1998). Murid mesti terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran untuk membantu pengekalan kefahaman, memudahkan aplikasi pengetahuan, menguasai kemahiran berfikir dan belajar.

Di samping itu, kerjasama juga mewujudkan kebertanggungjawaban individu. Setiap ahli di dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan menyumbang kepada aktiviti kumpulan atau tugasan demi kejayaan kumpulan masing-masing. Setiap ahli disedarkan bahawa kejayaan diri mereka bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang lain. Dengan itu, akan memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai prestasi yang baik. Interaksi serentak berlaku dan ini mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan mengoptimumkan potensi belajar setiap murid.

Mok (1995) menyatakan pembelajaran secara bekerjasama dalam kumpulan dapat meningkatkan lagi motivasi belajar murid, di mana ia mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya seperti menarik minat belajar, mewujudkan sifat kerjasama antara murid dengan murid lain, dan guru dapat

merancang aktiviti dengan tersusun dan berhati-hati dalam meningkatkan tahap motivasi belajar dalam kalangan murid. Nilai bekerjasama dalam kumpulan melibatkan penglibatan yang saksama. Semua murid melibatkan diri secara saksama dan setiap murid akan menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses pembelajaran. Guru berperanan merancang aktiviti melibatkan koperatif kerana nilai bekerjasama memberi peluang ahli-ahli kumpulan dapat berdialog, berbincang dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan persefahaman serta kemajuan, memberi peluang dan dapat memberangsangkan perkongsian idea, resos atau pun jawapan.

Menurut Ee, (2003) dan Goud dan Arkoff (2008) bekerjasama dalam kumpulan pula menjadi motivasi intrinsik yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid bagi tujuan pembelajaran, menimbulkan dan mengekalkan minat murid-murid, menimbulkan perasaan ingin tahu, menggalakkan semangat persaingan positif serta menghasilkan pembelajaran yang positif. Dalam pada itu, kerjasama dalam kumpulan untuk mencapai sesuatu sasaran membantu ahli-ahli kumpulan untuk menilai atau menyorot kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Di samping itu, mereka juga akan membuat refleksi tentang kumpulan masing-masing telah berfungsi dengan baik atau tidak pada hari tersebut atau selepas mengalami sesuatu sesi perbincangan dalam sesuatu unit. Pelbagai cadangan penambah baik dapat dilakukan dalam ikatan kerjasama supaya

10

kumpulan tersebut akan berfungsi dengan lebih efektif lagi.

Nilai koperatif (kerjasama) harus diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan serta memberi peluang menjernihkan proses pemikiran mereka. Menurut Johnson & Holubec (1986) salah satu disiplin dalam koperatif adalah memastikan ahli kumpulan berjumpa secara bersemuka semasa bekerjasama untuk menyempurnakan tugasan dan meraikan kejayaan masing-masing.

Sementara itu, proses pembelajaran bermula daripada konteks sosial ke konteks individual, dengan interaksi lisan sebagai medium dan alat yang menghubungkan kedua-dua konteks berkenaan. Dalam hal ini, kanak-kanak belajar apabila mereka terlibat dengan aktiviti budaya dan sosial di sekeliling mereka. Interaksi dengan orang lain di persekitaran mereka terutamanya ibu bapa dan rakan sebaya akan membantu mereka dalam proses perkembangan (Vygotsky, 1978 dalam Roselan Baki, 2003). Hasil daripada interaksi dengan orang lain, kanak-kanak belajar untuk memahami sesuatu atau mula mendapat pengetahuan. Pelajar yang menguasai pengetahuan literasi ketika mereka berhubung dengan orang lain ini, mereka dapat meningkatkan penguasaan literasi mereka jika mereka dapat berinteraksi dalam masyarakat secara bermakna. KPK boleh menjadi satu asas yang kukuh untuk membina peribadi

11

insan mulia, menanam nilai-nilai positif hidup bermasyarakat selain membantu perkembangan emosi dan mental pelajar (Robert E. Slavin, 2008). Perkembangan koperatif tidak hanya berperanan meningkatkan prestasi akademik sahaja, malah berperanan melahirkan warganegara yang berprihatinan, berwawasan tinggi,berkomitmen dengan etika diri yang positif serta menyumbang peranan dengan rela hati terhadap masyarakat setempat atau luar dengan mempunyai jati diri yang tinggi terhadap negaranya .Ini adalah implikasi dari ikatan perpaduan dan kerjasama yang terpupuk dalam diri pelajar itu sejak kecil lagi.

1.4 Definisi Konsep Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1695), meningkatkan bermaksud menjadikan atau meninggikan kedudukan atau taraf menjadi lebih hebat. Manakala makna kemahiran menulis menurut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang telah dilalui, bahan fiksyen serta bahan berkaitan sesuatu bidang ilmu. Maksud lemah pula dalam konteks pendidikan boleh diertikan sebagai sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Manakala streaming bermaksud pengasingan membezakan yang terbaik dengan kurang baik.

12

Murid-murid juga tidak dapat melakukan percambahan idea apabila diberi sesuatu perkataan untuk dibincangkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid mengulang saja contoh ayat yang diberikan oleh guru dan tidak pandai menokok tambah idea menggunakan perkataan-perkataan lain yang semasa membina ayat tunggal tersebut. Hal ini menunjukkan kebanyakan murid yang lemah perlu dibuka mindanya untuk memikirkan tentang sesuatu atau membayangkan sesebuah peristiwa untuk dikaitkan dalam kemahiran menulis.

Seterusnya, masalah menguasai kemahiran menulis ini juga berpunca daripada sikap segelintir murid kumpulan ini yang tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa guru memberi penerangan dan membincang tentang membina ayat tunggal. Murid kumpulan streaming ini merupakan murid yang menganggap menulis ini amat membebankan mereka kerana mereka perlu berfikir untuk menghasilkan ayat. Oleh yang demikian, guru perlu mencari alternatif bagi membantu murid pemulihan untuk menulis ayat tunggal yang baik.

Bertitik tolak permasalahan yang wujud, untuk menarik minat murid-murid dalam kemahiran menulis maka kajian ini akan dilakukan dengan memberi tumpuan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Salah satu alternative adalah pembelajaran koperatif. Melalui pendekatan yang dipilih ini,

13

murid-murid dapat dibantu untuk mengingati fakta dengan bantuan rakan-rakan sebaya melalui aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Kebanyakan murid kumpulan ini, menganggap aktiviti menulis merupakan aktiviti yang sangat rumit dan membosankan. Justeru itu, saya akan memfokuskan aspek ini agar dapat meningkatkan semula minat dan tumpuan murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Dengan menggunakan teknik koperatif ini, guru dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dipilih secara berulang-ulang sehingga murid-murid berjaya mengusai kemahiran membina ayat tunggal. Kajian masalah ini nanti amat penting kepada murid-murid kerana kemahiran membina ayat tunggal adalah asas kepada perkembangan ayat di dalam bahasa Melayu.

Masalah pembinaan ayat tunggal Bahasa Melayu yang betul strukturnya perlu diatasi kerana ini boleh memberi kesan terhadap pencapaian akademik selain dapat menimbulkan salah faham ketika berkomunikasi dengan masyarakat umum. Fokus kajian ini sangat praktikal untuk dilaksanakan nanti kerana intervensi mudah dijalankan dan melibatkan kos yang rendah serta mudah didapati atau dihasilkan sendiri. Semua aktiviti yang dirancang oleh guru perlubertujuan memimpin dan mengarahkan murid-murid untuk membina ayat tunggal mengikut struktur Bahasa Melayu yang betul.

14

2. 0 FOKUS KAJIAN

2. 1 Isu Kajian Saya memeriksa satu lembaran kerja yang telah saya berikan kepada murid lemah kelas streaming ini. Saya dapati hampir 75% daripada murid membuat kesilapan membina ayat-ayat tunggal daripada gambar dan perkataan yang diberikan. Selain itu, keputusan markah ujian bulanan 1 (Februari) 2012 bagi bahasa Melayu penulisan telah menunjukkan bahawa kumpulan sasaran mendapat gred markah yang rendah iaitu gred B, C, D dan E.

Selain itu, hasil perbualan secara lisan dengan dua orang guru yang mengajar kelas tersebut, juga mendapati kumpulan sasaran ini sememangnya berhadapan dengan masalah menulis ayat tunggal bahasa Melayu dengan struktur yang betul. Mereka juga merupakan kalangan murid yang rendah prestasi akademik. Secara keseluruhannya mereka amat lemah dalam keseluruhan mata pelajaran. Mereka juga kurang berkomunikasi dengan saya semasa pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar bilik darjah. Oleh yang demikian, kajian itu nanti sesuai dijalankan ke atas kumpulan sasaran ini demi meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal dalam penulisan bahasa Melayu mengikut struktur ayat yang betul.

