Anda di halaman 1dari 6

Tarikh Matapelajaran Tahun Masa Fokus : :

: :

03 Mac 2013 Bahasa Malaysia 1 Cermat (7 Tahun) 10.35 pagi -11.35 pagi (1 jam)

BM 3.0 - Kemahiran membaca BM 3.2 - Mengenal huruf vocal

Standard Kandungan:

Standard Pembelajaran Utama : BM 3.2.1 - Menyebut huruf vokal BM 3.2.2 - Membunyikan huruf vokal Standard Pembelajaran Lain Yang Disepadukan : KTI 2.0 - Kreativiti Dan Estetika (KTI) KTI 2.1.2 - Menyanyi lagu yang mudah dengan sebutan yang jelas Objektif Pembelajaran: dapat : 1. 2. Menyebut dan membunyikan huruf-huruf vokal Menyesuaikan huruf vokal dengan objek di persekitaran : Huruf-huruf vokal dan perkataan : ayam, emak, ikan, oren, ular : Alat pemain CD, kad huruf vokal, kad perkataan bergambar Nilai Murni : Rajin, Berkerjasama, Berusaha bersungguh-sungguh Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid

Konsep Utama Kosa Kata Bahan Bantu Belajar

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah terdedah atau diajar dengan abjad A-Z/a-z.

Langkah Pembelajaran Set Induksi (5 minit)

Guru menayangkan dan memperdengarkan lagu nyanyian kanak-kanak Huruf-huruf vokal

Langkah Pembelajaran 2 Aktiviti 1 (15 minit)

Guru membimbing murid menyebut huruf-huruf vokal yang dipamerkan AEIOU

Guru meminta murid menyebut huruf-huruf vokal yang dipamerkan Murid dipilih secara rawak dan berganti-ganti membunyikan huruf-huruf vokal

Langkah Pembelajaran 3 Aktiviti 2 (10 minit)

Guru membimbing murid menyebut perkataan yang mengandungi huruf awalan vokal (v)+kvk berdasarkan gambar yang dilihatkan.

Murid mengeja dan menyebut perkataan yang dibina contoh:ayam, emak, ikan, oren, ular

Langkah Pembelajaran 4 Aktiviti 3 (10 minit)

Murid melengkapkan perkataan dengan huruf vokal berpandukan gambar yang dilihat

Murid bergilir-gilir menyebut perkataan yang telah dilengkapkan dengan huruf vokal secara bergilir-gilir

Langkah Pembelajaran 5

Penutup (5 minit)

Guru bersoaljawab dengan murid tentang pelajaran hari ini

Berapakah bilangan huruf-huruf vokal? Sebutkan kelima-lima huruf vokal berkenaan? Guru meneyebut huruf awalan dan murid membunyikan perkataan yang lengkap, Contohnya: a untuk ayam/ayah, e untuk emak/enam, i untuk ikan/itik, o untuk oren/obor, u untuk ular/ubat

Guru memperdengarkan sekali lagi lagu nyanyian kanak-kanak Huruf-huruf vokal Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu berkenaan.