Anda di halaman 1dari 15

Topik 4b Topik 4b

Lukisan Berbantukan Lukisan Komputer Berbantukan (AutoCAD) Komputer Bahagian 2 (AutoCAD) Bahagian 2

Reka Bentuk dan Teknologi Kod Kursus : RBT 3118


Lukisan Berbantukan Komputer (AutoCAD) Bahagian 2

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3118) 3 ( 2 + 1 )

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

89

Pengenalan Layer dalam lukisan AutoCAD adalah satu perintah untuk membantu pengguna menyusun dan mengaturkan lukisan. Hampir kesemua objek yang dilukis dalam AutoCAD boleh diasingkan mengikut layer yang diformatkan. Layer juga membolehkan anda memaksimumkan penggunaan jenis-jenis garisan dalam satu lukisan kerana ia boleh disusun mengikut layer. Pendimensian juga merupakan satu ciri yang penting dalam lukisan AutoCAD. Dalam lukisan, anda perlu memberi maklumat tentang lebar, panjang, tebal, sudut, diameter untuk tujuan reka bentuk. Selain daripada itu, mencetak juga merupakan satu kerja yang utama dalam lukisan AutoCAD. AutoCAD juga merupakan satu cara yang mudah untuk menghasilkan lukisan ortografik dalam bentuk dua dimensi. Selain daripada itu, AutoCAD juga membolehkan anda melukis lukisan isometri dengan cara yang mudah. 4.0 PENGFORMATAN ASAS DALAM AUTOCAD Pengformatan merupakan satu langkah yang anda perlu lakukan dalam kerja CAD. Tujuan pengformatan perlu dilakukan kerana lukisan anda akan menjadi lebih seragam dan jitu. Pengformatan dalam AutoCAD termasuk layer, pendimensian, warna, jenis garisan, ketebalan garisan dan teks. Rajah 1 menunjukkan perintah format yang terdapat dalam menu tarik turun.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

90

Rajah 1: Menu tarik turun untuk format

8.1.1

Aplikasi Layer Dalam Autocad

Untuk menghasilkan lukisan teratur dan tersusun dalam AutoCAD, biasanya perintah layer akan digunakan. Lukisan hendaklah dibina pada layer yang berasingan. Contohnya, dalam melukis unjuran ortografik, anda sepatutnya mengformatkan layer yang berasingan untuk garisan objek, garisan tersembunyi, pendimensian, garisan binaan dan sebagainya. Penggunaan layer dalam AutoCAD adalah tidak terhad. Rajah 2 menunjukkan aplikasi layer dalam AutoCAD, anda boleh menggambarkan bahawa lukisan elektronik ini adalah seperti susunan beberapa helai transparensi untuk menunjukkan objek yang berlainan dalam suatu lukisan.

Rajah 2: Aplikasi layer dalam AutoCAD

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

91

Perintah layer dapat dicapai dengan memilih format pada menu tarik turun, kemudian layer seperti paparan dalam Rajah 1. Sebaik sahaja anda mengaktifkan perintah ini, kotak dialog untuk layer akan dipaparkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

Rajah 3: Kotak Dialog Layer Dalam kotak dialog ini terdapat empat ciri layer (layer properties) yang anda boleh kawal. Keempat-empat ciri ini adalah seperti berikut dan nilai keempat-empat ciri juga dipaparkan pada tolbar Object Properties yang ditunjukkan pada Rajah 4:

Rajah 4: Tolbar Object Properties Warna (color); Jenis garisan (linetype); Ketebalan garisan (Line weight); dan Gaya cetek (Plot style). Penggunaan layer dalam AutoCAD adalah tidak terhad, anda boleh mengadakan seberapa banyak layer baru jika diperlukan dalam lukisan. Untuk mencipta layer baru, klik pada New dalam kotak dialog itu. Untuk maklumat anda, objek yang sedang dilukis akan secara

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

92

automatik dimasukkan dalam layer semasa (current layer). Untuk bertukar layer semasa melukis, anda boleh menggunakan tolbar Layer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.