Mengikut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Muhamed (2004) juga

15

mendapati penghasilan ayat tunggal bahasa Melayu merupakan salah satu masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid sekolah dalam bahagian penulisan bahasa Melayu. Penyataan ini juga disokong oleh Abdullah Hassan (2004) yang menyatakan yang kebanyakan ayat yang diucapkan dan dituliskan terdiri daripada ayat-ayat tunggal bahasa Melayu. Kajian itu nanti difokuskan kepada meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal Bahasa Melayu murid Tahun Lima Bijak kelas streaming (murid sederhana dan lemah) melalui kaedah koperatif dengan menghasilkan buku Mari Fikir Bersama. Jadual 2.1: Keputusan Ujian Bulanan Feruari Tahun Empat Bestari Kod murid 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Jumlah markah Min markah Peratus lulus Ujian Bulanan Februari % 38 42 53 35 39 63 64 20 31 28 19 20 23 59 20 58 18 23 33 30 716 35.8 30%

16

Peratusan Murid dan Gred yang Diperolehi


10% 10% 20% B C 60% D E

Rajah 2.1 Gred yang diperolehi oleh murid Lima Bijak dalam Ujian Bulanan Februari 2013

Pada pandangan saya, tidak semua murid dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancang oleh guru. Terdapat juga golongan murid yang tidak bernasib baik sehingga menjejaskan atau penghalang proses-poses pembelajaran. Menurut Azizi, Asmah, Zurihanmi dan Fawziah (2005), gaya kognitif dirujuk sebagai cara individu memproses maklumat. Ini jelas menunjukkan cara pemikiran murid mempengaruhi pembelajarannya. Murid-murid ini tidak mampu untuk mencapai matlamat pengajaran yang telah ditetapkan iaitu permasalah dalam pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu yang betul penyusunan subjek dan predikatnya. Muridmurid yang lemah dalam aspek kajian ini, kerap menghadapi masalah keliru, miskonsepsi, dan kesukaran untuk membentuk ayat yang sistematik.

17

2.2 Tinjauan Literatur

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu terhadap pembelajaran koperatif. Menurut Creswell (2003), tinjauan literatur adalah ringkasan artikel bersumberkan jurnal, buku-buku dan dokumen berkaitan yang memperihal maklumat masa lalu dan kini. Tinjauan literatur penting kerana ia dapat memberikan idea mengenai penyelidikan yang akan dilakukan dan pengkaji dapat memahami bidang kajian dengan lebih mendalam. Melalui tinjauan literatur, pengkaji akan menemui dapatan terkini dan lepas, mengenal pasti persoalan-persoalan yang belum terjawab, serta semua alat-alat kajian ini akan memimpin pengkaji untuk mereka bentuk ilmu baru.

2.2.1 Kajian Dalam Negara

Meor Ibrahim bin Kamaruddin & Nurul Amira binti Ahmad (2010) telah menjalankan kajian mereka untuk mengenal pasti persepsi terhadap kaedah pembelajaran secara Koperatif di kalangan guru-guru sains di daerah Pontian, Johor. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pandangan guru terhadap pembelajaran secara pembelajaran koperatif bagi dua kategori iaitu kemahiran sosial pelajar dan minat guru terhadap pembelajaran koperatif. Sampel terdiri daripada 56 orang responden yang dipilih secara rawak mudah.

18

Mereka terdiri daripada guru yang mengajar subjek Sains, Kimia, Fizik dan Biologi di sekolah menengah sekitar daerah Pontian. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Hasil kajian telah menunjukkan persepsi pelajar terhadap pembelajaran kopertif bagi kedua-dua kategori adalah positif. Hasil kajian ini juga diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah dan pihak-pihak tertentu bagi memastikan guru-guru sentiasa mempunyai persepsi yang positif terhadap pembelajaran koperatif. Simah binti Mamat (2009) dalam kajiannya telah berusaha untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam penulisan Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini membuktikan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan fakta dan karangan naratif murid Tingkatan Dua bukan Melayu. Pelajar-pelajar berpencapaian sederhana dijadikan sampel kajian ini. Walau bagaimanapun, teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat mempunyai kekuatan dalam penulisan karangan. Kekuatannya teknik ini dapat memotivasikan serta dapat memberikan keseronokkan kepada pelajar dan pada masa pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Keseluruhan aktiviti membolehkan mereka bergerak, dan mengaktifkan bilik darjah serta dapat menceriakan suasana pengajaran dan pembelajaran.

Intan Sapinas binti Bahuri (2008) telah menjalankan kajian untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di

19

kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan didapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Faktor demografi iaitu jantina turut mempunyai perkaitan dalam menentukan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar. Didapati pelajar lelaki atau perempuan tidak menganggap perbezaan jantina membataskan pergaulan di antara mereka bagi mencapai kejayaan di dalam pembelajaran. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti diri sendiri, guru dan suasana pembelajaran membantu di dalam amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar.

Mohamad Fadzil bin Che Amat (2008) telah meninjau sama ada kaedah pembelajaran inkuiri koperatif berbantukan multimedia dapat membantu untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam komponen kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran berfikir saintifik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen untuk mengkaji kesan kaedah pembelajaran inkuiri koperatif berbantukan multimedia berbanding dengan kaedah pembelajaran inkuiri individu berbantukan multimedia dan kaedah pembelajaran ekspositori berbantukan multimedia ke atas pelajar-pelajar sekolah kebangsaan yang berbeza jantina terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu prestasi kemahiran proses sains bersepadu, prestasi pemikiran saintifik dan sikap terhadap sains.

20

Sampel kajian terdiri daripada 176 pelajar-pelajar Tahun 6 yang mempunyai min umur 11 tahun.

Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007), menjalankan kajiannya yang bertajuk Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif Dalam Pembelajaran Bacaan Pemahaman Teks Di Kalangan Murid SJK(C) dan SJK(T). Tujuan kajian dijalankan untuk meninjau keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif (PK) Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar dan kaedah pembelajaran tradisional terhadap pencapaian bacaan pemahaman teks bahasa Cina dan bahasa Tamil. Kajian dilakukan terhadap murid Darjah Lima dari dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seramai 160 orang murid dari dua buah sekolah Cina dan Tamil telah terlibat sebagai sampel kajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah koperatif merupakan kaedah yang lebih berkesan berbanding dengan kaedah tradisional dalam pencapaian bacaan pemahaman teks dan penulisan ayat. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbandingan, peningkatan pencapaian bagi pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif heterogenous adalah lebih tinggi daripada pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif homogenous.

Tok Hoon Seng (2006) dalam kajiannya yang bertajuk Cooperative Learning and Achievement in English Language Acquisition in a Literature Class in a Secondary School, menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah

21

satu usaha untuk mengelompokkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kebolehan ke dalam kumpulan kecil demi menuju ke arah sasaran umum. Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian oleh Siti Hajar Abd. Hamid (2007) dalam kajiannya yang bertajuk Pembelajaran Koperatif Menggunakan E-Pembelajaran di Kalangan Pelajar yang Mengambil Subjek Telekomunikasi dan Rangkaian.

2.2.2 Kajian Luar Negara

Very Candra Agus Lolitasari (2011) telah menjalankan kajian tentang penerapan model pembelajaran koperatif STAD untuk meningkatkan minat belajar siswa Biologi kelas Vlll B. Dari hasil penerapan model pembelajaran kooperatif STAD pada proses pembelajaran didapat bahawa penggunaan model pembelajaran kooperatif STAD dapat meningkatkan minat belajar siswa kelas VIII B SMPN 14 Surakarta tahun 2010/2011 terhadap mata pelajaran Biologi.

Beulah Vanessa Isaacs (2008) dalam kajian Implementing an Alternative Teaching and Learning Strategy in a Grade 7 Technology Class menggunakan pembelajaran koperatif untuk memperbaiki hubungan pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru dalam kelas Teknologi. Kajian dijalankan selama lebih

22

daripada sebulan dalam satu kelas teknologi di sebuah sekolah. Kajian ini ada tiga bahagian. Bahagian pertama mengenai pengajaran selama 4 minggu dalam kelas Teknologi. Bahagian kedua pula berkaitan membentuk, merancang dan mengajar mengikut tema yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Bahagian tiga pula mengenai satu kumpulan temu bual yang dijalankan oleh guru untuk menentukan bagaimana pelajar memperoleh pengalaman bekerja dalam kumpulan.

Sandra dan Shickley (2006) dalam kajian Cooperative Learning Groups in the Middle School Mathematics Classroom telah menjalankan penyelidikan di kelas gred 8 Matematik. Beliau mengkaji pembelajaran koperatif dan data dikumpul untuk melihat bagaimana pembelajaran koperatif mempengaruhi komunikasi secara lisan dan bertulis, skor Matematik dan sikap terhadap Matematik. Kajian dijalankan melibatkan sebelas pelajar iaitu sembilan orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan. Pengkaji mendapati ramai pelajar seronok dengan peluang untuk bekerja dalam kumpulan.

Rumusannya, dapatan pengkaji-pengkaji terdahulu dapat menyokong kajian yang akan dijalankan ini. Dapatan mereka menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid.

23

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun Empat Bestari dengan menghasilkan buku Mari Fikir Bersama.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan dua puluh orang murid lemah dari Kelas Lima Bijak di Sekolah Kebangsaan Gedangsa,, Hulu Selangor. Murid-murid ini terdiri daripada 8 orang perempuan dan 12 orang lelaki. Tiga orang pelajar berbangsa India ,iaitu seorang perempuan dan dua orang lelaki. Umur semua responden adalah dalam lingkungan sebelas tahun. Murid-murid ini mengalami masa peralihan dari tahun tiga melangkau ke tahun empat. Murid-murid ini juga terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga. Hampir keseluruhan murid di dalam kelas ini bermasalah dalam kemahiran menulis ayat tunggal dengan struktur ayat yang betul. Kajian akan dijalankan selama tiga minggu. Setiap hari pengajaran dijalankan selama 60 minit.

24

Oleh sebab mereka bukan sampel perwakilan sebenar untuk sesuatu kawasan, maka dapatan dari hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua sekolah. Walau bagaimanapun, diharapkan melalui hasil dapatan kajian ini akan memberi gambaran terhadap kepentingan pengajaran dan pembelajaran pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu bagi murid Tahun Empat dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.

5.0 INSTRUMEN KAJIAN

Pengumpulan data merupakan suatu perkara penting yang harus dilakukan untuk memastikan dapatan dan hasil kajian adalah tepat. Melalui kajian yang akan saya jalankan, saya menggunakan lima kaedah pengumpulan data iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca, pemerhatian, temu bual, soal selidik, dan catatan jurnal.

5.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

5.1.1 Ujian Pra

Saya akan menggunakan Ujian Pra dan Pasca (lampiran D) bagi kaedah

25

pengumpulan data. Ujian Pra dibina untuk mengukur tahap kebolehan akademik awal responden tentang pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu. Skor ujian ini nanti akan diperlukan untuk menentukan dan mengesahkan tahap kehomogenan subjek kajian. Sebelum pembinaan item bagi sesuatu ujian, saya perlu menentukan tujuan ujian, isi kandungan ujian, membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU), menulis item dan menyemak item. Saya akan menggunakan buku panduan guru Bahasa Melayu Tahun Empat dan huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat untuk mencari kemahiran,aras kemahiran,tajuk dan kemahiran berfikir yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang saya kaji. Ini bertujuan agar soaalan yang digubal mengikut aras taksanomi Bloom dan bersesuai dengan kebolehan murid supaya soalan yang akan dibina mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.Selepas itu, saya akan menggubal rangka soalan dan merujuk dengan ketua panatia Bahasa Melayu di sekolah saya.Setelah disahkan ketepatan dan kebolehpercayaannya, saya mencetak soalan untuk ditadbirkan dengan murid kajian saya.

Kesemua 20 orang murid dalam tahun Lima Bijak akan menjadi esponden saya dalam menjawab soalan Ujian Pra ini. Ujian Pra ini akan saya jalankan pada 25 Jun 2013 selama 60 minit sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan pengajaran koperatif menggunakan buku Mari Fikir Bersama. Soalan Ujian Pra ini mengandungi 4 bahagian yang berfokuskan pembinaan ayat tunggal dengan penyusunan semula perkataanperkataan yang

26

diberi menjadi ayat tunggal yang betul struktur nya, membina tiga ayat tunggal berdasarkan gambar ,membina dua ayat tunggal berpandukan perkataan yang diberi, dan membina empat ayat tunggal hanya berdasarkan gambar serta rangkai kata yang diberikan.

5.1.2 Ujian Pasca

Selanjutnya saya akan menjalankan Ujian Pasca pada akhir minggu ketiga sesi pengajaran dan pembelajaran, iaitu pada 12 Julai 2013. Tujuan ujian ini ditadbir adalah untuk mengukur keberkesanan pencapaian murid selepas melalui proses pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran koperatif yang akan dijalankan. Ujian ini terdiri daripada set soalan yang sama aras kemahirannya dengan Ujian Pra. Kemahiran yang diuji dalam Ujian Pasca adalah sama dengan Ujian Pra,tetapi saya akan menggunakan perkataan, rangkaikata dan gambar yang berbeza untuk menguji kemahiran membina ayat tunggal. Ujian Pasca ini sangat efektif untuk mengukur keberkesanan penggunaan kaedah koperatif menggunakan buku Mari Fikir Bersama dalam meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal mengikut struktur ayat yang betul.

27

5.2 Pemerhatian

Format pemerhatian yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian berstruktur yang mengandungi lima item. Cara ini digunakan untuk mendapatkan data tentang kebolehan murid membina ayat tunggal dalam aktiviti yang dirancang (rujuk Lampiran B). Saya akan meminta bantuan seorang guru untuk melaksanakan pemerhatian dan melengkapkan borang pemerhatian yang disediakan semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran serta penglibatan murid dalam kumpulan semasa sesi pembentangan dijalankan. Aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan pemerhatian kadar prestasi murid membina ayat tunggal yang betul semasa pembelajaran koperatif berdasarkan perspektif pemerhati.

5.3 Temu bual Format temu bual yang akan digunakan bagi kajian ini ialah temu bual berstruktur. Pada 11 Julai 2013, saya akan menemubual seramai 5 orang murid yang dipilih secara rawak mengikut soalan-soalan formal yang akan dibina dalam borang temu bual (rujuk Lampiran C) dengan ruangan catatan jawapan responden secara ringkas dengan kod penilaian berkaitan dengan isu kajian tersebut.

28

5.4 Soal Selidik

Borang soal selidik (lampiran A) akan mengandungi 4 soalan maklum balas murid tentang kemahiran pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu. Soal selidik ini akan saya jalankan sebelum dan selepas penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam lima sesi pengajaran dijalankan (13 Julai 2012). Sebelum ini, pengajaran saya di dalam kelas menggunakan kaedah tradisional dan saya akan mentadbirkan borang soal selidik ini selepas Ujian Pra. Data akan dianalisis untuk mewakili Kaedah Pengajaran Tradisional. Semua skor tersebut akan ditambah dan dibahagikan dengan bilangan murid untuk mendapatkan min perbandingan bagi kaedah tradisional dan kaedah koperatif. Bagi borang maklum balas pula mengandungi skor Likert yang bertujuan mengetahui maklum balas terhadap kaedah yang dijalankan dalam kemahiran membina ayat tunggal. Skala ini menggunakan skor dalam julat 1 hingga 5 seperti dalam Jadual 5.1. Skala Likert dipilih kerana ia mengandungi darjah kebolehpercayaan yang tinggi berbanding dengan skala-skala lain seperti skala Thurstone dan skala Guttman (Gay, 1981). Ia mengandungi 5 item dan skor bermula dengan 1 hingga 5.

Berdasarkan Jadual 5.1, murid telah membulatkan skor yang dipilih berdasarkan item soal selidik. Skor 1 bagi sangat tidak setuju, skor 2 bagi tidak setuju, manakala skor 3 bagi tidak pasti. Responden telah membulatkan skor 4 untuk kategori setuju dan skor 5 untuk sangat setuju.

29

Jadual 5.1: Pemberian Skor Bagi Setiap Item Kategori Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju Persetujuan 1 2 3 4 5

6.0 TINDAKAN

Saya akan menjalankan kajian ini selama tiga minggu bermula pada 25 Jun 2013 hingga 13 Julai 2013. Bagi menjalankan kajian ini, saya memerlukan lima sesi pengajaran di bawah kemahiran membina ayat tunggal dengan mengaplikasikan aktiviti yang berbeza secara berkumpulan menggunakan dengan kaedah koperatif. Pada 25 Jun bersamaan hari Isnin, saya akan menjalankan Ujian Pra yang mengandungi empat bahagian dalam tempoh masa 1 jam (Lampiran D1). Seramai dua puluh murid akan membuat ujian ini. Dalam bahagian A, murid-murid diminta menjawab tiga soalan dengan menyusun perkataan menjadi struktur ayat tunggal yang betul. Bagi bahagian B, iaitu soalan 4 hingga 6, murid-murid membina ayat tunggal berpandukan gambar, bahagian

30

C pula, iaitu soalan 7 dan 8 murid-murid membina ayat tunggal dengan menggunakan perkataan dan bahagian D,murid-murid membina empat ayat tunggal berpandukan gambar dan rangkaikata yang diberikan.

Selepas waktu rehat, saya akan mengedarkan borang soal selidik dan memberi penerangan cara mengisi borang tersebut. Soal selidik sebelum tindakan ini, bertujuan untuk mendapatkan data bagi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah tradisional yang akan saya jalankan di dalam kelas sebelum mencuba kaedah baru diambil.