Rajah 5: Tolbar Layer Ciri Warna ( Color Properties) Dalam AutoCAD terdapat 256 warna boleh dipilihkan, tetapi pemilihan warna bergantung kepada dua faktor seperti berikut: keadaan objek-objek yang dilukis dalam skrin komputer; keadaan objek-objek yang dilukis semasa mencetak.

Tujuan menggunakan warna adalah memudahkan anda membezakan objek-objek yang dilihat dalam skrin. Pada masa yang sama, anda boleh menggunakan warna menentukan ketebalan garisan (line weight) ketika mencetak. Rajah 6 menunjukkan kotak dialog. Anda boleh mengaktifkan kotak dialog ini mengikut langkah berikut: Dari menu tarik turun Format Color

Rajah 6: Color dialog box (b) Jenis Garisan (Linetypes)

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

93

Dalam lukisan teknik, anda akan menggunakan pelbagai jenis garisan untuk mewakili penggunaannya dalam lukisan. Untuk mengaktifkan perintah ini, anda boleh mengikut langkah berikut: Dari menu tarik turun Format Linetype Selepas ini, anda akan memperoleh satu kotak dialog seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7

Rajah 7: Linetype dialog box Anda boleh klik butang load, kotak dialog Load or Reload linetype akan muncul seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.

Rajah 8: Kotak Dialog Load or Reload Linetype

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

94

Anda perlu menyorot (highlight) jenis garisan yang dipilih dan klik Ok. Garisan yang dipilih akan muncul dalam kotak dialog layer. (c) Ketebalan Garisan (Line Weight ) Jika anda ingin membuat perubahan ketebalan garisan, klik pada default mengikut nama layer. Kotak dialog akan ditunjukkan dalam Rajah 9. Anda perlu menyorot (highlight) ketebalan garisan yang dipilih dan klik Ok.

Rajah 9: Kotak Dialog Lineweight

Jadual 8.1

Pendimensian (Dimensioning) Dimensi adalah merupakan salah satu butiran yang terdapat dalam suatu lukisan teknik. Tanpa dimensi, lukisan itu akan menjadi tidak lengkap. Dalam AutoCAD, anda akan memasukkan dimensi untuk suatu objek dan secara ia akan memberi teks yang betul untuk dimensi itu.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

95

Gaya Pendimensian (Dimensioning Style) Gaya pendimensian (dimensioning style) merupakan satu kaedah bagi anda menyelaraskan cara yang anda ingin mendimensikan lukisan anda. Rajah 10 menunjukkan kotak dialog gaya pendimensian. Jika anda ingin membuat perubahan gaya pendimensian, klik Modify.

Rajah 10: Kotak dialog gaya pendimensian Anda perlu membuat beberapa perubahan asas seperti berikut: (a) Faktor Skala Pendimensian Untuk Garisan dan Anak Panah Dimensioning Scale Factor for Line and Arrow Klik butang Line and Arrow, perubahan berikut boleh dilakukan oleh anda (lihat Rajah11). Garisan dimensi (dimensioning line); Garisan tambahan dimensi (extension line); Kepala anak panah (arrow head).

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

96

Rajah 11: Kotak dialog Line and Arrow (b) Pengformatan Teks dan Penjajaran Control Text Formatting and Alignment Klik butang Text, perubahan berikut boleh dilakukan oleh anda (lihat Rajah 12). Kewujudan teks (text appearance); Penempatan teks (text placement); Penjajaran text (text alignment).

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

97

Rajah 12: Kotak dialog text (c) Menyelaraskan Perubahan untuk Mengawal teks dan Bentuk Set Varibles for Controlling Text and Feature Scaling Klik butang Fit, perubahan berikut boleh dilakukan oleh anda (lihat Rajah 13). Opsyen Fit (Fit Option); Penempatan teks (text placement); Fine tuning.