Pada hari kedua pada minggu pertama, saya akan membimbing muridmurid dalam kumpulan masing-masing untuk menyediakan buku Mari Fikir Bersama dengan menggunakan buku kertas lukisan bersaiz A3 mengikut daya kreativiti kumpulan masing-masing. Buku ini akan digunakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran selama tiga minggu tersebut dan rasionalnya buku ini berperanan milik bersama dapat membantu murid belajar dan memperbaiki kesilapan dalam kemahiran membina ayat tunggal.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang pertama (Lampiran E1), saya akan mengajar asas pembinaan ayat tunggal menggunakan jadual SAAL berpandu gambar tunggal. Strategi pengajaran yang akan saya gunakan dalam sesi pertama ini berpusatkan murid secara lima orang dalam sekumpulan.

31

Peringkat awal, saya memberi penerangan membina ayat tunggal menggunakan borang SAAL di papan tulis dengan menggunakan kertas sebak. Murid-murid meneliti dan membaca contoh-contoh ayat tunggal yang dibina. Kemudian saya mengedarkan kad gambar tunggal dan borang SAAL. Murid-murid berbincang dalam kumpulan dengan menggunakan kaedah koperatif dan menulis 5 ayat tunggal berpandukan gambar. Pada masa yang sama, semasa murid berbincang, memberi pendapat dan menulis jawapan pada kertas sebak dan juga semasa sesi pembentangan, rakan saya akan melakukan pemerhatian (Lampiran B) semasa sesi pembentangan kumpulan dijalankan. Pemerhatian ini dilakukan dengan mengambil kira sejauh manakah murid dapat menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan baik. Pada sepuluh minit terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengedarkan ujian 1 (Lampiran E1c), secara individu membina 5 ayat bertulis berpandukan gambar tunggal kepada semua murid seperti yang akan saya rancangkan. Murid diminta menjawab kesemua soalan dalam kertas ujian tersebut secara individu dalam masa sepuluh minit. Setelah siap ujian penilaian,setiap kumpulan dikehendaki menyalin contohcontoh ayat tunggal hasil pembentangan ke dalam buku Mari Fikir Bersama.

Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang kedua pula ( Lampiran E2), saya akan memberikan lima sampul surat bersaiz A4, iaitu setiap sampul

32

mengandungi kad-kad perkataan dan lima gambar tunggal yang berbeza. Murid murid secara bekerjasama dalam kumpulan, diminta berbincang dan menyusun semula kad-kad perkataan tersebut membentuk ayat tunggal yang betul strukturnya dengan berpandukan gambar mengikut urutan sampul agar tidak dicampuradukkan. Masa selama 15 minit akan diberikan untuk setiap kumpulan membuat perbincangan dan membuat tugasan di atas kad manila. Selesai membuat perbincangan secara koperatif, setiap wakil kumpulan akan tampil ke hadapan dan membentangkan hasil perbincangan mereka. Semasa pembentangan dilakukan, rakan saya akan melakukan pemerhatian. Item pemerhatian yang saya gunakan adalah sama dengan item pemerhatian yang saya akan lakukan sebelum ini. Ujian penilaian kendiri diberikan untuk mengesan tahap peningkatan dan kebolehan murid membina ayat tunggal. Kemudian guru meminta pelajar menampal kad gambar dan menyalin semula ayat-ayat tunggal ke dalam buku Mari Fikir Bersama secara bergilir-gilir antara ahli kumpulan.

Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang ketiga pula (Lampiran E3), saya menggunakan kad gambar bersiri dengan bantuan rangkai kata tertentu dan murid diminta membina 5 ayat tunggal secara bekerjasama dengan menggunakan kaedah koperatif dan menuliskan dalam kertas sebak. Wakil setiap kumpulan, membentangkan dan guru turut membimbing kesilapan untuk

33

peningkatan pembinaan ayat tunggal di kalangan murid. Rakan saya akan membuat pemerhatian semasa sesi perbincangan kumpulan dan pembentangan wakil kumpulan dijalankan. Seterusnya, pada sepuluh minit terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, Ujian 3 (Lampiran E3c) pula telah diedarkan kepada murid. Murid dikehendaki menjawab soalan ujian berdasarkan masa yang telah ditetapkan.Ujian ini dapat mengukur keberkesanan kaedah koperatif dalam membantu murid membina ayat tunggal dengan struktur yang betul.

Bagi pengajaran keempat, sesi pengajaran dan pembelajaran ini diteruskan bagi minggu kedua dengan mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif bagi pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu. Pada peringkat awal, saya akan memaparkan satu contoh borang grafik peta minda (Lampiran E4b) yang mengandungi sekeping gambar di bahagian tengahnya. Murid akan memilih perkataan-perkataan yang sesuai mengisi peta minda tersebut. Berdasarkan perkataan-perkataan yang akan dipilih, murid dibimbing oleh guru untuk membina lima ayat tunggal yang lengkap strukturnya.

Selepas itu, guru mengedarkan borang grafik peta minda yang lain bagi setiap kumpulan. Murid-murid dalam kumpulan meneliti gambar tunggal dan berbincang sesama mereka untuk mendapatkan perkataan-perkataan yang sesuai yang berkaitan dengan aktiviti dalam gambar. Perkataan-perkataan itu dituliskan di dalam ruangan borang grafik peta minda tersebut. Berdasarkan

34

perkataan-perkataan itu, secara kumpulan, murid-murid berbincang dan membina lima ayat tunggal yang betul struktur dari aspek subjek dan predikatnya. Saya memerhati dan membimbing semasa aktiviti dijalankan. Semasa sesi pembentangan mengikut kumpulan , murid-murid membacakan ayat-ayat tersebut bersama-sama. Guru membetulkan kesilapan yang ada semasa sesi pembentangan. Seterusnya, pada sepuluh minit terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, Ujian 4 (Lampiran E4c) pula akan diedarkan kepada murid. BersamaMurid dikehendaki menjawab soalan ujian berdasarkan masa yang akan ditetapkan .Kemudian, ayat-ayat tersebut disalin di dalam buku Mari Fikir. Setiap kumpulan digalakkan untuk menyalin contoh-contoh ayat dari kumpulan lain dan tulis semula di dalam buku Mari Fikir Bersama sebagai aktiviti pengayaan.

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran kelima, pengajaran diteruskan dengan membekalkan Kotak Ajaib dan enam keping gambar tunggal yang mengandungi perkataan di belakang kad (Lampiran E5) tersebut untuk setiap kumpulan. Guru memberi penerangan bagi aktiviti tersebut. Pada peringkat awal, murid dalam kumpulan akan mengamati situasi gambar tersebut, memasukkan kad tersebut ke dalam Kotak Ajaib dan membaca perkataan yang keluar daripada kotak tersebut. Berdasarkan perkataan itulah, muridmurid akan berbincang secara koperatif dengan rakan sekumpulan dan membina enam

35

ayat tunggal. Aktiviti ini akan diulangi dengan gambar-gambar yang berlainan sehingga dapat membentuk enam ayat tunggal yang betul strukturnya. Rakan saya membuat pemerhatian dan saya bergerak dalam kumpulan untuk membimbing dan menyemak ayat-ayat yang akan dibina. Ayat-ayat yang akan dibina itu dituliskan dalam kertas sebak untuk sesi pembentangan. Setiap ahli kumpulan membaca dan menyemak semula struktur binaan ayat tunggal tersebut. Semasa sesi pembentangan, soal jawab lisan berkaitan struktur binaan ayat tunggal diutarakan. Peneguhan kendiri, secara kelas dberikan oleh guru kepada semua murid yang melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Guru meminta setiap ahli kumpulan menyalin semula ayat tunggal secara bergilir-gilir di dalam buku Mari Fikir Bersama. Seterusnya, pada sepuluh minit terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, Ujian 5 (Lampiran E5c) pula akan diedarkan kepada murid dan diarahkan menjawab dalam masa yang akan ditetapkan.

Kemudian, pada 12 Julai 2013, saya akan memilih lima orang murid untuk melakukan sesi temu bual (Lampiran C) tentang teknik pembelajaran koperatif saya gunakan tadi. Untuk sesi temu bual ini, saya akan mengambil masa selama tiga puluh minit untuk bertanya sendiri tentang pendapat murid

36

berkenaan teknik pembelajaran secara koperatif yang saya gunakan dengan menghasilkan buku Mari Fikir Bersama dan kaitan dengan pencapaian murid. Maklumat murid direkodkan dalam kod pengekodan dan dianalisis berdasarkan transkripsi yang ada.

Akhir sekali, pada minggu ketiga bertarikh 13 Julai 2013, saya akan mentadbirkan Ujian Pasca (lampiran D2) untuk menilai pencapaian murid-murid dalam membina ayat tunggal Bahasa Melayu, setelah menjalani lima sesi pengajaran dengan menggunakan kaedah pendekatan koperatif. Seperti Ujian Pra, item dan kemahiran membina ayat tunggal yang dinilai dalam Ujian Pasca juga serupa iaitu mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D.Ujian ini saya jalankan selama 1 jam. Selepas rehat,jam 10.20 pagi saya menjalankan soal selidik bagi menilai kelima-lima sesi pengajaran menggunakan kaedah koperatif bagi membina ayat tunggal debgan struktur yang betul.

Setelah selesai, semua data yang diperolehi dalam Ujian Pasca, pemerhatian dan temu bual dan soal selidik akan dianalisis dan saya melaporkan keputusan dapatan dalam bentuk kekerapan, min dan peratus .

37

6.1 Cara menganalisis data

Sayaakan melakukan analisis semua data mentah yang akan dikumpul semula sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan.

6.1.1 Analisis Ujian Pra dan Pasca

Melalui data yang diperolehi, saya telah membuat analisis setiap data Ujian Pra dan Pasca dalam bentuk bilangan, peratusan, min yang diterjemahkan dalam bentuk yang lebih ringkas dan jelas iaitu jadual dan rajah. Saya telah membuat perbandingan pencapaian Ujian Pra dan Pasca untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif meningkatkan tahap pencapaian kemahiran membina ayat tunggal bahasa Melayu.

6.1.2 Analisis Pemerhatian

Data kajian kekerapan daripada borang pemerhatian telah dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif dalam bentuk kekerapan dan peratusan, bagi melihat prestasi kebolehan kumpulan murid ini dalam kemahiran membina ayat tunggal bahasa Melayu semasa sesi pembentangan kumpulan dijalankan. Setiap kali pembentangan, murid akan membentangkan 5 atau 6 ayat. Jika murid dapat membina ayat tunggal yang betul melebihi 60%, iaitu sebagai

38

contoh 3 daripada 5 ayat yang dibina adalah betul, maka kumpulan itu dapat diklasifikasikan bahawa dapat menguasai pengajaran pada hari tersebut (lalu tanda / akan dicatatkan). Jika sebaliknya, 3 daripada 5 ayat yang dibina adalah salah, maka dapat disimpulkan bahawa murid tidak menguasai pengajaran hari tersebut dengan baik (lalu tanda - akan dicatatkan). Kekerapan dan peratusan menyeluruh akan dikira berpandukan catatan pemerhatian ini.

6.1.3 Analisis Temu bual

Sebelum temu bual dijalankan, saya akan memanggil lima orang murid mewakili secara rawak untuk diberikan taklimat ringkas serta prosedur semasa proses temu bual berlangsung. Saya juga memberitahu mereka tentang tujuan temu bual dijalankan. Semasa temu bual berjalan, saya telah memanggil murid seorang demi seorang. Ini bertujuan untuk mendapatkan data yang lebih tepat. Data yang dikumpul daripada temu bual telah disusun dalam bentuk jadual merujuk kod skala penilaian untuk mengesan corak-corak pembelajaran ayat tunggal.

6.1.4 Analisis Soal Selidik

Dalam mendapatkan hasil dapatan kajian, saya menggunakan kaedah soal selidik. Untuk mendapatkan keputusannya, murid akan diberikan borang

39

yang mengandungi 4 item soal selidik. Mereka akan dinasihati agar menjawab soalan-soalan itu dengan jujur. Soalan-soalan yang terkandung dalam borang soal selidik tersebut dengan jelas dapat membezakan kaedah pengajaran tradisional dan koperatif. Melalui data yang diperolehi sebelum dan selepas tindakan dilakukan, saya mengira jumlah skor setiap item dan membuat perbandingan di antara tinjauan sebelum dan selepas dalam bentuk jadual secara kualitatif mudah iaitu dengan menggunakan min.

6.2 Pelaksanaan Kajian

Jadual 6.1 merupakan jadual pelaksanaan tindakan yang akan saya gunakan selama 3 minggu bagi sesi pembelajaran Setiap sesi mempunyai tempoh selama 60 minit.

40

Jadual 6.1: Jadual Pelaksanaan Kajian Bil 1. 2. 3. 4. 5. Aktiviti Perjumpaan dengan Guru Besar dan pembentukan kertas kerja Penyeliaan soalan Ujian Pra dan pelaksanaan Pelaksanaan Ujian Pra dan soal selidik sebelum pengejaran data Ujian Pra Pemprosesan Perancangan untuk soal selidik,temu bual dan pemerhatian dan mentadbir Penyediaan rancangan soal selidik sebelum p&p. pelajaran harian untuk sesi pertama / kedua / Pengajaran dan pembelajaran ketiga. minggu pertama dan melaksanakan pemerhatian dengan bantuan Pengajaran dan pembelajaran minggu kedua dan membuat rakan pemerhatian dengan bantuan rakan. /temudan bual Pengajaran pembelajaran minggu ketiga Melaksanakan Ujian Pasca Pengumpulan data kajian dan penyemakan Pemprosesan data ujian pasca,temu bual,soal selidik /pemerhatian Penilaian kendiri dan refleksi Penulisan laporan kajian Pemurnian laporan Pelaporan pada penyelia &Guru Besar Tarikh pelaksanaan 08 Mei 2013 10 Mei 2013 14 Mei 2013 11 Jun 2013 13-14 Jun 2013 18-20 Jun 2013 Catatan 2 hari 1 hari 2 hari 2 hari 3 hari

6.

22 Jun 2013

1 hari

7.

25-19 Jun 2013

5 hari

8.

02-06 JulaI 2013

5 hari

9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

9-13 Julai 2013 13 Julai 2013 16-19 Julai 2013 23-27 Julai 2013 01-03 Ogos 2013 07-10 Ogos 2013 13-16 Ogos 2013 17-19 Oktober 2013

5 hari 1 hari 3 hari 5 hari 3 hari 4 hari 4 hari 3 hari

41

6.3 Kos Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini, saya memerlukan sedikit kos bagi mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan (Lampiran P ). Berdasarkan Lampiran P, kos yang saya belanjakan untuk menjalankan kajian ini adalah sebanyak RM 84.00. Kos ini merangkumi dua set kertas Ujian Pra dan Pasca, lembaran kerja dan kertas sebak. Bagi bahan-bahan lain seperti pensel warna, stapler dan dawai kokot dan gam dipinjam daripada Panitia Seni. Pen penanda tersebut digunakan oleh murid untuk membuat catatan isi pelajaran pada kertas sebak yang disediakan untuk aktiviti kumpulan. Manakala kertas lukisan dan pensel warna digunakan untuk mereka menghasilkan buku Mari Fikir Bersama.

7.0 KEPUTUSAN KAJIAN

7.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 7.1 menunjukkan skor yang dicapai oleh murid Tahun 5 Bijak dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Markah setiap murid direkod dan dibandingkan. Seperti yang dinyatakan terlebih dahulu, Ujian Pra telah dijalankan pada 11 Jun 2013 manakala Ujian Pasca pula dijalankan pada 13 Julai 2013. Markah lulus bagi kedua-dua ujian ialah 40%.

42

Jadual 7.1: Keputusan yang mungkin dicapai dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca Tahun Lima Bijak Kod murid 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Jumlah markah Min markah Peratus lulus Ujian sebelum tindakan % 40 45 56 38 42 66 60 22 32 28 18 20 22 58 22 62 18 26 35 32 742 37.1 40% Ujian selepas tindakan % 58 60 72 50 60 80 82 52 54 46 38 32 68 84 48 88 26 50 68 70 1186 59.3 85%

43

Jadual 7.1 menunjukkan taburan markah Ujian Pra sebelum tindakan dan Ujian Pasca selepas tindakan serta tahap pencapaian murid-murid 5 Bijak yang mungkin dicapai. Selain itu, kita juga dapat melihat perbezaan min markah keseluruhan. Daripada dapatan yang mungkin diperolehi, terdapat perbezaan yang ketara jika dibandingkan min markah Ujian Pra sebelum tindakan dan Ujian Pasca selepas tindakan. Min markah bagi ujian sebelum tindakan adalah 37.1, manakala min markah bagi ujian selepas tindakan adalah 59.3. Hasil dapatan ini menunjukkan peningkatan yang ketara di samping membuktikan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam membantu murid-murid meningkatkan tahap pencapaian kemahiran menulis ayat tunggal bahasa Melayu.

Jadual 7. 2: Skala tahap pencapaian mengikut markah Skor(%) 80-100 60-79 40-59 20-39 0-19 Tahap pencapaian Cemerlang Baik Sederhana Tidak Memuaskan Lemah

44

Jadual 7.3: Perbandingan peratusan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Tahun 5 Bijak yang mungkin dicapai Pencapaian Ujian Pra (bilangan murid 0 Peratus (%) 0 Ujian Pasca (bilangan 4 murid 6 7 3 0 Peratus (%) 20 30 35 15 0 Perbezaan peratus Peningkatan +20% / penurunan +15% +10% -35% -10%

Cemerlang 80%-100% Baik 3 15 60% -79% Sederhana 5 25 40%-59% Tidak 10 50 memuaskan 20%-39% Lemah 2 10 0%-19% *Tanda (-) menunjukkan penurunan *Tanda (+) menunjukkan peningkatan

Jadual 7.2 menunjukkan jadual skala pemarkahan mengikut tahap pencapaian murid. Jadual 7.3 pula menunjukkan bilangan dan peratusan markah yang diperolehi oleh murid-murid 5 Bijak mengikut tahap pencapaian. Merujuk kepada jadual 7.3 dapat dilihat peningkatan yang signifikan jika dibandingkan antara Ujian Pra sebelum tindakan dengan Ujian Pasca selepas tindakan dijalankan.