Rajah 13: Kotak dialog Fit

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

98

(d)

Perubahan untuk Unit Asas Set Variables for Primary Unit Klik butang Primary Unit, perubahan berikut boleh dilakukan oleh anda untuk dimensi berikut (lihat Rajah 14). Dimensi linear (linear dimension); Dimensi angular (angular dimension).

Rajah 14: Kotak dialog primary unit

Kaedah Pendimensian Dalam AutoCAD terdapat pelbagai jenis perintah dimensi yang anda boleh untuk mendimensikan lukisan anda. Pemilihan perintah pendimensian bergantung kepada ciri-ciri objek. (a) Linear Dimension Untuk membuat dimensi mengufuk dan menegak pada objek. Rajah 15 menunjukkan kaedah pendimensian linear.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

99

Mendimensi untuk garisan mengufuk Command: dimlinear Specify first Extension line origin or <select object>: klik pada titik A Specify second extension line origin: klik pada titik B (untuk mendapatkan dimensi) [Mtext/Text/Angle/Horizontal/Vertical. Rotated: 68 Secara automatik anda akan mendapat ukuran 68 mm pada objek tadi Rajah 15: Linear Dimension (b) Align Dimension Untuk membuat dimensi objek pada kedudukan serong. Rajah 16 menunjukkan kaedah pendimensian align. Command: dimalingn Specify first Extension line origin or <select object>: klik pada titik A Specify second extension line origin: klik pada titik C (untuk mendapatkan dimensi) [Mtext/Text/Angle/Horizontal/Vertical.Rotate d: 84 Secara automatik anda akan mendapat ukuran 84 mm pada objek tadi Rajah 16: Align Dimension (c) Radius Perintah radius digunakan untuk mendimensi objek yang berbentuk lengkuk. Rajah 17 menunjukkan kaedah pendimensian jejari.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

100

Command: dimradius Select arc or circle: klik pada titik p1 Specify dimension line location or [Mtext/Text/Angle]: klik pada p2 Dimension text = 25

Rajah 17: Radius Dimension (d) Diameter Perintah radius digunakan untuk mendimensi objek yang berbentuk bulatan. Rajah 7.18 menunjukkan kaedah pendimensian jejari. Command: dimdiameter Select arc or circle: klik pada titik p1 Specify dimension line location or [Mtext/Text/Angle]: klik pada p2 Dimension text = 58

Rajah 8.18: Diameter Dimension (e) Angular Dimension Untuk membuat dimensi mengufuk dan menegak pada objek. Rajah 8.19 menunjukkan kaedah pendimensian angular.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

101

Command: dimangular Select arc, circle, line or (specify vertex>: klik pada titik p1 Select second line: klik pada titik p2 Specify dimension arc line location or[Mtext/Text/Angle: klik pada p3 [untuk mendapatkan nilai sudut] Dimension text: 62 Rajah 8.19: Angular Dimension (f) Center Mark Perintah center mark digunakan untuk menandakan pusat bulatan/lengkuk. Terdapat dua cara penandaan pusat bulatan, iaitu tanda tengah dan garis tengah. Pemilihan ini boleh dilakukan pada kotak dialog dimensioning style. Rajah 7.20 menunjukkan cara-cara center mark.

Rajah 8.20: Cara penandaan pusat (g) Leader Perintah Leader digunakan untuk menunjukkan maklumat dalam lukisan yang tidak boleh dilukis dengan perintah-perintah yang lain. Rajah 7.21 menunjukkan kaedah membuat penunjuk.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

102

Command: qleader Specify first leader point, or [Settings]<setting>: Klik pada titik p1 Specify next point: klik pada titik p2(ortho off) Specify next point: klik pada titik p3(ortho on) Specify rext width<0>: setkan ruang perkataan atau tekan enter sahaja Enter first line of annotation text <mtext>: Masukkan maklumat Rajah 8.21: Cara membuat penunjuk

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4

103