45

10 8 6 4 2 0

Ujian Pasca Ujian Pra

Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 7.1: Perbandingan dapatan pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca yang mungkin dicapai

Berdasarkan Rajah 7.1 dan Rajah 7.2, murid lulus terletak dalam kategori Cemerlang, Baik dan Sederhana, dan gagal jika terletak dalam kategori Tidak Memuaskan dan Lemah. Dalam Ujian Pra tiada seorang murid pun mendapat markah cemerlang, 3 orang murid mendapat markah Baik, 5 orang mendapat markah Sederhana, 10 orang mendapat markah Tidak Memuaskan, dan 2 orang selebihnya adalah Lemah. Jumlah murid yang lulus dalam Ujian Pra ialah seramai 8 orang dan peratusan lulus adalah sebanyak 40%. Berbanding dengan Ujian Pasca pula, 4 orang murid telah Berjaya mendapat markah Cemarlang, 6 orang murid lain pula berjaya mendapat markah Baik, 7 orang mendapat markah Sederhana, dan baki 3 orang murid mendapat markah Tidak

46

Memuaskan. Tiada murid yang berada dalam kategori Lemah bagi Ujian Pasca .

60% 50% 40% 30% 20% 10% 0% Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 7.2: Perbandingan peratus pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca yang mungkin dicapai

Secara jelasnya, peningkatan pencapaian murid dapat dilihat dengan bilangan murid yang lulus bertambah kepada 17 orang dengan peratusannya sebanyak 85%. Kesemua murid akan menunjukkan peningkatan pencapaian mereka semasa Ujian Pasca. Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dengan menghasilkan buku Mari Fikir Bersama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan pelbagai aktiviti binaan ayat tunggal secara bekerjasama dalam kelompok-kelompok kecil ini akan berjaya

47

membantu muridmurid dalam kemahiran membina ayat tunggal bahasa Melayu dengan struktur ayat baik dan sistematik.

7.2 Keputusan pemerhatian Merujuk kepada Jadual 7.4, hasil dapatan pemerhatian yangakan dianalisis mungkin menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif dengan penghasilan buku Mari Fikir Bersama dapat meningkatkan pembinaan ayat tunggal di kalangan murid-murid lemah, jika dibandingkan dengan keputusan Ujian Bulanan Februari dan Ujian Pra. Jadual 7.4: Keputusan dapatan pemerhatian ketika pelaksanaan Kaedah Koperatif yang mungkin diperolehi. Kekerapan Bil Item A Membina ayat tunggal berdasarkan kad gambar dan rangkai kata yang diberikan. 2. Menyusun perkataan-perkataan membentuk ayat tunggal dengan struktur yang betul . Menggunakan perbendaharaan kata yang esuai untuk 3. membina ayat tunggal berpandukan lembaran peta minda bergambar. 4. Membina ayat tunggal berpandukan kad gambar bersiri dan perkataan berpandu yang diberi. 5. Memadan dan menyambungkan rangkai kata supaya menjadi ayat tunggal berpandukan gambar. Jumlah Kekerapan Peratus pencapaian murid dalam kumpulan (%) 1. / / / / / 5 100 Kumpulan B / / / / / 5 100 C / / / 3 60 D / / / / 4 80

48

Merujuk kepada keputusan Ujian Pra, seramai 60% murid mungkin gagal. Merujuk kepada Ujian Bulanan Februari, seramai 70% murid gagal. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah mengajar secara tradisional yang digunakan sebelum ini tidak berkesan memandangkan hampir 30% hingga 40% orang murid tidak menguasai kemahiran membina ayat tunggal dengan baik. Melalui pemerhatian yang direkodkan, majoriti murid dalam kelas Empat Bestari menunjukkan kemahiran menulis ayat tunggal yang bagus; iaitu secara purata, 85% dapat menguasai isi kandungan pengajaran. Pemerhatian dilakukan oleh rakan berpandukan pembentangan kumpulan murid selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Merujuk jadual 7.4, kesemua murid dapat membina melebihi 4 hingga 6 ayat tunggal yang betul bagi item 1, 2 dan 5. Bagi item 3 pula, murid dari kumpulan C melakukan kesalahan membina ayat tunggal melebihi 4 kali. Manakala bagi item 4, kumpulan C dan D gagal membina ayat tunggal yang betul melebihi 60%.

7.3- Analisis Temu Bual

Daripada hasil temu bual itu nanti, kemungkinan murid memberikan respon yang positif tentang penggunaan kaedah pembelajaran koperatif (berkumpulan) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mungkin sebahagian daripada pandangan murid menyatakan bahawa aktiviti

49

berkumpulan ini banyak membantu mereka dalam kemahiran membina ayat tunggal semasa menjawab soalan ujian. Hasil temu bual yang akan diperolehi, ditafsirkan mengikut jadual pengkodan seperti dalan jadual 7.5.

Jadual 7.5: Jadual pengkodan transkrip temu bual sampel bersama pengkaji Pengkodan transkrip temubual sampel bersama pengkaji Minat/suka Faktor pendorong Sampel tidak pasti keperluan aktiviti berkumpulan dalam membina ayat. Sampel seronok belajar secara berkumpulan Sampel tahu kepentingan membuat aktiviti secara kumpulan Sampel tahu dan faham mengenai manfaat cara pengajaran guru KOD 1 2 3

4 5

Semasa temu bual berjalan, saya akan memanggil sampel seorang demi seorang untuk mendapatkan data yang lebih tepat. Berikut merupakan dapatan awal yang akan ditulis semula oleh pengkaji bagi menterjemahkan apa yang mungkin akan dijawab oleh sampel terhadap soalan-soalan yang diajukan. Merujuk kepada Jadual 7.6, soalan-soalan telah dibahagikan kepada 5 aspek iaitu minat; minat pembelajaran penulisan Bahasa Melayu melalui aktiviti

50

koperatif dengan berbantukan buku Mari Fikir Bersama; kerjasama rakan rakan; melalui keperluan aktiviti secara berkumpulan; dan pemahaman dalam menjawab soalan penulisan ayat-ayat tunggal dalam penulisan bahasa Melayu. Saya juga akan mengkategorikan item-item kepada dua bahagian iaitu bahagian minat murid dan juga pemahaman murid.

Jadual 7.6: Jadual dapatan catatan mengenai temu bual yang akan dijalankan ke atas lima orang murid (sampel). Soalan (Aspek) Catatan yang mungkin diperoleh Soalan 1 2/5 orang murid menyatakan minat/suka 2/5 orang murid menyatakan suka (Minat/suka) 1/5 orang murid menyatakan tidak berapa minat Soalan 2 Kesemua murid mengatakan mereka (Minat/suka pembelajaran minat dengan pembelajaran melalui melalui aktiviti kumpulan aktiviti koperatif/berkumpulan. (koperatif) Soalan 3 Kesemua daripada mereka setuju (Pemahaman/kerjasama bantuan rakan dapat meningkatkan rakan-rakan) kemahiran membina ayat tunggal bahasa Melayu. Soalan 4 (Pemahaman/Seronok melalui aktiviti berkumpulan) Soalan 5 (cara pengajaran guru membantu dalam menjawab soalan penulisan ayat) 4/5 orang murid fahami apa yang dimaksudkan dengan istilah demikian. 1/5 orang murid menyatakan tidak pasti. 3/5 orang murid menyatakan ia boleh membantu peningkatan prestasi penulisan ayat mereka dalam menjawab soalan penulisan 1/5 orang murid mengatakan boleh, akan tetapi kurang pasti dapat aplikasikannya semasa menjawab soalan. Hanya seorang daripada mereka menyatakan tidak tahu.

51

Kemungkinan hasil dapatan yang diperoleh, mendapati empat daripada lima murid berminat dan suka terhadap mata pelajaran penulisan bahasa Melayu. Ini kerana daripada jawapan-jawapan murid, kemungkinan mereka akan menyatakan faktor dorongan mengapa mereka suka subjek ini. Sebagai contoh, ada di kalangan mereka yang suka akan penulisan Bahasa Melayu kerana cita-citanya untuk menjadi seorang pengarang cerpen atau pun novel. Ada juga di kalangan mereka yang mungkin menyatakan gemar melakukan aktiviti penulisan ayat semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Bagi aspek kedua iaitu minat atau suka terhadap pembelajaran melalui aktiviti koperatif (berkumpulan 5/5), dapatan menunjukkan kesemua lima orang murid sangat tertarik dengan pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti koperatif (berkumpulan). Pengkaji mendapati bahawa, walaupun ada di kalangan mereka yang kurang berminat kepada mata pelajaran penulisan ayat tunggal bahasa Melayu ini, akan tetapi mereka lebih gemar dan tertarik kepada pendekatan koperatif berbantukan buku Mari Fikir Bersama berbanding pembelajaran tradisional yang diamalkan di dalam kelas sebelum ini. Ini membuktikan bahawa aktivitiaktiviti secara koperatif mahupun aktiviti handson mampu menarik minat murid untuk mempelajari seterusnya mendalami ilmuilmu penulisan ayat tunggal bahasa Melayu pada masa akan datang.

52

Bagi item 3, saya juga dapati kesemua daripada mereka setuju bahawa bantuan rakan-rakan kumpulan dapat meningkat kemahiran membina ayat tunggal bahasa Melayu. Semasa saya menjalankan sesi temu bual bersama kelima-lima murid, saya mendapati mereka tidak faham kepada istilah dan kurang perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, apabila saya menerangkan istilah itu dengan merujuk beberapa contoh dan dipermudahkan kepada ayat tunggal yang lebih mudah dalam bahasa Melayu, mereka dapat menjawabnya dengan spontan. Seperti yang kita tahu, program pengajaran telah diimplimentasikan sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, kesukaran murid khususnya murid yang lemah dalam menguasai bahasa Melayu ini menjadi kekangan kepada mereka untuk memahami istilah-istilah dan makna perkataan yang baru bagi keperluan penulisan ayat tunggal mereka.

Seterusnya bagi aspek 4, dapatan menunjukkan 4 daripada 5 pelajar menyatakan seronok membuat aktiviti berkumpulan dan kurang tertekan. Manakala seorang menyatakan kurang pasti kerana menghadapi kesukaran pemahaman semasa disoal.

Bagi aspek yang terakhir; aspek pemahaman melalui penggunaan buku Mari Fikir Bersama membantu dalam menjawab soalan penulisan ayat tunggal dalam menjawab soalan penulisan bahagian A, B dan C bagi mata pelajaran penulisan Bahasa Melayu. Dapatan menunjukkan tiga orang murid menyatakan

53

boleh memanfaatkan penggunaan buku Mari Fikir Bersama semasa menjalankan aktiviti secara koperatif untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu, dan dapat membantu semasa menjawab soalan bahagian B kelak. Seorang daripada mereka pula menyatakan boleh, akan tetapi kurang pasti dapat aplikasikannya semasa menjawab soalan dan seorang lain menyatakan tidak tahu. Hasil daripada hasil temu bual yang telah dijalankan lebih memberikan keputusan yang positif, dan 20% bahagian memberikan jawapan negatif dan saya telah membuat andaian awal bahawa murid ini daripada kelompok yang lemah dan cuba mengalami reformasi bagi meningkatkan prestasi diri mereka sekiranya kaedah pembelajaran koperatif menggunakan buku Mari Fikir Bersama diteruskan dengan lebih aktif lagi. Ini kerana empat daripada lima orang murid telah menyatakan bahawa melalui kaedah pembelajaran koperatif ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka serta memupuk keyakinan diri pada tahap maksimum untuk membina ayat tunggal dengan susunan subjek dan predikat dengan betul strukturnya, tetapi cuma mereka berselindung dengan perasaan kurang yakin semasa menjawab soalan penulisan.

Justeru, apa yang dapat disimpulkan bahawa dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran melalui koperatif dapat menarik minat murid terhadap bahasa Melayu penulisan seterusnya membantu mereka

54

meningkatkan kebolehan diri dalam membina ayat tunggal bahasa Melayu dan juga meningkatkan tahap pencapaian mereka kelak dalam penulisan bahagian A, B dan C.

7.4 Keputusan Soal Selidik Murid

Jadual 7.7: Perbandingan Min Respon Murid Terhadap Item Soal Selidik

Jadual 7.7 menunjukkan bahawa min bagi bagi item 1 semasa pelajaran kaedah tradisional ialah 3.60 manakala min semasa pelajaran kaedah koperatif ialah 4.65. Perbezaan min adalah adalah sebanyak 1.05. Ini mungkin disebabkan aktiviti berkumpulan membolehkan murid menjana idea yang lebih kreatif dan mampu bekerjasama dalam membentuk ayat tunggal dengan betul. Manakala bagi item 2, min skor bagi pelajaran kaedah tradisional ialah 3.00 manakala min semasa pelajaran kaedah koperatif ialah 5.00. Perbezaan min adalah adalah sebanyak 2.00. Aktiviti secara kumpulan membolehkan murid berfikir secara bersama-sama untuk membentuk susunan ayat tunggal yang lebih sempurna jika dibandingkan kaedah tradisional. Begitu juga item 3 dan 4 , di mana skor min bagi kaedah koperatif lebih tinggi berbanding skor kaedah tradisional. Maklum balas yang diberikan oleh murid sendiri melalui soal selidik ini membuktikan bahawa murid sendiri dapat merasai perbezaan pembelajaran kaedah tradisional dan koperatif. Secara tidak langsung menunjukan

55

keberkesanan kaedah koperatif berbanding tradisional.

8. 0 RUMUSAN

Sorotan literatur kajian ini mampu memberi satu gambaran bahawa dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif berfokuskan buku Mari Fikir Bersama sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan keberkesanan kemahiran bekerjasama murid kerana kaedah ini mempunyai imej meningkatkan pencapaian pembelajaran murid (Porter & Hernacki, 1992). Menerusi beberapa pemerhatian, temu bual dan ujian yang dilakukan juga telah menunjukkan perubahan positif di mana peningkatan dalam pelajaran telah ditunjukkan oleh kebanyakan murid. Peningkatan inilah yang telah dijadikan sebagai kayu ukur peranan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif mampu meningkatkan kemahiran hubungkait dengan pelbagai perbendaharaan kata murid bagi kemahiran membina ayat tunggal bahasa Melayu. Proses pengajaran di dalam kelas juga boleh menjadi lebih pantas dan mudah menerusi penggunaan kaedah berkumpulan. Penerangan yang panjang lebar serta sesi demonstrasi juga tidak diperlukan lagi.

Selain itu, apa yang saya dapati melalui kajian ini ialah proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan melalui penggunaan kaedah koperatif. Penggunaan media ini boleh mempercepat kadar pemahaman

56

seseorang murid. Apabila murid itu sudah menguasai peringkat kefahaman, barulah murid mudah untuk ke peringkat seterusnya, iaitu menghubungkait. Proses ini sepatutnya berlaku mengikut peringkat dan tahap murid seperti yang telah disusun dalam Taksonomi Bloom yang bermula dari aras pengetahuan hinggalah penilaian.

Secara keseluruhannya pelaksanaan kajian tindakan ini memberi banyak kelebihan dan faedah kepada banyak pihak terutamanya pihak responden iaitu murid, diri saya, pihak sekolah serta secara tidak langsung kepada bakal guru akan datang.

9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dengan menghasilkan buku Mari Fikir Bersamamampu membantu murid membuat hubungkaitkan perbendaharaan kata dan mengeneralisasi binaan ayat tunggal mengikut struktur yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga dapat membantu guru dalam memastikan setiap hasil pembelajaran yang dirancangkan berjaya dicapai oleh semua murid. Pelaksanaan kajian ini juga dapat membuktikan bahawa segala teori pendidikan tidak sekadar menjadi retorik, tetapi dapat diaplikasikan dalam situasi sebenar semasa berada di dalam kelas. Saya

57

berharap semoga kajian ini dapat memberi manfaat yang berterusan kepada saya dan pembaca-pembaca yang lain.

11.0 SENARAI RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood. (2006). Kursus menguasai Bahasa Melayu mudah, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdullah Hassan. (2004). Language planning in Malaysia: The first hundred years. English Today, 84, 3-12.

Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed .(2004). Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan murid: Suatu sorotan dari perspektif linguistik. Jurnal Dewan Bahasa, 639 -680.

Awang Mohamad Amin .(1992). Bahasa Sejarah Melayu: Peranannya Dalam Pemantapan Bahasa Melayu Kini, Jurnal Dewan Bahasa, 01/09/1992, dari pustaka.dbp.gov.my//opac1

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya. (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: PTS Profesional

58

Publishing Sdn. Bhd.

Beulah Vanessa Isaacs .(2008). "Cooperative Learning: Implementing an Alternative Teaching and Cape, Peninsula University of Technology Publication.

Cheah Tong Tiat, Adlan Abdul, Baskaran Nadeson & Lim Chin Li. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam Pembelajaran Bacaan Pemahaman Teks di Kalangan Murid SJK(C) dan SJK (T), Jurnal Pendidikan MPSAH Jilid 6,21- 35.

Creswell, J. W. (2003). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five traditions. Thousand Oaks, CA:Sage.

Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan, Pengetahuan Dan Keterampilan Ikhtisas (Semester 1), Shah Alam; Fajar Bakti Sdn. Bhd. Gay, L. R. (1981). Education Research, 2nd ed. London: A Bell & Howell Company.

Goud, N. & Arkoff, A. (2008). Psychology and Personal Growth, 8th ed., Allyn & Bacon Incorporated.

59

Henry Guntur Taringan. (1982). Menulis Sebagai Satu Keterampilan Berbahasa, Indonesia.

Intan Sapinas binti Bahuri. (2008). Tinjauan Amalan Pembelajaran Koperatif di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Grik eprints.utm.my/6040/1/aziziyahkoperatif.pdf.

Isjoni, I. (2006). Pendidikan sebagai Investasi Masa Depan, Yayasan Obor Indonesia, Jakarta.

Johnson, D.W., Johnson, R., & Holubec, E. (1986). Circles of Learning: Cooperative in the Classroom: Edwards Bristher, Inc . Asbc.

Johnson, D.W, Johnson, R., & Holubec, E. (1998). Cooperation in Classroom. Boston: Allyn and Bacon.

Kamaruddin bin Jeon, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusof ,Zainal Arifin bin Yusof & Napisah bt Muhammad,(2005).Buku Panduan Guru Bahasa Melayu Tahun Empat,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kimble, G. A. (1991). Functional Behaviorism: A Plan for Unity in Psychology, Vol. 54 (11), Nov 1999, 981-988 dari psycnet.apa.org/journals/amp.

60

Lolitasari. V. C. A. (2011). Penerapan Model Pembelajaran Koperatif, Student Teams Achievement Division (STAD) untuk Meningkatkan Minat Belajar Biologi Siswa Kelas VIII B SMP Negeri 14 Surakarta.

Meor Ibrahim Bin Kamaruddin & Nurul Amira Binti Ahmad. (2010). Persepsi Guru Guru Sains Terhadap Kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) Berdasarkan Kemahiran Sosial Pelajar Dan Minat Guru. Fakulti Pendidikan University

Mohamad bin Muda.(1991).Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pelajaran Malaysia.Cabaran dan harapan dalam pendidikan menghadapi alaf baharu,Prosiding Pembangunan,UKM Bangi.

Mohamad Fadzil bin Che Ahmad .(2008). Kesan Kaedah Inkuiri Koperatif Berbantukan Multimedia ke Atas Prestasi Kemahiran Proses SainsBersepadu, Pemikiran Saintifik Dan Sikap Dalam Sains Dalam Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan.eprints.usm.my

61

Mok Soon Sang .(1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Moll, L. C. (1992). Instructional Implications and Applications of Sociohistorical Psychology, Vygotsky and Education, Cambridge University Press, United Kingdom.

Nik Safiah Karim .(1996). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Nor Azizah Mohd Salleh. (1996). Penerapan Nilai Murnidalam Biologi Melalui Pembelajaran Koperatif, Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik, FakultiPendidikan UKM, 20-21 November.

Porter, B.D., & Hernacki, M. (1992). Quantum learning: Unleashing the genius in you USA: Dell Publishing.

Roselan Baki .(2003). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Robert E. Slavin. (2008). Cooperative learning: Teori, riset dan praktik.Penterjemahan Nurulita. Bandung: Penerbit Nusa Media.

62

Snyder & Sandra S. (2006). "Cooperative Learning Groups in the Middle School Mathematics Classroom", Action Research Projects. Paper 30. http://digitalcommons.unl.edu/mathmidactionresearch/30.

Simah binti Mamat .(2009). Keberkesanan Kaedah Koperatif dalam Pengajaran Menulis Karangan Fakta dan Naratif dalam Kalangan Pelajar Bukan Melayu. simahmamat.blogspot.com//keberkesanan kaedah.

Siti Hajar Abd. Hamid .(2007). Pembelajaran Koperatif Menggunakan ePembelajaran di Kalangan Pelajar yang Mengambil Subjek Telekomunikasi dan Rangkaian, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Slavin R. B. (1984). Student Motivating to Excel: Cooperative Incentives, Cooperative Tasks and Student Achievements, The Elementary School Journal, 85 ( 1 ): 53 63.

Tok Hoon Seng (2006) Cooperative Learning And Achievement In English Language Acquisition In A Literature Class In A Secondary School.

63

Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

64

LAMPIRAN

LAMPIRAN A
BORANG MAKLUMAT DIRI DAN SOAL SELIDIK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF

65

Nama : Tahun :

BORANG SOAL-SELIDIK Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar mengenai penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu Tahun 4 Bestari. Sila jawab soalan soalan di bawah dengan ikhlas. Terima kasih atas kerjasama anda.

Arahan: Setiap item di bawah disusun dengan skor. Bulatkan pada nombor/skor yang berkenaan. 1 sangat tidak setuju 2 tidak setuju 3 tidak pasti 4 setuju 5 sangat setuju

66

Item 1 2 3

Penyertaan Saya boleh membina ayat tunggal berdasarkan kad gambar dan rangkai kata yang diberikan. Saya dapat menyusun perkataan- perkataan bagi membentuk ayat tunggal dengan betul. Saya dapat mengisi perbendaharaan yang sesuai di dalam peta minda bergambar untuk membina ayat tunggal dengan betul. Aktiviti-aktiviti bahasa yang dilakukan dalam kelas dapat membantu saya dalam membina ayat tunggal dengan baik.

1 1 1

2 2 2

Skor 3 3 3

4 4 4

5 5 5

SEKIAN TERIMA KASIH

LAMPIRAN B BORANG PEMERHATIAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF.

67

Bil

Item Membina ayat tunggal berdasarkan kad gambar

Kekerapan Kumpulan A B C

1.

dan rangkai kata yang diberikan. Menyusun perkataan-perkataan membentuk

2.

ayat tunggal dengan struktur yang betul . Menggunakan perbendaharaan kata yang esuai

3.

untuk membina ayat tunggal berpandukan lembaran peta minda bergambar. Membina ayat tunggal berpandukan kad ambar

4.

bersiri dan perkataan berpandu yang diberi. Memadan dan menyambungkan rangkai kata

5.

supaya menjadi ayat tunggal berpandukan gambar.

Jumlah Kekerapan Peratus pencapaian murid dalam kumpulan (%)

LAMPIRAN C1
BORANG TEMU BUAL

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF

68

Bil 1. 2.

Item Adakah anda suka dengan aktiviti menulis dalam mata pelajaran bahasa Melayu? Adakah anda suka melakukan aktiviti berkumpulan semasa belajar ? Adakah rakan sekumpulan membantu anda dalam meningkatkan kemahiran pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu.? Adakah anda mendapati kaedah pembelajaran kumpulan memudahkan dan membantu anda membina ayat tunggal ? Adakah cara pengajaran guru membantu anda meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal ?

Kod

3.

4.

5.

LAMPIRAN C2 Transkrip temubual antara guru dengan lima orang terpilih semasa kajian dijalankan.

Soalan/Jawapan murid-murid 1. Adakah anda suka dengan aktiviti menulis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ? Mengapa?

Kod

69

Murid 1: Murid 2 Murid 3 Murid 4: Murid 5

2. Adakah anda suka melakukan aktiviti berkumpulan semasa belajar ? Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5

1.2 1.2

1.2

1.2

Soalan/Jawapan murid-murid 3. Adakah rakan sekumpulan membantu anda dalam meningkatkan kemahiran pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu.?

Kod

Murid 1: Murid 2:

70

Murid 3:

Murid 4: Murid 5: 4. Adakah anda mendapati kaedah pembelajaran kumpulan memudahkan dan Murid 1: Murid 2:

Murid 3:

Murid 4: Murid 5:

LAMPIRAN D1

UJIAN PRA
Masa: 1 Jam

BAHASA MELAYU
71

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi bahagian A, B, C dan D.Sila jawab kesemua soalan berikut dengan teliti dan tepat.Selamat menjawab

NAMA : KELAS :

Soalan 1 hingga 3 A. Susun semula perkataan supaya menjadi ayat tunggal yang betul.

1.

rajin rumah

Adik Di

Buku.

membaca

72

_______________________________________________________________

2.

tinggal

Gombak

Ramlah

di

keluarganya

bersam a

________________________________________________________________

3.

Matematik di

mengajar 4 Mutiara

Cikgu kelas

Sarimah

B.

Soalan 4 hingga 6

Tulis ayat tunggal berpandukan gambar 4.

73

5.

6.

F. Soalan 9 hingga 12 Bina empat ayat tunggal berpandukan gambar bersiri dan rangkai kata yang diberikan.

74

Ternampak perompak memecah tingkap menelefon polis tangkap mengucapkan terima kasih

1. __________________________________________________ 2. __________________________________________________ 3. __________________________________________________ 4. __________________________________________________

75

76

77

Anda mungkin juga menyukai